January 8, 2016

jenis manusia paling annoying



aku jarang nak cerita pasal diri sendiri melainkan perlu. dulu selalu jugak aku cerita bajet orang nak baca sangat. tapi entahlah anggap jela entry ni macam luahan perasaan yang lama dah aku simpan. Ni kira hint la benda benda aku tak suka ni




Gurau Kasar

aku boleh sabar dengan gurau kasar tapi bukan selalu. tengok sikit mood aku time tu baik ke tak keand pastikan kau betul betul rapat dengan aku baru gurau camtu. ni kalau setahun tegur sekali baik kau simpan jela hasrat kau nak gurau macam tu. Hahaha setakat ni aku selesa gurau kasar dengan makhluk bernama mikey. aku pun tak tahu macam mana aku boleh rapat dengan makhluk annoying macam tu but still bolehla.. dia pun sebaya dengan adik aku. so kira cam adik adik. 



Penyibuk

tak salah nak sibuk kadang kadang tu. maybe tu cara orang nak bersembang. tapi bagi aku manusia sekarang kena bijak guna common sense lah jugak sebelum bukak mulut. Kalau sampai gaji mak bapak aku berapa, harta semua nak tahu, meluat jugaklah aku. aku pernah la ada kawan yang sampai gaji ex aku pun dia tanya. tak tahulah apa function. sampai aku tertekan jugaklah kadang kadang.  tapi secara jujurlah aku antara manusia paling senang putuskan silaturrahim. bukan tak sayang friendship tu tapi aku betul betul tak suka main drama. i just love to cut all the bullshit. setakat gaduh gaduh kecik tu eleh tak adanya aku nak buang kau dari hidup aku. ni aku cerita sampai tahap tak boleh tahan la. 



Dengki

manusia ni normal ada sikap dengki. but if you are smart enough you will turn that negativity to positive things. kau nampak orang tu kaya kau nak benda tu kau usahalah. yang kau nak dengki sebar benda buruk pasal dia apa benda kau dapat?daripada kau habiskan masa bertahun tahun tak sudah sudah dengki, kalau kau ambik masa sikit pergi belajar selok belok bussiness ke apa entah entah setahun dua tahun kemudian kau kaya daripada dia. Aku pernah jumpa sorang, tapi cerita ni aku rasa 
baik aku simpan sebab aku nampak dia pun dah berubah (ALHAMDULILLAH).






Kaki Bebel

haha ni mesti ramai terasa ni tapi aku cakap benda jujur. aku tak suka dibebel . Bagi aku nagging didn't solve any problem. kalau aku taknak ikut cakap kau, kau bebel la 14 juta jam kat tepi telinga aku pun, aku tetap takkan ikut cakap kau. Simple . So don't bebel to me. it doesn't work .You are just wasting your time.



Askhole

 ini bukan typo . aku memang tulis askhole. sorry memang agak kasar tapi yelah. aku pun kadang kadang bersikap macam tu jugak . aku mengaku. tapi aku tak suka orang tanya aku pendapat, lepastu nak expect aku bagi jawapan yang jaga hati dia.NO! kalau kau tanya aku pendapat, aku akan bagi 100% JUJUR punya pendapat.  if you want sugar coated truth , baik jangan tanya pendapat aku. (ramai cakap sikap aku ada sikap macam lelaki sikit, kasar but i don't care. if you like me , you like me. if you don't like me it's okay. i am not a facebook status.  ;p



Pervert

ini memang semua perempuan tak suka. yang suka bitch je. aku perempuan , so aku tak suka lelaki pervert. pervert ni bukan setakat kau pandang perempuan macam nak telan je, ni dia kira ayat dia macam tak menjaga la. aku ni old fashioned sikit . i still expect a guy to be as gentlemen as they can. gentlemen ni pulak tak semestinya kena beli bunga banyak banyak, melutut bagi cincin. tu semua budaya barat. pervert ni kalau contoh dia ni terlalu open soal tu la. i mean sex. i DONT like guy like that. I AM ACTUALLY HATE IT. aku ada sorang dua yang TERLALU open pasal benda ni.  secara jujur aku tak respect manusia macam ni. sharing nudes videos, photos. kau dah kenapa? otak kau letak kat mana? kau ni islam ke tak?  bila tanya sentap je masing masing. Tak semestinya kena jadi budak surau. cukup kau tahu batas kau, dah. aku pun manusia biasa banyak buat dosa. aku ada je jumpa lelaki hisap rokok, hisap vape tapi baik. and aku pernah jer jumpa lelaki title dah HAJI tapi fuck bitches around. ADA, ye memang ada. sebab tu don't judge a book by it's cover. 



Tak setia.

ini semua orang tak suka kan? kita berhak memilih. Memang lelaki dibenarkan khawin 4. Ye aku mengaku. benda benda ni kita tak boleh nak elak. cuma kena ada common sense. kalau bill rumah, bill makan masih mintak tong tong bini maksud dia kau tu tak mampu. Nabi cakap, nak khawin 4 syarat dia kena mampu. Aku ada kawan yang diduakan  tapi suami dia mampu financially. alhamdulillah , diorang bahagia. itu baru layak. kawan aku pun redha ,walaupun mula mula tu sedih tapi sebab suami dia adil. siap jadi bestfriend dengan madu.
itu untuk lelaki. yang untuk perempuan, haram syurga bagimu kalau dah khawin masih terindu rindu lelaki lain. aku selalu perhatikan orang walaupun aku ni senyap je kadang kadang.  gurau tu agak agaklah pun. dah khawin tak ada makna nak ada bestfriend lelaki. suami kau ialah bestfriend kau.ingat tu! 






Materialistik 

kau boleh materialistik secara individu. aku langsung tak ambik peduli suka hatilah kau nak buat apa dengan hidup kau. Aku tak suka bila berkawan orang start dengan menunjuk harta. itu adalah sejenis pick up line paling bangang aku pernah jumpa. walaupun aku ni taklah lawa, tapi adalah lelaki yang approach dengan cara macam tu. ingat aku hadap sangat duit dia agaknya. major turn off terus. "saya dah capai 5 angka sebulan tau awak.."


kalau aku tengah sopan, aku ignore. tapi kalau masa tu angin aku tak baik. biasanya aku balas macam ni..

"so? kenapa pun ? ada aku tanya?"


bagi kawan perempuan pulak. aku ada je kawan yang bila dia kawan dengan orang dia nak tau status orang tu anak dato ke tan sri ke. korang jangan pelik. aku memang ada kawan macam tu. bila tengok orang tu bergaya lebih lebih sikit tapi anak orang biasa, or duduk kampung rumah papan je ke apa mulalah mulut dia nak mengata. ini pun spesis elok kena rejam jugak ni. 





and banyak banyak lagi sikap yang lain . yang aku tulis ni kira paling annoying la bagi aku. HAHAHA. so korang macam mana? sikap apa korang tak suka?





No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta