January 11, 2016

lepak dengan ex colleagues and midvalley job fair



semalam merupakan hari agak indah bagi aku. tak adalah indah macam angin bertiup lembut ke apa. dia indahnya sebabnya macam everything fall into places. semua ngam. plan asal nak lepak berenam tapi adik sorang lagi tu  (shahrul izwan) tak dapat join  since dia ada kerja. huhu so sad but nasib baik beliau duduk pj je. so bila bila je boleh kot. yang si athirah dia tak boleh datang awal  nasib dia study uia area kl ni  je. pheww lega aku beb.cuma nak kumpul semua macam susah lah sebab aku dah tak kerja situ kan.



aku plan dengan mikey nak bagi birthday cake dekat yen yen. amoi tu punya birthday sehari sebelum tu. untuk pengetahuan korang aku tak pandai buat surprise . hahaha jadi aku bawah je kotak kek tu ke outlet. sampai sampai je semua orang dah ready sebab perut pun lapar gila. 






tak ada apa sangat disembangkan sebenarnya. aku denga akmal tak habis habis kutuk minah arab meja sebelah. sebab diorang macam kasar. akmal ni spesis sopan orangnya. sopan la jugak okaylah daripada aku ni. hahaha . arab tu cakap macam nak bagi 1 nandos tu dengar pun. aku pun sampai terikut terangguk angguk dengar diorang bercakap .



well aku memang annoying camtu. sambil tu aku berusaha nak jadi matchmaker untuk si akmal ni. ya  tuhan.. aku rasa aku macam tak ada kerja lain kot. akmal duk ushar ushar awek tudung biru meja hujung. ciskek dia punya taste tinggi gila. memang lawa pun awek tu. aku baru cadang nak suruh dia usha awek nandos sorang tu. tapi seperti biasa akmal ni kalau kau nak kejar dia berjalan pun susah. mula mula tu aku tengok awek tu macam takde. rupanya ada kat depan. haha masa nak pergi ambik resit tu baru perasan. yang akmal dah laju berjalan balik outlet. sepantas kilat je dia blah tak guna bettei.



weng yan dengan mikey sekarang jadi tunggak utama kat kedai tu ekeke. nasiblah korang. 



lepas settle semua aku pergi naik tengok job fair. aku tak tahu pun jobstreet ada buat jobfair kat midvalley haritu. kalau tak dah lama aku bawak resume. aku datang ambik ambik phamplet banyak banyak je la mampu. banyak jugak syarikat construction turun . antara yang gah ialah ijm and sp setia. tapi engko tahu jelah banyak competitor peluang nak dapat tu tipis gila. senipis sehelai rambut gittew. 



aku tak adalah rushing sangat sebenarnya aku macam tengah ambik masa bertenang. semoga lepas ni kehidupan semakin lancar. soal cinta khawin tu semua aku taknak fikir dah. umur 25 ni memang tough sikit ujian hidup aku. tapi macam aku cakaplah, if it meant to be mine, it will be mine,



p/s: good night people until next entry! :D

No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta