May 6, 2012

hey, consideratelah sikit! ;) *you can make a difference*

hi  semua ! hari ini una nak kupas sikit topik ni, sebabnya amat penting kita mengingatkan satu sama lain.
kadangkala kita bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain .  bak kata orang  tak mengamalkan  sikap cakap siang pandang2, cakap malam dengar2. sekarang kita ni tak boleh nak ikut sangat tajuk filem 
jangan pandang belakang, atau jangan pandang belakang congkak ataupun filem jangan pandang-pandang. kalau boleh pandanglah sampai tertoleh2 360 darjah kepala tu, jangan miss 1 tempat pun mahu pun pasu bunga opah atau pasu bunga jiran . pandanglah... =-=' 

tuntasnya disini , tak semua orang boleh menerima pandangan kita,pendapat kita, cara kita, tak kiralah kita bergurau ke serius ke harus ada adab ye . walaupun kita bergurau dengan saudara mara, anak-anak, datuk nenek, jiran tetangga ataupun jiran lift, sahabat handai, semualahhh senang cerita. CONSIDERATE lah sikit perasaan mereka . sebagai contoh una akan ulas di bawah ini.

KEADAAN 1 : CITARASA

mat : leman duit gaji bulan nanti kau nak beli ape?
leman : urmm aku ingat duit gaji bulan ni aku nak simpan sikit, insyaallah bulan depan nak beli kereta .
mat : oh yeke? kereta apa?
leman : aku nak beli myvi.
mat: huh?? myvi? ape class myvi kau beli la honda city ke , myvi tu orang gaji aku je pakai tau. 
leman :  *diam seribu bahasa*

KEADAAN 2 : FIZIKAL

nora : tijah cuba kau tengok perempuan gemuk tu , eee geli aku 
       tengok lemak sana sini, masuk gym bukan boleh kurus2 pun.
tijah : *terdiam sambil pandang badan sendiri yang lebih kurang 
        sama dengan perempuan tadi*


KEADAAN 3 : GRADE 

faiz : weh,kau tengok tu si nerd azman tu harap je tempek buku 
      24 jam tak dapat 100% pun calculus.
meor: oh tak ada rezeki la kot,kenapa teruk sangat ke markah 
      dia?
faiz: teruk la dapat 80 je, aku yang tak belajar ni pun dapat 
      98%

meor : oh ya? *sambil tengok kertas markah 78. kalau 80 dia kata     
       teruk apa lagi markah aku kan? *


KEADAAN 4 : STATUS 

nabila : weh ko tahu rumah si melah tu, ape pun tak ada , bilik dia tak ada aircond pun.harap melawa je lebih, ingat anak orang kaya . 


pikah : oh biarlah dia, mungkin dia memang jenis suka bergaya.
nabila :pikah minggu ni jadikan aku ikut kau balik ye?
pikah  :*rumah aku ni rumah kampung je, entah apalah pulak dia
                 cakap nanti* 






at the end of story kita dapat tahu , leman tu sebenarnya lebih kaya dari mat siap ade lamborghini dekat rumah, manakala tijah pula telah memasang azam untuk langsing,setelah itu dia 3 kali ganda lebih cantik dari nora, manakala faiz pula mendapat skor tinggi hanya kerana dibantu meor sehingga meor tak cukup masa untuk menjawab test , dan pikah walaupun pada zahir nampak miskin dia mempunyai tanah  berekar-ekar peninggalan arwah ayahnya.



jangan nilai manusia begitu begini, 
memilih kawan nak yang sedarjat sahaja, 
mana tahu yang anda rendah-rendahkan tu akan lebih berjaya dari anda.

p/s: bertimbang rasalah, jagalah hati orang sekeliling, tak susah kan?


6 comments:

yui said...

betul tu..ikut rezeki masing2 la kn?

Unamn said...

betul tu yui ;)

Rara Farah said...

kadang2 org tak peka pun ttg hati kita nie.Dia main cakap aje.

Wahidah BME said...

Perggh terbaik lah geng !

Unamn said...

@rarara haah rara org main cakap ikut sedap mulut, dia fikir dia cukup sempurna sampai sanggup menghina orang =-='

Unamn said...

@hawa haha aku cuma luahkan apa yang aku rasa ;)