July 22, 2023

Spa day with mama & pizza party at rumah maklong!

 



hai guys!


 harini i nak cerita sikit aktiviti i balik kalini as usual la kan. i memang boleh kata every 2 weeks i balik sabak bernam. selasa petang i balik sabak bernam and wfh dekat sini. selasa rabu i kerja. cuti i this month khamis jumaat. 


20 july 2023



i dengan mama ada appointment dekat spa pukul 10. mama ambik traditional massage i ambik full body relaxing massage . after massage i sambung buat facial pulak. our session habis after 2 hours.i dah banyak kali datang sini. infact bulan ni dah 2 kali i datang sini. 2 minggu lepas i buat mani pedi. mama berurut jugak 2 minggu lepas. i rasa mama dah addicted dengan self care. siapa lagi yang mengajar kalau bukan  i hahaha.



lepas spa session, i ajak mama melawat maklong di tg malim. sajalah jalan rumah maklong paklong.we order dominos masa on the way . kami buat time order sampai sana we just pick up the pizza. i ordered 5 pizza regular 2 onion ring lepastu kami singgah speedmart. i asked my husband to buy drinks. sajalah bawak buah tangan untuk paklong maklong. sampai je sana kami solat dulu and then lunch together. lepas makan makan sembang sembang. i nap kejap. i memang dah biasa sebenarnya dengan maklong paklong sebab i kecik duduk dengan opah. so masa kecik i selalu duduk rumah maklong lama lama . kadang sebulan. kadang 2 minggu.yelah ada geng. ada ila dengan ika kan. i tidur bilik bawah menghilangkan penat. lepas hampir sejam i nap i bangun and solat asar dulu . lepastu nak gerak balik



sebelum balik paklong maklong cerita tempat best beli groceries. harga tengah ada promosi .i cakap dengan mama kalau nak pergi boleh je. so kami pun pergi la ke sana dulu. nama mart dia tmg. mama beli sayur, ayam, vege and beberapa benda lain. lepas habis beli groceries and salam dengan maklong paklong kami singgah ke zus coffee sebab i masih mengantuk and i need coffee. after i get my drink minum minum and then kami bergerak balik ke sabak bernam!!




21 july 2023

i spend  most of the time tidur sebab i penat hahah. jadi driver memang penat. tapi penat yang berbaloi. i siapkan kerja sikit , buat homework mandarin. malam pulak  kitorang tengok abpbh. sambil sambil tu i main game. i sebenarnya taklah minat sangat cuma nak tahu je barkoba menang ke tak haha. alhamdulillah a very well deserved winner of abpbh.  


22 july 2023 




which is today.... lepas subuh i dengan husband terus gerak balik ke damansara. i pagi ni ada class mandarin c2 so memang kena balik awal. infact today i kena mausk office jugak. sampai rumah kami singgah beli breakfast dulu. after breakfast class i pun start.  penat? of course . i try untuk tak tertidur sepanjang class.alhamdulillah class habis at 11.20 . i habis class i tidur for 1 hour. and then 12.30 i bangun  mandi siap siap untuk pergi kerja. before work i sempat drive thru mcd  for my lunch. masa on the way office jalan depan istana tu jem guys. so sampai office i sempatlah solat zuhur nak makan macam terus tak jadi lapar. so i save it for my early dinner . i habis kerja at 11.00 and then terus balik rumah.


balik rumah i tulis la blog ni! hahahah. k macam very detail kan ?



ya macam i cakap i nak ingat semua benda. tapi jangan risau ada je detail i tak cerita .


k guys. i think that's it for today 



till then 



ttyl 


una mn 

No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta