April 17, 2013

diary manusia mix blood naga yang kini bekerja .

HAI




harini hari kedua aku bekerja. so far so good . Banyaklah jugak benda yang aku kena belajar. dalam masa yang sama aku tengah peningkan  pasal rumah sewa ni. dalam hal ini time management amatlah penting tuan puan sekalian.




aku rasa tugas aku tak berat sangat cuma kadang-kadang padat. bila padat mula la rasa penat lalu stress. ini mengakibatkan nafsu makan yang melonjak naik . (padahal , masa kat rumah tak buat kerja pun maka jugak kau ni )

haippp! sila jangan salahkan makanan sila marah perut sendiri . bila dah kerja , aku amatlah menghargai masa dan duit . pertama sebab ini adalah titik tolak untuk aku bina hidup sendiri. susah senang aku masa depan bergantung pada masa sekarang .







dah tak boleh nak minum milo 2 gelas kalau pergi makan (jimaty itu penting)
dah tak boleh jadi burung hantu tidur lewat (sebab kerja )
tak boleh makan fast food banyak sebab jaga badan dari kegemukan lagi dan penyakit.



secara rawaknya aku rasa hidup aku akan berubah sedikit ke 360 darjah. aku nampak lah peluang nak kurus tu .. kira ada chance la ni mau kurus ;p .



haruslah aku beli felinna bila dapat gaji nanti sebab felinna aku dah habis. hmm sekarang aku nak settlekan masalah bilik sewa aku dulu . k bye .



No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta