July 10, 2015

Hot Tips : Cara beraya dengan bergaya



hai korang

selamat tengah malam. malam ni aku nak share tips, cara beraya dengan bergaya. tips ni sesuai diguna pakai bagi manusia yang ingat kekal stylo dan fresh sepanjang hari.pagi raya korang dan cantik dan wangi, bulu mata melentik macam penyapu. bibir dan berlipstik, dengan shading kim kardashian. baju pulak nah kau meleret leret macam nak pergi red carpet, yang lelaki dah hensem rambut dah siap gel kemas kemas,ketiak dah spray deodoran paling wangi tapi lepas sesi bergambar dan bermaafan maafan je , kena kemas dapurlah, layan tetamu berpeluh-peluh. bau sekor sekor dah macam bangla. pernah rasa?


membohong kalau tak pernah! hahaha


so tips yang bakal diberikan ini adalah antara yang terbaik. sejak kami sekeluarga mengamalkan tips ini.pagi raya kami lebih bermakna. so daripada aku terus menaip mukadimah yang panjang macam nak buat ucapan perpisahan ni, marilah kita terus ke point pertama!



1) hidang makanan sebelum mandi
ini adalah tips untuk wanita ye, sebab lelaki mostly kena mandi awal untuk solat hari raya.

seumur hidup aku, aku tak pernah solat raya. memang tradisi kami sekeluarga (keluarga besar)
lelaki pergi solat raya, kami yang perempuan tunggu kat rumah. so korang dah setup lauk pauk ni semua baru pergi mandi.. tapi pastikan baju dah iron siap siap. malam raya tu iron baju dulu.. so esok pagi takde nak kelam kabut.


2)Makeup sederhana
aku paham, perempuan suka melawa,aku suruh korang jangan make up tebal sebab biasanya raya 
tak ada masa nak touch up. make up tebal senang cair dan kena touch up selalu. definisi make up tebal bagi aku ialah kalau boleh elakkan pakai eyeshadow. tak perlu nak buat wing eyeliner sangat.
elakkan pakai gel liner sebab gel liner kalau korang tergosok mata korang , dia akan smudge. dan nak tanggalkan kesan dia bukan main susah.


this is not me , this is someone that i adore.
aku suka make up macam ni. masih nampak cantik dan tak heavy :)

3)Lilitan Shawl Sederhana
aku tahu. masa raya pertama ni lah korang nak rasa macam diva.  lilit sampai 44 kali. ada sesetengah tu leher sekali dia jerut.aku plak yang rimas tengok. aku sarankan korang pakai instant shawl kalau korang spesis manusia selebet macam aku. untuk tampil gojes beli je shawl macam neelofa jual tu. habis cerita. itupun kalau korang selebet. kalau tak selebet. suka hati korang la nak pakai macam mana pun. asalkan lilitan tu buat korang selesa. Pilih material yang sesuai, yang tak panas, senang bentuk,dan tak mudah kedut. kalau shawl korang tu material jenis tak payah iron langsung, lagi win! :D



lilitan ni aku suka. kemas tapi cantik. lilitan dia tak sama macam pakai selalu tu but dia punya hasil memang cantik. nak nak pulak orang yang pakai tu cantik lagilah bertambah tambah cantiknya hehehe. this is niena baharun.
dia ada jual shawl dia pakai ni.sila ke instagram beliau di @nienabarun atau @se7enscarves.


4)Pakai deodoran sesuai dan Perfume.
ini penting. sebab ketiak manusia cepat berpeluh. kalau boleh perfume tu janganlah pergi pakai izzi body mist, cologne semua. memang mula mula tu wangi, lama lama jadi tengik. sekarang banyak dah inspired roll on perfume yang murah tapi wangi gila. aku tahu sebab aku ada beli 2,3 bottle. inspired gucci ke chanel ke. bau dia memang sebijik. haha aku dah compare. so boleh pakai tanpa rasa 
serba salah hahaha.

flora by gucci ni aku punya fav perfume . selalu gak beli roll on inspired punya masa kerja dulu.sebab kadang kadang kena pergi site , so boleh roll tanpa rasa bersalah kepada poket sendiri. roll je 10 kali sehari pun takpe. bau dia tak cepat hilang pun sebenarnya tapi dah kalau kau rasa syok sangat dengan bau dia.. nak mandi pun boleh hahaha.

5) beli cawan dan pinggan pakai buang
aku rasa benda ni dah familiar bagi orang yang mempunyai keluarga besar. pakai je pinggan dan cawan polisterene. lepastu jangan lupa beli plastik hitam banyak banyak. so lepas makan buang je dalam plastik hitam. so korang dah jimat masa dan tenaga daripada kena basuh pinggan kat dapur lelama. boleh la luangkan masa berbual dengan sedara mara. :D


6)record video
this is optional tapi kalau korang ada gadget canggih canggih tu daripada korang text kawan kawan or update facebook. lebih baik korang rekod video family korang. bukan apa video buat kita rasa lebih dekat.kalau gambar lepas 10 tahun kita tengok gambar tu ingatan kita pada momen tu samar samar tapi kalau video, bila di play semula selepas 10 tahun pun korang akan dapat feel tu. macam di bawa ke masa lalu. aku paham manusia sekarang susah nak lekang dari gadget, so if you cannot avoid things like that to happen, improvised! :)


7)kunjung-mengunjung
apalah maknanya raya kalau korang cuma duduk depan tv dan membuta je?kalau masih ada saudara
pakat ramai ramai pergi beraya rumah diorang.3 tahun lepas opah lang aku meninggal, so port beraya kami dah tak ada. biasanya rumah opahlang adalah port wajib kami beraya(rindu pulak). tapi budaya kunjung mengunjung tu masih ada lagi. sebab sekarang paklong aku dah ada menantu, dan cousin aku si ila tengah sarat mengandung tunggu hari je nak bersalin, raya ni diorang tak balik raya. jadi plan tahun ni nak beraya rumah paklong. kemudian ke rumah pak andak, dan rumah makusu.aku tahu korang rasa cam aku ni gila.. korang bukan kenal pun pakcik makcik aku kan? tapi aku sebagai penulis blog menggunakan kuasa veto aku supaya korang diam.. kalau tak... aku sodok dahi korang kejap lagi! hahaha.






sekian itu sahaja tips yang boleh aku bagi.kalau ada apa apa nak tambah silakan.
jangan malu malu.


P/s:apa warna baju raya korang tahun ni?




6 comments:

Hazyyy said...

tips una memang daebak lah. heheee
Tapi memang kalau pagi raya, dah siap-siap makanan atas meja. Nanti balik solat raya, terus ngap je. Baju raya hazy warna hijau. first time pakai hijau untuk raya >.<

Unamn said...

Tahu tak pe.. Ala rasanya ramai buat camtu kot.. Hehehe taknak letih kan.. Waa warna hijau.. Una punya baju warna royal blue :D

Dr Farrah said...

Thanks for the tips. Selalunya hari raya fara tak take part bahagian masak2 , just jadi tukang iron baju n kemas rumah je. hihi

Unamn said...

hehehe ala xpe... kemas kemas pun boleh boleh guna tips ni hehehe.;D

Arpiiz said...

Hahaha, raya nanti nak try ikut lah tips2 ni..

Semut Senyum said...

mmg best laa tips ni..nanti nak follow la... baru laa kite pompuan ni cepat n efisyen! tapi still maintain cun. hehehe

💝 Anniversary Trip To Jakarta