May 29, 2024

the expert with husband and a little life update

 



hi guys..


lately kan i jarang  tengok movie. maybe kalau ada pun sebulan sekali or kadang kadang2,3 bulan sekali. benda ni agak odd for us sebab kami selalu tau dulu tengok movie. i think sejak i balik umrah kan and case dekat palestine tu kami cuba sedaya upaya untuk  tak tengok movie dekat wayang.


sekarang kami lebih into malay movie. dulu kami tengok je semua movie yang ada janji tengok. sekarang tak lagi. yang betul betul best baru kami pergi tengok. so hari cuti ni i ajak husband tengok the expert. 

my honest review about this movie? TOTALLY recommended.  ada vibe cerita mat salleh tapi best . 

hopefully ada banyak lagi movie movie melayu macam ni.  my fav watak dalam ni watak yang remy bawak. lain dari watak yang biasa dia bawak. 


i tak nak cerita lebih tapi korang silalah tengok movie ni!! 


lepas habis movie kami pergi dinner dekat black canyon. lepastu kami jalan jalan jap and balik



 a little life update . 

i sekarang jarang update blog sebab  busy dengan hanzi class. if i menghilang lama ketahui lah i busy dengan hanzi class. i rasa macam terlalu awal untuk i cerita life plan i sebab as we know life plans ni better i keep to myself jela.  kena ada beberapa benda yang i keep private.


oh ya i rasa agak kelakar bila i jarang update my facebook orang assume i ada problem dengan husband. 

i think my blog should already answer your question. we are okay . infact semakin jarang gambar pasangan di upload di media social semakin bahagia pasangan tersebut.



this is pure fact. i tak la judge orang upload gambar dengan partner. tu cara masing masing. cuma bila jarang ada gambar berdua bukan maksud tak bahagia. itu maksud i. 


tbh i ada rasa macam nak cari new fullfillment in life. i nak pursue benda benda baru. or pursue benda i dah lama tinggalkan. i'm not planning to explain furthur. sebab kalau kita cerita awal nanti tak jadi. 

time will tell samaada i akan buat ke tak. my success rate usually above 90% kalau i tak cerita awal awal.


tak takut ke ada missing memories? blog kan tempat you simpan memories?

sebab tu instagram i private sayang. whatever i dont post on my blog. hint i dah drop dekat instagram stories. HAHAHA


people will not notice which one sebab i suka repost je . to my stalker welcome to the puzzle! 


ehek.  i know u suka solve the puzzle .  you can suka dig my past. just not this one sebab you tak dapat follow instagram i sampai sudah.


:D 


ha takut ke tu?  i usik sikit je .  No la i tak kisah pun u baca. just remember do not compare your chapter 1 to my chapter 10. we are both different individual with different upbringing. different background. 


okay la guys.


i nak rest dulu



till then


ttyl


 una mn

May 19, 2024

kenduri at husband side and "browsing" furniture for our future home.

 



hi guys..

harini merupakan hari dimana sis agak penat. sis kerja malam bulan ni so balik pagi.

sis sampai rumah around 8 sebab on the way balik i beli breakfast dulu sebab kami masing masing lapar. 

sampai rumah i cakap dengan husband bagi i tidur dulu nanti around 12 ke baru i bangun siap siap. 


tapi biasalah kita hanya mampu merancang. i tidur husband pun ikut sambung tidur sekali.

kami terjaga dah nak pukul 1. kenduri pulak dekat bangi convention centre. almost 1 hour from our home.


kelam kabut mandi siap siap. kami sampai sana dah pukul 2 lebih.   yelah perempuan  ni lambat macam mana pun mesti kena presentable.




masa kami sampai ramai jugak yang dah balik. 
gambar gambar masa majlis ada dekat photographer. 
sis kurangkan main phone sebab jumpa family belah dia kan.
nak selfie pun segan sebab ada antara family yang bukan i je ...
husband pun dah 5 tahun tak jumpa.


lepas makan sembang sembang ambik gambar.
kami pun balik .

on the way balik kami rasa macam hari masih panjang.
so decide nak singgah ipc.
kami ke ipc jalan jalan jap cuci mata browsing furniture.
rumah kami belum siap pun lagi.
tapi saja nak update ourself current furniture price.

kami ke harvey norman.

harga dia a bit pricey for me tapi i suka design dia.
if i can get the same quality and price at lower price i will definitely buy from that place.



ni  contoh  meja  i suka. i love  muji concept and 
dia punya kerusi selesa nak duduk and agak sturdy.


lepastu sis haus. jumpa vending machine. dia sebenarnya satu hari ni sis banyak je 
minum air sebab baru balik kenduri kan.

memandangkan dekat vending machine tu tak ada spritzer i terpaksa beli ni. 


FUN FACT korang tahu tak kandungan silica dalam spritzer lebih banyak dari dalam air evian ni?
no wonder air spritzer lebih manis. jap ni iklan spritzer ke?

eh bukan. HAHAHA

kami ada jugak tengok beberapa benda lain.

kami masuk dekat signature nak tengok harga cabinet. korang tahu kat signature punya workmanship
helok macam mana kan.

i just datang sana mintak pdf sebab as orang biasa i berhak memilih yang kena dengan poket and cita rasa i.


tapi kalau korang ada budget yang agak besar boleh je pergi sana sebab fyi june ni diorang ada promo.


mana i tahu?


sales person diorang yang bagitahu.


kami beli boost kemudian bergerak balik!


itu sajalah aktiviti harini

sis dah pun mengantuk


till then


ttyl 


una mn







May 15, 2024

another short staycation with husband and mother in law

 



hi guys..


harini i  penat sangat sangat sampai i mc. i jarang ambik mc even sakit. tapi ni ambik sebab penat.

ceritanya begini.  dalam 2 minggu lepas Mil cakap dia nak jumpa husband i before kenduri. plan asal kami akan jalan jalan lepas kenduri saudara husband 19 may ni. so kami tak expect yang we should ambik my mother in law dekat airport. sebab selalunya kami akan ada anak saudara dia ambik. entah macam mana my mother in law nak jalan jalan KL dia cakap so dia pun  mintak kami ambik. kebetulan flight dia on 14 may and i offday. lepastu kami terus book a place yang tak jauh dari airport. i dah pernah pergi tempat tu sebelum ni. tak lain tak bukan dekat conezion.

tbh management conezion sekarang dah banned air bnb. sebelum ni tak kena banned pun entahlah house rule baru. owner buat senyap senyap je. my pov on this i rasa owner ada hak sewakan rumah tu sebab dia yang bayar house loan dekat bank. so sukahati dia la nak sewakan ke tak.  eh tiba plak sis marah pasal ni.


ala sambil sambil la ye.  tbh kami tak tahu awal. dah bayar baru tahu.   so nak taknak kena proceed. kami tidur satu malam je sebab esoknya mak nak pergi seremban dah and i pun kena kerja.


14 may 2024

kami sampai conezion around 4:05 3 lebih macam tu. dah check in rehat rehat. husband mengadu lapar. 

so kami turun bawah sebab dekat shoplot bawah ada macam macam kedai. so we went to sugar bun.

i masih kenyang sebab before gerak ke putrajaya tu kami actually dah makan dah .  husband order nasi i pulak makan onion ring .


senyum dia dapat kedai fav dia. orang sarawak kan. memang comfort food dia la i rasa

lepas makan situ i masuk watson sebab i tahu nak bersiap jumpa my mother in law nanti kenalah slay. masih ada foundation cuma entahlah pakai skintific cushion lebih senang and cepat. i cari cari and finally jumpa shade yang dah lama i cari. i pakai shade 01 . sebelum ni i pakai 02 tapi bila oxidized kulit i nampak gelap. i belilah 1 shade lighter than my actual skin supaya nampak okay. lepas pergi watson kami saja masuk emart sebab i nak beli berus gigi. berus gigi i tertinggal. sambil tu nampak air yang i nak try and saja nak cuba ice cream and hotteok . 



tbh hotteok ni macam pau goreng je :"D tbh pau goreng lagi sedap HAHAHA. lepas siap makan kami naik atas rest jap perut yang kekenyangan tu lepastu kami tukar pakai baju berenang. i rasa swimming ni adalah satu satunya aktiviti yang takpayah heret heret i , i akan pergi dengan rela hati.  rumah sewa i sekarang apartment biasa je. tunggulah rumah sendiri siap. inshaAllah akan dimanfaatkan gym and swimming pool tu nanti..


lepas swimming kami naik dalam sejam lebih kami naik ke rumah and siap siap bergerak ke KLIA
my mother in law naik mas so kena pergi KLIA1.
kami sampai pun ngam ngam je dia dah kat luar. 
kami pergi dinner dekat zam ikan bakar.



i order 1 sotong double xl, 1 sotong 3xl, nasi ada 4, lepastu my mother in law makan tilapia, and her cousin makan ikan keli. husband ada jugak order udang celup tepung, tomyam campur. air pulak ada 4 i tak ingat apa and i ada order abc 1. total rm150 je. murah kan?

dari segi rasa... tbh i pernah makan yang lebih sedap dari ni. 
dari segi portion okaylah.
maybe tekak i suka kuah rempah bakar dia pedas manis. tapi dekat sini lebih kepada masin
after makan kami balik tidur.


subuh di conezion.
for breakfast husband turun kedai mamak bawak belikan kami sarapan .
kami malas nak turun.



habit husband suka makan depan tv.

lepas breakfast kami rehat and kemas kemas barang and checkout. kami check out around 11 am
kami terus ke sogo sebab MIL i dengan cousin dia nak  pergi muaz.


tbh i tak faham sangat kenapa orang tua suka betul pergi sogo.
banyak sale ke apa ke for me i tak rasa mall tu menarik.
maybe sebab i muda kot.



kami parking dalam sogo and berjalan kaki keluar sebab muaz ni kat luar.
mother in law i nak beli tudung. i pun turut sama beli .
okaylah  tudung sini murah murah kualiti not bad.
i tak beli 2,3 helai je.

kami habis shopping MIL and cousin dia masih kat dalam.
lepastu diorang nak pergi kedai lain.
sudahnya i dengan husband masuk balik sogo makan dulu lunch 
sambil menunggu diorang berjalan.
kami makan dekat secret recipe je.
MIL and cousin dia masih kenyang



terpaksa minum air tu. sebab mesin air rosak ke apa benda entah.
lepas makan mil nak beli barang kat diy sementara sis pergi ke boost .
after settle semua mil and cousin dia nak beransur ke seremban. 
sis tak dapat hantar diorang ke sana hanya mampu hantar ke KL sentral sebab malam ni sis ada kelas.



lepas hantar MIL ke train KL sentral kami pun balik. 
on the way balik tu i raa penat sangat sangat so i mc la. 
i tak boleh skip class sbb i dh bayar.

dalam keadaan penat i attend jugak class even via zoom.
cuma nak kerja 8 jam tu je i tak larat .
class 2 jam tu pun mata i tertutup HAHAHA

sumpah i tak tahu apa yg masuk.

sampai laoshi i yang tak ada dalam class tu pun kan

lepas every class kami kena snap gambar.
ada gambar i tidur.

dia siap whatsapp i lagi

adoi parah ni :'D



gambar i taknak la tunjuk aib guys.

k lah korang i penat ni.

i nak tidur dulu ya


till then

ttyl


 una mn














May 13, 2024

quick update on my hanzi journey. lesson 3 yang ...

 


Hi guys.. 


sejak i start hsk3 class i rasa sangat sangat dumb. i know it is not good to feel this way. i cant help but feel like shit. korang tahu kan macam i pernah cakap every class i akan terkejut sebab dia punya lesson tu banyak gila. no wonder classs dia sampai 7 month . 

i rasa i missing out so much . sekarang i berniat tak nak termissing out dah. i need to catch up as soon as possible. 


first lesson haritu masa introduction pun i macam..... 


gurllll what is that?. laoshi encourage us to practice using flashcard. i rasa i need more than that. i remember dulu kawan kawan cina i dekat sekolah diorang practice menulis guna buku kotak kotak math tu.i think i need to buy 1. korang tolong doakan semangat i sentiasa ada untuk belajar ni. 



haritu after balik dari my short staycation i submit my homework for lesson 2. i lambat submit sebab tbh i never though homework i banyak. sebab. masa class laoshi only mentioned a few je. sekali i bukak file tengok homework apa kawan kawan sekelas i update. nyahhh diorang update sekali writing activities.tak tenteram sis . korang nak tahu tak berapa homework i?


even korang taknak tahu.. i nak jugak cerita. btw ni untuk lesson two punya homework. sedangkan last wednesday adalah class lesson 3. i supposed to upload myhomework dalam file before lesson 3 started.untuk lesson 2 haritu. dalam notebook ada 1page je homework.


dekat writing activities ada 7 page. page pertama just kena tulis my name .

page ke 2 sampai page ke 6 :  setiap page ada 10 character. setiap character kena tulis 10 kali

page terakhir which is page 7 : ada 6 character . setiap character 10 kali


so semua kali ada 56 character . i kena tulis 560 kali la cerita dia. lenguh?


ya lenguh. i pulak masih guna ipad guys. i rasa untuk penulisan lebih baik i kena tulis atas buku. so yeah for lesson 3 homework i will do better. 


i serious cakap hsk3 humble me down. like sangat sangat . boleh kata all of my fellow classmate sangat sangat competetive .  sis nak beli buku asyik lupa je .  lately petang petang selalu hujan.ikutkan nak je pakai grab beli buku. tapi karang basah sia sia je.lagipun sis sekarang dah masuk kerja malam. my sleeping cycle dah mess up. after months tak kerja malam.tiba tiba masuk night shift. i know dalam hati orang baca blog i ni mesti rasa cam... yelah tu busy sangat la hidup kau. or .... kata nak pandai cepat homework pun lambat siap.


sorry terfitnah tapi i tahu mesti ada yang fikir macam tu sebab i pun fikir macam tu dekat diri sendiri T_T


i tak tahulah kenapa hidup i sentiasa busy.. adakah ini cara tuhan mengelakkan saya melakukan dosa?

tibeh.. yelah korang tahukan isu viral apa jadi lately. pasal rumah tangga orang tu ini. i cakap terus terang i personally tak dig in, tak baca sebab  i dont think i need to. i rasa kita perlu channel hidup kita dengan benda benda positive je.

sebab tu if you are my friend you wont see me interacting dekat mana mana post pasal issue rumah tangga siapa siapa.


mesti ada yang fikir ... kalau tak ambik tahu.. kenapa kau boleh tahu plak issue ni ada?


sebab i kerja guys. kerja i pulak moderate social media. siapa yg tahu.. tahulah apa tugas content moderator. i tak nak tahu pun tertahu jugak. cuma i cuba untuk tak go and search anything. i would appreciate anyone yang close to me untuk tak drag me into this kind of topic that i would say... tak bermanfaat untuk kita semua.


jangan cakap i pick me ya. i cuma jaga and preserve my energy je. btw untuk yang selalu cerita dekat i masalah i am so sorry if lately i macam jauhkan diri.  i think i have to be selfish this time. at my age, i cuma nak tenang tenang je. maybe you can go seek professional help. jumpa any psychiatrist ke. they are thousand time professional than me and obviously they get paid to listen to your problems and i am not. i can be brutally honest because i think i deserved a rest and to be happy with my own company.


orang macam i yang nampak tenang dan gembira bukan bermakna i tak ada masalah. the way i handle my problem might be different than you so i cant provide you with any solution. pinjam telinga mendengar? i am sorry i am done doing that too.


i sedar agak terlambat benda ni. when you involved with someone else problem listen to their problems kalau sekali mungkin you boleh control lagi emosi you. kalau selalu. kalau hari hari it will drain you out. orang macam i tak boleh drain. i buat kerja guna emosi. ye i tahu most people buat kerja guna otak je . tapi i guna dua dua. if mood i tak baik it would effect my whole day / week/. dia bagi effect on my performance too. 

nak tambah lagi kan sekarang i tengah phase belajar hanzi. tak cukup emosi i pasal kerja yang + kelas hanzi lagi . i can no longer be anyone's listening ear. 


i have to put me first . i know you will read my post. i tak pernah pura pura ada untuk you before this. dont guilt trip me if i chose to stop listening to your problems. you can mess with anyone else but not me. I have to be selfish and i hope you will understand. korang yang lain jangan tanya i tujukan dekat siapa. orang yang berkenaan will understand . 



korang i nak usha grab jap tengok kot dapat beli buku tu. semoga i dapatlah cepat cepat catch up ye



till then



ttyl


una mn


May 10, 2024

Short staycation with husband at avillion admiral cove




 


Hi guys... 


seperti mana title. harini i nak cerita sikit aktiviti i minggu ni. okay i habis je kerja on tuesday  haritu i terus balik rumah my mom. it is my turn to visit her . lepastu semalam (9 may 2024) kami balik ke damansara balik.


on the way balik kami balik entah macam mana when we talk about life and work terutamanya rasa macam kami ni burn out sangat sangat and we need a little staycation . memandangkan i masih cuti and esoknya (which is today) i kerja night shift dah and husband pulak masih cuti i think why not kami pergi jalan.

i nak gembirakan husband sikit sebab dia suka pantai. so i think why not kita pergi port dickson?ni our staycation with budget . memandangkan next week my mother in law nak datang and we will staycation too so memang ni budget  version punyalah. i ask my husband to book avillion admiral cove simply because i pernah pergi sana and i really like the view from there. kami ambik bilik sekali breakfast.


i bring my macbook and ipad konon nak revision hanzi  waktu malam tapi HAHAHA


 semalam sampai je sana kami terus solat and my husband order makanan through grab. kenapa tak order  je room service? gila ke nyah nasi goreng biasa je rm30. HAHAHA sebab kami masing masing lapar he ordered nasi and zus coffee.

nak ke sis belanja view?


from our balcony. actually we are quite surprised sebab weekdays pun ramai je orang dari china datang sini. i guess diorang suka yatch.



muka serious padahal dia baru lepas gelak .



kitorang terlupa bawak tripod , husband nak buat time lapse sunset so yeah dia pakai his shorts untuk hold phone dia hahaha

muka puas hati berjaaya rakam sunset. 




lepas mandi manda ambik ambik gambar kami naik bilik. oh btw bilik kami tingkat 8.  kalau korang datang sini jangan risau ada parking. after 7 years i datang sini i rasa hotel ni perlu renovation sebab dia agak lama furniture dia. but sis faham je after pkp bussiness susah nak recover. hopefully if the hotel management kalau baca entry ni janganlah saman saya. saya suka hotel ni . cuma bagi kritikan membina.
view dia memang cantik. oh btw korang  yang pernah tengok cerita kayangan yang fazura berlakon tahun 2007 ada scene dia jatuh dekat air tu masa nak deliver document dekat tengku amir yang handsome tu.
diorang shooting kat sinilah guys.



malam tadi lepas solat semua kami lapar tapi sebab macam i cakap i sebenarnya penat sebab kami kan dari rumah mama lepastu balik rumah jap ambik swimming suit lepastu ke sini so malam tu kami stay dekat hotel je. plannya kalau tak penat nak jugak pergi makan makan kat luar.  tapi we save it for next time. kami order grab jugak. 

This morning kami breakfast dekat cafe dia. makanan dia biasa je standart hotel. agak ramai jugak dekat sini. i tak makan nasi husband je ambik nasi lemak. kalau buffet breakfast hotel i jaranglah ambik nasi.
i suka butter and jem  dengan toast. 



baru la feeling owner megah holding sikit sebab minum air oren untuk breakfast hahaha

lepas breakfast kami ingat naklah mandi swimming pool. sekali ada  2,3 group tourist dari china
datang buat games ape benda entah. actually boleh je nak mandi tapi 
i lebih prefer tempat tak crowded. lagipun semalam kan dah mandi.
so kami naik bilik and berehat.

after nap for 1,2 hours around 11am kami bangun kemas kemas and ready for check out!

ni gambar lepas breakfast tadi. 


ni gambar masa breakfast haruslah selfie.muka ada happy sikit


 



okaylah korang sis nak kena get ready for work tonight. maghrib dah pun masuk. solat dulu papehal pun.


till then 

ttyl

 una mn
  







May 6, 2024

My niece finally out

 



hi guys...

harini i happy gila. around 2:45 am i received whatsapp from my lil brother ammar.

he finally dah jadi daddy!  masa raya haritu erin my adik ipar dah tunjuk scan baby and memang macam muka adik i ammar. 


tahniah ammar for your first born. to my baby niece i love you already sorry tak dapat nak visit auntie long busy sayang.


gambar? sis taknak letak dulu sebab biarlah parents dia post dulu barulah sis post. untuk elakkan penyakit ain. btw i dah tengok dah and mama cakap ada juga macam muka arwah abah.


hmmm only if abah still here mesti dia akan excited nak pergi jumpa cucu pertama dia.tapi takdir berkata lain.


actually kan masa erin pregnant haritu adalah my cousin tanya me, samada i terasa ke tak


sumpah tak. for me anak ni rezeki . Allah ada hak bila dia nak bagi. sis pernah je pregnant dulu. sis memang tak tahu yang sis pregnant waktu tu.


cuma kan sebab my first baby tu sampai sekarang i tak suka kuaci even sebelum ni i suka gila. dia sampai tahap kalau nampak pun rasa mual. pelik kan?



oh btw semoga dengan anak buah i yang lahir ni mama makin happy.  cant wait to meet you little one

hopefully i get to meet you soon! 


k korang i nak sambung main game


till then


ttyl


 una mn


May 5, 2024

Jalan after work. Husband treat me new jubah from naelofar



hi guys..

harini i kerja tau. masuk office. my shift end at 7pm. kebetulan harini my husband habis kerja awal. habis je kerja dia terus datang office i ajak keluar . so we went to nu sentral je sebab dekat. kami jalan jalan masuk uniqlo pada mulanya. lepas tu kami pergi dinner dekat tcrs





we ordered our usual je. lepas makan i cakap dengan husband yang i nak pergi naelofar. saja nak cuci mata. sampai sana i nampak ada satu baju. sajalah pegang pegang. husband i cakap kalau nak beli lah.

i cakap i taknak sebab bulan ni dia dah bagi i banyak baju. i rasa serba salah because this month is his birth  month. it supposed to be me yang bagi dia banyak hadiah. lepas dipujuk akhirnya i setuju ambik 1.


i tahu maybe kalau ada yang baca ni akan fikir eleh mengadanya pompuan ni. orang bagi tu ambik jelah.

pendapat i begini. i selalu baca keluhan kaum lelaki . i bukan pick me. ada yang spender pun tak tukar. katanya spender pun berlubang lubang. as a wife i rasa tanggungjawab i nak bagi husband i nampak presentable. hidup ni adalah perkongsian. bukan kita je yang keluar dari rumah keluarga kita setelah ditatang penuh oleh keluarga kita. Husband kita juga anak orang yang kena keluar dari rumah mak ayah dia. perlu berdikari dan perlu menjadi pemberi nafkah. bagi i tak salah kalau sesekali you belanja la suami you.


baju ni ironless btw. i paling suka baju yang ironless senang kerja sis




belikan perfume, baju yang bagus bagus. percayalah bila kita niat baik baik insha Allah yang datang pun baik.  lepas beli baju hati sis pun happy . so i treat him boost and famous amous.  kita tanya dia nak baju uniqlo tak dia taknak pulak.



i just want to keep this piece of memory here . thank you for being a good husband to me . oh btw baju tu i nak buat pakai kenduri .this month ada kenduri belah sedara husband i. 


till then



ttyl


 una mn 

May 3, 2024

Happy Birthday husband yang ke 32 tahun .

 





Hi guys... harini merupakan birthday husband i yang ke 32 tahun.  i might dont say it enough

but i appreciate your very existence. Your presence made my days brighter. you added colour to my dull life.


i never regret i chose you. ever since i met you in. 2016 i know that you are the one. i always wanted a guy that i can be my true self.  i just realized that this year kita dah kenal 8 tahun.


semoga Allah limpah kurniakan rezeki yang mewah buatmu husband. thank you sebab tak pernah berkira dengan wife mu yang high maintainance ni. i remember when we were just a friend i told you that i bukan high maintenance. tapi the truth always prevail in the end. HAHAHA. 


thank you sebab tak culas bagi nafkah. always try to make me happy.  I know susah nak jaga i.

thank you bagi i freedom and flexibility  . dalam banyak banyak benda ni yang i rasa mahal.

i can go out sorang sorang. can go to the spa whenever i want to. boleh lepak dengan cousin lama lama . 

flexibility untuk kerja odd hours.  



thank you for never clip my wings.  i dapat pergi umrah dengan mama even i had tinggal you for 2 weeks last year. thank you for treating my parents like your own. 

sumpah tak terasa pun because i am so proud when my mom in your side (everytime we had a catfight). that means i chose a right guy. i married a right one.


kerisauan seorang perempuan biasanya ialah takut tersalah pilih suami. 


i always doa semoga jodoh kita sampai syurga.  but if one day if i mati dulu.. i dont mind if you remarry.

i dont want you to rasa sunyi . even dengar macam tak logik but tbh i memang tak kisah.


 if jodoh kita tak panjang, entry ni adalah bukti kita pernah bahagia. tapi mintak simpanglah ya.

semoga apa yang kita impi dan segala hajat dan cita cita kita tercapai this year. 

thank you for tolerating me.Love you kali sejuta .untuk celebration birthday husband kali ni very simple. i sambut semalam dengan dia dekat pavillion.

kami pergi makan five guys. ye five guys sebab we  tak pernah makan before this. i habis rm150+ je.

i dengan husband makan cheeseburger, cajun fries kami share sebab portion dia besar.  air pulak i ambik chochlate milkshake and husband minum peanut butter  milkshake.




lepas makan ni kami jalan jalan kejap ambik ambik gambar lepastu balik.

even masa singkat tapi i am truly happy i get to celebrate your birthday.




                                                                                                                                                             

till then



ttyl


 una mn


                                                                                       

May 1, 2024

life lately: una nak upskill & luahan perasaan.

