Showing posts with label customer goshop. Show all posts
Showing posts with label customer goshop. Show all posts

April 3, 2015

Pengalaman membeli dari Goshop 2




assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D



ini barang yang aku order haritu

inilah dia magic saw set tersebut. Bila sampai memang rasa eh eh keciknya gergaji ni.
tapi benda ni flexible tau. boleh potong kaca,paip pvc. bukan kayu je dia boleh potong . siap boleh buat corak corak lagi. 



and inilah dia set frying pan yang atuk aku berkenan sangat tu. tunggu jelah barang ni sampai next week inshallah.katanya  frying pan ni special sebab jenis tak melekat and boleh bantai ko nak masak nasik ke,nak masak telur ke. pokoknya,  you can use it in any way possible. nak tahu lebih lanjut bolehlah tengok video ni




macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang .
bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D


P/s: ini bukan entry berbayar sekian. hahaha :D


latest updated 5/4/2015

barang baru sampai pukul 1.30 petang tadi.


aku tak tahu nak snap angle mana kasi menarik  tapi ini lah dia rupanya .
highly suggested! guys jangan tunggu lagi. kalau nak beli cepat! 

muah ciked


besar kotaknya tapi tak berat sangat! thanks gdex and goshop! fast service!

semua non stick tau. boleh la nak goreng apa apa pun.. :D








March 26, 2015

Pengalaman membeli dari goshop berserta tutorial




semalam semasa aku tengah mamai mamai ..aku dapat call dari kampung. oh atuk rupanya ni..
dia bersungguh sungguh call mintak belikan gergaji yang keluar kat bgoshop semalam. beginilah conversation kami semalam 


Atuk : kakak.. Atuk nak gergaji ni dalam tb ada tunjuk.. Cepat cepat ambik no !!!
Aku : (dalam keadaan mamai) no apa atuk??
Atuk : ni haa atuk tengok dalam tb go shop ni atuk nak talipon nak cakap tak reti. Kamu odar (order) la.

Aku : ohhh yelah nanti orang belikan..

Atuk : kamu talipon sekarang tauu..nanti dia antor ke rumah mak kamu atau rumah atok mana mana la senang

Aku : ye tuk..


so ni confirmation order aku dapat semalam . nanti tunggu barang sampai aku update kat bawah gambar barang tu atau buat entry baru. opss kantoi nama sebenar aku hahaha


bagi aku semalam adalah antara benda yang menghiburkan hati aku. kalau korang ingat balik macam mana rasa korang bila nampak toys waktu kecik dulu pastu tak sabar nak beli macam tu lah gelagat atuk aku semalam. 

atuk call dalam pukul 3 pukul 5 baru aku beli sebabnya aku tertidur. 5 lebih macam tu la.. aku beli pakai website je sebab aku ni kalau bab cakap dalam telefon dengan orang ni memang fail sikit. aku pun malas nak habiskan kredit aku. lagipun pakai website lagi senang tau. 



 caranya 

1) pergi ke laman web goshop ( url nya ialah goshop.com.my)
2) Sign up as a new customer (ala macam sign up facebook senang je)
3) Isi alamat rumah, nama penuh, no telefon.
4) Boleh cari barang yang nak dibeli tekan buy now atau add to chart.



extra tips 
1) Pastikan alamat rumah betul jangan bagi alamat jiran kang jiran plak yang 
    untung hahaha.
2) No telefon wajib letak , kalau apa apa senang dia call
3) Masa sign up tu , lepas kita daftar kena pergi email buat confirmation Pastikan guna email yang kita tahu password dan email tu aktif.
4)Masa beli tu ada option nak orang tu hantar ke rumah dan kita bayar masa depan pintu kita, bank transfer atau debit card. So aku pilih bank transfer mudah. untuk bank transfer boleh guna maybank2u sahaja cimb tak boleh.

update : nak tengok barang yang dah sampai? klik sini



p/s : benda ni atuk aku punya , alang alang dia suruh buat beli aku adalah info boleh bagi kat korang hehehe.Goshop ni trusted seller kepunyaan astro sebab tu aku beli. Maklong aku pun dah banyak kali shopping kat sini. 




The most unhinged decision i ever made