Hi korang...
harini finally i settlekan benda yang agak penting dalam hidup i iaitu bayar kepada malton for my home.
Jujur nya masa i call houzkey tadi kannnn i try to cancel tapi tak boleh . So i suka tak suka for 5 years i kena duduk la situ even i hate that location. Korang doakan rezeki i mewah ya. I mampu bayar and jujurnya hidup i ni hari hari fikir hmmm sempat ke aku hidup sampai tua ni? i bersyukur i dilahirkan as someone tak suka berhutang sebab i akan susah hati cuma the downsidenya inilah.
Btw i nak cuba menikmati hidup and cuba fokus pada benda yang i boleh ubah sahaja. Stress dan anxiety ni macam lari setempat. Penat tapi you tak pergi mana mana. I taknak terlalu risau sebab i yakin Allah akan bantu kalau i usaha .
so kalau i buat business apa apa kan sambil i kerja support la tau. If you guys tak beli spread the word pun okay! I sekarang tengah cuba nak keluar dari kepompong introvert chronic i ni. Yer i post selalu dekat social media tapi insecurities i tebal macam kamu dewan! Jadi mungkin kalau i fix dulu benda benda yang buat i insecure , my face , my body, my looks everything will get better? I dont know tapi kita cuba ya.
I teringin nak belajar buat video aesthetics tu . takpe kita cuba una kita boleh kita boleh una!
Anyway i rasa bersalah dengan my mom sebab i tak balik berpuasa langsung dengan dia. She must be sad. I am sorry mama anak mu busy. i plan sehari selepas my birthday i nak balik rumah mama sebab birthday tu i kena jawab final exam. Btw tadi i tanya pendapat my friend , dae career advise la sebab dulu dia content moderator jugak cuma dia dekat sg la. sekarang dia different position . I rasa stuck dengan career i tapi masa yang sama i taknak stress. dengan adanya Ai ni kan banyak jawatan at risk la. Company cutting cost tak fikir langsung kan impact dia. Yang use your product human. Purchasing power akan turun kalau semua nak rely pada AI. Ai should be helping human untuk make task easier bukannya buat orang ramai jobless! eh una emosi pulak
i dont know i sekadar meluahkan pendapat. I dah kena start fikir ni kitchen cabinet apa i nak. I mean kalau i nak jimat maybe Ikea . itu semua kita tengok dulu ya! Mana tahu nanti korang tengok una tiba tiba buat content masak pulak kan? HAHAHA. I sekarang dah lama tak masak sebabnya i masak sedap. I bukan nak berlagak tapi memang sedap untuk tekak sendiri. I tengah cuba cut calorie and sis jenis tak reti masak sikit sikit. Soooo untuk mencapai hasrat saya tak masaklah! tapi macam nak cuba tak masak nasi kita prep ayam je tengok boleh ke tak.
Okaylah korang doakan una dan segala usaha una berjayaaaa . Kita ni nak happy macam macam effort kena buat. daripada bazir effort pada orang lain . Baik guna extra effort untuk improve diri sendiri kan?
i happy sikit harini sebab even i nervous sejak semalam sepanjang puasa i dah turun 5 kg! Yihh i am so happy! Banyak kena turun lagi ni. Mana mana kawan ajak jumpa tu berilah saya rasa confident dulu ya. Buat masa ni i dont want to meet anyone . Bukan sombong . Hopefully fahami saya lah tiba!
HAHAHA.
nantila ada la cakap tu.. oh jumpa evertts nak ha.. jumpa kawan tak nak! Evertts lain la dia artis . Dia supportive and even tak tahu dia ingat lagi ke tak muka i sebab fan dia ramai . Tapi sekurang kurangnya sis tak kena emotional damage la jumpa dia. ni pun lama tak jumpa ni. komen komen jelah.
kawan ni lain sikit. kejap lagi adalah soalan una telan peti ais ke? menyampah! Lagi lagi yang kuat mengusik tu. sis sentap tau! Jadi untuk mengelakkan hati ku terluka biarlah kita jumpa masa saya dah confident okay?
okay saya dah penat bebel sini
saya nak execise dulu! doakan saya dapat 5km tonight
till then
ttyl
una mn

No comments:
Post a Comment