May 10, 2024

Short staycation with husband at avillion admiral cove




 


Hi guys... 


seperti mana title. harini i nak cerita sikit aktiviti i minggu ni. okay i habis je kerja on tuesday  haritu i terus balik rumah my mom. it is my turn to visit her . lepastu semalam (9 may 2024) kami balik ke damansara balik.


on the way balik kami balik entah macam mana when we talk about life and work terutamanya rasa macam kami ni burn out sangat sangat and we need a little staycation . memandangkan i masih cuti and esoknya (which is today) i kerja night shift dah and husband pulak masih cuti i think why not kami pergi jalan.

i nak gembirakan husband sikit sebab dia suka pantai. so i think why not kita pergi port dickson?ni our staycation with budget . memandangkan next week my mother in law nak datang and we will staycation too so memang ni budget  version punyalah. i ask my husband to book avillion admiral cove simply because i pernah pergi sana and i really like the view from there. kami ambik bilik sekali breakfast.


i bring my macbook and ipad konon nak revision hanzi  waktu malam tapi HAHAHA


 semalam sampai je sana kami terus solat and my husband order makanan through grab. kenapa tak order  je room service? gila ke nyah nasi goreng biasa je rm30. HAHAHA sebab kami masing masing lapar he ordered nasi and zus coffee.

nak ke sis belanja view?


from our balcony. actually we are quite surprised sebab weekdays pun ramai je orang dari china datang sini. i guess diorang suka yatch.



muka serious padahal dia baru lepas gelak .



kitorang terlupa bawak tripod , husband nak buat time lapse sunset so yeah dia pakai his shorts untuk hold phone dia hahaha

muka puas hati berjaaya rakam sunset. 




lepas mandi manda ambik ambik gambar kami naik bilik. oh btw bilik kami tingkat 8.  kalau korang datang sini jangan risau ada parking. after 7 years i datang sini i rasa hotel ni perlu renovation sebab dia agak lama furniture dia. but sis faham je after pkp bussiness susah nak recover. hopefully if the hotel management kalau baca entry ni janganlah saman saya. saya suka hotel ni . cuma bagi kritikan membina.
view dia memang cantik. oh btw korang  yang pernah tengok cerita kayangan yang fazura berlakon tahun 2007 ada scene dia jatuh dekat air tu masa nak deliver document dekat tengku amir yang handsome tu.
diorang shooting kat sinilah guys.



malam tadi lepas solat semua kami lapar tapi sebab macam i cakap i sebenarnya penat sebab kami kan dari rumah mama lepastu balik rumah jap ambik swimming suit lepastu ke sini so malam tu kami stay dekat hotel je. plannya kalau tak penat nak jugak pergi makan makan kat luar.  tapi we save it for next time. kami order grab jugak. 

This morning kami breakfast dekat cafe dia. makanan dia biasa je standart hotel. agak ramai jugak dekat sini. i tak makan nasi husband je ambik nasi lemak. kalau buffet breakfast hotel i jaranglah ambik nasi.
i suka butter and jem  dengan toast. 



baru la feeling owner megah holding sikit sebab minum air oren untuk breakfast hahaha

lepas breakfast kami ingat naklah mandi swimming pool. sekali ada  2,3 group tourist dari china
datang buat games ape benda entah. actually boleh je nak mandi tapi 
i lebih prefer tempat tak crowded. lagipun semalam kan dah mandi.
so kami naik bilik and berehat.

after nap for 1,2 hours around 11am kami bangun kemas kemas and ready for check out!

ni gambar lepas breakfast tadi. 


ni gambar masa breakfast haruslah selfie.muka ada happy sikit


 



okaylah korang sis nak kena get ready for work tonight. maghrib dah pun masuk. solat dulu papehal pun.


till then 

ttyl

 una mn
  







No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta