December 11, 2013

Tutorial mencari kerja yang sesuai dengan bidang dipelajari

Hai  Assalamualaikum! :)



Sebagai bekas penganggur , aku rasa aku layak untuk membuat tutorial ini kerana aku mempunyai banyak pengalaman menghadiri interview dan mencari kerja . Jadi sesiapa yang  rasa  was was dan nak tutup blog ni .. nanti dulu sebab aku memang nak bagi tips kat korang dan tips ni korang takkan dapat kat tempat lain.
Jadi aku akan guna ayat mudah mudah je bagi korang faham . Deal?



1) Resume
Pertama sekali sebelum  meminta sebarang pekerjaan sila "mantopkan" dulu resume korang tu.
Pastikan resume korang mempunyai  maklumat diri korang (alamat rumah, no telefon, email , latar belakang pendidikan (paling penting) ,gaji dipohon.( Kenapa? Itu aku akan cerita nanti) dannnnnnn gambar terbaru korang bersaiz passport yang  ada background biru kat belakang tu jangan korang letak gambar duckface korang plak kang sakit jantung plak bakal boss korang siapa susah?



2)Cari kerja kosong di laman internet 
Okay ini aku rasa korang semua sedia maklumlah yang tak tahu tu baca list kat bawah ni ;

  • Mudah.my (HOT)
  • JobstreetMalaysia
  • Majalah.com
  • Blog Jawatan Kosong 
  • 1 Stop Malaysia Vacancy (New)

Okay ini adalah cara-cara memilih kerja mengikut bidang masing masing dan mungkin aku tak dapat list semua sekali jawatan dalam ni , aku akan pilih bidang bidang yang agak popular  dan mempunyai pasaran luas tapi bergaji sikit.Kenapa? Kejap lagi korang akan tahu.




A) Bidang Engineering

Industri ini pada pandangan aku mempunyai pasaran tenat .Dan kebanyakan kekosongan yang bergaji rm2500 ke atas memerlukan degree dan jika tidak mempunyai degree memerlukan pengalaman 2 hingga 3 tahun.Dan gaji lebih dari rm4000 hingga rm6000 haruslah mempunyai pengalaman  lebih dari itu.

Okay jadi sekarang korang dah sedia nak tahu macam mana caranya nak dapat kerja yang mempunyai gaji yang berpatutan lebih lebih lagi jika korang hanya mempunyai diploma sahaja dalam bidang ini?

1)Apply kerja di syarikat pembinaan Gred G7/Contractor Class A yang buat Earthwork  (macam aku buat sekarang) sebab ianya sesuai untuk korang yang nak belajar dari bawah. Kerja dia mungkin teruk sikit sabtu tak cuti tapi selepas bertahun tahun ilmu korang dapat tu boleh melonjakkan tangga gaji korang. Gaji diberi pun not bad starting rm1800  untuk fresh graduate yang ada diploma. Tak percaya? Try! :)

2)Jika korang kategori fresh graduate tapi macam malas nak kerja lagi nak sambung short course lepas tu baru nak kerja.. Dan berduit tak tahu nak buat apa... Sila join course untuk jadi Safety Officer  . Course ni  cost dia rm4000 dan selama 6 bulan sahaja. Lepas tamat course ni korang apply kerja sebagai site safety supervisor dan stay selama 3 tahun. Kenapa 3 tahun? Sebabnya lepas 3 tahun korang akan  dapat green book dan green book tu nanti mengubah status korang kepada safety officer. Bidang ni tak ramai orang ambik jadi bila korang join tentunya korang akan menjadi rebutan para kontraktor . Sebab? Tanpa safety officer kontraktor takkan dapat tender, takkan dapat projek  dan itu menjadikan gaji para Safety officer agak mahal.  Gaji 4k 6K tu memang dah boleh dapat  :)


3)Cara nak cari syarikat kontraktor gred G7 tak lain tak bukan ialah bukak page CIDB
Sila rajinkan diri godek bahagian construction search tu, macam macam jenis company korang boleh jumpa okay ! :)


b)Bidang perubatan
Untuk yang ambik untuk jadi doktor aku rasa tak ada masalah tapi bagi yang ambik kursus nurse ada sedikit masalah. Kenapa? Sebab gaji ditawarkan terlalu sedikit sedangkan kerjanya agak penat. Ada aku jumpa rm900 je dia bagi . Hmmm jadi untuk menyelesaikan masalah ini aku nasihatkan sementara tunggu tawaran kerja dari kerajaan kerja dulu dengan klinik berdekatan rumah untuk menjimatkan kos sewa rumah, makan dan lain lain. Kumpul pengalaman kerja selama setahun dahulu dan  try minta pada hospital swasta seperti Assunta . Jika tak ada juga tawaran korang masih boleh meminta kerja bidang lain, seperti bank (aku akan cerita kat entry lain caranya walaupun bidang tak ada kaitan)

1) Jika minat pada bidang perubatan masih menebal try sambung belajar untuk jadi doktor gigi habis belajar bukak klinik gigi dan masalah kerjaya anda selesai 
2) Jika kurang kemampuan dan masih ingin bekerja bidang berkaitan perubatan sila cuba minta kerja di pusat rawatan alternatif . Gaji  ditawarkan juga jauh lebih tinggi dari klinik klinik swasta :)



3)Bidang Seni lukis dan seni reka/art and design
Bidang ini jarang mempunyai iklan iklan untuk pengambilan kerja dan merunsingkan para graduan. Jangan  risau! Masih ada company yang boleh menawarkan kerja untuk kamu  antaranya.

  • NUFFNANG (HOT!!!)
  • MAXIS
  • CELCOM
  • DIGI 
  • SYARIKAT PRINTING (KAD KHAWIN,BUSSINES CARD)
  • MAGAZINE ( Rajin beli majalah dan try contact mereka)




Jadi aku rasa itu sajalah info yang aku dapat beri aku harap sedikit sebanyak dapatlah bantu korang. Oh ya bidang engineering tu sengaja bagi tips lebih sebab aku dalam bidang itu . Selamat memohon kerja
Terima kasih sudi baca.




"Kejayaan cuma datang pada yang berusaha"

Gambar ikhsan google

1 comment:

Wahidah BME said...

Ha kuar dah entry baru. Tip top ! Mantop.. Dapat ilmu setepek ^^ Yeay. Alhamdulillah..

💝 Anniversary Trip To Jakarta