Showing posts with label Movie review. Show all posts
Showing posts with label Movie review. Show all posts

April 19, 2015

Movie Review : Fast Furious 7





pada permulaan cerita menampilkan penampilan seorang lelaki bernama shaw yang penuh dengan dendam ke atas hubbs , toretto dan sahabatnya keluar dari hospital setelah melawat adiknya.Hobss telah diserang di pejabatnya  lalu menyebabkan dia terlantar di  hospital .di scene lainnya, ketika brian ,mia dan toretto  diluar rumah , rumah mereka telah dibom sejurus selepas toretto menerima panggilan misteri. dia rupanya telah diburu oleh abang kepada owen shaw yang telah ditumpas oleh mereka tak lama dahulu. Deckered shaw merupakan individu "kebal" dan cerdik setiap langkah toretto diketahuinya. ketika shaw memburu torettto, dia di bantu satu kumpulan diketahui mr nobody.mr nobody kemudiannya meminta bantuan dari toretto untuk menyelamatkan ramsey seorang pencipta aplikasi bernama god eyes dari diculik. sebagai tukaran mereka akan membantu toretto dan sahabatnya untuk memburu shaw. Halangan demi halangan mereka tempuhi demi mendapatkan god eyes. dari azerbaijan ke dubai dan serata dunia. pada masa yang sama, musuh mr nobody telah bekerjasama dengan shaw sehingga satu insiden berlaku menyebabkan god eye jatuh ke tangan shaw, Mampukah torreto dan sahabatnya menyelamatkan ramsey dan mendapatkan kembali god eye?
dapatkah torreto membalas dendam atas kematian han terhadap shaw?



tonton sekarang di pawagam terdekat.



genre : action movie
star : 10 out of 10
cast members : Vin Diesel Sebagai Dominic Torreto
                         Paul Walker Sebagai Brian O Connor
                         Ludacris Sebagai Tej
                         Michelle Rodriguez Sebagai Letty
                         Dwayne Johnson a.k.a D rock sebagai Hobss
                        Jason Statham Sebagai Deckerd Shaw
                        Kurt Russel Sebagai Mr Nobody 
                        Nathalie Emmanuel Sebagai Ramsey
                        Jordana Brewster Sebagai Mia
                        Tyere Gibson Sebagai Roman


aku sangat sangat suggest korang pergi tengok cuma elakkan kanak kanak bawah umur tengok kurang sesuai. cerita ni kisah pasal persahabatan. Part last sekali tu memang sedih. T_T

March 22, 2015

Movie Review : Run All night




Run all night mengisahkan tentang seorang lelaki  bernama jimmy conlon yang berusaha sedaya upaya menyelamatkan nyawa anaknya michael conlon daripada dibunuh orang suruhan rakan baiknya sendiri iaiti shawn miguare. Persahabatan jimmy dan shawn menyebabkan dia sanggup berbuat apa sahaja termasuk membunuh sepupunya billy pada beberapa tahun yang lalu. Ini kerana billy ingin melaporkan kegiatan pengedaran dadah shawl kepada pihak polis. demi melindungi anaknya dan mengelakkan anak dan isterinya dari diburu musuh musuhnya.. dia meninggalkan michael membuatkan anaknya benci padanya. Namun itu tidak sedikitpun mengubahkan kasih sayang jimmy. Masalah berpunca  daripada danny anak kepada shawn yang berhasrat untuk melibatkan diri dalam pengedaran dadah secara besar besaran . Namun hasratnya ditentang shawn kerana tidak mahu peristiwa lama berulang dan kejadian buruk menimpa anaknya . Oleh itu pemilik dadah tersebut ingin menuntut wangnya  kembali. Mereka menaiki limousin yang kebetulannya dipandu michael ke rumah danny. Disitu mereka ditembak oleh danny dan kejadiaan itu dilihat oleh michael. Demi mengelakkan tembelangnya pecah , danny memburu michael sehingga ke rumahnya. Jimmy yang secara kebetulan berada di tempat kejadian telah menembak danny untuk menyelamatkan anaknya. Dia telah menelefon shawn untuk memaklumkan bahawa dia terpaksa menembak danny. Shawn yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tunggalnya menyimpan dendam. Dia bersumpah akan membunuh anak sahabatnya demi menuntut bela atas pemergiaan danny. Dalam masa yang sama pihak polis yang telah bersubahat dengan shawn telah mereka bukti palsu mengenai kematian 2 orang pengedar dadah di rumah danny untuk menampakkan ia adalah salah michael dan jimmy. Dalam masa tak sampai beberapa jam, mereka telah diumumkan sebagai orang paling dikehendaki polis. bersquad squad polis dikerahkan untuk memberkas mereka namun gagal. Shawn yang tidak berpuas hati mengupah pembunuh upahan terhandal untuk membunuh mereka. Mampukah jimmy menyelamatkan anaknya dari dibunuh? mampukah michael untuk terus hidup dan melindungi keluarganya yang turut diancam pembunuh upahan tersebut? saksikan di pawagam berhampiran





Movie rated : 3 1/2 star
Genre : Action
Do i suggest for you to watch this movie ? : Yes for adult but not for kids..



P/s: Baru tahu MBO card free. baru buat semalam ;D

Movie Review : Chappie








chappie mengisahkan deon pencipta robot yang bekerja di bawah sebuah syarikat milik michelle bernama tetravaal yang  bertempat di johannesburg afrika selatan. Polis di afrika selatan menggunakan robot polis ciptaan deon bagi mengurangkan kadar jenayah dan kadar kematian pegawai polis. kejayaan deon dalam penciptaan robot polis berskala besar dicemburui rakan sekerjanya vincet yang juga seorang pereka robot(moose bersaiz gergasi) yang masih belum mendapat kelulusan michelle . Dana vincent yang dipotong akibat kegagalannya mencipta robot yang mampu menarik minat pembeli (polis) menyebabkan dia semakin cemburu kepada deon. Dalam diam, deon rupanya telah mengusahakan satu program robot yang mampu membuat robot meniru mimik manusia dan berperasaan. Niatnya untuk menguji program terbarunya kepada robot yang rosak ditentang michelle. Dia akhirnya mencuri robat rosak itu untuk dibuat uji kaji. Dalam masa yang sama kartel dadah merancang untuk menculik deon untuk mendapatkan robot supaya mereka dapat merompak demi menyelamatkan nyawa mereka dari dibunuh kartel dadah terbesar di johannseburg(akibat berhutang). Deon di bawa ke sebuah bangunan lama dan disitu la "chappie" dipasang. chappie haruslah dilatih kerana dia umpama bayi yang baru lahir. Deon telah dihalau oleh ninja ketua kumpulan kartel kecil itu namun deon tetap berkeras untuk menemui chappie pada keesokan harinya . Tanpa disedarinya, deon telah diekori vincent . Di scene lainnya menunjukkan chapie telah dipukul dan program yang terlekat dibadannya telah dicuri vincent. kerana cemburu vincent yang membara, dia telah memuat naik virus ke dalam program robot polis  mengakibatkan robot polis gagal berfungsi dan jenayah besar besaran berlaku di bandar itu. Vincent kemudiannya mengambil kesempatan dengan meminta penghapusan robot polis ciptaan deon secara besar besaran menggunakan robotnya moose. Nyawa deon menjadi taruhan disaat dia mulai menyayangi hasil ciptaan chappie. Nyawa "keluarga" baru chappie juga diancam moose . Dapatkah chappie menyelamatkan penciptanya, dan keluarga barunya itu? mampukah dia menghentikan huru hura yang berlaku di johannesburg? Bagaimanakah nasib industri robot setelah kejadiaan itu? saksikan di pawagam berhampiran! :)


antara fav scene aku dalam filem ni. Siapa dah tengok mesti tahu time ni chappie buat apa.


Movie Genre : Action 
Star Rated : 5 star ( masih boleh diperbaiki)
Cast Members : Dev Patel Sebagai Deon
                       Hugh Jackman Sebagai Vincent
                       Sharlto Copley Sebagai Chappie
                       Watkin Tudor Sebagai Ninja (Daddy)
                       Yolandi Visser Sebagai Yolandi (Mummy)
                        


adakah aku suggest korang tengok filem ni? yesss!! walaupun cerita ni sedikit ganas .. kanak kanak perlu bimbingan orang dewasa tapi ada jugak part part kelakar dalam cerita ni. Antaranya scene ketika deon dan yolandi mengajar chappie bercakap. Chappie ni sangat sangat lurus dan comel pada awalnya. Dan pada akhirnya chappie adalah  sebuah robot yang mempunyai naluri kemanusiaan yang sangat tinggi.Salute to chappie .



P/s: Banyak jugak filem filem best akan muncul tahun ni kan?

March 13, 2015

Movie Review : Kingsman The Secret Service







Kingsman the secret service mengisahkan tentang satu agensi perisikan rahsia  yang dipelopori golongan bangsawan di uk. Pada  permulaan cerita adalah disebuah bilik tahanan di mana salah seorang rekruit kingsman berkorban nyawa semasa menyelamat ketuanya "galahart". Galahart yang terhutang budi kepada keluarga rekruit tersebut kemudiannya menawarkan pertolongan kepada isteri si pelatih dan anak mereka yang masih kecil bernama eggsy. Beberapa tahun berlalu , eggsy membesar bersama ibu dan bapa tirinya dan adiknya . Bapa tirinya merupakan ketua samseng di kawasan tempat tinggalnya, ini menyebabkan hidupnya terumbang ambing. Pada suatu hari dia terlibat dalam satu kes sehingga di tangkap polis dan ketika di penjara dia tergerak hati untuk cuba mendail nombor yang seperti diberitahu oleh ibunya (nombor galahart). Seteah menghubungi nombor tersebut dia telah diikat jamin oleh galahart. Setelah pertemuan mereka , galahart nekad untuk menolong eggsy , dan eggsy di ambil menjadi anak buahnya untuk diserap masuk menjadi spy kingsman.Namun sebelum dia layal menjadi agen sah kingsman , dia harus menjalani latihan dibawah selian merlin. Di scene lainnya , valentine seorang individu yang kaya melancarkan misi jahatnya dalam penubuhan dunia baru. Galahart tugaskan untuk menyiasat kes itu.Dan hal itu dihidu valentine. Dalam masa yang sama pemilihan dan latihan untuk agen kingsman terbaru sedang berlangsung. Dapatkan eggsy mengharungi ujian tersebut. Mampukah eggsy membantu galahart menyelamatkan dunia? adaah dia lulus ujian untuk menjadi agen  kingsman? 



Tengoklah sendiri

Genre : action +comedy
Star Rated : 10 star out of 10 
Main cast : Taron egerton Sebagai Eggsy
                                       Colin Firth Sebagai Galahart ( Harry Hart)
                  Mark Strong  Sebagai Merlin
                               Samuel El Jackson Sebagai Valentine


adakah aku suggest korang tengok filem ni??? 
Highly recommended! guys cerita ni masuk list wajib tengok tau! 
Tak terlalu ganas , dan dalam aksinya adalah part part kelakar dia. 
Kalau ada masa rasa nak tengok lagi je! :D









February 18, 2015

Movie Review : Into The Woods






into the woods


Cerita ini merupakan gabungan kisah kisah "fairytale" popular yang digarap menjadi satu cerita yang berkait antara satu sama lain.. antara cerita yang digabungkan adalah "jack and the magic bean,Rapunzel,red riding hood,cinderella dan  baker and his wife" Pada Permulaan plot ianya menunjukkan introduction kisah fairytale fairytale tersebut dan di kaitkan dengan kisah baker and his wife.
Baker ini tidak mempunyai anak kerana dia telah disumpah oleh seorang ahli sihir yang pernah menjadi jiran mereka . Ia berpunca daripada ayah si baker yang pernah mencuri bean ajaib dari rumah jirannya (ahli sihir) . Bean itu harus kekal di dahan pokok supaya ahli sihir kekal muda. Setelah sekian lama ahli sihir itu datang ke rumah baker dan menceritakan semuanya. Dia meletakkan syarat kepada baker Untuk membatalkan sumpahan tersebut baker dan isterinya haruslah mencari mantel semerah darah,rambut sekuning jagung, kasut  berwarna emas,dan lembu seputih susu. untuk mendapatkan semua itu mereka haruslah ketengah hutan. Apakah kaitan sumpahan ahli sihir kepada keluarga baker dan 4 kisah fairytale tersebut?Bagaimanakah kesudahan kisah tersebut?

Movie Rated : 5 Star (Mind blown)
Genre : Fairytale
Para Pelakon : Meryl Streep sebagai Ahli Sihir
                               Anna Kendrick Sebagai Cinderella
                               Johnny Depp Sebagai Serigala
                               Emily Blunt Sebagai Isteri si Baker
                               Chris Pine Sebagai Putera Raja Untuk Cinderella
                               James Corden Sebagai The Baker
                               Mackenzy MaUzy Sebagai Rapunzel
                               Daniel Huttlestone Sebagai Jack
                               Billy Magnuzen Sebagai Putera Raja Untuk Rapunzel
                               Lilly Crawford Sebagai Red Riding Hood

dapatkan vcd yang original. Rasanya cerita ni dah tak ada di pawagam lagi :D




Movie Review : The Wedding Ringer





The wedding Ringer mengisahkan tentang dough harris yang terdesak memerlukan bestman seramai 7 orang untuk perkhawinannya dalam masa 2 minggu. Dia hampir putus asa dalam menghubungi rakan rakanya. ini kerana dia tidak mempunyai kawan rapat seumur hidupnya. Kekayaan yang dimilikinya memberikan dia satu kelebihan. Dia dikenalkan dengan jimmy Callaghan seorang yang menawarkan servis bestman kepada orang kurang bersosial sepertinya. Jimmy Callaghan seorang lelaki berkulit gelap seorang yang gemar bersosial namun mempunyai hati yang baik . Untuk menjayakan watak "bick mitchum" seorang askar dan juga priest  yang direka dough untuk mengkagumkan bakal mertuanya jimmy terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran ini kerana keluarga bakal mertua dough adalah golongan terpelajar dan sangat sangat peka.ribuan dollar dihabiskan untuk menjayakan lakonan tersebut. Ketika proses lakonan hubungan antara pelanggan dan "bestman palsu" bertukar menjadi persahabatan tanpa disedari mereka berdua dan ianya melanggar polisi yang ditetapkan jimmy sendiri iaitu tiada persahabatan antara dirinya dan client.Dan pada masa yang sama bakal isteri dough telah mengesyaki akan perbuatan dough namun dough Berjaya meyakinkannya semula. Pada hari perkhawinan dough sesuatu telah berlaku dan ia telah mengubah seluruh kehidupannya. Apakah kesudahan kisah ini?



Movie Rated : 6 Star
Genre : Comedy
Pelakon Utama : Kevin Hart sebagai Jimmy Callaghan
                         Josh Gard Sebagai Dough Harris


Warning : Cerita ni sangat sangat kelakar sure korang gelak tanpa henti punya. kurangkan minum air gas takut muntah dalam wayang angkara gelak tanpa henti

Movie Review : Villa Nabilla







Sepatutnya aku dah tulis movie review ni 3 minggu lepas. Tapi Oleh sebab aku baru teringat nak post So yeah.. Baru sekaranglah aku nak tulis.


Villa Nabila merupakan penceritaan semula berdasarkan pengalaman pengalaman dan kisah benar yang digarap oleh syafiq Yusuf. Pada permulaan cerita ia menunjukkan tentang satu watak yang beria ia untuk mendapatkan maklumat tentang kisah villa Nabila sehingga membawa kepada pertemuan dengan pihak ke tiga (pekerja kontrak )yang pernah bekerja dengan  kontraktor yang mendapat kontrak untuk merobohkan villa Nabila. lakonan semula oleh pekin Ibrahim dan beberapa watak lain sebagai pekerja kontrak yang baru mendapat tender untuk meruntuhkan villa Nabila. Pada Hari pertama bekerja berbagai bagai gangguan dialami oleh pekerja kontrak tersebut termasuk watak lakonan pekin Ibrahim. Igauan mimpi tak berkesudahan membuatkan pekin nekad ingin berhenti Kerja. Namun insiden yang berlaku kepada bosnya sehingga beliau dimasukkan ke hospital membuatkan dia terpaksa mengambil alih tugas bosnya.Masalah demi masalah berlaku ketika ditapak kerja. Gangguan demi gangguan mematahkan semangat pekin namun kerana kesempitan hidup terpaksa diteruskan jua. Sehinggalah 1 insiden besar terjadi di villa berhantu itu. Apakah yang terjadi kepada mereka? Dapat  pekin menghentikan igauan makhluk yang menganggunya itu?

Nak tahu? Kenalah tengok sendiri. Kalau dekat wayang dah tak ada cari lah cd atau dvd dia okay? :D


Movie Rated : 3 Star (sebab ada beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki)
Genre : Seram
Pelakon : Pekin Ibrahim dan beberapa watak lain tak diketahui nama sebenarnya.

sebelum ni aku ada tulis kisah sebenar versi rakyat setempat kat blog ni. kalau nak tahu cerita di sebalik villa Nabila ni.. klik sini

February 17, 2015

Movie Review : Jupiter Ascending






mengisahkan tentang Jupiter seorang gadis biasa yang tinggal bersama keluarga besarnya yang bekerja sebagai orang gaji dirumah rumah besar sekitar new York. Dahulu ayahnya merupakan seorang saintis namun dia telah dibunuh ketika Jupiter masih kecil. Ini menyebabkan dia dan ibunya hilang tempat bergantung dan terpaksa menjadi maid part time untuk rumah rumah agam sekitar new York. Ketika ayahnya meninggal dunia teleskop berwarna kuning keemasan milik ayah turut dirampas ini membuatkan Jupiter bernekad untuk mendapatkannya dengan apa cara sekalipun. Pada suatu hari dia terlihat teleskop yang serupa dengan teleskop ayahnya di jual di ebay namun gajinya yang kecil menyebabkan dia terpaksa menunggu wang simpanannya cukup terlebih dahulu.Dalam masa yang sama jauh dari planet bumi terdapat 3 ahli keluarga abrasax  balem, kalique dan titus menghadiri perjumpaan keluarga.hubungan antara mereka bertiga tidak begitu baik masing masing dengan tamak dan megah menonjolkan asset kekayaan masing masing. Di dalam cerita ini ia menunjukkan bahawa keluarga abrasax adalah pemilik alam semesta dengan pembahagian wilayah masing masing.Dan usia mereka mencecah ratusan juta tahun. Bumi adalah satunya daripada asset milik balem. Titus dan kalique secara sembunyi memasang strategi untuk memiliki bumi kerana kekayaan hasil bumi yang didiami ratusan spesis dan makhluk makhluk.
sementara di bumi ketika Jupiter berada diklinik dia hampir dibunuh makhluk asing yang dihantar oleh balem ini adalah kerana rupanya seiras ibu balem,kalique dan titus.Dia adalah "reincarnation" atau dalam bahasa melayunya kelahiran semula ibu mereka bertiga. Bumi dahulunya adalah asset milik ibu mereka bertiga atas kebimbangan assetnya dirampas itulah arahan bunuh itu dikeluarkan. Jupiter di selamatkan oleh caine sebelum sempat dibunuh.Berbagai bagai ancaman dan serangan terpaksa dilalui mereka berdua untuk menghalang balem dari "menuai"/harvest bumi . Dapatkan mereka mengalahkan balem dan bala tenteranya itu? Bagaimana dengan nasib penduduk bumi selepas itu?Bolehkah Jupiter jones menuntut haknya ke atas bumi dan menyelamatkan keluarganya ?


nak tahu kena tengok.

Movie Rated : 5 star
Genre : Science Fiction
Cast Member/ Para pelakon : Mila kunis sebagai Jupiter Jones
                                           Channing Tatum Sebagai Caine
                                           Eddie Redmayne sebagai Balem Abrasax
                                           Doughlas Booth Sebagai Titus Abrasax
                                           Tuppence Middleton Sebagai Kalique Abrasax

Favourite Dialog aku dalam filem ini ialah : I love dog... I always love dog

 
 
Titus Abrasax is the hottest alien I've ever seen
 
 
P/s : Jangan lupa tonton dipawangam lagi syok! :D 
                                           

September 28, 2014

Movie Review : The Maze Runner


Hai, Assalamulaikum


As usual, hari ahad je mesti aku akan pergi ke mana mana cinema untuk menonton film film baru.
So minggu ni aku decide untuk tonton The Maze Runner sebab ramai sangat cakap filem ni best kan.
Okay just cut the crap.

Kisah ni bermula dengan scene seorang lelaki terperangkap dalam sebuah besi berjaring ( read : berbentuk kotak  yang berfungsi sebagai lift ) menjerit dalam ketakutan , lift bergerak menuju ke atas dan ketibaannya di atas disambut oleh sekumpulan lelaki  yang lain. Sekumpulan lelaki yang telah lama tinggal di situ. Disambut oleh ketua disitu bernama "Alby" thomas ditunjukkan kawasan sekeliling tempat baru (gladder) itu.
Thomas" yang hilang ingatan diberi nama greeny (budak baru).Setiap greeny akan tiba bersama bekalan makanan setiap bulan. ketika meninjau sekeliling , Thomas menyedari tempat itu kelihatan pelik kerana mempunyai dinding teguh di sekelilingnya. Dan Thomas cuba untuk keluar dari situ. Pada Malam ketibaannya , Thomas dicabar Gally untuk bertarung dengannya. Setelah dibelasah teruk dan dia akhirnya mengingati namanya. Dan malam malamnya di hadiri mimpi mimpi pelik yang mempunyai mesej tersendiri . Antara pesanan yang dingati thomas ialah "Wicked Is Good". Beberapa insiden telah berlaku menyebabkan Thomas secara tak langsung menjadi Runner untuk menghafal jalan jalan sesat berbentuk blok disitu. Ancaman grievers(sejenis haiwan berbentuk labah labah gergasi) dan ketibaan gadis bernama teresa disitu yang membawa mesej "she is the last one" juga menguatkan semangat thomas untuk keluar dari situ kerana tiada "greeny bermakna tiada bekalan makanan". Dapatkah Thomas mencari jalan keluar dari Blok blok itu? . Siapakah yang menghantar mereka ke situ? Nak tahu kena tengok sendiri








How  Gladder looks like . Ni lah "gladder" tempat yang mereka yang dihantar untuk tinggal diberi bekalan makanan
setiap bulan.



Yang pakai cap ni dia punya pengarah kalau tak silap



Dylan O' Brien  Pelakon Utama. Memegang watak sebagai Thomas. Tapi dalam the maze runner rambut dia serabai sikit


Min Ho ketua segala runner . Bertanggungjawab mencari jalan keluar dengan menghafal setiap pattern blok setiap hari.
The Maze (Jalan jalan sesat) Pattern Jalan sesat.






Overall cerita ni memang menarik. Tak menyesal pergi. Cuma rasa geram dengan watak gally. Suka sangat cari pasal tengan Thomas.


Rated : 4star (sebab ending dia kurang menarik)
concept cerita : 4 star jugak sebab tak cukup kuat. Masih ada ruang untuk improvement


P/s: Lepas ni nak tunggu The Hobbit Pulak. I really cant wait! :D

The most unhinged decision i ever made