July 8, 2023

spa & shopping day with mom & lil sis

 

hi guys.... da jia hao!!!


today i nak cerita sikit  aktiviti i masa i balik rumah my mom. i suka cerita aktiviti sebab i suka baca balik blog i . jadi korang suka ke tidak itu bukan masalah saya HAHAHA.


5/7/2023 

habis kerja i terus balik . kebetulan harini i work from home. so masa break i siap pack barang nak bawak balik. kalini i balik sebab ada benda penting i kena attend dengan  my mom pada sabtunya. kebetulan haritu adik perempuan i balik jugak. cuma dia balik awal lagi. pagi pagi lagi dia dah sampai. i gerak balik pukul 4.20 macam tu. i sampai sana around 6 lebih. actually could be cepat lagi tapi on the way balik hujan lebat. so sis bawak agak slow.  malam tu tak ada apa sangat kami buat. i berehat sebab esoknya adik i nak ajak kami berjalan.  


6/7/2023








pagi pagi lagi adik i ajak pergi spa. spa yang selalu i dengan my mom pergi. nak pergi massage kata dia. my mom ambik traditional massage + sauna. adik i and kawan dia ambik relaxing massage. i pulak cuma buat mani pedi. walaupun cuma mani pedi tapi sebab ada scrub kaki tangan semua. adik i settle urut dah i tak settle2 lagi hahaha. i suka datang spa ni sebab agak affordable la. yela area luar bandar tak boleh charge mahal mahal .


after spa session  kami plan nak ke aen manjung. kenapa? tu jela mall paling dekat and  macam best sikit nak berjalan. boleh la for me . nak kata best sangat tak jugak. so kami balik singgah rumah ambik telekung kejap sebab belum masuk waktu zohor lagi. sampai aeon manjung kami pun dah lapar jarak aeon manjung dari rumah i 82 km macam tu. so automatik mama boleh la jamak. kami pergi makan dekat black canyon. 






i saja belanja diorang makan situ . okay la semua makanan sedap. kami masuk kaison. mama ada la beli beberapa hiasan rumah. i pulak dengan adik i masuk bata sebab nak cari kasut kerja. i beli flat shoes adik i beli sneakers. alhamdulillah ada sale. so my flat shoes rm79.90 je. selalu kan bata around rm100 ++ jugak kalau tak silap i. kenapa i tak beli je kasut dekat vincci ke apa ke yang lebih murah? pendapat i kan i suka beli benda yang tahan lasak. memang kalau beli dekat shoppe dapat murah tapi entahlah beli murah pakai kejap tercabut nak buat apa kan? ikut hati i.... i nak beli  tory burch  tapi kat sana tak ada. tapi kalau ada pun   i sayang pulak nak buat pakai kerja. maybe kalau i beli . i buat pakai jalan jalan je kot.



okay lepas shopping , solat apa semua. my mom ajak balik sebab dia terlupa beli makanan kucing. so i have to drive to sg besar again . hahaha . oh lupa nak cakap spa tu dekat sg besar. rumah i sabak bernam. so tak apalah orang tua kita ikut je. i kesian jugak dia. dia pandai drive sebenarnya tapi sejak arwah abah tak ada dia jadi macam takut nak keluar sorang. nak harap adik i aiman teman.dia burung hantu haha. lepas settle beli barang mama. balik tu i baru nak paw adik i zus coffe. elok i sampai sana lahhhh blackout kedainya!  end up balik i beli belanja diorang mcd.

 

7/7/2023

pagi pagi lagi kami dah ke amanah raya . actually duit dah dapat. ni urusan kenderaan pasal tukar nama whatnot. so my mom dapat la dokumen tu dah. rasanya dah settle kecuali motor abah yang kedai dia tutup sebab bankrupt tu. berpusing pusing cari amanah raya teluk intan sebab dah pindah tempat. dari teluk intan ke rumah i dalam 40. sebelum balik kami singgah starbucks. i paw adik i air sebab sajalah paw .




my mom and i minum caramel cream. adik i share dengan kawan dia air apa entah i lupa tanya haha.

our initial plan nak tapau dominos. tapi tiba tiba rasa cam better masak kenyang sikit. so kami plan masak lauk kampung. balik dari teluk intan kami singgah beli lauk. i tunggu dalam kereta sebab i kan driver je, kami beli durian jugak untuk buat budu durian. basically ni la lauk kami haritu.  sedap kan?




lepas makan makan rehat i sambil layan cerita maria mariana dekat netflix. lately i rasa cerita melayu lama lagi best untuk ditonton. around maghrib jannah sampai and ustaz and ustazah dari darul syifa sampai. diorang datang sebab kami jemput. sejak abah meninggal mama macam ada depression. hilang suami yang tersayang mestilah sedih. sebagai anak i pun sedih. biasa orang bersedih macam ni anasir luar senang masuk mengacau. so ikhtiar kami panggil ustaz je  sambil sambil baca yassin sedekah pada arwah yang dah tinggalkan kami. 



8/7/2023 (today)




pagi pagi lagi i dengan mama dah keluar. kami attend kursus together. after kursus kami balik singgah beli lauk  sebab malas menyusahkan mama nak masak lagi. mama cuma masak nasi je. after makan i rehat rehat jap. petang i bergerak balik ke damansara . i kenalah balik sebab esok i kerja. kena masuk office pulak tu.plannya harini nak tengok movie. tapi dah sampai damansara i rasa penat pulak.  


alhamdulillah for everything. i rasa happy dapat spend time balik agak kerap . hopefully rezeki kami sentiasa murah.korang doakan i kaya ya. oh ya... nanti on 16 july 1.30 pm. i ada exam hsk1.


wish me luck tau! i dah kena study betul betul ni. 


k tu jelah



till then 


ttyl


una mn




No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta