September 28, 2021

House Loan Approved and 7th wishlist completed

 



Hai ...


ini sambungan dari entry lepas.klik sini untuk baca seperti mana title  .. ya

alhamdulillah loan rumah di approve oleh maybank. pagi semalam dalam pukul 10 pagi

i dapat whatsapp dari chloe teoh (maybank banker) mengatakan loan rumah i dah lulus. 

honestly i terkejut jugak loan approved . syukur atas harta dunia yang dia pinjamkan.




simpan sini sebagai kenangan. 


doakan rumah i cepat siap.jangkaan siap 2024 nanti inshaallah dah siap i akan buat house tour sekali.

niat untuk simpan kenangan ya. bukan menunjuk. i hope if ada my friends or family yang baca ni


i beli mutiara hilltop dekat puchong. lagi 2 tahun i dah tak duduk damansara dah inshaallah
kalau korang minat nak beli boleh klik sini 



kalau belum beli rumah lagi jangan rasa kurang or down.  sebab property ni  boleh kata the highest commitment dalam hidup kita. and tak ada istilah berlumba lumba membeli rumah ya. you know when you are ready. keep searching and buat money planning. jangan lupa doa hari hari .


i sign booking form pun dalam phone je. sebab i tak ada masa nak pergi showroom.

i tengah tunggu tarikh untuk sign snp dengan lawyer and bayar 3 months houzkey deposit.

yang ni kena jumpa depan depan.  actually legal fee i kena bayar but after 5 years masuk rumah (2029) 1.5% dari harga property. so total duit i kena keluarkan buat masa sekarang cuma. rm1000 for booking  and 3 months house deposit .maksudnya installment i untuk 3 bulan.  still murah la dari i bayar progressive fee untuk 2 tahun  sebelum masuk rumah. 


loan i tak include insurance. so i kena cari sendiri. oleh sebab loan i under islamic term i cuma boleh ambik mlta . banker advise i ambik life insurance lepas sign so kalau apa apa jadi insurance bayar rumah tu even rumah tak siap lagi. life insurance tu optional.


yang wajib kena ambik fire insurance. nanti rumah dah siap i kena beli. dia cakap i boleh beli dengan developer or boleh beli dekat luar.



banyak jugak ilmu i dapat.  untuk installment rumah i for first 5 years  i kena bayar monthly rm1182.59 interest rate 2.64% . tahun ke 6-35 years interest dia 3.2% . since interest ni based on bank. maximum  installment can go to rm2209. 



mahal? yup for me quite pricey tapi memandangkan i dapat sft yang i rasa okay la. 1000+ sft okay lah

dekat area damansara kalau i nak 1000sft++ monthly installment i kena bayar 2k++ jugak . lepastu perlu bayar 10% dp lagi and lebih banyak keluar duit. 



alhamdulillah Allah jawab doa i dengan begitu cepat. selepas 2 hari pemergian atuk i dapat berita gembira ni.  dulu pernah janji dengan atuk kalau dapat beli rumah sendiri nak suruh atuk ketuai bacaan yassin dekat situ. takpe Allah sayang atuk , sekarang atuk dekat tempat lebih baik.





semalam jugak di hari yang sama i received my first credit card. actually ada 2 satu visa satu master.

purpose i buat credit card ni awal bulan haritu ialah nak improve my credit score supaya i dapat beli rumah. tak sangka news loan rumah lulus di hari sama i dapat card credit I. Allah maha baik. :')

dan secara jujur wishlist ni sebenarnya wishlist next year, tapi Allah mudahkan jalan i.  



semoga Allah permudahkan urusan kita semua and semoga i jadi insan yang lebih baik.



k tu jelah korang for now.



till then


ttyl



una mn



p/s: next i nak settlekan wishlist ke 8 tahun ni! :)











1 comment:

Unknown said...

tahniah sis. saya pun baru apply hauzkey ni. tak tahu la lulus ke tak nanti. hehe

💝 Anniversary Trip To Jakarta