February 19, 2026

Salam Ramadan 2026 & Hadiah Dari Allah?

 





Hey guys..

sebenarnya hmm i agak nervous. i notice pertambahan silent readers dekat blog ni even i dont know who.

Pertama sekali hmmm if you read  my post bertahun tahun lepas i am not the same person anymore ya. 

I bila baca balik pun. rasa ya Allah ape aku tulis ni? HAHAHA. Tapi demi secebis kenangan i tak nak padam


okay life lately agak menyesakkan dada. Tapi Allah bagi hadiah tau lately. Hadiah? 

Ya i dapat  cuti 5 hari so i tak terkejar kejar buat midterm . I ada masa untuk study dan berehat. Allah tahu i penat mentally and physically. Ada benda i tak boleh cerita dekat sini. 


tahu kenapa dae gelak? masa tu diorang ni semua nyanyi before end live!
diorang kelakar sumpah terhibur.
lagu diorang yang bukan bukan je tahu tak

Hadiah paling besar i dapat ialah... i dapat kawan baru yang i tak pernah terfikir i akan ada. I rasa i mentioned few times dah dekat blog ni . I suka kawan baru i dekat discord. They are so positive. Suka buat i gelak dan lupakan  segala masalah yang i ada. Actually i paling tua tau tapi i tak nak diorang panggil i kakak. I kan suka feeling AHAHAHA. okay by the way . I dont think they read this post tapi i just want them to know  that i am happy we crossed paths. 

I ni kan macam elder sister yang nakal. suka bawak pengaruh buruk dekat adik adik. HAHAHA




i cakap dengan korang eah budak budak dalam tu baik baik. seriously  macam anak anak lindungan tuhan gitu. I tak cakaplah i jahat but i know that i  nowhere near perfect . i solat , i mengaji, i puasa cuma entahlah i rasa macam insecure sikit. I takut jugak kalau diorang fikir i annoying. sis active sangat dalam chat tu. i rasa i kena kurangkan la active dalam tu . takut orang menyampah. I suka join live diorang. Kadang dae live kami menyembang dekat chat . Takut member annoyed je. 

tapi takpelah i nanti kan start jumaat i dah kena kerja  2:30pm-12:00am tau. so most likely i takkan dapat join pun dae ke yana ke deeba ke live. So i will miss talking to them . Unless la diorang live time i offday which is not happening i rasa.


oh btw korang supportlah business kawan i ni. Dia jual bunga. Sometimes dia datang Malaysia jugak and i know i ada readers dari singapore jugak kan? if you need to buy flowers  boleh pergi tiktok flowernap. (click sini) jangan tanya i tau pasal price i tak tahu tapi kalau pasal quality i selalu tengok owner dia live buat bunga ni. sangat kemas and tertib.  Kalau korang orang malaysia nak beli pun boleh je. Apa apa tanya owner okay?


hmm anyway i ada deeptalk dengan chatgpt. weh i rasa chatgpt ni dah macam counselor i la.  i mean apa dia cakap tu make sense.  I percaya yang kalau kita focus benda baik kita dapat benda baik. sekarang lower your expectations towards people  ya una.  Focus on your grind je. Jangan lari jauh dari your purpose. Pasal kerja i tu kan.. i masih mencari kerja baru. I tak happy kerja situ to be honest. 

siapa yang tahu i kerja mana tolong diam. I paling tak suka sebab tak ada surau la korang. Kena solat tepi tangga . sis ni dah la belum kurus. T_T. sumpah rindu bytedance. Tapi itulah una tolong move on! 


sempena ramadhan yang mulia doakan nur izzati husna binti mohd nasir ni sihat, kurus, kaya, cantik.

Lepastu rajin... lepastu hmmmm  lepastu okay lah doakan supaya  hajat dan cita cita una ni tercapai!.

200 silent readersku ni amin kan eah? 


i tak nak kejar benda lain dah dalam hidup ni.  Even i taklah rushing nak mati tapi... tapi i start bleeding balik la korang even i lose weight. Entahlah .  Padahal i tengah happy ni sebab hari hari i gelak kawan kawan baru i buat i happy. Patut ke i pergi je check up? i takut la!!!! 

Kadang kadang perut i sakit sangat macam entahlah.  btw tadi erwin dawson message i tanya perkembangan berat i. I beli balik retatrudite tu. If bella tahu ni dia mesti marah. Tapi  i think it's safe la. 2 box i pakai haritu banyak jugak i turun tau. Even i tak heavy diet. I makan je semua benda i just control calorie je. Mari kita berdoa urusan i berjalan lancar okay? 


okay dah la korang i dah salurkan risau i. I rasa macam dah happy balik kot. Terima kasih Allah bagi  hamba Mu yang cantik, comel, ni happy. I know you love me



itu je for now


ttyl


 una mn





February 16, 2026

Covid, kena keluar rumah and degree update


 




Hi guys

harini i nak update sikit apa yang jadi beberapa harini. Walaupun info ni tak penting bagi semua tapi penting bagi I. Semalam merupakan hari bersejarah. I am no longer covid virgin! Semalam i first buat swap test ... and first juga kena covid!. Bila i cerita dekat my friend N yang dah resign  tahu dia cakap apa?


Me : i miss you N.. sedih kau tak kerja

N : kau bukan patut ker harini iris?

Me : Tak i mc for 5 days sebab covid!

N : Orang lain dah virus nipah dah . asal baru sekarang kau nak covid. aku tiap tiap tahun kena covid

Me: kau ingat ni achievement ke gila? HAHAHA

N :whatever la tapi tahniah la dah kena covid

Me : HAHAHA BODOLAH!



tapi bila fikir balik Allah sayang i la. kebetulan i tengah banyak benda dalam kepala i.  Allah  tahu i need this time to recover. physically and mentally. I sempat buat midterm semalam for both subject.  And nak tahu apa lagi benda yang buat i rasa geram sikit?


owner tingkat bawah cakap rumah i leaking. So owner rumah i hire contractor untuk betulkan. And i need to keluar dari rumah. sampai rabu. I check in hotel  sebab dia nak lantai biik air betul betul kering.  Sabar jelah sis. Kita dah la tak beli apa apa lagi barang nak berpuasa. Bayangkan kalau puasa start 18 i akan bersahur dekat hotel. Mujur i jenis tak sahur kadang kadang je sahur. Btw i tak tahu selamat ke tak tulis ni? selamat kot hopefully my lecturer tak nampak la blog ni


korang tahu kan i dah tak jadi leader group assignment tapi somehow current leader busy dengan her business . We almost overlooked  tarikh submission assignment. Cuba teka siapa buat lepastu? kebetulan semua orang busy . I did assignment for 10 people for both subject . i spend my offdays  last week buat benda benda ni la. Kita baru nak jalan jalan. Buat hilangkan boring sambil buat assignment i join live tengok orang main game. Kalau tak i rasaaaa i boleh hilang my sanity. I tak salahkan diorang sebab i pun almost tak perasan. Only that kebetulan sis sedikit je rajin masa tu . Hampir tercabut jantung tengok tarikh submission. HAHAHAHA


Btw this month i akan dapat result sem 1. Mari kita berdoa i dapat 4 flat walaupun harapan tu senipis kulit bawang . I kena call malton juga for my rumah punya urusan. Tapi diorang mesti tengah cuti chinese new year kan?


 di kesempatan ini i nak ucapkan xin nian kuai le! pada kawan kawan cina i. You banana ke tak banana ke know that i care for you even we rarely contact each other.  Especially yang selalu tolong i buat assignment mandarin dulu . Love you sandy!  

Tadi i sempat join live yana. Kelakar jugak orang singapore ni. Topik sembang random. Okay la korang i nak sambung buat think and share . demi carry mark tak sihat pun kena menghadap jugak.




till then


ttyl


 una mn




February 11, 2026

Nervous and free advise

 




Hi everyone 

nampak tak gambar boyfriend i kat atas?HAHAHA gatal! taklah gurau gurau. 

sebenarnya i tengah nervous ni rumah i dah siap. I tengah fikir should i jual balik or should i duduk je. I dah selesa la dengan damansara. I just love damansara so much. Apa pun semua i serah pada yang maha kuasa . Btw i tak bagitahu mama lagi. Kalau i cakap i nak jual baik mesti dia bising and marah i. Tapi itulah una ni  memang degil. tapi degil berasas la.  My mom tak tahu how  i manage my money. 

Kalau i rasa safe and comfortable nak duduk sana i might just move or i just let go the house. Tapi macam i cakaplah ye semua terserah pada maha kuasa. 



I rasa bersyukur juga masa beli rumah ni memang nama i sorang. dengan apa yang jadi i tak pening kepala sangat. Tapi itulah i tengah slowly build my confidence. buang rasa malas i. Everytime i malas i remind myself kenapa i start buat semua ni. I dekat tempat kerja kadang kadang practice la mandarin cakap dengan T . sometimes dengan customer . Itu pun. setakat basic conversation je la sebab terms bank manalah sis reti kan


oh btw malam semalam  i ralit tengok si dae tu main game apa benda tah. Kita jiwa  meronta ronta nak main game tapi tak ada masa. Heartopia i tu pun tak ada progress sebab i busy sangat lately. Busy keluar dengan bella.I even skip my doctor appointment. Kadang kadang tu i rasa takut. Takut kalau  kena buat procedure sama. Takut kalau lepas procedure tu i tak bangun bangun. I ni dah la banyak dosa. Untuk mengelakkan overthinking i taknak la pergi situ dulu haha. Tapi kalau doctor call jugak hmmm maybe terpaksa la. Kadang kadang i rasa sakit jugak bahagian rahim ni.  okay cukuplah part sedih



kita cerita part gembira. After. a year rumah cousin i siap barulah i pergi rumah dia tadi. Kami keluar berempat. I jadi driver . i pick everyone from their home. Kami pergi makan dekat hidang kl. Before makan kat situ kami singgah la rumah fadhilah. Besar dah anak dia. Dah boleh jalan.  I berazam nak jadi rich auntie.


oh tadi i sembang dengan husband fadhilah. dia kerja it. I pernah cerita tak dekat korang i berminat coding ni? tapi itulah mampukah i nak buat semua benda? dahlah i tengah degree ni. Berangan nak belajar bahasa korea la bahasa jepun la.  Una suka sangat dera diri sendiri . Lepastu mental sorang sorang. Tapi i bersyukur dalam ke chaosan hidup i ni kan. i ada  someone yang gets me  even perempuan tu time dia balik malaysia ni jela dia free dia balik mekah nanti we only text once a month :'D.  Most of the time we dont chat pun we just voice chat hahaha  malas nak taip taip la


macam mana dengan novel i? ada progress? eh mestilah ada. Tapi hmmm i malulah . HAHAHA. sebab bila baca balik bapak cringe la gila. tapi benda cringe  ni la yang orang suka baca kan? HAHAHAHA

Kalau tak .. tak ada la entry paling famous dekat blog ni entry zaman sis bercinta dengan ex   yang kalau ada mesin masa wujud memang  sis orang pertama nak guna pergi lempang diri sendiri tolong jangan jadi bodoh ! HAHAHA

i ada terbaca. tau korang somehow  i faham kenapa peribahasa cakap cinta tu buta. Sebab bila korang rasa suka kat orang korang akan ignoreeeee semua redlags. Sebab tu lepastu kecewa. you romanticise benda benda biasa. Please take everything as data.  


someone's effort  towards you reflects how much they truly want you. 

they dont text you = they dont want you

they dont initiate conversation = they dont want you

they dont make plans to meet or see you = they dont want you

they dont say they like you = they dont want you 


please dont teach others how to love you  . A grown up man know how to chase woman they want. i bukan trauma dump. i bagi advise . take it .. it's free


pleaseee pleaseeee dont fall for avoidant/ nonchalant. tak cute langsung sumpah tak cute.

update terbaru hidup i. Setakat i boleh cerita i tengah tentukan hala tuju hidup i.  Semoga Allah  bantu i buat keputusan yang tepat.  Oh btw i dapat good news! i sampai menjerit dekat office  semalam tau korang! ptptn i lulus for my degree! syukur alhamdulillah! tapi tak tahu berapa banyak i dapat. 


good night!


ttyl

 una mn




February 3, 2026

Seketul Discord, nak beli bunga tak? and sedikit pujukan.

 




Hi guys...

harini offday i lagi. semalam first day i kerja pukul 1pm - 10:30 pm. Basically shift i dah tak sama dengan my team. i  duduk pun jauh. I bersyukur i  rasa lately i jumpa ramai orang baik baik. Online or in real life. 

Oh ya baru baru ni korang tahu kan i dah cerita rasanya i masuk  seketul discord. Basically semua orang dalam group tu akan letak nama seketul dekat depan. hahaha. Diorang semua main game and i masih terkial kial lagi nak fahamkan game tu. Heartopia la apa lagi. Seketul discord actually created by singaporean gamer. Nama dia redhaee. Haritu masa dia live dia spill dia kerja tiktok jugak but for singapore.  So main game tu macam dia punya hobby la. Oh btw dia ada business bunga tau. So if korang nak beli bunga untuk  your loved ones orderlah dekat dia. Bunga dia cantik weh pandai dia gubah. Kadang kadang i masuk live dia i tengok biar betul dia ni. Kalau bagi kat sis lunyai la bunga tu HAHAHA




 cantikkan? i think nanti i habis degree i nak convo i nak order 1.
Tapi macam lama lagi kan? 
i nak beli jugak nanti sebab haritu i tengok one of  warga seketul discord
 beli. Cantik weh bunganya

I suka white roses. Entahlah for me dia macam pure .

Haritu  dae datang sini makan dekat rembayung so dia bawak kot bunga tu sekali and tu yang deeba 
dapat beli. Sis tak perasan weh kalau tak sis beli jugak untuk support.

oh btw i dah bosan sangat haritu i geram sebab heartopia i tak boleh 
add orang. Haritu  diorang dah add i .
I nak add  orang tak boleh.  Jenuh tau i menghadap tutorial kat tiktok 
HAHAHA. Sudahnya i download balik monopoly go and main.

Semoga i tak addicted. I main nak hilangkan bosan je korang. 
Lagipun seronok pulak tengok rumah besar besar dalam tu.


Oh berbalik kepada kerja i sekarang. Adakah i dah jatuh cinta dengan kerja i ?
jawapannya tidak.
Tapi adakah i mengalah? Not yet. Kadang kadang ada perasaan tu tapi i lawan.

Dear una...
semua kerja susah. Tak ada kerja yang senang. 
go to work, finish your job and go home.
Dont attach emotion to it. 
improve diri you  setiap hari.
penat ?  rest
sedih? cari benda benda yang buat you happy selagi tak langgar hukum Allah, tak langgar undang undang
do it!


fuhh sebab ni la i suka menulis. I rasa lebih tenteram .  I boleh keluar kan negative feeling tu
dia macam seorang una  ada masalah, dan una juga yang nasihat diri sendiri.
Less drama . Tak adalah nak cakap i tak perlukan kawan . I do need friend
but i know everyone fought their own demons sometimes
ada silent battle masing masing

and i faham jugak kalau orang taknak dengar masalah kita bukan sebab dia tak suka or tak sayang kita

mungkin masalah dia lagi besar dari masalah kita

just think positive. Lagipun kita ada Allah kan?

so to my silent readers .. dont be afraid to pour your heart out!

if you dont trust anyone.. just trust  yourself. Tulis la blog macam i.

best tau! macam ada bestfriend!

bestfriend that dont talk 👀



okay guys.. i nak belajar main heartopia

see you when i see you


till then

ttyl

 una mn

January 30, 2026

Una, Heartopia and finding coach?




Hi guys

tadi i baru balik dari umah mama. I penat sikit sebab i selalunya tidur rumah mama 2 malam. 2 hari lepas i habis kerja sepatutnya i balik terus rumah mama tapi i tak larat sangat nak drive . So i balik pagi semalam. 

Fyi rumah i balik rumah mama 2 jam tau. So yeah penat.  Bila la kita ni nak merasa jadi passanger princess HAHAHA.  i rasa last i jadi passanger princess masa i dengan bella bawah satu bumbung.  Dulu bella selalu drive i jadi passanger princess. Sekarang i tak merasa tau. 


i rasa dengan kenyataan i yang macam ni orang orang yang tanya i soalan berkaitan  personal life i tu boleh connect the dot already kot.  Yang tanya mana tu .. asal dekat tiktok instagram tak ada dah boleh stop tanya dah okay. 


i haritu lepak dengan bella. Kitorang ni kan rapat cuma tulah jumpa setahun  berapa kali je sebab dia kan kerja dekat mekah. Haritu balik je dari mekah dia terus pergi japan weh pergi cuti. Dia hasut hasut i ajak pergi japan masalahnya sis  tak boleh cuti . mana boleh cuti last minute. Haih i promise her next year i will join her to japan. Block leave i this year i nak go somewhere. sorang sorang pun takpe. It would be nice kalau ada kawan tapi tahlah malas fikir. sorang pun okay. 


btw i nak  jumpa  bella, ika dengan fadhilah harini tapi ika ada hal. ni macam yearly activities kitorang la. Masing masing busy. Should i send them calendar invites? HAHAHA.  Bella 15hb nak balik sana dah. hmmm sekejap je tau . Btw korang sekarang tengah virus nipah kan. Hati hati tau semua orang jaga diri. Balik dari keluar mandi okay. Jangan malas mandi. jangan jadi kambing.

btw i dah download dah heartopia! i terpengaruh dengan keluarga seketul dekat discord tu. i tengah cuba fahamkan cara main game ni.  Btw game ni cute gila okay.  


I balik rumah mama semalam memang punah la diet i. I kena paksa  makan nasi ayam.

i tak faham dengan mama ni. Dia nak anak dia kurus tapi dia suruh anak dia makan. Takpe una you can do this. Korang i rasa i dah buat keputusan. I nak cari coach or yang tengah sama sama nak kuruskan badan macam i . We can bagi semangat dekat each other. I need this positive energy!  Kau sabar jap i nak cari dekat tiktok. Hopefully i jumpa circle yang best best. Amin kali sejuta! 



okay guys...

i nak sambung main game


see you when i see you 


till then


ttyl 

 una mn



January 27, 2026

Una ,discords and final exam

 





Hi  everyone

hello silent readers . just a quick update.  Sis baru habis jawab paper final exam  for information technology in organization. Semalam i jawab final exam marketing management.  Penat final exam kali ni sebab i tak cuti. I kerja on both days.  Previously i cuti waktu final. Kepada yang pelik. i sepanjang 2 tahun ni akan ada quiz, midterm, final exam setiap bulan untuk subject berbeza. i tengah buat degree and in my semester 2!  I  baru teringat ye korang i tak settlekan MUET lagi! ya Allah ya tuhanku unaa.   Lepastu nak tahu tak apa random thing una buat? memandangkan club fevertts tengah senyap je sebab evertts busy  no meet up and i pun tak sempat nak join fan club lain... i masuk satu group seketul dekat discord!!! 


korang jangan pelik eah apa tu seketul? okay macam ni.  I rasa orang yang kenal i lama tahu i suka main game. Tapi bukan la pc gamers. I suka main game cute cute . Salon games, ranh rush. dulu lah.  Dulu  i pernah taksub PUBG, pernah main mystery case files eish macam macam la. So dipendekkan cerita i kan  aktif juga scroll tiktok. I jumpa this one gamer from Singapore . A singaporean  guy name redhaee. 

Asal dia live i akan masuk because i nak tengok dia main game apa. Ada satu haritu dia main roblox kot. Sis ni tak reti main roblox. Sis cuba main korang.Apa tah game tu bakso malang kot  tahu sis sampai sudah cuma melompat lompat HAHAHAH . rasa macam apenih una. macam tak pandai technology. Agaknya inilah orang tua kita rasa ya dulu? 

 Redhaee ni i think muda lagi in his 20's . i tak tahu exactly umur dia berapa but he looks young . So i masuk discords dia . Dia rajin la layan  fan dia yang gamers jugak. Tadi before final dia ajak main game draw and guess kot  . Cuba teka siapa yang tak pandai main game tu?


SAYA!!!  sebab sis nak teka tak boleh boleh! lah geram aku lah! Maybe ada hikmah la kot. Kalau boleh main tadi mungkin sampai sekarang sis tak jawab final exam tadi.alhamdulillah dah lega dah habis final. Boleh la bernafas lega sikit for few days only. Next month new subject! Business law and macroeconomics. 


oh ya how's work? hari hari i berzikir nak resign nak resign! HAHAHA

oh btw i kan selalu cross check dengan A . dia manager la . so i selalu tanya his advise . For some reason dia cakap suara i soft. 

me: A.. can i ask you question?

A: apa dia cakap kuat sikit? tak dengar suara you

me: ha? i dah cakap kuat dah

A: Your voice is soft


bila i dengar dia cakap macam tu i fikir... really? me? soft ?  me and soft  = one sentence?I bukan nak mengorat  orang tau dah suara aku macam tu nak buat macam mana. My friend S tegur cakap i manja.  I risau ah i think i kasar. Dia kata my personaliti macam manja sikit. idk it is a good thing or bad thing.  All i know if i like you , your personality and i rasa kita boleh jadi kawan i will hype you. Tak semestinnya nak you know ada apa apa ke jawapannya tak. 


Pasal suara soft tu... hmm bagus jugak. So i dah ada progress jadi wanita wanita sopan. I mean  yeah takpelah suara dulu yang sopan kan. HAHAHA

btw  i nak tidur ah , sebelum i tertidur depan pc esok masa kerja baik i tidur dulu.  

sekian itu saja dari saya


ttyl


 una mn


January 19, 2026

Cerita merepek dari alam barzakh

 



Hi everyone


So today i lega gila i dah berjaya siapkan  my assignment, midterm and now i can focus for finals

I dah 2,3 hari tak dapat exercise sebab busy.  Jujurnya i berharap i dapat kerja lain. I rasa macam penat sangat kerja ni. Penat dekat otak. Maaflah i bukan mengeluh tapi jap yelah kan tengah mengeluh la ni


okay tak sebenarnya i tengah meluahkan perasaan supaya i tak carry this heavy feeling. No bukan mengeluh tapi luahkan perasaan. Sebenarnya ada banyak benda tengah jadi dalam hidup i sekarang.ada yang i sangat sangat ingin luahkan dekat blog ni tapi i tahu impact dia pasti besar. Siapa yang follow i dekat instagram and tiktok dah start perasan . Yang rapat lah.

honestly i dont even know when it started but tak apalah. Apa pun i nak ajar diri sendiri untuk gembira, jangan fikir benda negative and move on.


I cuma doa supaya  apa pun yang tengah berlaku kat hidup i sekarang is for the better. A redirection.

Ada yang message tanya maaflah kalau i tak jawab. Selagi i tak cerita tu anggap jela that is for the better.

Sampai masa maybe i akan cerita jugak.


I pun sekarang cuma fokus perbaiki diri, i nak hit every bucketlist yang i ada. Apa? i cerita yang harmless la eah.


1) i nak kurus , sihat , cantik

2) i nak travel seluruh dunia . 

3) i nak belajar diving, archery, horse riding

4) i nak belajar bahasa korea, japan, arab and fluentkan my mandarin

okay ni jela yang harmless yang lain tu tak payah tahu HAHAHA


korang rasa tak january tahun ni macam laju sangat? i rasa tau macam laju je january ni 

Btw korang dah beli ke baju raya? i belum and i tak ada mood nak raya. Yelah i tak tahu raya i cuti ke tak HAHAHA. Btw korang i teringin nak kerja dekat jp morgan ke deloitte ke. Tapi itulah i punya degree belum habis lagi.  kalau orang tanya menyesal tak  tak ambik degree awal awal?

adalah sikit tapi i rasa i lebih happy mengenangkan i tak menyusahkan parents i. I anak pertama korang

adik adik ramai. So kalau i selfish masa tu mungkin hidup mama abah lebih susah. Jarak umur kami dekat dekat pulak. Maybe ada hikmah juga i ambik degree waktu umur macam ni. Maybe masa ni i dah lebih matang kan? jap matang ke?  in my heart i tetap  una yang 5 tahun masih duduk celah ketiak opah atuk


rindu dengan kesayanganku. tapi tula diorang dah lepak underground pulak. Kadang kadang fikiran i yang terlalu kreatif ni fikir dekat alam kubur kan diorang boleh tengok kita kat dunia. Screee besar mana eah diorang tengok? I mean hopefully arwah atuk, opah, abah taklah nampak waktu i tengah langgar traffic light ke or waktu i bawa laju macam tak sayang nyawa ke  risau diorang judge i dekat alam sana


cuba bayangkan situasi ni


atuk : num oi tengok apa tu?

opah : tengok ler cucu kita tu  .. ater ikut awak ler bawak kereta laju benor.

atuk : hmm alahai cucu aku


HAHAHAHA

kepada ustaz ustaz maaf saya bergurau. Mana ada benda benda macam ni astagfirullahalazim

k lah nak tidur la esok kerja


till then


ttyl


 una mn




January 16, 2026

January : A Date with myself and khairul aming jadi dentist ke?

 


Hi korang.

harinini i finally settlekan urusan penting dekat luar.  I pergi kwsp uruskan untuk degree I. Lepastu i lapar. 

i decide  untuk pergi makan dekat one utama. Pada mulanya i fikir nak balik tidur je tapi lately beban kerja buat i setengah gila.  I rasa i perlu jugak keluar. So i pergi one utama. I makan dekat tuktuk


sedaplah jugak. Hilang rindu dekat thailand. Lepastu i pergi jalan jalan. I went to jo malone.

I sebenarnya nak beli lotion dia je. Lotion peony tu sebab dah habis. On october kalau tak silap masa i beli perfume tu i ada dapat lotion dia.  Rupanya diorang tak jual size tu.  Ada dalam pump je. 

Btw i ni tak boleh orang layan baik sikit. Habislah sis cair. Sales person situ suruh i duduk nak bagi cuba sabun, lotion. Dia ajar layering . Sumpah sis good mood terus. 


dia bagi i cuba semua ni mana mungkin sis tak beli :'D



I beli dia punya sabun and lotion tengah tu i dapat free
ada jugak dua  mini perfume i dapat



by the way sebab mood dah terlalu baik kebetulan i tak belikan
hadiah bithday for bella lagi
i went to muji.I cari la baju yang i rasa comfy for her
i belikan. Hope she like it.


then of course i masuk bookstore.
cute kan this book?
lepastu i fikir i nak buat scaling sambil tu tanya pasal braces
i call clinic. Clinic  penuh so dia mintak i datang 6:30 pm
masa tu baru 4 lebih. so i decide untuk pergi spa



sampai spa. spa pun fully booked
i tak dapat full body massage.
Yang ada urut kaki je.
so i ambik urut kaki sejam




i rasa akak tu mesti annoyed dengan i.
i kuat menjerit HAHAHA
pain tolerance tak berapa tinggi


lepas massage i pergi qaarya sebab situ tempat untuk minum teh
i think qaarya owner dengan the ruumah spa ni kalau bukan collab mungkin 
ownernya sama entahlah.
Cute cute tahu tak barang dalam qaarya ni


i menahan diri dari shopping banyak sangat.
sebab i tahu pergi dentist nanti mesti pakai duit banyak

settle massage i terus ke klinik pergigian avisenna
i nak buat braces so i tanyalah doctor


me: dr braces dekat sini berapa? 

dr: kenapa cik nak pakai braces?  (angkat kening)

me: hmmmm saya rasa senyum saya tak cantik.

dr: yeke? okay cuba senyum

me : takpelah dr (gelak)

korang nak tahu tak dr ni muka dia tak macam khairul aming vibe dia macam khairul aming
sis susah nak explain. Korang bayangkan khairul aming jadi dr gigi
HAHAHA

dr tu kemudiannya terangkan face feature i normal tak ada overbite.

end up i tampal gigi and buat scaling

dr tu literally layan i macam budak umur 5 tahun
maybe dia judge dari facial expression i buat macam budak takut jumpa dr gigi


doctor cadang kan i buat bridge or veneer .

satu batang gigi rm1200 tau 

nak meninggal jap dengar .


i think esok kalau sempat i nak pergi ayu borneo la korang

itu pun kalau rajinlah eah
okaylah dah malam ni.


till then

ttyl

 una mn












January 5, 2026

Una, silat olahraga and badminton?

 






Hi  korang..


today i mc sebab tak sihat. kalau demam biasa je biasanya i akan kerja je but sakit tekak, batuk and sakit pinggang. Harini i supposed to report to my team manager. Tadi i baru tahu siapa team manager i. Team manager i L.  dia garang tau korang. sis ada sedikit bimbang. Tapi takpe kita cuba jela ya esok. 

Pagi tadi i message f bagitahu i demam and terus pergi klinik. I masuk je klinik tu i duduk dekat sofa hampir tertidur. then sampailah giliran i. okay i dah lama tak datang klinik tu. last time i pergi on august last year before i kena warded. So i terkejut sebab dr lelaki. dr tu i agak baru lepas solat subuh muka dia pun basah basah lagi. dapat patient macam tak meyakinkan je sakit sebab i senyum. I bukan apa kalau i diam muka i rbf.  takkan kita nak buat muka rbf dengan doktor nanti tak dapat mc  :'D



Doctor : puan sakit apa?

me : saya demam dah 3 hari

Doctor : continue check hmm memang demam . okay puan pusing kiri 

me :  (blur sebab lupa mana kiri mana kanan)  

dr : (dia tunjuk tangan kanan i.. ni kanan puan ni kiri sambil ketawa)

me : (nak tarik nafas hembus tak jadi sebab gelak.. sambil fikir dalam hati dapat ke tak mc ni .. macam nampak sihat je aku ketawa)

dr : okay  hmm ada sakit lain tak? (sambil senyum senyum.. )


(sis dalam hati ...haih sah la dia ingat tak sakit ni)


me: sakit pinggang jugak dr (ni memang betul sakit )

dr: puan pregnant? 

me : (tak mungkin pregnant dr. ni lemak la doctor bukan baby...saya bla bla bla. cerita my condition)

dr : oh ok... so puan buat procedure apa last year? 

me : ( me dalam hati lahhhh dia ajak berborak la pulak) tapi ceritalah sedikit sebanyak.

dr :  so period masih belum okay lagi lah? bila follow up? 

me : next month dr .. eh tapi saya rasa demam ni tak related kot dengan sakit saya tu. ni demam je kan ?


dr: hmm saya rasa puan kena ambik darah lah. (pakai glove)

me : hah?!!! taknak! 

dr: demam dah 3 hari kan. better ambik darah sikit je . tak sakit sikit je. 

me : (terpaksa redha)

dr : keluar result darah and cerita sikit


okay kat sini sis lega sel darah putih sis normal. previously tinggi.  bakteria je tinggi sikit . could be demam virus. 


dr: saya bagi ubat antibiotik. kalau lagi 2,3 hari tak baik lagi datang sini balik  

me : okay thanks dr 

dr: okay saya bagi mc. ingat tau puan... 2,3 hari tak okay kena datang balik

me: yer inshaAllah (dalam hati memang berdoa tolonglah sihat)



nervous la jumpa doctor ni even sebenarnya kita memang sakit tapi entahlah demam ni berjangkit la i rasa. 

i sumpah 3, harini tak keluar rumah . i spend my weekedn dekat rumah je.  i choose to mc today and fully rest sebab kalau tak nanti makin teruk. hopefully tomorrow getting better.  Kerja i kan kena bercakap so nak taknak suka tak suka kenalah rest betul betul . korang kat luar sana jaga kesihatan okay?


i ada terfikir nak cari coach tapi kejap lagi bergaduh pulak. sis ni jenis tak suka kena paksa + diatur. HAHAHA


tapi orang cakap kalau nak kurus kena masuk circle yang macam tu betul ke eah?

dulu sis masa kuruskan badan sebab patah hati je. sebab boyfriend curang.. sebab kena reject dengan crush. hmmm 


HAHAHAHA ee taknak taknak. kita nak bahagia tapi kita nak kurus je boleh tak . 

masa form 4 sis kuruskan badan sebab masuk tournament silat. time tu suka tak suka tiap tiap petang kena turun training. heishh tiba tiba rindu pulak. 

haa terkejut ke? tak percaya? si doraemon ni pernah masuk silat? excuse me..

sis nombor 3 tau silat olahraga sukan remaja pahang 2007 n.  gittew *tiup kuku*

budak selangor wakil pahang sebab sekolah kat pahang.

sis wakil sekolah jugak badminton 2006. tapi tula sayang tak ada video camera masa tu. budak sekarang untung tau  video waktu baby semua ada. 


okaylah ni kenapa sampai ke situ melalutnya una. okay sekian 

penatlah berlagak harini. esok lusa sis berlagak lagi eah. itupun kalau dah kurus la


sekian

doakan sis kurus cepat


yang ingin kurus macam tiang elektrik


una mn








January 4, 2026

2026 , new year new semester and apa wishlist una?

 







Hi everyone.

happy new year to all of you.  minggu ni minggu terakhir i cuti weekend. I demam dari semalam. 

Walau macam tu i still join online class.  Bulan ni start subject baru untuk semester ke 2. 

I have a lot in my mind right now. Tapi takpe kita cuba buat satu satu okay.  Esok bermula la day one  i no longer on ojt. Ojt (on job training). Shift i pun dah berubah. i akan cuti on thursday and friday. Ini maksudnya i tak boleh join my degree class lama lama. i boleh join sekejap je during my lunch hour. 

korang doakan i tau. i tengah cuba untuk kurangkan rasa insecure ni. It is not good to  punish yourself. yes you are fat but you kan tengah cuba getting better. tengah cuba lose weight kenapa nak hukum diri sendiri una. If orang fat shame you then what? you pun nak buat dekat diri sendiri  jugak hmm?


you are good enough. 

you can be better

you can lose weight!


i taknak dah rasa down macam ni lama lama. I choose me.

i choose my peace. i choose myself.


kita nak jadi sunshine untuk diri kita dulu.


apa apa pun me first.  My age getting serious but i still feel young. so dont blame me if i still wanna have fun


tidak lah jugak sis nak pergi buat benda bukan bukan. If you know me personally you know i suka random shit.

Korang sebenarnya i tengah reconsider nak pakai braces. i rasa hidup ni bila kita insecure kira boleh je fix insecurities kita tu.so buat  jela eah. Tengok la macam mana . i jadi pakai ke tak itu kita tak tahu. btw my cousin bella nak balik dah in a few days. i tak tahu  nak belikan hadiah dia apa. 


she have everything. nanti la kita fikir apa nak bagi eah. Oh btw korang suka tak header baru i?

suka ke tak? i tahu takkan ada yang comment tapi percaya tak hari hari unique visitor blog i lebih seratus orang.


bagi blog sendu macam i , 100 orang tu banyak tau.  :'D

no worries i tak kisah sesiapa pun baca. even i dont know siapa yang membaca 

tapi sedikit sebanyak buat i semangat nak menulis. 


haritu my trainer datang level  kami kerja. k the fun guy. he went to my desk and tengok i buat kerja.  luckily dia tak complain apa apa. Hahaha sis risau la sebab masa training memang dia akan cakap direct je if i buat salah. 


i tengah risau ni siapa lah team manager i esok. sesiapa pun orangnya hopefully dia professional dan penyabar. 


oh btw tahun baru korang sambut dekat mana? i pergi the curve konon konon nak tengok bunga api and teringin nak jumpa noki. tapi i end up beli buah dan balik. HAHAHA. I malas nak bersesak sesak. 


i perasan dekat story budak budak fevertts pun ada kat situ tapi sebab ramai sangat tak terserempak pulak. i saw syarul, ijan ada buat story diorang kat situ.

ijan dapat jumpa noki!  Diorang rajin tau korang banyak fan club diorang masuk. I think sebab diorang gen z energy full. sis ni millenials . masuk satu 1 club cukuplah dulu. Millenials ni suka lepak lepak coffee shop borak borak santai je. hihihi


i tengah tunggu result sem 1 i ni but i have something  important to do. Apa wishlist tahun ni? tet rahsia! 


tunggu lah okay. ada benda i dah spill sikit sikit. mungkin korang dah boleh connect the dot


lah macam tiba la perempuan ni. 

takpe i tahu ramai suka main teka teki.


welcome to the puzzle ,


till then


ttyl


 una mn


Salam Ramadan 2026 & Hadiah Dari Allah?