April 26, 2013

kisah aku yang desperate level 99 (aku memang desperate pun)

harini adalah hari yang membuatkan aku geram , marah dan sakit hati dengan segala-galanya .
tak adalah segala-galanya . takkan tengok duit banyak pun nak marah ye tak?


okay macam ni cite dia.. aku kan tengah menunggu nak masuk rumah sewa kan.. So aku pun contact la seorang pemilik rumah ni. Dia kat johor bharu, tempat aku nak mneyewa  ni kat setia alam selangor . korang kan tahu kan aku menumpang rumah sewa member aku jap sementara nak masuk rumah sewa baru tu... 



dari minggu lepas aku menunggu jawapan dari seorang encik bernama danial. mula-mula janji ahad lepas lepas tu cancel. takpelah aku pun menunggu lah lagi.. call punya call dia kata okay jumaat depan. jumaat depan iaitu harini. so hati ini dah berbunga gembira la an. bila dah gembira jadi over excited la kononnya.. bila over excited dan dapat tahu pulak pagi tadi dia tak dapat datang... apekah perasaan beta? teka laaa tekalaaa cepat... takkan nak gembiraa? haruslah daku bersedih lalu rasa nak berubah menjadi seekor hulk.


aku sekarang ni memang betul betul frust . tak tahu nak kata frust kategori ape dah ni.. kalau orang frust bercinta rasa nak terjun klcc. aku pulak frust rasa nak terjun gunung everest . HAAAA nampak tak betapa frustnya aku sekarang ni?

tinggi tau level frust aku.. nampak sangat daku seorang yang comel . ehh silapp.. daku seorang yang penyayang la... 




bila aku dah frust aku pun menghantar sms kepada encik danial terbabit ..



" salam encik, macam mana ni? saya ingat encik boleh datang harini.. saya dah siapkan duit dah.kalau encik tak percayakan saya biar saya jumpa penghuni rumah yang lain, nanti encik tanyalah dia saya ni boleh dipercayai ke tak. ke camne? ke encik nak saya hantar gambar or kita skype ? sorrylah nampak macam desperate sangat, tapi saya memang desperate pun"


sekian ,


yang desperate 

una


p/s: aku desperate bab cari rumah sewa je .. jangan pikir lain ! ;p


No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta