hari ini adalah hari bapa, baru baru ini hangat diperkatakan isu pengharaman hari ibu yang dikeluarkan ustaz azhar idrus. ramai yang tak suka.. adalah yang suka, ada yang tak suka, bla bla bla. tapi bagi saya yang memegang prinsip sendiri pendapat saya
kalau kita taknak dengar cakap ustaz , kita nak dengar cakap siapa?
diri ini masih terumbang ambing, mengerti diri tak sempurna tapi rasanya tak perlulah keluar kan kenyataan seperti ini
tak lama lagi hari bapa, ustaz azhar idrus taknak keluarkan fatwa mengharamkan hari bapa ke? LOL :P
kenyataan ni bukan dikeluarkan orang orang tak berpelajaran, masing-masing punya otak,ada akal fikiran , punyai fikiran waras, malah ada yang belajar di luar negara lagi. .tak perlu awak nak sindir ustaz tu bila dia keluarkan fatwa. kalau pun awak kurang bab agama, macam saya , (saya mengaku saya kurang) lebih baik awak diam ,ikut sajalah sekurang-kurangnya awak tak dapat dosa. awak tak sedar ke awak sedang sindir agama awak sendiri?
apa salahnya kalau awak sambut hari bapa hari lain? meskipun berlainan dengan kalendar , berdosa?
ada juga yang cakap macam ni
ala baru sekarang nak kecoh , hari bapa haram, hari ibu haram. kenapa sebelum ni tak cakap pun?
saudara saudari sekalian, kajian nak membuktikan sesuatu tu haram pun ambik masa yang lama, awak ingat fikir hari ini boleh booom! hentam suka hati halal haram?
kenapa kita tak persoalkan saintis yang buat kenyataan kononnya dalam kitaran planet mengelilingi matahari ada 9 planet dan terakhir pluto, dan beberapa tahun kemudian ada penemuan planet planet baru.
kenapa taknak cakap macamni?
ala kenapa baru sekarang nak bagitahu ade planet lain?masa tahun 6,tahun 5 dulu belajar tak ada pun cakap?
saya sebagai manusia biasa yang sering melakukan dosa terpanggil nak tulis ini,
sekurang-kurangnya ada juga yang bermanfaat dalam tulisan saya. tak adalah benda lagho semata-mata. mungkin tak ramai akan hiraukan apa yang saya tulis
dan akan mencari kesalahan saya. tiada larangan dalam islam untuk menegur satu sama lain walaupun seseorang itu baru memeluk islam. apatah lagi saya yang dah lahirnya islam ini?
p/s: stop mengutuk ustaz yang keluarkan fatwa, jika awak boleh buktikan kata-kata awak benar dan fatwa itu salah , apa kata bawa hal ini ke majlis agama. tapi bukan di sini saja diseluruh dunia, mahu lihat jika ada ahli agama di dunia ini menyokong awak.
2 comments:
betul tu... klu nak senang.. ikut ja ulamak.. klu xsuka, diam.. kan?
nice header btw.. una ke tu? hehe suka tengok =p
tq yui :)
Post a Comment