July 29, 2023

Setia city mall with mama & unifi yang menyakitkan hati

 


Hi guys..

So few days ago i balik lagi ke rumah mama. Saja balik sebab this week my brother tak balik so untuk elakkan dia sunyi sis pun balik la. I balik pada rabu lepas . I actually kerja that day . Mujur masih hybrid jadi rabu lepas i wfh. Pagi pagi lagi i dah balik. I sampai rumah 10 ke 11 pagi. 

Sampai sana i rest and tidur dulu . Pukul 1 mama kejut untuk lunch sebab pukul 2 i kena kerja dah.  Lepas  lunch solat apa semua i buat kerja  dekat bilik i.

Khamis 

Mama ajak pergi jpj ada urusan tukar nama motor satu lagi. Rupanya motor tu tak buat e batal lagi. Mujur motor yang ni kedai dia masih beroperasi bukan bankrup. I pergi kedai mintak diorang buatkan . So agenda dah tergendala. 






I ajak mama pergi setia city mall tengok movie. I tahu memang jauh tapi i tak kisah. As long as mama happy. Kami tengok mission impossible . Ni kali kedua la i tengok sebab i dah tengok movie ni dengan husband i haritu. 



Sampai setia city mall sebelum movie kami lunch dekat ah cheng laksa sebab mama nak nasi. Lepastu kami solat dulu and jalan jalan. Movie start at 3.50 pm. Lepas movie kami solat asar and tunggu terus untuk maghrib. Habis solat kami dinner dekat boat noodle.Lepas dinner kami pergi jalan jalan cuci mata. Hahaha actually banyak je kedai kitorang masuk.i malas nak cerita detail. Korang tengok je dekat tiktok i 😛.Lepas puas berjalan kami pun balik . Sebelum sampai rumah kami drive thru mcd untuk adik i aiman. Dia tak ikut. Sampai rumah.. i pun dah barai dot com. Hahaha. Mandi siap siap  nak tidur i call la husband i. 

Kesian dia .. actually dia tak ikut i balik sebab kerja. Tapi masa pergi setia city mall tu dia cuti. Plan nak ajak dia ikut tapi wifi rumah kitorang buat hal. Unifi janji nak send technician datang. Hmm penat dia tunggu tak datang datang. Teka siapa dia mengamuk dekat twitter sebab prolong issue ni?




Mesti la saya!! HAHAHA

 penat weh kita bayar diorang macam hmm malas cakap la. 



Jumaat




Harini saya dah kena balik tapi tu la ye. Pagi pergi jpj dulu since e batal dah settle. Kami submit form la apa benda entah. Lepastu i teman mama ambik ubat dekat hospital. Setengah jam gak la i tunggu. Sebab dia kena tahan dengan kawan kawan dia yang kerja situ. Ye la my mom dulu kan nurse. So bila abah meninggal semua tumpang simpati tanya khabar. Settle urusan tu kami pergi kedai beli lauk sebab mama tak larat masak. I pulak bungkus cake dekat bakery fav i sebab husband kirim.


Plan asal nak balik petang tapi i dapat call dari unifi beritahu kenapa jadi macam tu. Explaination la sebab katanya dekat apartment i ada migration. So kalau nak cepat kena pergi tm point.  Akhirnya lepas makan. 1 lebih macam tu i gerak balik sana.



I sampai damansara utama dalam 3 lebih . Banyak kereta atas jalan. Jem sana sini. Selepas settle urusan orang tu kata ambik masa 3 ke 7 hari. Buat hal la unifi. Ni macam mana la nak wfh ni? 


Sabtu




Harini i join class mandarin i guna hotspot mujur digi tak buat hal. Settle class i nap kejap. Pukul 1 i gerak pergi kerja. Before ke office i drive thru starbucks sebab i sedar i barai kalau i tak dapat coffe habislah this entire day.


Sekarang i menaip sambil minum limau ais dari pantry office i.

K dah la i nak maghrib dulu . Kejap lagi habis break


Till then 

Ttyl


Una mn


July 22, 2023

Spa day with mama & pizza party at rumah maklong!

 



hai guys!


 harini i nak cerita sikit aktiviti i balik kalini as usual la kan. i memang boleh kata every 2 weeks i balik sabak bernam. selasa petang i balik sabak bernam and wfh dekat sini. selasa rabu i kerja. cuti i this month khamis jumaat. 


20 july 2023



i dengan mama ada appointment dekat spa pukul 10. mama ambik traditional massage i ambik full body relaxing massage . after massage i sambung buat facial pulak. our session habis after 2 hours.i dah banyak kali datang sini. infact bulan ni dah 2 kali i datang sini. 2 minggu lepas i buat mani pedi. mama berurut jugak 2 minggu lepas. i rasa mama dah addicted dengan self care. siapa lagi yang mengajar kalau bukan  i hahaha.



lepas spa session, i ajak mama melawat maklong di tg malim. sajalah jalan rumah maklong paklong.we order dominos masa on the way . kami buat time order sampai sana we just pick up the pizza. i ordered 5 pizza regular 2 onion ring lepastu kami singgah speedmart. i asked my husband to buy drinks. sajalah bawak buah tangan untuk paklong maklong. sampai je sana kami solat dulu and then lunch together. lepas makan makan sembang sembang. i nap kejap. i memang dah biasa sebenarnya dengan maklong paklong sebab i kecik duduk dengan opah. so masa kecik i selalu duduk rumah maklong lama lama . kadang sebulan. kadang 2 minggu.yelah ada geng. ada ila dengan ika kan. i tidur bilik bawah menghilangkan penat. lepas hampir sejam i nap i bangun and solat asar dulu . lepastu nak gerak balik



sebelum balik paklong maklong cerita tempat best beli groceries. harga tengah ada promosi .i cakap dengan mama kalau nak pergi boleh je. so kami pun pergi la ke sana dulu. nama mart dia tmg. mama beli sayur, ayam, vege and beberapa benda lain. lepas habis beli groceries and salam dengan maklong paklong kami singgah ke zus coffee sebab i masih mengantuk and i need coffee. after i get my drink minum minum and then kami bergerak balik ke sabak bernam!!




21 july 2023

i spend  most of the time tidur sebab i penat hahah. jadi driver memang penat. tapi penat yang berbaloi. i siapkan kerja sikit , buat homework mandarin. malam pulak  kitorang tengok abpbh. sambil sambil tu i main game. i sebenarnya taklah minat sangat cuma nak tahu je barkoba menang ke tak haha. alhamdulillah a very well deserved winner of abpbh.  


22 july 2023 




which is today.... lepas subuh i dengan husband terus gerak balik ke damansara. i pagi ni ada class mandarin c2 so memang kena balik awal. infact today i kena mausk office jugak. sampai rumah kami singgah beli breakfast dulu. after breakfast class i pun start.  penat? of course . i try untuk tak tertidur sepanjang class.alhamdulillah class habis at 11.20 . i habis class i tidur for 1 hour. and then 12.30 i bangun  mandi siap siap untuk pergi kerja. before work i sempat drive thru mcd  for my lunch. masa on the way office jalan depan istana tu jem guys. so sampai office i sempatlah solat zuhur nak makan macam terus tak jadi lapar. so i save it for my early dinner . i habis kerja at 11.00 and then terus balik rumah.


balik rumah i tulis la blog ni! hahahah. k macam very detail kan ?



ya macam i cakap i nak ingat semua benda. tapi jangan risau ada je detail i tak cerita .


k guys. i think that's it for today 



till then 



ttyl 


una mn 

July 16, 2023

Class pertama Level C mandarin & exam HSK1 at Kunkwan KL branch!!

 

hey guys.. harini i nak cerita apa i buat weekend ni.  semalam 15 july adalah hari pertama untuk class level c mandarin i. as you guys know i study secara online . so kebetulan level c ni class i pun on saturday morning jugak sama macam level b. i ambik pei shan laoshi jugak memandangkan i selesa jugak belajar dengan dia. 


topik apa kami belajar? i tak boleh specify sebab banyak . hahah mostly pasal grammar point la. anyway i ada homework jugak dia bagi as usual . kena send before next class.  tapi bukan tu i nak cerita sangat.

sebenarnya i banyak habiskan masa cuti i  minggu ni study for hsk1 . ya hsk1! untuk yang tak tahu

hsk1 ni exam yang certificate ni diterima di seluruh dunia. dia macam A1 level CEF ( common eurupean framework). hsk1 ni boleh kata basic test la.  some even say test ni paling senang. tak dinafikan memang taraf hsk . hsk1 ni la paling senang. but as non native speaker i tak anggap ianya senang sangat haha.

basically level A dulu exam yang dari kunkwan pun sebenarnya adalah past exam paper for hsk1. 

kiranya i macam dah pernah jawab la format serupa. soalan maybe ada tersama ke . 

i kena pergi jawab hsk1 dekat centre kunkwan di sg besi. sebagai kenangan nilah exam slip i guys hahaha.

sensitive info i akan blurkan.


abaikan alamat dekat johor tu. memang hq kunkwan dekat johor. so because
soalan and slip ni dari china they just put hq address. 