 






hi guys...

today's topic ialah upskill!! i sebenarnya in the process nak upskill myself. i sebenarnya nervous nak cerita lebih lebih tapi bila i fikir balik kenapa i nak takut kan? kalau Allah izinkan inshaAllah la i dapat. lagipun if you guys perasan kan i tak share apa apa wishlist yang complete pun tahun ni. 


macam i pernah cakap sebelum ni. wishlist tahun ni tak banyak. andddd i tak tahu i patut continue the series ke tak. in some ways bila i tulis i rasa pumped. i rasa motivated nak teruskan .in other way i rasa macam i nak simpan je untuk diri sendiri.


tengoklah nanti kalau i rasa nak share i share. okay btw yang i nak share harini ialah something i rasa i kena share. sebab bagi i benda ni boleh bagi manfaat dekat orang.


korang pernah tak rasa stuck in one place. tak tahu hala tuju career korang? tbh i pun sama. i rasa i clueless sejak my journey begin lagi in 2012. i nak focus on satu benda and mahir that one particular thing.

tapi benda benda i pernah try sebelum ni  tak ada sparks. i tak rasa fullfillment.


sampai la i start belajar mandarin 1 year+++ ago. i rasa i found my passion. i suka belajar bahasa.

i suka bila dari kita tak tahu apa apa to know banyak benda about the subject. dulu kan i pernah tulis dekat account facebook i yang lama. i can speak 7 language.


i did that for fun and i guess  my unconscious mind was trying to tell me something and only realize it now.


haritu i ada tengok one ads pasal class bahasa jepun. i did text the sensei. he is malay and ready to guide me he said. after dapat tahu fee structure apa semua i macam okay untuk start until i found out the class is fix . i mean obviously they would have so many other student in zoom class and the class must be fixed date. 4 times a month / once a week.  quite similar to my mandarin class . the problem is my working hours.


i punya working hours bukan fix. my schedule berubah every month.  so i nak dapatkan or tukar jadual untuk cuti pada setiap kali class mandarin pun susah ye. if i have one or two class lagi nak fight  memang susah.  pernah tau terfikir nak ambik je 3 sekaligus. 


mandarin, korean and japanese. to save time. lagipun i tak ada anak lagi. husband i pun sangat supportive . 

cuma jadual kerja je. if i can earn in usd/pound and wfh all the time with flexible working hours sure i can belajar je tiga tiga.  benda ni i tak cerita dekat sesiapa. i guess when you nak cerita impian impian you kena hati hati sikit takut tercerita dekat orang salah. sebab tu la i suka cerita dekat blog.


they are not you so dont involve anyone in any decision making that you know gonna benefit you in future. you nak belajar oversea? pergi!


you nak sambung belajar sampai phd? silakan go. as long as u tak menyusahkan orang. guna duit sendiri.


tak hutang keliling pinggang then just do you.  if you adalah my friend or family members  yang baca blog i ni and you think you need to give me your unsolicited advise .... no , thanks.


i dont need one. focus on your life boo.i know what i want and i think i dont need anyone's opinion.the last time i checked, i am not the one being nosy. so shhh sana buat hal masing masing k?lah tiba una giving karen energy. i macam nilah. i tak kacau orang.. i tak suka orang kacau i . 

korang tahu tak kenapa kita digalakkan memilih kawan kita. or orang yang kita nak rapat?sebab  if you kawan dengan 2 orang yang close minded people , you will be the third one.sama macam konsep kawan dengan penjual minyak wangi, kita akan jadi wangi.  


orang yang tak ada impian bila kita cerita impian kita, dia akan perkecilkan impian kita keluarkan kata kata negative. blood or no blood. family or friends. if people like this exist in your life jauhkan diri. i percaya if you keep your circle small . kawan kawan yang support your dreams. you bantu you untuk keep  going you akan sentiasa positive..



nak jadi positive kena berada dengan orang positive dulu. and you yourself need to be positive.



okay korang i nak siap siap jap


malam ni no hanzi class. i rasa nak keluar lah.




till then


ttyl


 una mn



💝 Anniversary Trip To Jakarta