January 4, 2016

Kos Hidup Seorang Perempuan?





hello, assalamualaikum dan selamat hari isnin

sebenarnya aku dah lama nak buat topik pasal kos hidup seorang perempuan ni. sebab kadang kadang aku pun confused apa sebenarnya perempuan perlukan untuk menjaga diri .


menjaga diri disini bermaksud menjaga ketrampilan diri ye adik adik. ahkak ni pun spesis serabai je sebenarnya tapi aku saja je nak kasi tips. sebab ni kan blog aku. suka hati aku la nak tulis pasal apa kau sibuk kenapa? *emosi*


sebenarnya kalau penjagaan basic ni tak adalah perlukan banyak benda pun. aku sebagai perempuan biasa aku cuma guna "PENCUCI MUKA"


ya adik adik. akak tak pakai collagen dah. dah lama tak pakai dekat setahun berhenti. pencuci muka pun brand bio essence je. moisturizer tak pakai, scrub tak pakai. segala jenis krim siang krim malam , krim tengahari , krim subuh semua aku tak pakai. 


JADI TADI AKU PUN MEMULAKAN MISI UNTUK MENJADI SEORANG PEREMPUAN SEJATI.




ni hasil tangkapan aku dekat guardian tadi. ni penjagaan paling basic bagi aku. sebab aku tengah tak berduit. aku beli 2 produk dari nano fresh. satu untuk bawah mata yang macam panda ni, satu untuk scrub. scrub ni orang kata penting untuk mengeluarkan sisa sisa makeup yang tertinggal . kulit aku ni jenis berminyak so memang elok sangat la pakai. eye mask yang 3 keping tu aku saja beli. sebab aku nak lembapkan kulit bawah mata ni. untuk pengetahuan korang, kulit bawah mata kita ni sangat sangat nipis. lingkaran gelap bawah mata ni wujud sebab tak cukup kelembapan kat bawah mata korang tu sebab lingkaran hitam tu muncul. aku ada sorang dua kenalan yang lingakaran dia terlalu gelap. susah nak pulih. sebab apa? bukan sebab berjaga malam je. sebab tak jaga. ingat korang topap tidur balik boleh hilang ke benda tu weh? susah beb. so prevention is key.aku tengah prevent la ni. semoga berjayalah ye una? 





aku ada plan nak ambik injection tapi aku ni takut jarum. entahlah kalau 2 minggu sekali nak cucuk tu memang aku rasa macam berat sikit lah. aku tengah consider buruk baiknya cucuk vitamin c ni. sejak insiden seorang remaja india panggil aku auntie dalam bas haritu aku terus insecure weh. aku rasa nak hempuk hempuk je dia dengan beg galas aku masa tu. tapi yela bukan salah dia. dah muka aku yang tua. apa boleh buat.



sebenarnya nak jadi cantik ni menelan belanja yang tinggi. jadi bersyukurlah kepada manusia yang memang lahir lahir dah cantik.yang memang kulit dah putih merah sejak azali. sebab ada sesetengah manusia nak cantik kena cucuk vitamin c la, pakai make up setebal kamus dewan la. baru nampak cantik..




apa apa pun definisi cantik ni terlalu subjektif. suka hati koranglah nak buat apa pun janji tak melampaui batas sudah.



KOS 

injection
untuk pengetahuan korang. injection yang diyakini elok sebenarnya rm400 dan ke atas. benda ni dah lama ada . tapi artis je guna. tapi bila dunia makin maju ni secret para retis ni pun dah tersebar. cucuk ni kalau dekat doktor nak maintankan tu mahu beribu sebulan. tapi kalau korang beli asing boleh jimat sikit. kalau upah doktor cucuh baru rm60 . kau bawak je benda tu jumpa doktor suruh cucuk settle problem kau. tapi satulah bila dah cucuk ni risiko dia kena tanggung ye. dah ambik benda ni kenalah rajin jaga kidney. minum air jangan kurang 8 gelas sehari. Korang kena faham apa apa jenis ubat cucuk atau ubat makan ni dia ada side effect walaupun pengeluar produk bermati matian kata tak ada. mesti ada walaupun sedikit. so hati hati la eah?





Make up
make up ni terpulang pada individu . ada yang suka make up tebal. ada yang tak suka make up langsung. tapi dunia bekerja sekarang ni memerlukan perempuan yang make up. aku tak keji manusia tak make up secara jujurnya aku pun lebih prefer tak make up. tapi bila bekerja kita kena presentable. at least nipis nipis pun jadilah. lagi lagi kalau kerjaya nak kena jumpa orang. nak taknak kau kenalah make up sikit. at least muka tu nampak hidup sikit. biasanya make up ni takadalah beli tiap tiap bulan. kalau habis 2,3 ratus tu boleh pakai sampai setahun kadang kadang make up tu. kalau kerap pakai pun 6 bulan baru habis . kecuali bedak dengan foundation la. 2 bulan sekali kena beli. anggaran kos make up sebulan lebih kurang rm100 

Skincare
skincare ni aku cadangkan korang pakai pencuci muka dengan scrub jela. benda lain tu tak pakai pun tak pe kot. kalau korang jenis sembahyang inshallah lembaplah kulit korang tu dengan air wuduk. yelah, dah 5 kali sehari ambik wuduk. gila tak lembap? sure lembap punyalah.. :D



oh ye ni gambar hiasan je. gambar model yag aku suka tengok
lawa kan beliau? aku pun sampai confused . dia ni orang ke anak patung? HAHAHA

oh ya bukan tu je kos hidup seorang perempuan ye. banyak lagi antaranya pakaian , tudung, beg tangan aksesori. entahlah aku yang perempuan pun tak boleh follow trend trend sebegini. banyak sangat keluar duit. Yang kaya takpelah. yang tak kaya tak payahlah weh. baik kau kumpul duit tu buat pergi travel ke , buat waktu emergency ke. takpun buat modal bussiness. untung esok dah senang suka hati korang la nak shopping berapa banyak pun.



ni kira self treat untuk harini. aku sebenarnya nak diet since kawan college aku 
ajak aku pergi backpacking ke korea this year. mintak mintaklah jadi.
doakanlah aku k guys? 



p/s: selepas meneliti kos kos untuk menjadi lawa. aku prefer jadi perempuan tak lawa jelah. hahaha



No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta