November 21, 2011

lelaki / perempuan aktif di net cenderung curang?

semua orang tahu facebook, twitter ,  BBM, tumblr dan juga blog kan disini?
kalau tiada facebook (common) hidup rasa macam makan roti tiada jem
rasa lemau semacam je, tak lengkap, yang pakai blackberry tu,
sehari tak bbm aweks cun /jejaka kacak
terasa alahai mundurnya aku, eissh tak boleh jadi ni
kalau aku tak buat semua ni orang tak tahu AKU WUJUD ,
kat dunia ni. tak stylish la nanti kalau tak ada album kat facebook yang bertitle "mobile upload" 
well sebenarnya  benda -benda tu semua bukanlah tak bagus
bagus tapi buruknya tetap ada  *ini merupakan nasihat kepada diri sendiri*



bila dah internet dihujng jari, sekarang nak online pakai phone canggih manggih dah
tak PERLU bawak laptop kesana kemari

lepas tu banyak la kes  couple curang la,
bercinta dengan A bbm dengan C
bercintan dengan D bertweet2 dengan lelaki lain
eh tapi sebenarnya tidak salah jika kita masih bijak menjaga batas
janganla pula tajuk yang kita sembang tu membawa kepada bunga bunga cinta kepad kalian *sight

tweet tweet dengan kawan adakah salah?
tidak *sebab una pun melakukan perkara ini juga*
bergelak ketawa bersama kawan adalah perkara normal dan paling luhur dalam kehidupan una , tak dapat tidak ianya umpama dadah.
kita perlu ingat bercinta bercinta juga, kawan kena ada .

jangan salahkan teknologi kalau tak mampu kawal diri .
okay betul ke lelaki dan perempuan yang gemar main benda benda ni semua cenderung untuk curang?
betul ke?

sebenarnya TIDAK sama sekali, semua itu bergantung pada individu tersebut,
lelaki ke perempuan ke sama saja, kita kalau nak curang buatlah macam mana pun,
kawallah seketat mana pun jika niat di hati tak mahu setia ,
tak setia jugak , betul atau tidak?

sebenarnya mesti ada give and take  la kawan

ini tak kau berjam2 layan internet boleh, layan gf/bf seminit pun tak boleh haa acaner tu?  >..<

 kesimpulan yang boleh kita buat disini kecenderungan datang dari hati dan tujuan asal kita melakukan sesuatu,

 tak dapat nyamuk,jangan kelambu dibakar
kalau nak bakar bakarlah ubat nyamuk


anak unta tertelan dadah,
anak harimau menari nari
kala tak paham apekejadah,
buat-buat je macam reti


p/s: harimau malam ni menentang garuda, aku tak suka bola tapi mintak2 malaysia menanglah :)





teddyuna minta pendapat. (ini serius)

hai korang semua!
apa khabar! selamat hari isnin!
seperti mana tajuk diatas tujuan entry kali ini adalah untuk meminta pendapat
semua sedia maklum ekonomi negara sekarang
semua benda makin mahal harganya
gaji 3K pun belum tentu cukup nak sara diri lagi lagi yang duduk di kuala lumpur
sekarang masuk toilet pun 3 kupang ye dak?
dulu 2 kupang dapat dah.


itu golongan bekerja  yang tak kerja?
lagi-lagi yang student macam SAYA.
sebenarnya una ni nak pendapat sikit,una rasa macam nak buat bussines sikit
ala sikit-sikit pun jadilah .
diingatkan una tak minat nak berMLM ke ape ke ye?
una straight to the point je la,
una nak ada sesuatu untuk dijual TAKNAK ape BOOK BOOK pun taknak
setiap kali una tanya kat majalah.com
tak habis habis link MLM jugak dia bagi. =-='
TYPEWRITER   punya keje pun una taknak.
so pleaseeeeeee jangan bagi benda benda berkaitan dengan itu.
una tahu otak korang sparkling sparkling lebih kurang honeystar tu
oleh demikian lontarlah sedikit idea yang bernas tu .

una sebelum ni jual lens,
laku memang laku , tapi una pakai orang tengah
una tak puas hati dengan dia sebab dia BETRAY una
since dia yang bekalkan semua lens tu
dia buat hal, lambat hantar, kasi lens yang salah pada customer
last-last una yang kena.
that's why una stop




so sekarang ni una taknak pakai orang tengah kalau boleh
una nak idea bernas sikit
korang ada?
share2 la ok ?


blogger pilihan hari ini (jom blogwalking)
fadhli
namaberita
encik bedak sejuk
penulis maya
p/s: haaaaa kalau korang ade idea  macam mana nak edit blog ni jadi menarik pun boleh share :)


November 20, 2011

tolong baca ini

assalamualaikum semua,apa khabar ?
hehe sihat ? yang tak sihat tu bawak-bawaklah berehat.
terutama musim hujan macam sekarang ni.
er okay sebenarnya lama dah una nak cakap ,
tapi tak kesampaian
kalau una tak cakap una rasa macam selfish pulak tak nak kongsi dengan korang

korang semua tahu sekarang ni teknologi dihujung jari je kan?
sekarang semua benda pun kalau boleh nak online
bayar bil online,cari kekasih pun online,beli barang online, cari duit online
jangan pulak muncul khawin online sudahlah ye?


okay isu cari duit online?
korang pun dah sedia maklum kan???
sekarang ni kat facebook bersepah-sepah orang tag duit.
program login facebook la.
logout facebook la (eh adeke?)

mungkin la ada sesetengah program tu menjadi,
tapi kan korang rasa halal ke tak duit tu?
ade yang saggup buat tagline macam ni

"goyang kaki duit masuk"

goyang kaki tu satu pekerjaan ke?
ajak kawan masuk program, itu macam skim piramid
duit yang anda dapat tu duit kawan.
sedar atau tak?
haram ke halal tak nak tahu ke?
sedangkan ambik untung lebih pun tak boleh .
ni kan pulak buat sesuatu perkara yang tiada barangnya
tak nampak pula khidmatnya

fikir fikirkan
duit yang kita makan , kalau hasilnya haram
jadi darah daging, macam mana nak buat?

semua pun besar dah kan? A.D.O.P la ye?

 hehe ape tu .A.D.O.P?

ada otak pikir  :P sekian wassalam .

Pindah Rumah & Valuable Life lessons