16 july 2023 (today)

memandangkan exam start 1:30 and perlu sampai awal setengah jam. pagi tu i sempatlah study sikit .took a nap and then later gerak ke sana terus. kami sarapan dekat family mart  tak jauh dari situ. kunkwan dekat level 3 guys . masa i sampai dekat bilik menunggu rupanya ramai dah sampai. elok i duduk 10 minit macam tu terus kena pergi simpan our belonging and duduk meja masing masing.
oh ya i dpat jumpa kong laoshi and kay laoshi. kay laoshi yang ajar i masa cic , kong laoshi pulak yang ajar i level A dia gantikan jia jia laoshi yang berhenti . kong laoshi start ajar i dari A6 tak silap i. 


i tak ada banyak gambar boleh ambik since kami tak boleh nak pegang phone or any other belonging masa exam. even pencil case pun tak boleh. hanya boleh bawak eraser and pencil 2b. 
ya soalan dia object je.

masa diberikan untuk menjawab tu tak banyak tau guys. 
sebab tu i cakap tak senang ye.

exam dia mostly kena asah part mendengar tu. listening sangat penting.

kalau u guys yang baca ni nak ambik hsk1 practice je cari dekat youtube hsk1 exam. practice dengar . biasakan dengar slang china mainland inshaAllah boleh jawap.
soalan dia ada 40 je guys.


habis exam , kami bergambr ramai2 sebagai kenangan.

dekat tengah tengah pakai suit tu la kong laoshi, and dekat bawah kanan sekali tu kay laoshi.






lepas exam je i dengan husband pun terus pergi mall. plan asal kami nak lepak midvalley je tapi tersalah masuk jalan. korang tahu jelah kan area bangsar tu jem macam mana pulak kan. so i pun malas nak pusing balik i straight je central i city shah alam. kami nak tengok sue on ! 
kami ambik showtime 6.30 sebab kami nak makan and jalan jalan dulu. 

kami lunch dekat black canyon sebab memang mood harini nak makan nasi je. 

habis makan jalan jalan tengok jam ada masa sejam lagi.
so kami berdua lepak starbucks pulak! haha


sue on ni macam spin off cerita hantu kak limah cuma budget version. haha 
pelakon dia ada awie, erra fazira, pak kodi.


i bagi 6/10 sebab i rasa plot dia boleh lawak lagi & grafik filem tak menarik sangat.
kalau untuk siaran tv okay kot. kalau untuk movie i expect more .

haha dari cerita pasal hsk1 sampai melalut sampai aktiviti satu hari. 
maaf la ye.

exam hskk and hsk2 nanti sis ingat nak ambik sekali jalan je la. tengok nanti macam mana.


okay sekian tu jelah for now

nanti dah keluar result sis update eah


till then

 ttyl 

una mn





July 8, 2023

My Level B mandarin result is out!!!

 

hey guys

so yeah entry kalini i post hari yang sama dengan entry sebelumnya. i sengaja asingkan sebab i saja nak buat seperate story. okay my result level b keluar masa i dekat rumah mama. i was kinda nervous sebab dah 2 minggu since my exam tapi result tak keluar keluar. masa exam level A haritu result keluar agak cepat. cuma level b ambik masa sampai dua minggu. maybe ramai sangat kot yang ambik level b.


so here it is!!



alhamdulillah i dapat A !!! 
i tengah ajar diri i bersyukur. korang kalau kenal i rapat korang tahu i nak A++ 
tapi i sedar i bukan cina! i tak dibesarkan oleh orang cina. i orang melayu.
jadi logik je sebenarnya i dapat A je bukan A++.
bukan senang nak tiru accent dia. 

exam i pun actually macam i cakap sebelum ni accent chinese mainland bukan chinese malaysia.

nak kata susah sangat tak jugak tapi kalau i cakap senang i tipu la hahaha

i rasa  i kena banyak practice mendengar cara percakapan chinese mainland memandangkan all the exam i later akan pakai accent sama jugak.

oh anyway next week on sunday 16 july i akan ambik exam hsk1 dekat kunkwan centre di sg besi.

wish me luck !!!

till then ttyl

una mn


spa & shopping day with mom & lil sis

 

hi guys.... da jia hao!!!


today i nak cerita sikit  aktiviti i masa i balik rumah my mom. i suka cerita aktiviti sebab i suka baca balik blog i . jadi korang suka ke tidak itu bukan masalah saya HAHAHA.


5/7/2023 

habis kerja i terus balik . kebetulan harini i work from home. so masa break i siap pack barang nak bawak balik. kalini i balik sebab ada benda penting i kena attend dengan  my mom pada sabtunya. kebetulan haritu adik perempuan i balik jugak. cuma dia balik awal lagi. pagi pagi lagi dia dah sampai. i gerak balik pukul 4.20 macam tu. i sampai sana around 6 lebih. actually could be cepat lagi tapi on the way balik hujan lebat. so sis bawak agak slow.  malam tu tak ada apa sangat kami buat. i berehat sebab esoknya adik i nak ajak kami berjalan.  


6/7/2023








pagi pagi lagi adik i ajak pergi spa. spa yang selalu i dengan my mom pergi. nak pergi massage kata dia. my mom ambik traditional massage + sauna. adik i and kawan dia ambik relaxing massage. i pulak cuma buat mani pedi. walaupun cuma mani pedi tapi sebab ada scrub kaki tangan semua. adik i settle urut dah i tak settle2 lagi hahaha. i suka datang spa ni sebab agak affordable la. yela area luar bandar tak boleh charge mahal mahal .


after spa session  kami plan nak ke aen manjung. kenapa? tu jela mall paling dekat and  macam best sikit nak berjalan. boleh la for me . nak kata best sangat tak jugak. so kami balik singgah rumah ambik telekung kejap sebab belum masuk waktu zohor lagi. sampai aeon manjung kami pun dah lapar jarak aeon manjung dari rumah i 82 km macam tu. so automatik mama boleh la jamak. kami pergi makan dekat black canyon. 






i saja belanja diorang makan situ . okay la semua makanan sedap. kami masuk kaison. mama ada la beli beberapa hiasan rumah. i pulak dengan adik i masuk bata sebab nak cari kasut kerja. i beli flat shoes adik i beli sneakers. alhamdulillah ada sale. so my flat shoes rm79.90 je. selalu kan bata around rm100 ++ jugak kalau tak silap i. kenapa i tak beli je kasut dekat vincci ke apa ke yang lebih murah? pendapat i kan i suka beli benda yang tahan lasak. memang kalau beli dekat shoppe dapat murah tapi entahlah beli murah pakai kejap tercabut nak buat apa kan? ikut hati i.... i nak beli  tory burch  tapi kat sana tak ada. tapi kalau ada pun   i sayang pulak nak buat pakai kerja. maybe kalau i beli . i buat pakai jalan jalan je kot.



okay lepas shopping , solat apa semua. my mom ajak balik sebab dia terlupa beli makanan kucing. so i have to drive to sg besar again . hahaha . oh lupa nak cakap spa tu dekat sg besar. rumah i sabak bernam. so tak apalah orang tua kita ikut je. i kesian jugak dia. dia pandai drive sebenarnya tapi sejak arwah abah tak ada dia jadi macam takut nak keluar sorang. nak harap adik i aiman teman.dia burung hantu haha. lepas settle beli barang mama. balik tu i baru nak paw adik i zus coffe. elok i sampai sana lahhhh blackout kedainya!  end up balik i beli belanja diorang mcd.

 

7/7/2023

pagi pagi lagi kami dah ke amanah raya . actually duit dah dapat. ni urusan kenderaan pasal tukar nama whatnot. so my mom dapat la dokumen tu dah. rasanya dah settle kecuali motor abah yang kedai dia tutup sebab bankrupt tu. berpusing pusing cari amanah raya teluk intan sebab dah pindah tempat. dari teluk intan ke rumah i dalam 40. sebelum balik kami singgah starbucks. i paw adik i air sebab sajalah paw .




my mom and i minum caramel cream. adik i share dengan kawan dia air apa entah i lupa tanya haha.

our initial plan nak tapau dominos. tapi tiba tiba rasa cam better masak kenyang sikit. so kami plan masak lauk kampung. balik dari teluk intan kami singgah beli lauk. i tunggu dalam kereta sebab i kan driver je, kami beli durian jugak untuk buat budu durian. basically ni la lauk kami haritu.  sedap kan?




lepas makan makan rehat i sambil layan cerita maria mariana dekat netflix. lately i rasa cerita melayu lama lagi best untuk ditonton. around maghrib jannah sampai and ustaz and ustazah dari darul syifa sampai. diorang datang sebab kami jemput. sejak abah meninggal mama macam ada depression. hilang suami yang tersayang mestilah sedih. sebagai anak i pun sedih. biasa orang bersedih macam ni anasir luar senang masuk mengacau. so ikhtiar kami panggil ustaz je  sambil sambil baca yassin sedekah pada arwah yang dah tinggalkan kami. 



8/7/2023 (today)




pagi pagi lagi i dengan mama dah keluar. kami attend kursus together. after kursus kami balik singgah beli lauk  sebab malas menyusahkan mama nak masak lagi. mama cuma masak nasi je. after makan i rehat rehat jap. petang i bergerak balik ke damansara . i kenalah balik sebab esok i kerja. kena masuk office pulak tu.plannya harini nak tengok movie. tapi dah sampai damansara i rasa penat pulak.  


alhamdulillah for everything. i rasa happy dapat spend time balik agak kerap . hopefully rezeki kami sentiasa murah.korang doakan i kaya ya. oh ya... nanti on 16 july 1.30 pm. i ada exam hsk1.


wish me luck tau! i dah kena study betul betul ni. 


k tu jelah



till then 


ttyl


una mn




July 2, 2023

Mandarin entry *special post*

 



Da jia hao!! jintian wo xiang xie xie wo de  shenghuo. 


wo hen jinzhang yinwei wo  zhege yue you hsk kaoshi. wo hai mei fuxi ne

wo xiang xuexi  dan wo tai mang le.   wo qunian shi yi yue  kaishi xuexi hanyu . 

wo juede xuexi hanyu hen zhongyao. wo ye jihua xuexi ling yi zhong yuyan.

ji ge yue hou wo jiang qu mai jia. wo hui he mama yiqi qu nali.


wo hui zhaogu mama yibeizi .  wo zhen de hen xiangnian wo de baba

wo baba xianzai chujing geng haole.  

wo xiwang jinkuai dai wo de jiaren qu yecan. xianzai hen nan jianmian yinwei 

women you butong de gongzuo he jiaqi . 


shang zhou wo mama he didi qu le bang ge dao. wo rang tamen gei wo mai qiaokeli.  wo xia zhouhui wo mama jia.  

tingshuo wo meimei ye yao hui qule.


hao de, wo bu zhidao gai xie shenmeliao


xie xie nimen 


ttyl

bye bye




      

July 1, 2023

jadual level c mandarin dah keluar & my thought on investments



 



Hi guys...  seperti mana title i rasa happy sebab jadual kelas i dah keluar. Alhamdulillah waktu class sama 9.15 - 11.15 am every saturday. my class akan start on 15 july ni . result exam level b belum dapat lagi . and sebelum ni i ada cakap kan i nak ambik hsk 1 i already book exam slot for 16 july ni! so basically hsk1  ni exam dia kena pakai laptop yang bukan apple. idk why tapi itulah dia. since i pakai macbook. laptop kerja i memang dell tapi tak berani nak guna  pun untuk tujuan lain selain kerja. i pergi centre 16 july ni!! HAHA i ambik slot pagi. actually i boleh je nak ambik hsk2 hari yang sama tapi i prefer not to. sebab i nak fully prepare for hsk1 . even hsk1 bagi orang lain oh senang je. mind you macam i cakap sebelum ni i belajar slang mandarin malaysia. tapi i exam slang mandarin from mainland china. jadi benda yang asalnya senang tu belum tentu senang. :'D. i mintak tips dari kong laoshi. he said just study past exam paper. jadinya this week i ambik keputusan untuk duduk rumah study. sebab next week i akan balik rumah my mom and selalunya dekat sana study ke laut. HAHAHA


 oh i pulak sekarang kan dah 3 hari masuk office kan . so most of the time i dekat office. idk la apa orang fikir pasal i tapi i rasa what people think of me is none of my biz. what i think of myself je yang penting. HAHAHA.  tapi i rasa thankful sebab ada bunch of people that make a good effort to talk to me. i ni kalau diam memang rbf ( resting bitch face). i looks like i'm done with all your bullshit for years. 

haritu my sme ( subject matter expert) sapa i.


nazrin :hi babe you want coffee? i nak pergi starbucks

me : boleh jugak? bagi qr code i pay now.  (sebab i memang sleepy even baru je start kerja )

nazrin : no.. my treat . 

me : you sure?thanks :D

nazrin : yes i'm sure  * smiling and went to ask other people siapa nak coffee jugak*


apparently  dia nak belanja semua orang in my row. i was like  what? gaji dah masuk ke? i tengok hmm belum. trust me i tak perkecilkan dia. then i check his name got "raja" infront. i tak mungkin la akan tanya  dia kerabat mana ke sebab from my batch pun ada je someone name raja infront . dia i tak payah tanya sebab when you look at him you know dia "old money" i just dont know what he is doing working here HAHA.



so when he came back he gave me my coffee and then donut. dia cakap dia beli breakfast set. at that time i saja check starbucks apps. tak ada promo. i just say thank you and doakan dia murah rezeki. 


esoknya.... i heard dia cakap dekat row  meja belakang " you guys want coffee? " basically dia belanja row belakang kitorang jugak . i check my starbucks apps again.  later he show up with over 10 cup of coffee . not americano ye. mostly handcrafted . oh lupa i nak cakap . semalamnya masa dia belanja row i also over 10 cup coffee mostly handcrafted only me yang nak americano sebab i mengantuk.

dia kaya ke tak bukan urusan i. cuma i impressed dengan this " old money" yang willing untuk kerja dekat company lain . mostly diorang memang sangat humble.




semalam  my mom beritahu dia pergi pangkor with my brother. korang tahu kan pangkor free duty macam langkawi . and if i am not mistaken langkawi no longer free duty. so i adalah kirim chochlate from her since i pun next week nak balik sabak bernam. i balik kalini sebab kena attend something with my mom. this one related with my final wishlist. if you know you know.  

i sekarang ni tengah cuba nak cantikkan notes mandarin i dari cic basic sampai level b. i punya notes dalam ipad je. i nak transfer semua dalam notebook. so guys wish me luck ye. HAHAHA. i have to settle all at least before. my exam 16 july ni. baru semangat nak ambik exam kan. yelah  korang bayangkan i start class on november last year. class cic . bayangkan dari november sampai la sekarang. i dah habis level b. berapa banyak notes i dalam ipad ni.  i rasa tak secure even dia simpan dalam cloud.  i cuba jugak nak buat notes aesthetic dalam ipad macam yang kita boleh tengok dekat tiktok  tu kan. tapi susah ye.

tunggu la kalau i banyak masa. i rasa i jiwa old school. i prefer note tulis atas kertas. i rasa lebih mudah masuk otak i. 


 in next entry i will share my completed note untuk cic or i might share bila dah settle semua okay .



now we talk about  investment  and my thoughts on that. 


i rasa ramai je kenal jutawan jutawan yang kaya raya. and beberapa hari lepas i came accross a tiktok video. video ni mat salleh la yang cakap.  i dari dulu lagi a firm believer billionaire tak honest dengan kita. 

basically kan ramai billionaire ajak orang buat  investment kan. compounding interest la . yada yada. i pun pernah terjebak dengan  similar thing. lepastu i realize semua investment dekat dunia akan ambik masa 30-40 years until you dapat that money.itupun kalau bertahan lama la investmentnya.


i rasa apa yang generate money ialah life skills and bussiness . genuine bussiness. sekarang kan kuasa beli orang sangat kurang. jadi bussiness yang bertahan biasanya yang necessity. perasan kan cina suka buka kedai apa? salon rambut, kedai hardware,kedai electric. necessity. mungkin bagi orang macam kita yang tak mampu lagi buka bussiness apa kita boleh buat sambil kerja?

pendapat i sambil you bekerja jangan berhenti belajar. belajar la skill baru. join bootcamps ke, belajar another language ke. i rasa tips terbaik i boleh bagi ialah buka jobstreet  cari kerja apa yang gaji tinggi . 

