March 27, 2015

i am turning 24 and birthday wishlist!





 hai korang ...

 27 march 2015 i am finally 24 years old! 
gila tua aku rasa .. pada awal penubuhan blog ni  aku cuma berumur 19 tahun. woohooo!
diam tak diam 5 tahun dah blog ni. macam macam aku dah tulis . pasal diri sendiri, yang tak ada kena mengena dengan diri sendiri. post merepek . ucapan dan sebagainya. Menginjak usia 24 tahun ni aku dah senaraikan beberapa wishlist yang ada sesetengah dah dalam progress pun. 

1) Travel dengan kerap.
    Sebelum ni aku travel je tapi tak abadikan sangat dalam blog. cuma sesi travel tahun lepas je aku sempat tulis.Family aku jenis suka je travel tapi bila dah besar ni payah sikit nak tunggu semua orang free . adik aku tengah degree sorang kat matrik , sorang sekolah lagi. kalau kami free kadang kadang parents yang tak free. Hahaha mungkin aku akan travel dengan cousin kot untuk memenuhi wishlist aku tahun ni. Sebelum khawin jadilah nak buat aktiviti macam ni. there is no need for bachellorette party ;D 

2)Beli laptop Baru
  aku target nak macbook. Susah sebenarnya jadi dewasa ni . kena berdikari.
  kalau laptop lama ihsan duit parents so laptop kali ni beli pakai duit sendiri. 
  Pakai duit sendiri inshallah akan lebih menghargai betul tak?. Aku aim macbook pro baru tu tapi aku belum tengok features dia macam mana. Apa yang mata aku nampak warna dia sangat gorgeous! Hahahaha. 


3)Lebih sihat dan kurangkan sakit 
 benda ni memang tak boleh plan. sakit ni bukan kerja kau nak tentukan tapi aku pun tahu kenapa immune aku merosot . instead of target nak slim melampau, aku cuma nak letak target lebih sihat tahun ni. Inshaallah . 

4)Focus more on me 
  aku habiskan hidup aku mendengar apa je komen negatif orang pasal aku. 
  jadi daripada dengar cakap orang baik dengar kata hati sendiri. Aku akan cuba appreciate apa yang tuhan bagi kat aku ni dan takkan compare diri sendiri dengan orang lain. Bak kata pepatah " You do You"


5)Simpan lebih banyak memori indah 
  hidup ni memang seronok kalau dikelilingi positif vibes tapi untuk mendapatkan positif vibe kita sendiri kena jadi positif.Dengan lebih positif semua saat pun boleh jadi manis. yakni saat kau bancuh teh atau pun tengah baring berguling atas padang. it's okay to be sad sometime. kita ni bukan robot nak gembira 24 jam . tapi daripada  bersedih berbulan bulan macam baru kematian suami lebih baik kita try move on. alah kadang kadang kita bersedih pun pasal hal kecik. contoh test tak dapat A, pasal jenab kutuk kita gemuk (ini aku selalu rasa),pasal berat badan kita naik, atau pasal crush ko minat kat kawan baik kau. ala chill la , apa kata korang try buat benda benda baru yang menggembirakan hati.


semua benda ni ada yang aku dah try buat pun. alhamdulillah hidup lebih ceria walaupun tak sekaya bill gates. aku rasa 2015 akan jadi tahun yang menyaksikan diri aku yang lebih positif . inshaallah. kalau tersasar berduka kejap tu biasalah tu. Oh ya sejak 2 menjak ni aku rajin buat video, bubuh lagu yang ceria ceria sikit . tapi aku tak post dekat media social ada sesetengah je aku post. dengan harapan bila aku tua nanti adalah bahan nak bercerita kat anak anak ehemm. Lagipun video lebih realistik..



Kalau korang nak cuba buat sendiri. boleh download imovie dekat apple store. 
tutorial ada kat blog ni carilah . tak jauh pun ke belakang.. nanti jumpa buat k :) 

tak sabar nak travel lagi! :D

March 26, 2015

Pengalaman membeli dari goshop berserta tutorial




semalam semasa aku tengah mamai mamai ..aku dapat call dari kampung. oh atuk rupanya ni..
dia bersungguh sungguh call mintak belikan gergaji yang keluar kat bgoshop semalam. beginilah conversation kami semalam 


Atuk : kakak.. Atuk nak gergaji ni dalam tb ada tunjuk.. Cepat cepat ambik no !!!
Aku : (dalam keadaan mamai) no apa atuk??
Atuk : ni haa atuk tengok dalam tb go shop ni atuk nak talipon nak cakap tak reti. Kamu odar (order) la.

Aku : ohhh yelah nanti orang belikan..

Atuk : kamu talipon sekarang tauu..nanti dia antor ke rumah mak kamu atau rumah atok mana mana la senang

Aku : ye tuk..


so ni confirmation order aku dapat semalam . nanti tunggu barang sampai aku update kat bawah gambar barang tu atau buat entry baru. opss kantoi nama sebenar aku hahaha


bagi aku semalam adalah antara benda yang menghiburkan hati aku. kalau korang ingat balik macam mana rasa korang bila nampak toys waktu kecik dulu pastu tak sabar nak beli macam tu lah gelagat atuk aku semalam. 

atuk call dalam pukul 3 pukul 5 baru aku beli sebabnya aku tertidur. 5 lebih macam tu la.. aku beli pakai website je sebab aku ni kalau bab cakap dalam telefon dengan orang ni memang fail sikit. aku pun malas nak habiskan kredit aku. lagipun pakai website lagi senang tau. 



 caranya 

1) pergi ke laman web goshop ( url nya ialah goshop.com.my)
2) Sign up as a new customer (ala macam sign up facebook senang je)
3) Isi alamat rumah, nama penuh, no telefon.
4) Boleh cari barang yang nak dibeli tekan buy now atau add to chart.



extra tips 
1) Pastikan alamat rumah betul jangan bagi alamat jiran kang jiran plak yang 
    untung hahaha.
2) No telefon wajib letak , kalau apa apa senang dia call
3) Masa sign up tu , lepas kita daftar kena pergi email buat confirmation Pastikan guna email yang kita tahu password dan email tu aktif.
4)Masa beli tu ada option nak orang tu hantar ke rumah dan kita bayar masa depan pintu kita, bank transfer atau debit card. So aku pilih bank transfer mudah. untuk bank transfer boleh guna maybank2u sahaja cimb tak boleh.

update : nak tengok barang yang dah sampai? klik sini



p/s : benda ni atuk aku punya , alang alang dia suruh buat beli aku adalah info boleh bagi kat korang hehehe.Goshop ni trusted seller kepunyaan astro sebab tu aku beli. Maklong aku pun dah banyak kali shopping kat sini. 




March 22, 2015

Movie Review : Run All night




Run all night mengisahkan tentang seorang lelaki  bernama jimmy conlon yang berusaha sedaya upaya menyelamatkan nyawa anaknya michael conlon daripada dibunuh orang suruhan rakan baiknya sendiri iaiti shawn miguare. Persahabatan jimmy dan shawn menyebabkan dia sanggup berbuat apa sahaja termasuk membunuh sepupunya billy pada beberapa tahun yang lalu. Ini kerana billy ingin melaporkan kegiatan pengedaran dadah shawl kepada pihak polis. demi melindungi anaknya dan mengelakkan anak dan isterinya dari diburu musuh musuhnya.. dia meninggalkan michael membuatkan anaknya benci padanya. Namun itu tidak sedikitpun mengubahkan kasih sayang jimmy. Masalah berpunca  daripada danny anak kepada shawn yang berhasrat untuk melibatkan diri dalam pengedaran dadah secara besar besaran . Namun hasratnya ditentang shawn kerana tidak mahu peristiwa lama berulang dan kejadian buruk menimpa anaknya . Oleh itu pemilik dadah tersebut ingin menuntut wangnya  kembali. Mereka menaiki limousin yang kebetulannya dipandu michael ke rumah danny. Disitu mereka ditembak oleh danny dan kejadiaan itu dilihat oleh michael. Demi mengelakkan tembelangnya pecah , danny memburu michael sehingga ke rumahnya. Jimmy yang secara kebetulan berada di tempat kejadian telah menembak danny untuk menyelamatkan anaknya. Dia telah menelefon shawn untuk memaklumkan bahawa dia terpaksa menembak danny. Shawn yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tunggalnya menyimpan dendam. Dia bersumpah akan membunuh anak sahabatnya demi menuntut bela atas pemergiaan danny. Dalam masa yang sama pihak polis yang telah bersubahat dengan shawn telah mereka bukti palsu mengenai kematian 2 orang pengedar dadah di rumah danny untuk menampakkan ia adalah salah michael dan jimmy. Dalam masa tak sampai beberapa jam, mereka telah diumumkan sebagai orang paling dikehendaki polis. bersquad squad polis dikerahkan untuk memberkas mereka namun gagal. Shawn yang tidak berpuas hati mengupah pembunuh upahan terhandal untuk membunuh mereka. Mampukah jimmy menyelamatkan anaknya dari dibunuh? mampukah michael untuk terus hidup dan melindungi keluarganya yang turut diancam pembunuh upahan tersebut? saksikan di pawagam berhampiran





Movie rated : 3 1/2 star
Genre : Action
Do i suggest for you to watch this movie ? : Yes for adult but not for kids..



P/s: Baru tahu MBO card free. baru buat semalam ;D

Movie Review : Chappie








chappie mengisahkan deon pencipta robot yang bekerja di bawah sebuah syarikat milik michelle bernama tetravaal yang  bertempat di johannesburg afrika selatan. Polis di afrika selatan menggunakan robot polis ciptaan deon bagi mengurangkan kadar jenayah dan kadar kematian pegawai polis. kejayaan deon dalam penciptaan robot polis berskala besar dicemburui rakan sekerjanya vincet yang juga seorang pereka robot(moose bersaiz gergasi) yang masih belum mendapat kelulusan michelle . Dana vincent yang dipotong akibat kegagalannya mencipta robot yang mampu menarik minat pembeli (polis) menyebabkan dia semakin cemburu kepada deon. Dalam diam, deon rupanya telah mengusahakan satu program robot yang mampu membuat robot meniru mimik manusia dan berperasaan. Niatnya untuk menguji program terbarunya kepada robot yang rosak ditentang michelle. Dia akhirnya mencuri robat rosak itu untuk dibuat uji kaji. Dalam masa yang sama kartel dadah merancang untuk menculik deon untuk mendapatkan robot supaya mereka dapat merompak demi menyelamatkan nyawa mereka dari dibunuh kartel dadah terbesar di johannseburg(akibat berhutang). Deon di bawa ke sebuah bangunan lama dan disitu la "chappie" dipasang. chappie haruslah dilatih kerana dia umpama bayi yang baru lahir. Deon telah dihalau oleh ninja ketua kumpulan kartel kecil itu namun deon tetap berkeras untuk menemui chappie pada keesokan harinya . Tanpa disedarinya, deon telah diekori vincent . Di scene lainnya menunjukkan chapie telah dipukul dan program yang terlekat dibadannya telah dicuri vincent. kerana cemburu vincent yang membara, dia telah memuat naik virus ke dalam program robot polis  mengakibatkan robot polis gagal berfungsi dan jenayah besar besaran berlaku di bandar itu. Vincent kemudiannya mengambil kesempatan dengan meminta penghapusan robot polis ciptaan deon secara besar besaran menggunakan robotnya moose. Nyawa deon menjadi taruhan disaat dia mulai menyayangi hasil ciptaan chappie. Nyawa "keluarga" baru chappie juga diancam moose . Dapatkah chappie menyelamatkan penciptanya, dan keluarga barunya itu? mampukah dia menghentikan huru hura yang berlaku di johannesburg? Bagaimanakah nasib industri robot setelah kejadiaan itu? saksikan di pawagam berhampiran! :)


antara fav scene aku dalam filem ni. Siapa dah tengok mesti tahu time ni chappie buat apa.


