June 29, 2012

interview kerja dan meronggeng sampai terlentang +_+

rentetan hidup semalam agak panjang, ceh puitis.
bangun pagi subuh lagi siap2 , makan-makan dah pukul 8 una ,achik(makcik) dengan pakcik menuju ke cheras.

ini sudah melampaui batas , tata tertib majikan pekerja telah dilanggar sewenang-wenangnya

INILAH JANJI MELAYU.


lewat ke interview setengah jam.
gara-gara jam
sebenarnya jam cuma alasan
jika dari pelabuhan klang , buat lah cara dari sana bukan?



gila ke macam mana ni , jauh kot.
kami sesat taktala mencari queen avenue park.
katanya cari carefour dekat jalan peel

baik betul 'kerani' lelaki ni kan?
siap tunjuk jalan lagi melalui phone call
sharp 9.30 sampai la kat bangunan tu.
 so una dengan achik bergegas ke 8-3-6.
tingkat 3
nama syarikat kurnia ekuiti sdn bhd.
 syarikat conatruction yang baru 3 tahun beroperasi

so .. naik bangunan tu..
tekan bell

ding dong, ding dong

achik cakap, lain macam je jat achik tengok  office ape ni bertutup je , macam apartment, takde glass door pun?
una pun senyap je. dua dua bajet bengang la siap mengumpat2 kat luar.

setengah jam berlalu pintu masih mula dibuka, padahal bell tu dah ditekan banyak kali dah, kalau bell tu bernyawa mungkin jugak dimakinya disitu
"engko nak hape setan? tekan2 aku sakit la bodoh, orang tu tak bukak berhambus la"
pergh kurang hajar punya bell kan?



achik: entah2 rumah urut tak ni ijat? eisshh orang ni menipu agaknya.
una: tahlah acik ijat pun malas nak interview macam ni

tiba-tiba mata terpandang  handphone yang sedia di silentkan eh ade miscall dari orang office!!!
una call la balik sekali achik ambik phone dia nak bercakap dengan orang tu,
dua-dua tengah bengang ni menunggu sikit punya lama.


achik: encik kenapa tak bukak2 pintu ni dah lama saya tunggu depan ni tau
encik: puan salah bangunan tu,
achik, una: muka merah terus.

achik pun pandai jugak pergi sound
HAHAHA 

so bangunan sebelah tu, naik balik, masuk, duduk isi borang,
achik dah nak gerak pergi puchong ade kerja. so terkontang kanting la sorang2.
rupanya yang interview yang angkat call tu.
then bila dia mula bercakap pasal bidang kerja, lebih malulah lagi bila orang tu kami sangka kuli dialah bos.

mungkin ingin ku sedekahkan penampar di pipi kiri dan kanan ku secara berulang, akibat malu . achik style bagus juga, lepas masuk office sekali dia tinggal una pergi puchong.

memang lawak gila okay.
una rasa mungkin peluang  untuk kerja disitu tipis..

tapi bos tu baik tau, dia professional
 haa stop pasal interview kerja,
beg baju una tertinggal dalam kereta achik,
then cousin una, si ila ni pun cakap nak pick up una yang sehelai sepinggang
akibat baju di bawa lari
then  dari cheras kami menuju ke ampang, so makan kat
kat restauran kayu dekat muv luv.
makan roti je masa tu kenyang lagi, eceh konon.
pastu minum air,
roti tu si ila beli dekat mana entah.
mula2 una tunggu juga dekat 2 jam kat situ, ingatkan tunggu apa, rupanya tunggu datin
ila ambik produk mary kay dia.
=-='
dah macam orang gila sangat  then balik apartment ila ,
so sampai sana dari ingat nak tidur, tak tidur, si ila sengal tu boleh plak pergi make up kan muka una, boring kata kan
mukaku jadi mangsa dia.
then dia bagi pinjam baju
petang sikit keluar makan kfc, pastu pergi tasik ampang hilir
posing macam ______

pakai skirt labuh, t shirt,
sebijik dah macam  amah.
tak tipu.
then planning nak pergi ambik barang kat rumah achik , ambikla barang, jauh kot patah balik port klang,
mata dah kuyu, pakai contact lens,
bijak kuasa 8
setelah kepenat lelahan, sampai jua, lepak dalam 2jam pastu balik, ingatkan nak balik terus ni.
sekali singgah uptown damansara ,
situ lepak lagi 2 jam.
ila beli sampel perfume, jenama mahal2 sebab dia suka tukar2, nak beli bottle banyak2 tak mampu so si una ni merasa la 3 sampel, satu lagi beg make up dia belikan.
haha tq ila .. :P
then , pergi makan, masih kenyang lagi so minum2 then balik
mata ni dah mengantuk gila dah ni, sekali masuk je bilik tiba-tiba mata terang
memang ajaib.
gila tension , ila dah terlentang
so, ambik inisiatif bukak laptop,
on9 sampai 2,3 ,4 pagi.  baru terlentang.

tapi serius , kalau lama-lama beta duduk dengan ila ni
mahu kurus, tengok dia pun dia dah makin kurus
sebab kaki jalan dua-dua, bila dah kaki jalan masa makan dan tidur pun kurang.

hahaha tunggulah petang petang sikit, rasa nak pergi mandi kolam kat bawah tu, tapi takkan nak mandi sorang.

ila dah pergi kerja pukul 9 tadi, so i'm forever alone, kbye

No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta