June 29, 2012

interview kerja dan meronggeng sampai terlentang +_+

rentetan hidup semalam agak panjang, ceh puitis.
bangun pagi subuh lagi siap2 , makan-makan dah pukul 8 una ,achik(makcik) dengan pakcik menuju ke cheras.

ini sudah melampaui batas , tata tertib majikan pekerja telah dilanggar sewenang-wenangnya

INILAH JANJI MELAYU.


lewat ke interview setengah jam.
gara-gara jam
sebenarnya jam cuma alasan
jika dari pelabuhan klang , buat lah cara dari sana bukan?



gila ke macam mana ni , jauh kot.
kami sesat taktala mencari queen avenue park.
katanya cari carefour dekat jalan peel

baik betul 'kerani' lelaki ni kan?
siap tunjuk jalan lagi melalui phone call
sharp 9.30 sampai la kat bangunan tu.
 so una dengan achik bergegas ke 8-3-6.
tingkat 3
nama syarikat kurnia ekuiti sdn bhd.
 syarikat conatruction yang baru 3 tahun beroperasi

so .. naik bangunan tu..
tekan bell

ding dong, ding dong

achik cakap, lain macam je jat achik tengok  office ape ni bertutup je , macam apartment, takde glass door pun?
una pun senyap je. dua dua bajet bengang la siap mengumpat2 kat luar.

setengah jam berlalu pintu masih mula dibuka, padahal bell tu dah ditekan banyak kali dah, kalau bell tu bernyawa mungkin jugak dimakinya disitu
"engko nak hape setan? tekan2 aku sakit la bodoh, orang tu tak bukak berhambus la"
pergh kurang hajar punya bell kan?



achik: entah2 rumah urut tak ni ijat? eisshh orang ni menipu agaknya.
una: tahlah acik ijat pun malas nak interview macam ni

tiba-tiba mata terpandang  handphone yang sedia di silentkan eh ade miscall dari orang office!!!
una call la balik sekali achik ambik phone dia nak bercakap dengan orang tu,
dua-dua tengah bengang ni menunggu sikit punya lama.


achik: encik kenapa tak bukak2 pintu ni dah lama saya tunggu depan ni tau
encik: puan salah bangunan tu,
achik, una: muka merah terus.

achik pun pandai jugak pergi sound
HAHAHA 

so bangunan sebelah tu, naik balik, masuk, duduk isi borang,
achik dah nak gerak pergi puchong ade kerja. so terkontang kanting la sorang2.
rupanya yang interview yang angkat call tu.
then bila dia mula bercakap pasal bidang kerja, lebih malulah lagi bila orang tu kami sangka kuli dialah bos.

mungkin ingin ku sedekahkan penampar di pipi kiri dan kanan ku secara berulang, akibat malu . achik style bagus juga, lepas masuk office sekali dia tinggal una pergi puchong.

memang lawak gila okay.
una rasa mungkin peluang  untuk kerja disitu tipis..

tapi bos tu baik tau, dia professional
 haa stop pasal interview kerja,
beg baju una tertinggal dalam kereta achik,
then cousin una, si ila ni pun cakap nak pick up una yang sehelai sepinggang
akibat baju di bawa lari
then  dari cheras kami menuju ke ampang, so makan kat
kat restauran kayu dekat muv luv.
makan roti je masa tu kenyang lagi, eceh konon.
pastu minum air,
roti tu si ila beli dekat mana entah.
mula2 una tunggu juga dekat 2 jam kat situ, ingatkan tunggu apa, rupanya tunggu datin
ila ambik produk mary kay dia.
=-='
dah macam orang gila sangat  then balik apartment ila ,
so sampai sana dari ingat nak tidur, tak tidur, si ila sengal tu boleh plak pergi make up kan muka una, boring kata kan
mukaku jadi mangsa dia.
then dia bagi pinjam baju
petang sikit keluar makan kfc, pastu pergi tasik ampang hilir
posing macam ______

pakai skirt labuh, t shirt,
sebijik dah macam  amah.
tak tipu.
then planning nak pergi ambik barang kat rumah achik , ambikla barang, jauh kot patah balik port klang,
mata dah kuyu, pakai contact lens,
bijak kuasa 8
setelah kepenat lelahan, sampai jua, lepak dalam 2jam pastu balik, ingatkan nak balik terus ni.
sekali singgah uptown damansara ,
situ lepak lagi 2 jam.
ila beli sampel perfume, jenama mahal2 sebab dia suka tukar2, nak beli bottle banyak2 tak mampu so si una ni merasa la 3 sampel, satu lagi beg make up dia belikan.
haha tq ila .. :P
then , pergi makan, masih kenyang lagi so minum2 then balik
mata ni dah mengantuk gila dah ni, sekali masuk je bilik tiba-tiba mata terang
memang ajaib.
gila tension , ila dah terlentang
so, ambik inisiatif bukak laptop,
on9 sampai 2,3 ,4 pagi.  baru terlentang.

tapi serius , kalau lama-lama beta duduk dengan ila ni
mahu kurus, tengok dia pun dia dah makin kurus
sebab kaki jalan dua-dua, bila dah kaki jalan masa makan dan tidur pun kurang.

hahaha tunggulah petang petang sikit, rasa nak pergi mandi kolam kat bawah tu, tapi takkan nak mandi sorang.

ila dah pergi kerja pukul 9 tadi, so i'm forever alone, kbye

June 25, 2012

langkah pertama

langkah pertama selalunya yang paling sukar untuk dilakukan.
selalunya begitu . kadang2 bingung. tension
tapi bila kita tak cuba kita tak tahu.
aku cuma perlukan sokongan moral.

susah nak luahkan.

bye.

June 21, 2012

harini test jpj, dan surah "alam nasyrah"

sekarang daku tengah  cuba memproses data dalam otak, lalu menterjemahkan dalam bentuk tulisan maha polos. ah bajetnya dikau una.
okay  ceritanya begini, una baru selesai  ambik  test jpj lesen kereta tadi,
berbekal semangat yang berapi-api dan bergunung-ganang una bangun pagi-pagi lagi
untuk menggosok baju yang hendak dipakai ke test nantinya  dengan harapan  encik-encik jpj akan  ___________ *isi tempat kosong sendiri*


a)terpukau
b)terpaku
c)terjun bangunan
d) meminta no telefon

akan tetapi harapan itu musnah berkecai , retak seribu umpama cermin siti norhaliza bila mendapati bahawa pegawai jpj itu adalah perempuan.
haaaaa akan tetapi ada hikmahnya tau, sebab cik jpj tu sangat baik hati, una rasalah kan dia banyak menenangkan hati una bila una dalam keadaan nervous dia ajak una bersembang. haii silap besarlah pegawai jpj tu, una ni kalau dah mesra mulut pot pet pot pet non stop *okey ini tipu*
keadaan sebenarnya ialah tanya 10 patah jawabnya sepatah je. suara pun pergh kalaulah boleh rekod tadi kan bagus, boleh jugak buat praktis bila nak menghadap ibu mertua nanti.

ok melalut.

sebenarnya una lupa nak cerita yang mula-mula una buat bukit dulu
pastu parking and tiga penjuru syukurlah. hanya dengan sekali percubaan una berjaya naik bukit tu . semua yang terjadi hari ini ada hikmah. sebabnya seorang kawan yang duduk sebelah una,
masa sebelum sampai giliran una dia tengok una gelisah, nampak gugup
 tiba-tiba dia senyum.. mak aiii cantiknya..
sumpah cantik. dia kata " awak, kalau awak takut, cuba baca "alam nasyrah". bagai di hipnotis una pun perlahan-lahan membaca surah tersebut. kuasa tuhan, perasaan tu hilang sekelip mata.
mungkin itu caranya ALLAH menolong una.

una tahu bila korang baca entry ini mesti ada yang fikir,
hek eleh baru lulus lesen dah kecoh aku tak payah baca pun lulus la
sebenarnya, una nak cakap yang "bila dia nak tunjuk kuasa DIA, bila-bila masa je :)

p/s: lepas ni nak fikir soal kerja pulak.

June 20, 2012

4th year anniversary with you

20 june 2012.

harini saat ini,
saat una tengah menaip ini pukul 12.20 pagi
4 tahun sudah hubungan kami berdua.
ada orang kata lama, ada kata baru.
ada kata suku-suku.
tapi bagi una masa tu singkat sangat. 4 tahun yang mungkin lama ini sebenarnya masih rasa baru.
kalau dulu malu segan sekarang
sendawa ke, kentut ke buat derk je.
memang amat tak senonoh sekali.
syukur kepada ALLAH sebab hubungan kami bertahan  sehingga kini


kami kenal sejak zaman sekolah menengah.
tingkatan 5 sehingga una dah tamat diploma.
dulu kami satu sekolah, kemudian satu kolej,satu kos, satu kelas pulak tu.
berharap juga kalau boleh degree nak satu universiti .haha okay ini umpama bagi betis nak peha.

p/s: okay tak ada idea :)

June 19, 2012

kisah manusia cliche -,-

masih terlalu awal nak beritahu semua tu,
buat dulu barulah tahu hasilnya ya tak?

una selalu cakap una nak buat itu
una nak buat ini
tapi kadang-kadang tak terjadi pun
una memang seorang makhluk gila yang cakap tak tentu hala

arrr.. gila tak la.. cuma ade sedikit "cliche" dalam diri

cliche : buat tak cakap je lebih.

kakaka tuan punya blog ni mengaku dia gila woii!

okay cukup .

sebenarnya tak semua orang sama, ada orang tu bila dia promise dengan orang
dia akan bermati-matian akan membuktikan dan menepati janji itu
tapi una pula bila dah berazam dan berjanji pada orang untuk membuat sesuatu
diri ini akan bermati-matian pula mogok .
taknak buat. fikiran cakap nak buat tapi hati dan jiwa raga kata tak nak macam mana kan?



sebenarnya una bukan manusia yang menepati janji  boleh rasa terbeban
atau diberi tanggungjwab.

HUH???!! ADAKAH INI SATU SUMPAHAN?!!!
umpama sumpahan kepada snow white?


snow white merenung tajam tanda tak setuju


UNA serius tak ada kena mengena una..
eh yeke?
TAK LANGSUNG!

okay cukup una dah melalut.

dari kecil una tak diajar letak target untuk buat sesuatu.
jujur , una cakap una cuma diajar menikmati sesuatu,
dan waktu kecil semua benda yang una lakukan adelah dengan enjoy tanpa paksaan.

ya, dulu una ulat buku, dan ulat pinggan juga. -,-
tengoklah saiz dia sekarang.
okay next!
dan una juga manusia cepat bosan, jika sesuatu tidak dilakukan dengan enjoy, pasti una stop.

sungguh complicated manusia bernama una ni kan?

seperti mana una menaip sekarang ini, jika entry una agak panjang maksudnya una enjoy jika una tak enjoy, mungkin entry ini cuma seciput tu ha..


p/s: okay sekian itu sahaja, entry hari ini. sekian.-manusia cepat bosan


June 17, 2012

isu pengharaman hari ibu, dan hari bapa?

hari ini adalah hari bapa, baru baru ini hangat diperkatakan isu pengharaman hari ibu yang dikeluarkan ustaz azhar idrus. ramai yang tak suka.. adalah yang suka, ada yang tak suka, bla bla bla. tapi bagi saya yang memegang prinsip sendiri  pendapat saya


kalau kita taknak dengar cakap ustaz , kita nak dengar cakap siapa?

diri ini masih terumbang ambing, mengerti diri tak sempurna tapi rasanya tak perlulah keluar kan kenyataan seperti ini

tak lama lagi hari bapa, ustaz azhar idrus taknak keluarkan fatwa mengharamkan hari bapa ke? LOL :P


kenyataan ni bukan dikeluarkan orang orang tak berpelajaran, masing-masing punya otak,ada akal fikiran , punyai fikiran waras, malah ada yang belajar di luar negara lagi. .tak perlu awak nak sindir ustaz tu bila dia keluarkan fatwa. kalau pun awak kurang bab agama, macam saya , (saya mengaku saya kurang) lebih baik awak diam ,ikut sajalah sekurang-kurangnya awak tak dapat dosa. awak tak sedar ke awak sedang sindir agama awak sendiri?

apa salahnya kalau awak sambut hari bapa hari lain? meskipun  berlainan dengan kalendar , berdosa?


ada juga yang cakap macam ni


 ala baru sekarang nak kecoh , hari bapa haram, hari ibu haram. kenapa sebelum ni tak cakap pun?


saudara saudari sekalian, kajian nak membuktikan sesuatu tu haram pun ambik masa yang lama, awak ingat fikir hari ini boleh booom! hentam suka hati halal haram? 
kenapa kita tak persoalkan saintis yang buat kenyataan kononnya dalam kitaran planet mengelilingi matahari ada 9 planet dan terakhir pluto, dan beberapa tahun kemudian ada penemuan planet planet baru.
kenapa taknak cakap macamni?

ala kenapa baru sekarang nak bagitahu ade planet lain?
masa tahun 6,tahun 5 dulu belajar tak ada pun cakap?

saya sebagai  manusia biasa yang sering melakukan dosa terpanggil nak tulis ini,
sekurang-kurangnya ada juga yang bermanfaat dalam tulisan saya. tak adalah benda lagho semata-mata. mungkin tak ramai akan hiraukan apa yang saya tulis
dan akan mencari kesalahan saya. tiada larangan dalam islam untuk menegur satu sama lain walaupun seseorang itu baru memeluk islam. apatah lagi saya yang dah lahirnya islam ini?

p/s: stop mengutuk ustaz yang keluarkan fatwa, jika awak boleh buktikan kata-kata awak benar dan fatwa itu salah , apa kata bawa hal ini ke majlis agama. tapi bukan di sini saja diseluruh dunia, mahu lihat jika ada ahli agama di dunia ini menyokong awak.

June 13, 2012

ini perkara yang berlaku pada saya :'(

assalamualaikumm
korang buat apa? sorry lama dah tak jengah jengah blog korang semua. sebenarnya semenjak 2,3 menjak ni nak kata busy sangat tidaklah cuma banyak perkara yang bermain-main difikiran una. Haaaaa jangan terkejut tau sekarang ni diorang tak main kat padang dah, diorang main-main kat fikiran pulak. :P

alkisahnya una sudah pun mendapat result semester 6, baru -baru ini . alhamdulillah. itu saja una mampu cakap. syukurlah . dan sebelum ni una ada cakap una ambik lesen kan? ... Haaaaa sebenarnya una baru nak ambik test jpj. gila tak efisiennya kan? haha *gelak serius*

 



okay lepas ambik result hati tu, hati terdetik pulak nak mintak kerja, jadi dengan konfidennya mintak kerja kat beberapa company construction dan syarikat bukan construction. una bajet nak kerja bulan depan, akan tetapi  cewah akan tetapi la sangat. 
okay sambung... una dapat 5 interview keje, 4 daripadanya nak rushing suruh kerja cepat2. rasa macam :O
apa pun tak prepare lagi, 
mana nak berlatih kawal perasaan nervous? mana nak menghafal teori2 yang patut taktala ditanya bos kemain kacak menawan kalah dennis joseph o neil? mana??? mana??? Jatuh la reputasi kalau begini  hehe *gelak putus asa* 


1 tawaran di jalan bangsar (junior engineer),1 lagi di damansara (eksekutif), 1 lagi di cheras,1 lagi di bukit jalil, dan tawaran terakhir
di mont kiara. dalam 5 ni una minat yang di mont kiara positionnya sebagai  junior project manager.
padanlah tu una ada diploma je, syukur kerana Allah bagi rezeki tawaran begini setelah berkerja keras meminta kerja , penat tau bukan tak penat. =-=' . Oleh kerana dari ampang nak ke mont kiara tak ade public transport , jauh pulak tu. maka una fikir untuk sementara ni una kerja biasa2 je kat ampang nanti. Tengoklah macam mana. malas nak fikir. memandangkan tak lama lagi result upu untuk  degree keluar so nak tak nak tunggulah.. harap harap murahlah rezeki una :')






💝 Anniversary Trip To Jakarta