January 18, 2016

where did i get my mix up personalities and putus kawan?





aku tahu ramai orang tertanya , mengutuk malahan mengeji mix up personaliti aku ni. ramai cakap aku ni datang dari kampung tapi kena suka buat aktiviti orang bandar? speaking jer. tak penat ke pura pura? lepastu update makan sana sini bajet hipster. 

hipster? aku tak pernah teringin pun nak jadi hipstrik. sedih?
gila tak sedih.niat aku bukan nak aibkan dia cuma aku tak boleh nak terima la semua penghinaan yang di lemparkan. sengaja aku biarkan dekat instagram tu. aku tak delete pun komen manusia tu. kitorang kawan dah lama. taklah rapat pun. tak tahu lah kenapa dia  sampai hati hina aku macam tu sekali.



dia cakap aku gemuk, bla bla tak payah kurus . well i get it. i know i am fat . benda tu ketara kot. kau tak cakap pun aku tahu. bukan kat rumah aku tak ada cermin. tapi bila wujud manusia macam ni yang tak habis habis nak buat kau rasa low, entahlah. sumpah aku sedih.



kalau luaran tu penting sangat bagi kau, unfollow je aku dari instagram, unfriend je aku dari facebook. senang kan? simple je hidup ni.


sebelum wujud lagi MAKHLUK GILA macam dia yang tak habis habis nak judge aku biarlah aku cerita sikit latar belakang aku ya. aku dari kecik sampai umur 12 tahun aku tak duduk dengan mak ayah sendiri. opah jaga aku. aku membesar dekat kampung.jadi aku tak dapat semua benda yang aku dapat sekarang. salah ke aku enjoy pakai duit sendiri? hasil titik peluh aku sendiri?
salah ke? 


hal speaking speaking ni aku taknak ulas kalau boleh tapi kadang kadang manusia ni terlampau lembap dan bodoh untuk faham. bahasa inggeris ni kalau tak penting aku pun malas nak practice. 


background aku membesar pun tak sama macam orang lain. aku sentiasa merantau ke sana sini. well maybe istilah merantau tu tak sesuai. dia kira macam sekejap kat sini, sekejap kat sana. kalau tolak tolak tahun , waktu aku membesar dekat rumah mak bapak sendiri kurang dari 4 tahun. selebihnya aku kat tempat lain. 12 tahun dah aku habiskan dekat kampung. tingkatan satu sampai tingkatan 3 aku dekat rumah mama abah.  tingkatan 4 aku kat bentong. masa aku form 4 tahun 2006 aku balik rumah sendiri sekali je tahun tu. tu pun waktu raya. kalau cuti hujung minggu aku balik rumah makcik aku dekat pj.masuk form 5 aku pindah sekolah. aku sekolah dekat kuala selangor. habis je spm aku balik kampung balik duduk dengan opah.seminggu sebelum daftar masuk college kat kuantan baru balik rumah mama. lepastu dalam masa 3 tahun belajar kat sana pun aku jarang balik.


mama pernah cakap, aku anak first tapi dia rasa aku membesar kejap sangat. yelah aku tak membesar depan mata dia. sebab tu jugak aku tak berapa rapat dengan mak ayah sendiri. hal kisah hidup aku pun aku lagi selesa cerita dengan cousin aku dengan opah. mama aku dulu garang macam singa. sampai sekarang aku awkward nak cerita apa apa kat dia.



dulu kalau cuti sekolah pun aku tak balik rumah mama abah. kadang kadang aku sampai sebulan dekat pj ni. kadang kadang sebulan dekat tanjung malim. sekarang korang paham kan kenapa aku ni macam banyak rumah? itu bukan rumah aku. tu rumah makcik makcik aku. banyak kenangan dekat tanjung malim. dekat pj ni adalah jugak. yang paling mengimbau kenangan pun,sunway pyramid , speedmart dekat desa mentari tu. sebab dulu aku suka beli softlan kat situ masa aku form 4 kan aku duduk asrama. so cam hostel supplies aku beli kat situ je murah. and aku pernah tertumpahkan satu botol softlan besar . nasib abang kerja situ baik. tapi tu dulu la. aku pun tak ingat muka abang tu camne. hahaha.



okay itu jelah sedikit sebanyak aku boleh cerita. tak perlulah kot cerita lebih lebih.oh ya tadi aku buat bekam banyak gila darah tak elok keluar. korang pun kena cuba tau.


sekian,

salam penuh keterujaaan 

Una Mn






No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta