July 24, 2015

how i spent my raya 2015 ( entry bervideo)




hai, assalamualaikum


setelah raya ke 8 baru aku dapat update entry. raya tahun ni tak seperti tahun tahun lalu.banyak perkara berubah semenjak menginjak usia dewasa. perut sepupu aku yang memboyot buat  aku tersedar dari mimpi. gila! aku tak lama lagi jadi makcik ke?


oh my god! jahanam la beliau dapat makcik tak senonoh sebegini rupa.


sehari sebelum raya atuk bertungkus lumus masukkan beras dalam anyaman ketupat .seronok bila tengok tradisi lama dihidupkan kembali. cuma tahun ni tak ada lemang dan dodol je . sebab kami kekurangan tenaga manusia. ramai balik pada raya pertama. so kami buat mana termampu je la. itu pun aku dah hampir pengsan dan demam di malam raya


raya pertama

alhamdulillah, pagi raya tu (setelah mendapat rehat yang cukup) badan aku yang seram sejuk pada malam raya dah berkurangan dah.pagi tu aku bangun baru aku teringat kuah kacang aku tak buat lagi! apa lagi kelam kabut la.  acik aku cakap takpayah buat sebab dah ada rendang, tapi untuk pengetahuan semua...aku tak suka rendang. jadi nak taknak aku kena gak buat kuah kacang.dikala sepupu  sepupu , makcik makcik dan mama aku sampai di kampung dari rumah masing masing , aku masih mereput dengan kain batik dan baju tshirt masam aku. tetap dengan kedegilan aku nak siapkan kuah kacang. atas pujukan maklong yang berjanji nak siapkan kuah kacang fav aku tu, barulah aku mengalah dan pergi mandi. 


ini atuk di pagi raya. gambar ni bukan aku yang snap.
pada ketika ini aku sedang bertungkus lumus buat kuah kacang di dapur.


gambar blur sebab si jannah tak habis habis nak bergerak. masa ni
dekat jeti bagan datoh pada malam raya pertama saja nak ambik angin :)


raya ke 2 
siang raya ke dua kami asyik melayan tetamu yang tak putus putus datang. aku sampai lupa siapa yang datang pada raya ke 2 lantaran terlalu ramai makhluk singgah rumah opah kami. petang tu family pakandak sampai. pakandak balik hari je. dia tak tidur kampung sebab ada urusan. malam tu amir dan wife dia (kak lynn) ajak aku, fadhilah, dan yana join diorang beraya ke rumah maklong paklong di tanjung malim. kemudian ke rumah pak andak dan makandak di rasa. inilah yang uniknya raya tahun ni. sebelum ni kami beraya siang, tapi tahun ni kami di jemput beraya pada malam hari. sampai tg malim pun dah pukul 12. lepak lepak makan jap pastu maklong pun join kami beraya ke rumah pak andak di rasa. rasa denga tanjung malim jarak dalam setengah jam je bukan lama pun. kejap je dah sampai. sampai rumah pakandak pun dah pukul 1.44 pagi. sampai sampai je kami lepak jap lepastu photoshoot raya. cuma ada 3 family je yang lengkap, aku sorang je sesat mewakili family aku untuk photoshoot berkenaan. mak andak masak churros yang sedap gilaaa dan carbonara. kami lepak rumah makandak sampai pukul 4 pagi. pukul 6 pagi kami sampai ke kampung halaman semula. ohmy.. dah azan subuh baru sampai rumah woii! ko rasa? sampai sampai kami berdua terus tidur keletihan.


gambar ni blur pun sebab ada orang gatal bergerak gerak. masa ni hassan bajet bajet superstar benci aku.. nasib baik aku tak libas kerongkong dia dengan batu giling,faiz pun boleh gelak gelak macam syaiton. aku tengah snap gambar la jilaka... T_T. masa ni kat rumah maklong lagi
lepas gambar ni di ambil baru kami bergegas ke rumah makandak.



pikah tengah hidangkan makanan manakala iwan baring
kepenatan. sah sah dia mengantuk la tu! :D



haaa ini lah keadaan rumah pakandak pada pukul 2 pagi. mula mula aku cam pelik biar betul kita nak beraya rumah orang tengah tengah malam ni? dah dia beria ria ajak..kami pun apa lagi hehehe. kalau tak pakandak suruh kami bermalam kat situ tapi sebab amir nak kerja nak taknak kena gak balik. pukul 6 pagi baru kami sampai kampung.


ila dan baby bump beliau. tak sabar nak tunggu anak saudara keluar
nanti cikjat ajar awak main congkak dan lastik dahi orang okay?



ni waktu photoshoot raya haritu. tengok muka masing masing tahan mengantuk . pukul 2 pagi oiii pukul 2 pagi photoshoot! banyak lagi gambar tapi sebab  gambar lain kat dslr lagi 1 so ambik je mana sempat.
sebahagian dari keluarga besar haji razali :)

raya ke 3 
aku banyak habiskan masa dengan tidur . tidur dan tidur. boleh paham tak ? hahaha... aku bangun bangun je makanan dah tersedia. terima kasih makusu sebab masak sedap gilerrrr. teruja dibuatnya... malam tu family pakngah hisyam datang. aku masih dapat duit raya! itu yang syok tu! 
apa apa pun thanksss XD.aku habiskan masa berbual dengan adik sepupu aku yang baru tingkatan 2 .nama dia ika jugak. kami dapat tidur di anjung! sejuk! tak payah letak aircond


raya ke4 
plan nya aku nak balik , tapi opah tahan aku daripada berbuat demikian. aku habiskan hari itu dengan memasak,menikmati masakan kampung yang sedap gila,air tangan makusu jugak sambil mengimbas kenangan lalu sampai nak roboh dapur disebabkan ketawa aku yang macam pontianak.3 kali aku tambah nasi weh! basically, plan diet aku dah fail T_T. malam tu maksu balik. tinggallah aku, fadhilah, ada, opah dan atuk. aku make upkan fadhilah tapi aku tak boleh upload sebab kami masing masing tengah seksi hahaha.

raya ke 5 
menurut plan asal, kami nak menonton wayang, tapi oleh sebab kami bawa bersama kak lynn dan yana kami batalkan hasrat. sebab kak lynn nak balik ipoh dah haritu. kami keluar pergi shopping je dan makan makan. aku berjaya MENJAHAMKAN collection duit raya aku ke arah barang barang make up,duit minyak kereta dan powerbank. ye... sebab aku tak ada powerbankkkkk .lepas je aktiviti menjahamkan duit , kami hantar kak lynn ke pangkuan suaminya. kemudian kami bertolak balik ke rumah aku. fadhilah yang hantar aku balik. sampai rumah setelah bertukar tukar copy movie kegemaran, sembang dan makan lagi. fadhilah pun balik. 


ini masa lepas shopping kami berempat makan kat mcd depan giant teluk intan tu. boleh kata girls day out gak ni :D



next plan adalah nak terjah rumah makusu kami di chenderiang perak, inshallah kalau tak ada aral boleh la menikmati keindahan alam flora dan fauna yang masih terjaga kat sana!



p/s: aku ada attach video kat atas pergi la tengok ! :D

3 comments:

Arpiiz said...

Amboi, beraya sakan dia ye..hehehe

http://arpiiz001.blogspot.com/

Dr Farrah said...

Hi Una, selamat hari raya, best sangat meriah je sambutan raya family una, fara punya raya tak berapa best pon tahun ni. hihi...

Anonymous said...

Selamt hri raya una m

💝 Anniversary Trip To Jakarta