Hi,
actually i sebenarnya dalam process berfikir. dengan jadinya perang semakin rasa macam risau. I know rezeki Allah janji dah tapi sebagai manusia biasa risau tu tetap ada. Dengan segala kos meningkat kan. Dan i kena tanggung semuanya seorang diri i dont know the right thing to do. Rumah tu dah siap. I kena ambik kunci. Kena check defect. Kena start cari mover . Kena start pack barang yang penting dan so many thing . Tbh i suka kalau dapat pindah rumah sendiri. Dapat swimming dapat pergi gym hari hari . tapi kan i tengah tak suka my current job. Korang doakan ye i dapat kerja yang i boleh work from everyday or hybrid pun tak pe. I dont have energy to actually commute to work everyday. So exhausting and dengan naiknya harga minyak nanti i think it's not possible.
I sedar masalah i mungkin tak sebesar masalah orang lain . I masih ada kerja masih boleh makan. untuk itu syukur alhamdulillah. I nak mentally prepare for the worst. Kadang kadang i rasa macam elok mati je awal tapi dosa aku banyak pulak HAHAHAHA
dunia ni penat ....sangat penat . Tapi tu la sebab sedar diri sendiri ni banyak dosa tak tentu masuk syurga lagi so hadap jela kan penat dunia ni. I nak hadapi semua ni dengan tenang, dengan ceria . tak mahu mengeluh macam ni. Sebab bila i mengeluh i rasa i tak bersyukur dengan Allah. faham tak apa i rasa?
banyak kali i pujuk hati sendiri . sabarlah una sabar. Ni semua dunia .
btw here the sweet part
dekat office kan i dah beritahu my batch mate decision i nak resign. Even i belum dapat kerja lagi . I cakap once i dapat i nak berhenti. diorang sedih tapi diorang supportive
S terutamanya. S indian guy yang i rapat dekat tempat kerja. 10 years younger than me tapi sangat mature compared to me. Everytime i stare dekat screen kalau dia duduk sebelah dia ketuk cermin tanya i okay ke tak. I rasa kan tempat kerja ni rezeki i kawan kawan baik. Even i tua dari diorang . diorang layan i macam baby . I will miss you guys kalau i resign nanti . Sayanggggg korang.
few days ago kan i burn out gila i ambik flexi 2 jam balik awal siapkan assignment. Before balik tu ada 1 pending case (which i cant disclose case apa) i kena follow up that case. Ada this one manager first impression i kat dia .. dia garang maybe suara dia kot. Tapi semalam i tak ada choice . tak ada orang lain i boleh tanya.
me : K can i ask you something?
K : (pandang i ) yes iris?
me: (explain about the situation) i dah email semalam tapi tak dapat reply la. kalau ignore ni mesti kena marah nanti
i ingat dia akan annoyed or marah. tapi tak. somehow orang yang muka garang ni la yang baik korang. dia senyum .
K : iris .. come here jauh sangat tu kenapa. come here i show you.
i gerak dekat sikit and he show me everything. weh benda ni kan korang i tanya another manager diorang tak layan i tau. Diorang suruh i cari sendiri. Tapi dia tak dia tunjuk satu satu. I have so much respect for team manager macam dia. yang tak belittle orang. Yang tak buat i macam orang bodoh even mungkinlah i i bodoh tapi he just show me that he deserved to be leader.
K : faham dah ?
masa dia explain tu a bit laju... i faham tapi tak ingat sebab laju sangat and angguk angguk padahal tak ingat.dia terus taip dekat email step one by one and send me email. I sumpah rasa nak sujud syukur. Nikmat tuhan manakah yang kau dustakan una?
Me: thanks k**** ! (mata sis dah berair terharu sebab case tu pending 2 hari tak ada orang ajar tiba tiba ada orang ajar. i cakap thank you dekat dia banyak banyak )
K : it's okay iris. anything tak tahu tanya je.
K ni bukan nama sebenar dia obviously just like iris is not my real name. K ni bukan trainer i yang initial K tau. Ni one of manager situ. I think dia gen z . Sebab ni la saya sayang gen z. work life balance ada and even i millenial i suka orang yang tak buat i rasa i bodoh. Oh i rasa kan dia kesian dekat i kot. sebabnya sehari sebelumnya i menangis nangis kena marah dengan my own manager.
I tak suka la menangis ni. I rasa dia nampak sebab masa i tengah menangis tu sebab memang dia lalu lalang masa i kena marah tu. Maybelah dia rasa ala kesiannya doraemon ni kena marah.
HAHAHAHA kla korang i nak naik treadmill ni. doakan i cepat kurus. I nak jadi wanita kurus cantik berjaya kaya raya walaupun dunia dah nak perang. senang sikit nak lari . Kalau gemuk susah nak sorok kan? Buat masa ni i masih gemuk dan jangan risau tak ada niat nak riak . kalau kurus minta mintak saya humble. i baru lose 24 kg long wayyyyy to go. Buat masa ni lemak dekat pipi saya masih mahu stay.
tak mengapa . apa pun saya doakan semua silent reader happy baca blog saya!
sekian
yang ingin kurus cantik macam siti khadijah halim
una mn

No comments:
Post a Comment