December 15, 2013

Salji Turun Di Mesir , adakah ia petanda kiamat?

Mesir Turun Salji?


Ini pertama kali aku dengar tentang turunnya salji di mesir tapi itu semua tak mustahil dengan kekuasaan Allah . Bumi kita sentiasa berputar dan di mesir(di cairo to be exact) turunnya salji setelah  112 tahun . Jadi tak mustahil satu hari nanti mungkin salji turun di Malaysia.. Siapa tahu kan?Boleh la we olzz gumpal bola salji di depan rumah sambil bergambar dengan baju sejuk,sweater tebal gila bapak.. Ahhh bestnya adalah harapan aku nak jet jet hipster nanti. Jadi mereka yang gemar jet jet korea tu tak payah risau dah nak beli baju tak ikut climate negara sendiri . ihik ihik *gelak mintak penampar*


Ronan seekor unta padang pasir yang begitu asyik lepak dalam salji  ketika ditemu bual berkata : cool gak ! alhamdulillah turun gak salji kat sini gua dah bosan main pasir tau u olzz gua nak main salji dulu babai *sambil tersenyum beliau menghabiskan bicara sambil melirik kepada salji salji yang turun dengan havoc nya*


Penerangan sains mengenai pembentukan salji: 
Salji terbentuk apabila udara menjadi sejuk dan membentuk kristal ais, dan kristal ais ini menjadi semakin mengecil kerana haba dan apabila kristal ais ni bergabung ia membentuk salji :)

dimanakah kedudukan ataupun bahagian mesir yang turun salji ketika ini?

ini adalah peta dunia tengok kedudukan Malaysia



Dan atas ni close up sebahagian peta mesir dan cairo dan kawasan berhampirannya dituruni salji sekarang... termasuklah israel dan palestin.




Semoga salji yang turun memberi rahmat dan bukan bencana. Haih aku dah start berangan bila la malaysia nak turun salji ni... Eh tapi opah aku pernah cerita zaman tuk nenek atau moyang dia dulu tanah melayu (nama asal malaysia) pernah turun salji  . Mungkinkah tahun depan salji turun? 

Wallahualam ...




P/S: Till The Next Entry ...


December 11, 2013

Tutorial mencari kerja yang sesuai dengan bidang dipelajari

Hai  Assalamualaikum! :)



Sebagai bekas penganggur , aku rasa aku layak untuk membuat tutorial ini kerana aku mempunyai banyak pengalaman menghadiri interview dan mencari kerja . Jadi sesiapa yang  rasa  was was dan nak tutup blog ni .. nanti dulu sebab aku memang nak bagi tips kat korang dan tips ni korang takkan dapat kat tempat lain.
Jadi aku akan guna ayat mudah mudah je bagi korang faham . Deal?



1) Resume
Pertama sekali sebelum  meminta sebarang pekerjaan sila "mantopkan" dulu resume korang tu.
Pastikan resume korang mempunyai  maklumat diri korang (alamat rumah, no telefon, email , latar belakang pendidikan (paling penting) ,gaji dipohon.( Kenapa? Itu aku akan cerita nanti) dannnnnnn gambar terbaru korang bersaiz passport yang  ada background biru kat belakang tu jangan korang letak gambar duckface korang plak kang sakit jantung plak bakal boss korang siapa susah?



2)Cari kerja kosong di laman internet 
Okay ini aku rasa korang semua sedia maklumlah yang tak tahu tu baca list kat bawah ni ;

  • Mudah.my (HOT)
  • JobstreetMalaysia
  • Majalah.com
  • Blog Jawatan Kosong 
  • 1 Stop Malaysia Vacancy (New)

Okay ini adalah cara-cara memilih kerja mengikut bidang masing masing dan mungkin aku tak dapat list semua sekali jawatan dalam ni , aku akan pilih bidang bidang yang agak popular  dan mempunyai pasaran luas tapi bergaji sikit.Kenapa? Kejap lagi korang akan tahu.




A) Bidang Engineering

Industri ini pada pandangan aku mempunyai pasaran tenat .Dan kebanyakan kekosongan yang bergaji rm2500 ke atas memerlukan degree dan jika tidak mempunyai degree memerlukan pengalaman 2 hingga 3 tahun.Dan gaji lebih dari rm4000 hingga rm6000 haruslah mempunyai pengalaman  lebih dari itu.

Okay jadi sekarang korang dah sedia nak tahu macam mana caranya nak dapat kerja yang mempunyai gaji yang berpatutan lebih lebih lagi jika korang hanya mempunyai diploma sahaja dalam bidang ini?

1)Apply kerja di syarikat pembinaan Gred G7/Contractor Class A yang buat Earthwork  (macam aku buat sekarang) sebab ianya sesuai untuk korang yang nak belajar dari bawah. Kerja dia mungkin teruk sikit sabtu tak cuti tapi selepas bertahun tahun ilmu korang dapat tu boleh melonjakkan tangga gaji korang. Gaji diberi pun not bad starting rm1800  untuk fresh graduate yang ada diploma. Tak percaya? Try! :)

2)Jika korang kategori fresh graduate tapi macam malas nak kerja lagi nak sambung short course lepas tu baru nak kerja.. Dan berduit tak tahu nak buat apa... Sila join course untuk jadi Safety Officer  . Course ni  cost dia rm4000 dan selama 6 bulan sahaja. Lepas tamat course ni korang apply kerja sebagai site safety supervisor dan stay selama 3 tahun. Kenapa 3 tahun? Sebabnya lepas 3 tahun korang akan  dapat green book dan green book tu nanti mengubah status korang kepada safety officer. Bidang ni tak ramai orang ambik jadi bila korang join tentunya korang akan menjadi rebutan para kontraktor . Sebab? Tanpa safety officer kontraktor takkan dapat tender, takkan dapat projek  dan itu menjadikan gaji para Safety officer agak mahal.  Gaji 4k 6K tu memang dah boleh dapat  :)


3)Cara nak cari syarikat kontraktor gred G7 tak lain tak bukan ialah bukak page CIDB
Sila rajinkan diri godek bahagian construction search tu, macam macam jenis company korang boleh jumpa okay ! :)


b)Bidang perubatan
Untuk yang ambik untuk jadi doktor aku rasa tak ada masalah tapi bagi yang ambik kursus nurse ada sedikit masalah. Kenapa? Sebab gaji ditawarkan terlalu sedikit sedangkan kerjanya agak penat. Ada aku jumpa rm900 je dia bagi . Hmmm jadi untuk menyelesaikan masalah ini aku nasihatkan sementara tunggu tawaran kerja dari kerajaan kerja dulu dengan klinik berdekatan rumah untuk menjimatkan kos sewa rumah, makan dan lain lain. Kumpul pengalaman kerja selama setahun dahulu dan  try minta pada hospital swasta seperti Assunta . Jika tak ada juga tawaran korang masih boleh meminta kerja bidang lain, seperti bank (aku akan cerita kat entry lain caranya walaupun bidang tak ada kaitan)

1) Jika minat pada bidang perubatan masih menebal try sambung belajar untuk jadi doktor gigi habis belajar bukak klinik gigi dan masalah kerjaya anda selesai 
2) Jika kurang kemampuan dan masih ingin bekerja bidang berkaitan perubatan sila cuba minta kerja di pusat rawatan alternatif . Gaji  ditawarkan juga jauh lebih tinggi dari klinik klinik swasta :)



3)Bidang Seni lukis dan seni reka/art and design
Bidang ini jarang mempunyai iklan iklan untuk pengambilan kerja dan merunsingkan para graduan. Jangan  risau! Masih ada company yang boleh menawarkan kerja untuk kamu  antaranya.

  • NUFFNANG (HOT!!!)
  • MAXIS
  • CELCOM
  • DIGI 
  • SYARIKAT PRINTING (KAD KHAWIN,BUSSINES CARD)
  • MAGAZINE ( Rajin beli majalah dan try contact mereka)




Jadi aku rasa itu sajalah info yang aku dapat beri aku harap sedikit sebanyak dapatlah bantu korang. Oh ya bidang engineering tu sengaja bagi tips lebih sebab aku dalam bidang itu . Selamat memohon kerja
Terima kasih sudi baca.




"Kejayaan cuma datang pada yang berusaha"

Gambar ikhsan google

December 9, 2013

Bukan macam dulu :)






Bertemu kita di blog kudus ini lagi
dengan ini aku nak berkongsi rasa syukur aku kepadaNya yang buka jalan depan mata aku. Apa -apa jadi lepas ni adalah kerana kelemahan aku sendiri. DIA dah bukak jalan seluas luasnya buat aku alhamdulillah for everything Ya Allah .


Oleh sebab benda ni belum pasti aku rasa aku taknak reveal dulu , akan tetapi aku akan cash out nuffnang aku malam nanti jadi selepas ini mungkin blog ni takkan sama macam dulu . tapi kenangan dalam ni aku akan simpan sampai ke mati . Aku tak mungkin delete post post lama aku dengan kawan-kawan di sana sebab itu jelah kenangan yang aku ada sekarang. Aku di uji agak hebat selepas aku tamat diploma tak lama dulu , sebagai seorang manusia yang cetek akalnya, nipis imannya adakalanya aku mempersoalkan  segalanya pada DIA . Tapi tuntas . aku yang buta, aku yang dangkal . Pengalaman dan masa yag berjalan benar benar mematangkan manusia seperti aku.



Aku pun akan cuba menjadi sedikit perahsia sebab bukan semua benda kita perlu cerita , baru aku faham kata kata orang . Entahlah walau jiwa meronta ronta nak bercerita (dasar makcik kepoci) tapi aku rasa biarlah benda ni aku simpan sahaja


tak macam dulu


bukan macam selalu :)


























Pindah Rumah & Valuable Life lessons