September 7, 2025

Excited belajar benda baru.

 




hey guys.. harini i nak cerita sikit pasal malam tadi. malam tadi kan i join turbo class dengan aidea. kelas tu sejam je tapi banyak benda i belajar.  dulu i confident dengan excel i . sekarang i rasa eh banyaknya i tak tahu. after class tu diorang adalah offer untuk next class excel and power bi. class tu physical tau di cyberjaya 27 september ni. fee dia mahal sikit la sebab class 7 jam. diorang ada provide recording , makan 3 kali and adalah freebies benda lain jugak. i tengah fikir nak join ke tak.  Tbh korang i berminat dengan dua dua. Tbh dari segi harga tu nak kata mahal sangat tu taklah berbaloi je dengan ilmu yang akan dapat tu. Ilmu ni require practice. My work actually not involve in both excel and power BI. tapi i tetap rasa tertarik nak join kelas tu.   My concern ialah bila i tak guna that ilmu mesti nanti i lupa. Itu sahaja. class malam tadi banyak bukak mata i. by the way  nama pengajar dia iman (dia yang kerja dengan deloitte). Iman ajar cara guna AI dengan excel. Best tau. So even when you dont know about that stuff you can actually use it


buat masa ni i tak join la dulu kelas 27 september yang 7 jam tu.  i nak cuba explore sendiri . i perasan ramai beli excel mousepad. maybe i nak try guna tu dulu and see how? kalau i rasa tak boleh jugak i might join the class later in future. 


k tu jela for now



till then 


ttyl

una mn

September 5, 2025

Keluhan di dengari rasa lega and una nak upskill

 



Hey guys..

berbalik pada post lepas . kan i cakap i daftar degree kan.  rupanya i batch ke 2 . so class i start next month inshaAllah la kalau tak ada masalah.Awal awal jujurnya i macam bengang jugak PIC i lambat respond and i masuk group tu macam terpinga pinga eh 6hb start class cepatnya tapi student id tak ada lagi ni. Lepas so many hiccup they finally decided to put us jadi batch 2. i lega keluhan kami didengari. Yelah macam mana i nak study kalau tak ada access kan?

 i sebenarnya tak suka tau perasaan takut takut nak share ni. kalau orang tanya tak takut ke share benda belum jadi? bukan selalunya tak share ke benda dalam planning?yer selalunya macam tulah. tapi apa pun. jadi i redha. kalau ada rezeki i . i sambunglah. lagipun i memang dah bayar registration tu. kenapa jadi  batch ke2? sebab i daftar 2 september. Anyone yang daftar in september akan masuk second batch. Intake dia ramai korang beratus ratus. lecturer ada 2 je. logik la jugak. Tapi i am so thankful dapat classmate yang supportive and banyak share info yang i terlepas. diorang yang dah masuk awal ada yang daftar dari bulan 6 and diorang dapatlah free course yang ajar pasal ai. i ada jugak course tu tapi i tengok recording la. 


overall i rasa okay je cuma maybe it is first time kot diorang buat degree 2 tahun je and ramai gila join tu maybe kelam kabut tu. nak pulak harini cuti guys. i pun belum dapat student id lagi. masih dalam process sebab ramai. Ikut hati i nak je settlekan muet cepat tapi tula kena masuk next year. i kena practice la dari sekarang. Anyway i ada dapat offer from singapore . remote dia mintak ielts pulak. I minat ada ielts. I nak buat ietts pun tak sempat dah since i apply tu project kecik je. Ke i patut buat Ielts jugak nanti?


i dont know tengoklah . Kalau ada masa i rajin i buat . Best jugak kan kalau dapat kerja remote gaji sgd . mak lurve. Nanti la i rajin rajin tengok IELTS ni macam mana. Priority i sekarang upskill sebanyak boleh. Esok malam i ada class excel and power Bi dengan aidea. kelas dia murah je korang rm25 je. Kalau korang nak upskill jugak pergilah tiktok aidea. ala aidea yang kerja dengan deloitte uk tu.


i adalah juga nak upskill benda lain.  cuma coursera sekarang kena bayarlah korang. sis tak kisah kalau nak kena bayar cert je. tapi belajar pun kena bayar. HAHAHA cheapskate betullah.   Tapi kalau tak ada choice terpaksa jugaklah. 



okay lah korang  i nak solat asar dulu


till then


ttyl


 una mn


September 3, 2025

Second Wishlist 2025 Completed ✅ ( Una sambung degree)

 





Hello Guys.

finally i buat keputusan  . setelah bertahun tahun i mengalami process berfikir .  akhirnya i sambung degree. Plan asal i nak  buat apel and sambung master terus. Tapi setelah bertanya tanya my colleague, kawan kawan yang dah sambung master i decide nak sambung degree jugak.  Kenapa i lama buat keputusan sebab i nak cari yang menepati kriteria susah.  I nak online learning. buat masa ni i rasa i tak larat nak pergi class sebab masa kerja dan sebagainya. Ada je yang tawarkan online learning tapi masa dan kos menjadi masalah. Baru baru ni jumpa solution. I nampak iklan yayasan pendidikan rakyat mengenai degree yang ditaja separuh. separuh lagi boleh guna kwsp atau ptptn. degree cuma 2 tahun dan fully online. class pun ada recording. Setelah i teliti i tanya  mengenai kos i buat keputusan untuk join.

semalam i bayar yuran rm500. Btw degree ni ada mqa. Jimat masa, mudah dan sesuai untuk golongan bekerja. I pakai ptptn guys kalini. Kita adult with commitment . I baru buka sspn sebab sebelum ni masa diploma guna sspn arwah abah i.  Sebenarnya benda ni tak rumit pun cuma biasalah i rasa overwhelmed .

Macam korang tahu i kan dah habis bayar ptptn tiba tiba i nak buat hutang baru. Anything for education.

bila kita nak menimba ilmu ni memang banyak benda kita nak kena sacrifice, masa, tenaga , duit . I buat ni pun sebab i perasan most vacancies nak degree. I tahu je rezeki ni Allah yang bagi Cuma ni salah satu usaha orang cakap. Lagipun i memang suka belajar even i sedar tenaga sekarang mungkin tak macam dulu.


doakan la eah ptptn i diluluskan tanpa sebarang masalah.  Penat berperang dengan perasaan sendiri. Yelah bila jadi student ni maksudnya susah sikit la i nak pergi travel lama lama. 




I ambik course apa? I ambik bachelor degree business admin . Macam i cakap i tak nak ambik engineering dah. kenapa i tak ambik short course je dekat coursera? i akan ambik sebagai nilai tambah dalam resume i . sebab i perasan most recruiter memang nak degree.  I pun tak tahu lagi macam mana. Biasalah awal awal  process ni overwhelming sikit.  tadi pun i keluar buka akaun bank islam lepastu i sign up ptptn and buka sspn prime. 

i tengah tunggu  pic bagitahu next step apa. sis agak panik ye mula mula ingat kelas dah start. i rasa improvement  yang yayasan peneraju buat ialah asingkan telegram tu by batch. or maybe yang kena buat improvement tu IUC. (psst kalau baca terimalah kritikan secara terbuka dari bakal student ni) sebab dia macam bercampur kat situ.  ada yang dah start. begitulah eah. Sis jadi confuse and anxiety. Asal lak ada yang dah buat assignment ni.  Another thing... Muet i pun dah lebih 13 years dah . Before i grad i kena buat muet. tu satu hal jugak tu. 

Dengar cerita class akan start 6hb cuma i tak tahu pukul berapa lagi.  Hopefully tak clash dengan jadual class excel and power Bi i lah.  Yang tu i ambik dengan aidea. 


Tak pening ke belajar banyak banyak umur macam ni?  bak kata pepatah melayukalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.  Part of my sacrifice . Lagi pun dalam islam kita menuntut ilmu tu satu kewajiban.there you go my second wishlist untuk this year! 


k tu jelah korang 


till then


ttyl


 una mn


Pindah Rumah & Valuable Life lessons