July 28, 2015

RAYA ROADTRIP 2015 : CHENDERIANG,TAPAH MALAYSIA



hai assalamualaikum,
dah 4 hari tak mengadap blog kesayangan ni gara gara busy buat road trip sekitar perak. road trip tempat sama je tapi kali ni aku ambik peluang nak abadikan sebahagian memori dalam bentuk video. aku rasa lepas ni aku kena beli hard disk. tak cukup space nak letak semua "kenangan" dalam laptop ni


iklan sekejap : how do i look?



seperti aku cakap di entry lepas aku ada plan nak ke rumah maksu aku di chenderiang kan? masa aku tulis tu aku tak jangka aka pergi secepat itu. semua plan last minute. my cousin , fadhilah tetiba whatsapp ajak  ke sana pada khamis malam jumaat 23 july 2015

beginilah conversation berlaku

fadhilah : wei ijat, ko nak pergi rumah maksu tak? aku ambik ko kat rumah.
aku : gila taknak! XD . bila weh ? bila?
fadhilah : aku nak pergi sabtu tapi jumaat malam lepas maghrib aku sampai
aku : okay cun! 


masa tu aku tak ingat bahawa haritu ialah hari khamis. yelah dah lama jadi penganggur berhormat, mana aku nak ingat haritu hari apa. 


esoknya...


24 JULY 2015

aku : aimannn! bangun sekolahhhhhhhh!!!!

aiman : harini jumaat la kakak,, sekolah masuk pukul 2 setengah 

aku : oooo yeke.. (sambil berfikir sekejap)


aku : ehhhh harini hari jumaaat????!!! 


kemudian aku kelam kabut kemas beg and bagitahu mama aku tak dapat join dia beraya esok.. 
malam tu mak uda dgn pak uda singgah rumah nak solat sebab diorang baru balik kampung so sambil tu singgah beraya sekali. fadhilah plak sampai setengah jam selepas itu.


sampai je rumah pakngah aku dan fadhilah duduk bersembang, lepastu main make up make up dengan yana. korang jangan terkejut. aku memang pelik. aku selalu make up teruk teruk dalam bilik je. dekat luar jarang aku pakai make up heavy. lepastu sambung tengok cerita harry potter puku 1 pagi baru aku dapat tidur.


25 JULY 2015

hari yang tunggu telah pun tiba. aku bersiap bagai nak jumpa ibu mertua. padahal aku nak beraya je pun. hahaha . nawaitu aku masa tu nak terjun dekat lata kinjang. 5 tahun kot aku memendam hasrat nak mandi air terjun mama aku tak izinkan. dia kata takut kena virus kencing tikus la apa la. azab kan jadi anak seorang nurse? tapi tu la orang kata.. doa ibu tu makbul . sampai je rumah maksu...
HUJAN TURUN LEBAT SELEBAT LEBATNYA!

di lata kinjang kalau hujan sikit pun tak boleh mandi sebab ada empangan (menurut penduduk setempat iaitu maksu aku sendiri), sebab air besar akan turun dari atas menyebabkan air menjadi terlalu deras. ramai dah mati dekat situ sebab tak endahkan bunyi siren. jadi sebagai langkah selamat aku pun dengan redha mandi jelah swimming pool di rumah beliau. itu kira okaylah dapat lah jugak berendam.  korang jangan salah sangka. aku bukan tak suka swimming pool. aku sangat suka sebenarnya. tapi sebab nak mandi swimming pool kan senang je, nak mandi air terjun tu kena pergi jauh sikit. so far favourite place aku lata kinjang and kuala woh. orang yang membesar dekat perak mesti tahu tempat ni. 

so malas nak cerita banyak meh aku belanja gambar gambar dan video XD

video full ada kat fb. kat blog ni tak tahu kenapa 
tak boleh upload. T_T





fadhilah dan yana. yana dukung cousin kecik kami haikal.

princess balqis. hahaha seronok dia tengok cousin cousin datang rumah dia. 


yana  and fadhilah. diorang dah nak ajak aku terjun dah time tu. tapi aku
pergi makan laksa dulu XD

lepas makan laksa. ini cousin aku nama dia ika jugak. oleh sebab ada dua ika dalam kalangan cousin cousin kami
aku panggil dia ika kecik. dia baru form 2

yana senget




TERIMALAH MUKA TUAN BLOG YANG TAK BERAPA FLAWLESS INI :D




1 comment:

Dr Farrah said...

Hi una, cute la una ni. hihih.. anyway gambar atas tu cantik sangat. ;)
still dalam mood raya ek una? Fara next week mungkin balik kampung lagi skali

💝 Anniversary Trip To Jakarta