October 6, 2012

sedikit make up review naturactor,lip tint dan eyeliner..

assalamualaikum

hehehe . amboi mukadimahnya dah ketawa macam tu .

16 oktober  nanti aku dah nak konvo. muka dah ada senyum tanda-tanda kebahagiaan.
penat lelah selama 3 tahun akan diakhiri dengan 1 majlis gilang gemilang dia UTM skudai. pertama kali nak  naik pentas sebagai graduan ni.. pastilah ada rasa gementar, teruja, dan sekeping gambar  8R yang comel  diatas pentas amatlah diidam-idamkan , itu belum kira outdoor photoshoot yang kami semua rancang nak buat sebagai kenang-kenangan. belum kira tu hamboi...


sebenarnya ini bukan nak cerita pasal konvokesyen tu, sebenarnya ini nak cerita pasal barang yang dishopping -,-'


silalah label tuan punya belog ini gila, kerana nak cerita pasal make up, alih-alih tercerita pulak pasal konvo.



actually ade kena mengena tau.





tadaaaaaaa......



ni antara barang-barang yang aku beli baru-baru ni, untuk konvo la sangat....


okay naturactor code 130 (sebagai foundation) dan code 181 (sebagai highlight)

actually aku bukan nak membajet kulit aku putih sangat, aku tersilap beli sebenarnya, sebenarnya untuk code 130 tu, chinese yang pakai atau kulit macam diana danielle , aku ni memang jauh panggang dari pinggan.aku malu la nak tunjuk muka aku macam mana, kalau nasib korang baik  nanti masa konvo aku letak la setepek muka aku macam mana, kalau nasib kurang baik aku tak letak la.
(ceh nak main nasib-nasib orang pulak,macamlah orang nak tengok sangat muka kau tu una . =-=')


okay sebenarnya entri ni sekali nak promote atau nak buat review tentang satu perniagaan milik PURPLE BORONG KOSMETIK.

nama sebenarnya aku tak tahu sebab aku tak tanya, tapi service dia bagus.
macam-macam dia jual, harga murah kualiti terbaik.

aku beli 2 naturactor seperti yang aku cakap tadi, dan 1 lip tint yang memang dah jadi buah mulut ramai orang,dannnn juga satu eyeliner mac (tak ori).

even benda-benda ni semua tak ori kan, tapi setelah aku cuba kualiti dia memang baik. kira macam dia asalnya ori tapi rejected atau entahlah aku pun tak dapat pastikan. tapi memang ... perghh memang..
memanglah.. hahaha


even 130 tu nampak gelap, tahukah korang setelah di apply di kulit ianya jadi putih?
it works like magic okay , lepas ni aku nak beli 153 sebagai shading, maklumlah pipi tembam.


aku beli naturactor ni yang jenis dari china, semua tahu yang naturactor asli dari japan yang harganya mahal sikit. korang semua tahu kemampuan china kan?  dia mampu imitate produk orang lain, tapi pendapat aku tak jauh beza pun naturactor dia ni , aku pernah pakai naturactor kakak sepupu aku yang juga dari china, tak ada alahan , okey je so sebab tu aku beli :)


mac eyeliner dia ni , pun best boleh lukis kening, boleh jadi eyeliner. suka aku katakan ,lepas ni aku malas nak beli produk mahal-mahal dah.ringan sangat dan korang senang nak bentuk kening. sebagai wanita muslim (cecece) aku suka, sebab tak perlu cukur kening, boleh guna ni nampak kening kemas(well taklah sekemas dicukur) tapi korang paham paham sendirilah kan, masing-masing dah besar :)






 lip tint dia pulak korang boleh letak dot dot kat bibir, dan ratakan dengan jari untuk efek nipis (guna jari pun bolehhhh)
 awas jangan sapu terus banyak-banyak  kang merah sangat pulak bibir tu. kang tak pasal-pasal , semua jalan boleh jemmmmm tengok bibir awak merah disangkanya traffic light. (haha melampau kot )
kini semua orang boleh memiliki bibir korea ...
macam nilaahh...




 
aku rasa macam nak beli sekotak je nanti. hehe tunggulah aku sudah ada income ku beli sekotak sebagai stok :)
benda kecik ni, boleh tahan lama tau percayalahhh :)
 
PERHATIAN !!!


aku dengan owner purple shoppe a.k.a purple borong kosmetik tak ada hubungan rapat, kawan mahupun, sedara , sepupu sepapat. ini adalah review yang aku buat berdasarkan keprihatinan aku terhadap korang-korang yang tercari-cari peniaga on9 yang boleh layan kerenah cerewet korang, yang professional, yang banyak tanya, yang boleh beri best service yang jual dengan harga berpatutan. ya dialah yang patut korang cari.
 



 
 
 
p/s : alhamdulillah, rezeki dari ALLAH.
 

No comments: