April 18, 2013

masalah si cekodok.

harini hari ke tiga aku bekerja. keadaan kat sini kalau sunyi , sunyi sangat sampai tak ada kerja langsung . kalau ada kerja sampai nak tercabut kaki. macam itulah kehidupan aku sehari hari disini. tapi setakat ni aku okay saja.  tak ada masalah soal kerja . yang kesiannya member aku je lah pipah. sebab dia lama la jugak dalam company ni so banyak benda dia nak kena handle . Tapi aku percaya kalau kita buat benda tu dengan ikhlas benda tu akan jadi mudah . ceh fadzilah kamsah sangatttt  *roll eyes*



setakat 3 hari ni aku masih kosong lagi , tak ada banyak sangat yang aku serap. cuma yang aku tahu memang kami tengah banyak projek nak handle dan ade seorang monster tengah chillax menaip blog sekarang ni . HAHAHA aku lah tu ..


sementara officemate dan bos bos  sedang meeting lalu dihentam klien masih ada lagi seekor makhluk boleh berguling sambil makan dengan bahagia tanpa rasa bersalah ;D ekhem .... Sila jangan marah jika saya bersikap keji. bukan taknak pergi meeting but i'm not invited at all . orang baru so relaks la dulu  *sambil angkat kening double jerk*





Tapi ... setenang-setenang muka seseorang hati dan seseorang itu mungkin tak setenang-setenang mukanya.


dah apa aku merepek ni?


yaaa! saya mengalami kesukaran mencari bilik sewa sekarang ni. seperti saya mention sekarang dan saya juga merasakan otak saya sedikit senget semenjak 2 menjak ni. baru 1,2 dugaan datang menerpa bertalu talu dan bertali arus mulala goyah segala keceriaan tu. mula lah khonnn -..-



namun emosi dan akal biarpun berkecamuk haruslah seseorang itu  mengambil pil tidur, lalu membunuh diri  
bertenang dan bersabar kerana memang tujuan hidup kita macam tu. hidup ni selain kumpul pahala dan buang dosa ianya juga ialah menyelesaikan masalah hidup.









jadi motip aku menaip cerita ini di blog ialah untuk memberikan kesedaran sivik kepada diri sendiri , dan memulihkan segala semangat yang macam biskut chipsmore.


sekian.


salam penuh  keceriaan , una .











1 comment:

syiela said...

moga jumpa rumah sewa nanti...

** muka tenang tapi hati sangat bergolak :)