apa qualification yang diorang nak. sekarang kan untuk tambah skill you not necessarily to belajar 3,4 tahun pun. you nak belajar sampai phd? no problem. i pun nak. cuma dari sisi lain untuk tambah value diri you. tambah opportunity you dapat gaji lebih join bootcamps pun okay. kita kena menonjol dari orang lain. how ? bina portfolio diri kita . asah skill yang orang lain tak ada. dia macam nilah. you nak stands out you need to have something special that you can offer. 


i rasa apa i boleh suggest korang untuk belajar bahasa lain contoh mandarin, japanese, korean. korang boleh prove benda ni sekarang tengok lambakan kerja nak japanese speaker , korean speaker. gaji diorang offer boleh cecah rm10k. nak tengok je ke nak grab opportunity tu?



untuk investment pulak.

instrument terbaik adalah simpanan emas 999. i tahu memang banyak sangat dekat luar. i sendiri simpan dekat public gold. i bukan agent ya. i might wanna try it somedays. sekarang i belum lagi. i cuma sekadar penyimpan. minimum sebulan i akan simpan 1 gram.kalau i ada lebih i akan simpan lebih .i want to make it my retirement fund. or maybe fund untuk i lunaskan hutang hutang i ada. ( rumah la yang paling besar)


i know my family members ramai baca blog i senyap senyap.  3,4 tahun lepas harga 1 gram emas 999 adalah rm175 . semalam i beli satu gram = rm308.  banyakkan naik? cuba korang bayangkan   every year kita simpan emas 20 gram . and kita simpan selama 30 tahun . 


20  gram  x 30 tahun = 600 gram .


setiap tahun harga emas akan naik.  jadi modal keseluruhan untuk beli 600 gram ni kita takkan tahu berapa la. tapi yang pasti lebih murah dari harga kita jual nanti.


by the time kita pencen katalah emas dah naik jadi rm700/gram . (actually could be more than that)


600 x 700 = rm420k . 

i main petik ke harga tu? tu nama dia anggaran sayang. tak mustahil pun. 

tahukah anda harga emas 999 tahun 1990 adalah rm25 je 1 gram?

rm 308 - rm25 = rm283 

rm283 ya kenaikan dia setelah 33 tahun.tapi emas memang dijangka naik setelah china surpass gold reserve us.  eh apa kena mengena ni? i taknak cerita panjang tahun depan tak habis nanti. i cerita sikit je . dulu masa banyak negara di colonized termasuk malaysia. banyak emas emas kita di ambik british bawak balik negara dia. lepastu bila tertubuhnya bank dunia diorang perkenalkan wang kertas. and kita guna je wang kertas ni. tapi due to war, bla bla somehow diorang manipulate the system menyebabkan change rate perbezaan antara negara tinggi. benda ni menyebabkan negara macam negara kita miskin walaupun kita banyak je hasil bumi. senang cerita sebeum i cerita panjang lebar baiklah berhenti. korang boleh cari yang lebih pakar ulas kot. karang i cerita korang tak faham faham.


jadinyaaaaaa simpan la emas. nanti dah tua bolehlah buat duit pergi haji ke apa. i suggest jugak dekat cousin cousin sis yang ada anak. untuk dana belajar ke simpan jela emas. so by the time anak korang dah besar dia boleh choose untuk simpan atau guna. this is how i potray my love to all of you . by sharing this information.


ada orang cakap dengan i. simpan banyak banyak nanti kena bayar zakat. 

sayang..... kalau simpan duit banyak banyak pun kena bayar zakat ye. :"D

apa bezanya. simpan emas kalis inflasi. 


tahun ni awak simpan rm10k dalam bank lagi 10 tahun awak tetap ada rm10k

tahun ni 10k awak simpan dalam emas . awak dapat 32.46 gram 

lagi 10 tahun emas awak 32.46 tu maybe cecah rm15 158 dah kalau emas jadi rm467 /gram.

mana i ambik data? i ambik google je. 10 tahun lepas tahun 2013 1 gram emas 999 = rm149 je .  harini rm308 segram 

rm308- rm149 = rm159. assuming lagi 10 tahun naik dia rm159 jugak jadi 

rm308 + rm159 = rm 467/gram. 

 

jadi mari kita ramai ramai simpan emas 



k tu jela korang panjang sangat entry ni



till then



ttyl


 una mn








💝 Anniversary Trip To Jakarta