Movie Genre : Action 
Star Rated : 5 star ( masih boleh diperbaiki)
Cast Members : Dev Patel Sebagai Deon
                       Hugh Jackman Sebagai Vincent
                       Sharlto Copley Sebagai Chappie
                       Watkin Tudor Sebagai Ninja (Daddy)
                       Yolandi Visser Sebagai Yolandi (Mummy)
                        


adakah aku suggest korang tengok filem ni? yesss!! walaupun cerita ni sedikit ganas .. kanak kanak perlu bimbingan orang dewasa tapi ada jugak part part kelakar dalam cerita ni. Antaranya scene ketika deon dan yolandi mengajar chappie bercakap. Chappie ni sangat sangat lurus dan comel pada awalnya. Dan pada akhirnya chappie adalah  sebuah robot yang mempunyai naluri kemanusiaan yang sangat tinggi.Salute to chappie .



P/s: Banyak jugak filem filem best akan muncul tahun ni kan?

March 18, 2015

Product Review : Laneige BB Cushion



Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerja dia.. tak payah cakap banyak... Hahaha so mama aku pun ambik pore filler.. Tapi serious weh .. bb cushion laneige ni meskipun harga dia mahal sikit daripada bb cream lain.. tapi kualiti dia cenggini haaa.... Bagus! Aku pun nampak mama macam puas hati je dapat benda tu. dengan hanya rm150 ko dapat 1 bb cream bersama refillnya sekali! :D. sesuai sangat untuk orang yang bekerja, kadang kadang berpeluh and tak boleh pakai make up tebal macam mama aku. Mama aku ni jururawat mana  boleh nak mekap tebal sangat. so bb cushion ni memang sesuai sangatlah dengan dia. lepas pakai bb cushion ni takpayah tekap bedak pun takpe. dia pnya tekstur bila kena dekat kulit macam brown glowing dan memang sekata dengan kulit. Dapat free membership dan free lambakan sampel sampel untuk produk skincare diorang. Antara aku dengan mama aku dapat ialah water bank essence. Aku dah try sample skincare diorang dan bercadang nak pakai skincare diorang tu. untuk pengetahuan korang ketika ini aku cuma pakai pencuci muka saja. aku tak pakai krim siang ke malam ke tak pakai langsung. Toner ke moisturizer ke langsung tak!. Memandangkan aku ni sedang meningkat usia jadi aku kenalah start jaga kulit ni betul tak?






FAQ (FREQUENTLY ASK QUESTION)

1)Berapa lama bb cushion ni boleh bertahan?
Kalau pakai setiap hari  bb cream dan refillnya boleh guna sehingga 3 bulan. Jimat kan?

2)Bb cushion ni ada spf ke ?
ada 50 spf .

3)Bb cushion ni produk dari mana?
Produk Korea! :D

4) Apa produk lain selain BB cushion ni yang bagus dan boleh dicuba?

   Mascara Laneige 
   +- Rm80 ( betul betul memanjangkan bulu mata, sekata dan tak berketul.

  Lipstick Laneige  
 Tak ingat harga tapi lipstick laneige ni ada macam-macam jenis antara yang  famous two tone lip bar.Boleh buat gradient lips dengan shades berbeza .


gambar ihsan google


yang dua ni je aku dah try kalau skincare highly suggested water bank essence. Kulit ko betul betul rasa macam kulit bayi. Lembut dan empuk! 



lepas je kami "menetap" di parkson selama sejam kami pergi beli chatime dan terus menuju ke kfc gara gara 
perut lapar tak ingat donnniaa . 

sekian , itu sahaja aku nak cerita. 


 till next entry . bye! 






March 13, 2015

Movie Review : Kingsman The Secret Service







Kingsman the secret service mengisahkan tentang satu agensi perisikan rahsia  yang dipelopori golongan bangsawan di uk. Pada  permulaan cerita adalah disebuah bilik tahanan di mana salah seorang rekruit kingsman berkorban nyawa semasa menyelamat ketuanya "galahart". Galahart yang terhutang budi kepada keluarga rekruit tersebut kemudiannya menawarkan pertolongan kepada isteri si pelatih dan anak mereka yang masih kecil bernama eggsy. Beberapa tahun berlalu , eggsy membesar bersama ibu dan bapa tirinya dan adiknya . Bapa tirinya merupakan ketua samseng di kawasan tempat tinggalnya, ini menyebabkan hidupnya terumbang ambing. Pada suatu hari dia terlibat dalam satu kes sehingga di tangkap polis dan ketika di penjara dia tergerak hati untuk cuba mendail nombor yang seperti diberitahu oleh ibunya (nombor galahart). Seteah menghubungi nombor tersebut dia telah diikat jamin oleh galahart. Setelah pertemuan mereka , galahart nekad untuk menolong eggsy , dan eggsy di ambil menjadi anak buahnya untuk diserap masuk menjadi spy kingsman.Namun sebelum dia layal menjadi agen sah kingsman , dia harus menjalani latihan dibawah selian merlin. Di scene lainnya , valentine seorang individu yang kaya melancarkan misi jahatnya dalam penubuhan dunia baru. Galahart tugaskan untuk menyiasat kes itu.Dan hal itu dihidu valentine. Dalam masa yang sama pemilihan dan latihan untuk agen kingsman terbaru sedang berlangsung. Dapatkan eggsy mengharungi ujian tersebut. Mampukah eggsy membantu galahart menyelamatkan dunia? adaah dia lulus ujian untuk menjadi agen  kingsman? 



Tengoklah sendiri

Genre : action +comedy
Star Rated : 10 star out of 10 
Main cast : Taron egerton Sebagai Eggsy
                                       Colin Firth Sebagai Galahart ( Harry Hart)
                  Mark Strong  Sebagai Merlin
                               Samuel El Jackson Sebagai Valentine


adakah aku suggest korang tengok filem ni??? 
Highly recommended! guys cerita ni masuk list wajib tengok tau! 
Tak terlalu ganas , dan dalam aksinya adalah part part kelakar dia. 
Kalau ada masa rasa nak tengok lagi je! :D









March 11, 2015

laptop rosak poketku rabak

Hai ..
Dah 2 hari aku hidup tanpa laptop. Kesedihan dan kekosongan menyelubungi hidupku.
korang pun tahu kan betapa aku sayang si lembap tu ? Mungkin faktor kesihatan menyebabkan
Laptop kesayangan aku semakin uzur hari demi hari. Perlukah aku bawak dia berjumpa uncle x yang pernah "merawat" dia 3 tahun lepas? Kalau aku kira balik kos baiki laptop aku selama 6 tahun dia berbakti boleh dapat sebiji laptop yang serupa tau.. Mungkin ada lebih duit boleh buat makan dominos pizza. Aku tak tahu la option apa aku ada sekarang. Kalau format agak agak okay ke tak ye?

Mengikut analisa awal yang dibuat oleh aku sendiri masalah dia ni tak kronik mana pun.
Overheating + desktop gelap pada mode biasa je. Kalau guna safe mode boleh je bukak macam biasa cuma macam tak berfungsi dengan baik la kalau pakai safe mode. Ini semua salah aku gak. Tapi tak pe hidup ni kalau tak ada masalah bukan hiduplah nama dia. Aku boleh relaks  lagi ni pun sebab aku ada iphone. Ni aku update guna iphone. Kalau tak memang dah meroyan tahap perempuan sewel dah.  Aku plan nak beli macbook tapi tengok dululah. Mungkin lambat lagi. Aku masih menyayangi laptop compaq tua aku ni. Dah 6 tahun haruslah uzur.


Nampaknya terbantut la bussiness dan aktiviti penulisan aku. Segala manuskrip dengan proposal dalam tu.




March 9, 2015

Girls day out : hari yang suram di publika dan sunway pyramid yang menceriakan hati!

 
 
Assalamualaikum , hai..
khamis lepas aku ada job interview di Bandar tasik selatan .itulah job interview yang aku paling menyesal pergi!
seumur hidup ini kali pertama, aku hadiri interview yang sangat sangat
prejudis. Aku diminta bukak tudung kalau nakkan kerja tu.Gaji ditawarkan amat menarik tapi bagi aku rezeki ni terutamanya duit bukan manusia tentukan. Jadi aku pun tolak offer itu. Sad but true, this is how company works these days. Aku ditawarkan jawatan sebagai quantity surveyor pada asalnya, tapi oleh sebab dia tengok aku ni spesis boleh bercakap dia nak letak aku dekat position dekat sales . Korang mesti terfikir kenapa kena bukak tudung pulak sedangkan ramai je orang lain pakai tudung kerja sales elok je? This company is manufacturer company. Dia buat rumput palsu, trek sukan untuk stadium so dia perlukan projek projek tu. Dan untuk dapatkan projek projek tu aku kenalah jumpa individu berpengaruh. Skop kerja pun tak berapa senonoh. Kalau individu tu nak pergi club aku kena teman dia pergi club. Pendek cerita I MUST entertain him.Aku kena buat apa saja cara untuk dapatkan projek tu supaya poket bos aku tebal, supaya bank dia penuh nombor dan demi kelangsungan hidup diri sendiri. Ini bukan aku reka cerita ini adalah butiran yang keluar dari "bakal boss tak jadi" aku. Kalau aku tak pakai tudung pun aku takkan buat kerja macam tu inikan pulak sekarang waktu aku tengah cuba istiqamah bertudung. Lepas interview tu aku nekad nak business dari rumah jelah sementara aku dapat kerja yang sesuai dan kalau aku tak dapat dapat gak kerja aku akan teruskan je dengan bussines .aku takkan mention nama company ni tapi kalau ada sesiapa nak tahu aku akan email sorang sorang. Reaksi aku masa tu ? korang rasa?
aku sebagai perempuan dan pelakon serba boleh (perasan) aku menolak secara baik tapi disisi tepi buat muka bengang siap kepal penumbuk. aku buat rupa ayu sedangkan keinginan menerajang beliau adalah sangat sangat tinggi ketika itu. Kemudian untuk melepaskan stress dan rasa bengang itu tadi aku
 ajak cousin aku ke publika . Yelah aku saja je la nak tengok apa yang menarik memandangkan ramai sangat suka pergi sana. tak sampai setengah jam kami keluar balik! hahaha mungkin tempat tu tak berapa sesuai dengan kami. aku memang tak berapa suka tempat hang out yang senyap je, lepastu tak ada aktiviti sangat yang boleh dibuat.
 
ini gambar masa dalam kereta tengah otw nak ke tempat parking.
publika ni dia lebih kurang macam one city. Ada office and banyak restaurants and caffe , klinik kecantikan dan juga tempat barang berjenama.
 
\
inside the publika ada hiasan tanglung tak berapa ramai orang sekitar sendiri.
Automatik rasa boring kau! :)
 
 
 
Oleh sebab aku ni kaki wayang dan aku ada cerita yang aku nak tengok , so aku ajak cousin aku ke sunway pyramid. Aku berhajat nak tengok kingsman the secret service, mujur ada seat lagi walaupun seat depan sekali! Sementara tunggu showtime kami pun pergilah makan dulu. Haritu tekak rasa nak chatime , so kami bungkus chatime lepastu bawak ke texas chicken. and... happiness restored! Sunway pyramid menceriakan hariku! Macam ni la baru day out. ada bunyi bising, ada music,pameran kasut Cinderella anddddd baju baju yang memanggil manggil untuk di beli =-=' . lepas ni nak saving sikit side income dari bussines ni sebab aku ingat nak ajak cousin aku pergi tempat tempat menarik di Malaysia atau Negara jiran sebelum menamatkan zaman bujang. Wish me luck korang! :D