July 16, 2023

Class pertama Level C mandarin & exam HSK1 at Kunkwan KL branch!!

 

hey guys.. harini i nak cerita apa i buat weekend ni.  semalam 15 july adalah hari pertama untuk class level c mandarin i. as you guys know i study secara online . so kebetulan level c ni class i pun on saturday morning jugak sama macam level b. i ambik pei shan laoshi jugak memandangkan i selesa jugak belajar dengan dia. 


topik apa kami belajar? i tak boleh specify sebab banyak . hahah mostly pasal grammar point la. anyway i ada homework jugak dia bagi as usual . kena send before next class.  tapi bukan tu i nak cerita sangat.

sebenarnya i banyak habiskan masa cuti i  minggu ni study for hsk1 . ya hsk1! untuk yang tak tahu

hsk1 ni exam yang certificate ni diterima di seluruh dunia. dia macam A1 level CEF ( common eurupean framework). hsk1 ni boleh kata basic test la.  some even say test ni paling senang. tak dinafikan memang taraf hsk . hsk1 ni la paling senang. but as non native speaker i tak anggap ianya senang sangat haha.

basically level A dulu exam yang dari kunkwan pun sebenarnya adalah past exam paper for hsk1. 

kiranya i macam dah pernah jawab la format serupa. soalan maybe ada tersama ke . 

i kena pergi jawab hsk1 dekat centre kunkwan di sg besi. sebagai kenangan nilah exam slip i guys hahaha.

sensitive info i akan blurkan.


abaikan alamat dekat johor tu. memang hq kunkwan dekat johor. so because
soalan and slip ni dari china they just put hq address. 


16 july 2023 (today)

memandangkan exam start 1:30 and perlu sampai awal setengah jam. pagi tu i sempatlah study sikit .took a nap and then later gerak ke sana terus. kami sarapan dekat family mart  tak jauh dari situ. kunkwan dekat level 3 guys . masa i sampai dekat bilik menunggu rupanya ramai dah sampai. elok i duduk 10 minit macam tu terus kena pergi simpan our belonging and duduk meja masing masing.
oh ya i dpat jumpa kong laoshi and kay laoshi. kay laoshi yang ajar i masa cic , kong laoshi pulak yang ajar i level A dia gantikan jia jia laoshi yang berhenti . kong laoshi start ajar i dari A6 tak silap i. 


i tak ada banyak gambar boleh ambik since kami tak boleh nak pegang phone or any other belonging masa exam. even pencil case pun tak boleh. hanya boleh bawak eraser and pencil 2b. 
ya soalan dia object je.

masa diberikan untuk menjawab tu tak banyak tau guys. 
sebab tu i cakap tak senang ye.

exam dia mostly kena asah part mendengar tu. listening sangat penting.

kalau u guys yang baca ni nak ambik hsk1 practice je cari dekat youtube hsk1 exam. practice dengar . biasakan dengar slang china mainland inshaAllah boleh jawap.
soalan dia ada 40 je guys.


habis exam , kami bergambr ramai2 sebagai kenangan.

dekat tengah tengah pakai suit tu la kong laoshi, and dekat bawah kanan sekali tu kay laoshi.






lepas exam je i dengan husband pun terus pergi mall. plan asal kami nak lepak midvalley je tapi tersalah masuk jalan. korang tahu jelah kan area bangsar tu jem macam mana pulak kan. so i pun malas nak pusing balik i straight je central i city shah alam. kami nak tengok sue on ! 
kami ambik showtime 6.30 sebab kami nak makan and jalan jalan dulu. 

kami lunch dekat black canyon sebab memang mood harini nak makan nasi je. 

habis makan jalan jalan tengok jam ada masa sejam lagi.
so kami berdua lepak starbucks pulak! haha


sue on ni macam spin off cerita hantu kak limah cuma budget version. haha 
pelakon dia ada awie, erra fazira, pak kodi.


i bagi 6/10 sebab i rasa plot dia boleh lawak lagi & grafik filem tak menarik sangat.
kalau untuk siaran tv okay kot. kalau untuk movie i expect more .

haha dari cerita pasal hsk1 sampai melalut sampai aktiviti satu hari. 
maaf la ye.

exam hskk and hsk2 nanti sis ingat nak ambik sekali jalan je la. tengok nanti macam mana.


okay sekian tu jelah for now

nanti dah keluar result sis update eah


till then

 ttyl 

una mn





No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta