April 28, 2013

tawakkal saja .

selamat hari ahad kepada sahabat handai sekalian alam .
aku dengan ini ingin meluahkan sedikit rasa kesal untuk diri ini.


kesal sebab apa pulak ni?

kesal kerana aku tak tahu manalah aku tanam perasaan berjimat aku. semenjak dua menjak ni aku seakan menjadi manusia boros.Kejap.. aku yang korang kenali memang lah seorang yang boros namun, apa yang korang tak tahu yelah aku dulu seorang yang boros terhadap makanan saja. kini bila aku bekerja makanan jatuh no ke berapa pun aku tak tahu. yang penting pada aku, baju, kasut, tudung, gadget, tv, , kereta dan sebagainya.


adakah ini satu virus merbahaya? ataupun ianya proses normal kepada manusia biasa?
 

tapi biasalah tu kan bila dah kerja , ada duit sendiri rasa nak bergaya sikit.
Aku pun mula dah ada kesedaran sivik untuk berdiet secara sihat. korang yang dulu baca blog aku mesti tahu yang aku ni peminat tegar mcd . namun sekarang aku dah beralih arah kepada sesuatu yang lebih sihat iaitu subway! :)


oh ya aku ada berita gembira . selasa ni insyaallah encik denial datang sini. aku harap dia betul betul datang . aku dah tak sabar nak tengok rumah baru aku nanti.



p/s : bismillah hi tawakkaltu Allallah :)


April 26, 2013

kisah aku yang desperate level 99 (aku memang desperate pun)

harini adalah hari yang membuatkan aku geram , marah dan sakit hati dengan segala-galanya .
tak adalah segala-galanya . takkan tengok duit banyak pun nak marah ye tak?


okay macam ni cite dia.. aku kan tengah menunggu nak masuk rumah sewa kan.. So aku pun contact la seorang pemilik rumah ni. Dia kat johor bharu, tempat aku nak mneyewa  ni kat setia alam selangor . korang kan tahu kan aku menumpang rumah sewa member aku jap sementara nak masuk rumah sewa baru tu... 



dari minggu lepas aku menunggu jawapan dari seorang encik bernama danial. mula-mula janji ahad lepas lepas tu cancel. takpelah aku pun menunggu lah lagi.. call punya call dia kata okay jumaat depan. jumaat depan iaitu harini. so hati ini dah berbunga gembira la an. bila dah gembira jadi over excited la kononnya.. bila over excited dan dapat tahu pulak pagi tadi dia tak dapat datang... apekah perasaan beta? teka laaa tekalaaa cepat... takkan nak gembiraa? haruslah daku bersedih lalu rasa nak berubah menjadi seekor hulk.


aku sekarang ni memang betul betul frust . tak tahu nak kata frust kategori ape dah ni.. kalau orang frust bercinta rasa nak terjun klcc. aku pulak frust rasa nak terjun gunung everest . HAAAA nampak tak betapa frustnya aku sekarang ni?

tinggi tau level frust aku.. nampak sangat daku seorang yang comel . ehh silapp.. daku seorang yang penyayang la... 




bila aku dah frust aku pun menghantar sms kepada encik danial terbabit ..



" salam encik, macam mana ni? saya ingat encik boleh datang harini.. saya dah siapkan duit dah.kalau encik tak percayakan saya biar saya jumpa penghuni rumah yang lain, nanti encik tanyalah dia saya ni boleh dipercayai ke tak. ke camne? ke encik nak saya hantar gambar or kita skype ? sorrylah nampak macam desperate sangat, tapi saya memang desperate pun"


sekian ,


yang desperate 

una


p/s: aku desperate bab cari rumah sewa je .. jangan pikir lain ! ;p


April 24, 2013

kisah 3 bangla .

salam rabu .. harini ada benda lawak aku nak cerita. yerlah benda lawak lah takkan hari hari nak tulis benda serius ye tak? . Dalam banyak banyak hari aku kerja ni.. harini adalah hari yang paling relaks . paling tak banyak kerja. Siap boleh ketawa dengan bahagia.



ceritanya camni.. tadi lunch aku pergi makan dengan mr liew dan pipah . kami naik kereta mr liew . Untuk pengetahuan korang, aku kerja kat site tau jadi kereta kereta orang kat situ tak pernahnya "bersih" memang comot habis la.. Tadi dia suruh seorang bangla ni bersihkan pancut guna hos air tu sementara kami kat dalam kereta tu. Tengah aku asyik tengok bangla tu pancut air, mr liew pun bukak cerita..



"you orang tahu ka? itu bangla punya nickname?

"tak tahu..."  ujarku dengan jujur sambil menggeleng

"itu bangla arr kami panggil dia kawan. sebab arr dia tak kira siapa orang . orang besar ka kici ka dia panggil kawan juga. dia tara panggil saya bos.


lepas tu aku gelak .. tengah gelak terpandang luar.. muka bangla tu pelik kenapa aku ketawa macam orang gila..


lepas itu mr liew sambung bercerita lagi...


lagi ar ada 2 orang tau.. ada nickname " tak boleh" dan " baik boss"


"kenapa panggil macam tu? " giliran pipah pulak bertanya..


ini macam la.. itu nama "tak boleh" sebab dia suka cakap tak boleh. bila hari hujan  kami panggil dia angkat  barang la . dia cakap " tak boleh boss" . itu bangla takut sama huja ooo. dia kata hujan boleh demam , nanti tak boleh kerja ..gaji tadaaa. "ujar mr liew dengan penuh yakin"


lepas tu yang baik boss?

yang baik boss itu ibrahim.. kita suruh dia buat apa pun dia mesti cakap "baik boss''. saya pikir arr kalau saya suruh dia pigi mati pun dia mau cakap " baik boss"


habis je ayat tu aku terus gelak. Gelak tak ingat dunia. Lagi sekali bangla tu pandang muka aku dengan seribu tanda tanya.




p/s: aku syak bangla tu mesti aim aku sebagai perempuan gila, aku syak lah .. ;p





April 18, 2013

masalah si cekodok.

harini hari ke tiga aku bekerja. keadaan kat sini kalau sunyi , sunyi sangat sampai tak ada kerja langsung . kalau ada kerja sampai nak tercabut kaki. macam itulah kehidupan aku sehari hari disini. tapi setakat ni aku okay saja.  tak ada masalah soal kerja . yang kesiannya member aku je lah pipah. sebab dia lama la jugak dalam company ni so banyak benda dia nak kena handle . Tapi aku percaya kalau kita buat benda tu dengan ikhlas benda tu akan jadi mudah . ceh fadzilah kamsah sangatttt  *roll eyes*



setakat 3 hari ni aku masih kosong lagi , tak ada banyak sangat yang aku serap. cuma yang aku tahu memang kami tengah banyak projek nak handle dan ade seorang monster tengah chillax menaip blog sekarang ni . HAHAHA aku lah tu ..


sementara officemate dan bos bos  sedang meeting lalu dihentam klien masih ada lagi seekor makhluk boleh berguling sambil makan dengan bahagia tanpa rasa bersalah ;D ekhem .... Sila jangan marah jika saya bersikap keji. bukan taknak pergi meeting but i'm not invited at all . orang baru so relaks la dulu  *sambil angkat kening double jerk*





Tapi ... setenang-setenang muka seseorang hati dan seseorang itu mungkin tak setenang-setenang mukanya.


dah apa aku merepek ni?


yaaa! saya mengalami kesukaran mencari bilik sewa sekarang ni. seperti saya mention sekarang dan saya juga merasakan otak saya sedikit senget semenjak 2 menjak ni. baru 1,2 dugaan datang menerpa bertalu talu dan bertali arus mulala goyah segala keceriaan tu. mula lah khonnn -..-



namun emosi dan akal biarpun berkecamuk haruslah seseorang itu  mengambil pil tidur, lalu membunuh diri  
bertenang dan bersabar kerana memang tujuan hidup kita macam tu. hidup ni selain kumpul pahala dan buang dosa ianya juga ialah menyelesaikan masalah hidup.









jadi motip aku menaip cerita ini di blog ialah untuk memberikan kesedaran sivik kepada diri sendiri , dan memulihkan segala semangat yang macam biskut chipsmore.


sekian.


salam penuh  keceriaan , una .











April 17, 2013

diary manusia mix blood naga yang kini bekerja .

HAI




harini hari kedua aku bekerja. so far so good . Banyaklah jugak benda yang aku kena belajar. dalam masa yang sama aku tengah peningkan  pasal rumah sewa ni. dalam hal ini time management amatlah penting tuan puan sekalian.




aku rasa tugas aku tak berat sangat cuma kadang-kadang padat. bila padat mula la rasa penat lalu stress. ini mengakibatkan nafsu makan yang melonjak naik . (padahal , masa kat rumah tak buat kerja pun maka jugak kau ni )

haippp! sila jangan salahkan makanan sila marah perut sendiri . bila dah kerja , aku amatlah menghargai masa dan duit . pertama sebab ini adalah titik tolak untuk aku bina hidup sendiri. susah senang aku masa depan bergantung pada masa sekarang .







dah tak boleh nak minum milo 2 gelas kalau pergi makan (jimaty itu penting)
dah tak boleh jadi burung hantu tidur lewat (sebab kerja )
tak boleh makan fast food banyak sebab jaga badan dari kegemukan lagi dan penyakit.



secara rawaknya aku rasa hidup aku akan berubah sedikit ke 360 darjah. aku nampak lah peluang nak kurus tu .. kira ada chance la ni mau kurus ;p .



haruslah aku beli felinna bila dapat gaji nanti sebab felinna aku dah habis. hmm sekarang aku nak settlekan masalah bilik sewa aku dulu . k bye .



April 5, 2013

demam sepanyol.



assalamualaikum ..


harini  kan aku tak tahu kenapa aku gembira sangat. Asyik-asyik tersenyum tersengih dah macam orang tak betul =-=' . semuanya sebab  aku terjumpa balik dekat youtube satu lagu mexico yang kalau  aku dengar aku rasa macam tengah bercinta walaupun hurmmm mood macam tu dah lama berlalu pergi
Lagu ni lagu tema sebuah telenovela yang aku pernah tengok dulu aku tak tahu korang pernah tengok ke tak . Telenovela Juana la Virgen. 




 
 mengisahkan tentang gadis (masih dara) yang bijak pandai, suka ambik gambar dan berperangai tomboy tiba tiba mengandung anak seorang lelaki akibat kesilapan yang berlaku di klinik. Actually Juana ni sakit biasa je (aku tak ingat sakit apa), doktor tu tersilap masukkan sperma lelaki tu ke badan Juana gara-gara jururawat yang pegang fail kesihatan Juana dan fail kesihatan isteri lelaki tu tertukar fail sebab terlanggar . Suatu hari Juana dapati dia mengandung dan  punahlah cita-cita dia nak sambung belajar di united states sebab dia kan pandai dia dapat biasiswa. So dia tak sampai hati nak gugurkan kandungan dan bekerja di sebuah syarikat yang kebetulan  ayah kepada baby yang dia kandung. So konflik demi konflik berlaku , lagi lagi bila Mauricio dapat tahu Juana mengandung anak dia.
akhirnya diorang pun jatuh cinta....



kemudian? aku tak ingat lahh sebab cerita ni tahun 2002  lama sangat dah .
dah 11 tahun .

tajuk lagu dia  solo a tu lado quiero vivir  ataupun membawa maksud  I want to spend my whole life with you :)


lirik dia sangat  sangat sangat sangat sangat membuai jiwa..











Jyve V - Sólo A Tu Lado Quiero Vivier
 
ya sé porque estás dudando
sé lo que vás a pensar
será este un amor eterno
será un amor de verdad
 
CORO:
Aunque se que esto no es facil de entender
que parece una locura
aunque sé que es muy dificil de creer
el amor de mi vida eres tú
sólo a tu lado quiero vivir
sin ti mi cielo se vuelve gris
dime que hacer si no estás aqui
sólo a tu lado quiero vivir
te mostraré lo que siento
de lo infinito al final
pido tu mano y prometo
por siempre te voy amar
 
CORO
 
SOLO
sólo a tu lado quiero vivir
sin ti mi cielo se vuelve gris
dime que hacer si no estás aqui
sólo a tu lado quiero vivir



"I want to spend my whole life with you"
 
I know just what you're thinking
I know what's on your mind
Could this love go on forever?
Is
this love one of a kind?
 
Now I know this may be
hard to understand
And I know this might sound crazy
And I know this may be hard to believe
But what i'm trying to say is true
 
I want to spend my whole life with you
I want to make all your
dreams come true
So tell me what am I supposed to do
'cause I want to spend my
whole life with you
 
Now this time in my life
I know what's wrong from right
Gonna take this chance on our love
And ask you to be my bride
 
Now I know this may be hard to understand
And I know this might sound crazy
And I know this may be hard to believe
But what I am trying to say is true
 
I want to spend my whole life with you
I want to make all your
dreams come true

So tell me what am I supposed to do
'cause I want to spend my
whole life with you



April 1, 2013

I phone , blackberry dan samsung. mana satu favourite korang?

My blackberry start buat perangai beberapa bulan lepas.  trackpad  (button tengah) selalu freeze . bila dah freeze selalu jugak la aku tension sebab nak text orang susah, bbm tak boleh, update status bbm tak boleh .Biasalah phone, meskipun smartphone itu kategori smart namun ironinya bila dia start buat masalah , dia Nampak lebih bodoh dari nokia. dahlah bateri pun berperangai huduh. huhuuuu ;')
 
 
Jadi aku rasa nak beli phone yang aku dah lama suka, dan tak pernah tergugat top 1 dalam hati aku selama-lama nyaaa!
 
I PHONE.
 
 
 
Samsung tu aku bukan tak suka , dari segi teknologi aku boleh puji Samsung
kira apps dalam Samsung boleh dikatakan boleh menyaingi apple . namun sedarkah anda kuasa apple?
 
besar kan? hurmm tapi kalau tak dapat I phone Samsung camni pun okay hahaha sorry dah start dah perangai lalang ;p
 
 
Apple menarik di mata aku kerana  rekabentuk dia. Tak kiralah berapa ramai haters Apple ni ada tapi  Apple ni macam trend setter bagi pesaing-pesaing nya ;)Samsung pulak figure luar dia tak berapa cantik, kadang-kadang phone terlalu besar . nak simpan kat dalam poket pun tak muat . Dan lagi 1 , aku tak berapa suka handphone berwarna putih. 
Tapi orang  macam aku pakai yang mana mampu ye tak? kalau tak mampu pakai I phone pakai je la Samsung janji boleh guna.  Opss pasal blackberry?
blackberry ni aku suka figure dia .. sukaaaa sangat cuma biasalah setiap phone ade lemahnya. Aku tak suka  masalah trackpad dan selalu kena reboot . tak boleh tengok youtube dan nak search susah sikit la. cuma dari segi typing msg  tiptop! :) . Aku boleh taip message sambil pejam mata je :)
 
 
Sorry blackberry  mungkin saya terpaksa menduakan awak nanti, cepat atau lambat saya terpaksa  ;')
 


💝 Anniversary Trip To Jakarta