December 13, 2021

Honest Review Don Don Donku

 Hi korang... sabtu lepas kan (11/12/2021)  lepas habis kerja pukul 4 i ajak husband keluar jalan jalan. sebenarnya plan asal i nak ke kekartel lagi sebab rindu nak makan pavlova dia. tapi sebab haritu pavlova kekartel habis awal so kami tak jadi la ke setia alam. so we dedided to eat at gula cakery. dekat sini paling dekat dengan rumah adalah tropicana garden mall. so sampai sana kami jalan jalan kejap dekat centre  court sebab banyak sale hahaha (typical me)






kami nak masuk tapi full house. cuma boleh masuk untuk take away . nak dine in?
tunggu la orang kat dalam tu semua keluar.




so i beli 2 berry pavlova and satu tiramisu biscoff dia. 
berry pavlova dia sedap gila. sama level dengan kekartel. tapi orang cakap
pavlova dekat serai klcc pun champion jugak. nanti sis cuba


husband ajak i masuk don don donku. sis memang malas nak beratur panjang. tahu dia nak 
que lama lama ni sebab apa? yaaa sebab dia nampak staff situ bagi free mask! :')




ni jujur dari hati i eah. barang dia memang banyak. i adalah beli creampuff and mochi.
barang dalam ni berasaskan japan stuff. bagi i harga dia tak murah la. tapi kalau korang nak masuk silakan masuk. i rasa kalau ada staff dia baca ni terimalah kritikan i dengan terbuka. bagi i cara masuk dan keluar sangat serabut. i mula mula sampai dekat level bawah dia. pastu dia suruh naik atas untuk que. i naik tangga ya. sampai atas dah que panjang ni semua . i dah ambik apa i nak. so i nak bayar. dia suruh i turun balik and jalan dia berpusing pusing sampai jumpa cashier. i know ni opening tau tapi tak boleh la korang suruh customer jalan berpusing pusing camtu. jangan buat concept sama dengan ikea. ikea takpe .
tu browsing furniture. ni mostly makanan. and kedai sama level diy je nok jangan menyusahkan customer . so we decided takkan masuk lagi selagi tak ubah cara merepek tu .sekian. hahahaha jujur kan sis





oleh sebab kami berdua tak puas jalan sebab kami tak dapat dine in dekat satu pun kedai
dalam tu sebab mall terlalu penuh ya. kami pun decide nak beli makanan kat family mart je untuk malam tapi before tu nak lepak inside scoop dulu dekat damansara jaya. sebenarnya kitorang craving peanut butter jelly tapi flavour tu habis. so kami ambik jelah mint which also our fav and satu flavour lain. 



ni apa yang kitorang beli dekat mall tu .ye kitorang beli puzzle. HAHAHA
500 pieces punya puzzle.





i dah buka semalam and baru separuh siap. nanti la dah siap i akan tunjuk. 
tadi my husband call ajak keluar. dia balik awal harini.
rasa rasa nak pergi mana pulak harini eah?
















December 6, 2021

Sushi Jiro & Childhood memories






Hi korang buat apa tu sihat ke? harini sepatutnya i dengan husband nak buat early celebration for our anniversary but entah macam mana tiba tiba rasa nak celebrate esok jela. sebab esok the actual date.
so basically harini just normal movie day out, makan makan day. 
Kami keluar ke sunway pyramid sebab husband nak makan sushi jiro. kebetulan pulak i nak tengok movie  . this time kitorang tengok cerita  melayu rumah maduku berhantu. rating i bagi 4/5 je. movie dia best and ringan je sebenarnya but it can be better kalau plot dia lebih kemas.




tbh ni first time i makan sushi jiro. i am not fans of sushi sebenarnya tapi sajalah
sekali sekala makan. selalu i beli empire sushi je . my first time dine in sushi rasanya back in 2014 
masa i masih kerja construction. tu pun sebab colleagues kerja site belanja. we had sushi zanmai tak silap i. yang pasti dekat setia city mall. 


harga dia semua sama je. rm3.33 satu plate. 
cuba teka berapa kitorang habis?
tekalah.. apa taknak teka?
okay.... rm85++ je. 
see told ya kitorang makan tak banyak. 
selalunya kalau i tanya my friend diorang akan habis seratus lebih macam tu sekali makan sushi. 
ni pun. dah masuk service tax dengan harga air kitorang. so i rasa kitorang makan 19 je kot. 
i makan 8 je camtu balance tu husband i . sebab dia hantu sushi.




yang ni i rasa paling sedap. korang nak try jangan lupa try yang ni.






yang bawah belah kanan sekali chicken katsu ni pun sedap bagi i.lain tu bagi okay la sedap cuma 
paling sedap yang i sebut ni.







selepas makan still ada masa sikit sebelum movie start. so kami jalan jalan ke kedai ni. childhood memories. ada banyak benda benda best yang mengimbau masa kecik i.



siapa ada beli pensil macam kat atas ni. betul betul mengimbau memori. 
rasa tak percaya tetiba dah dewasa hahaha. aiskrim  pong ni fav ramai budak kan. sayangnya i tak boleh makan. i suka makan sorok sorok dulu. sebab i dulu selalu lelah lepas makan tu so opah haramkan i makan.




tamagochi. adik i fauzi dulu dengan i ada benda ni. masa i form 1 
dia darjah 5 tak silap i. kalau dia pergi sekolah i suka kacau dia punya pet. suka tengok
benda dalam ni tidur macam manusia la pulak hahahha.
selepas puas jalan dalm ni. i beli la beberapa benda i nak and terus tengok movie
rumah maduku berhantu.




settle movie kami jalan jalan kejap dalam mall and lepak kejap dekat costa rica. 
lepas puas melepak kami pun balik rumah.



k tu jelah for now.

cant wait for tomorrow 
the actual celebration.


ttyl

una mn










 



December 1, 2021

Trying new cafe kekartel in setia alam & bungkus aktiviti 4 hari.

 


Hai korang

sebenarnya i dalam phase menghabiskan annual leave last year yang i tak guna langsung .

i plotted cuti bulan 6 haritu so alhamdulillah bulan 11 , 12 ni banyaklah cuti i hihi.untuk bulan november 

cuti i jatuh pada 27.28.29 dan 30. ahad lepas 28/11/2021 i dengan husband pergi sunway pyramid untuk tengok encanto. actually ni cerita cartoon je sebenarnya tapi i suka sebab cerita dia banyak nilai kekeluargaan hihi.


okay actually i keluar sebab i rasa bosan duduk rumah tak buat apa. nak taknak kitorang kena jugak keluar!esoknya pulak pada 29/11/2021 kami pergi top up groceries. i jadi driver je macam biasa and sebab kepala i pening end up i cuma duduk dalam kereta, pergi bungkus makanan and balik. i cuba merajinkan diri memasak. tapi macam biasa lah kalau haritu i ada kena keluar ke apa i memang tak masak haritu.



semalam iaitu 30/11/2021 pagi pagi i bangun tiba tiba i teringin nak makan pavlova kekartel salah satu sebab 2,3 hari sebelum tu i ada ternampak youtuber try panna cotta from kekartel so i jadi tempted nak try. memandangkan husband i kerja  i terpaksa pergi sorang. i sanggup drive from damansara to setia alam only to try kekartel. i pernah try pavlova dia classic pavlova sebelum ni i beli delivery jebagi i tak berbaloi delivery sebab harga pavlova tu rm64 je i ambik yang classic.  tapi delivery je rm30 camtu . so better i drive sendiri hihi. 






i beli 2 terus sebab i suka sangat sangat texture pavlova dia .
korang kena cuba.



ni kitorang dah makan satu malam tadi. tinggal satu lagi for today.
kejap lagi confirm habis.


selain tu last night i made air fried honey spicy chicken and  potato .
untuk sauce i buat blackpepper sauce je. i tak masak nasi sebab takut tak terhabis hihi.


kalau nak meriah sikit korang letak la vege. selalunya kalau i masak macam ni
i akan letak baby carrot tapi semalam tak ada dah habis hihi.



okay berbalik pada review kekartel tu.
i minum strawberry mocktail i bagi 9/10  je sedap cuma i rasa tak puas kalau gelas besar i bagi 10 marks hihi.

pavlova and panna cotta dua dua i bagi 10/10.

suggestion to kekartel untuk banyakkan display.
maybe diorang tak display banyak sebab nak jaga kualiti.
for me better diorang buat fake food display tu so we know apa yang ada hihi.
k itu saja kot. overall kedai senang cari parking pun ada. 
so siapa duduk dekat dekat tu senang la nak pergi.



k tu jela korang.


till then

ttyl

una mn











Pindah Rumah & Valuable Life lessons