March 26, 2026

Closure

 


Thank you for the closure. It means so much to me . I get the closure that i need. I am sorry i dont know that you're struggling.  Just know that i will always pray for your success and happiness. I respect your decision and i'm truly sorry for the chaos . I mean no harm. InshaAllah i follow your advise. Hopefully apa pun problems yang you ada Allah mudahkan dan selesaikan for you. I cant dm you anymore . I am keeping my promise. I tahu maybe you tak baca pun. Just know that in this short while i happy. I happy to get to know you. Maybe for you it is a mistake for me it is not. Just know that your presence made me feel better. I always  struggles with my insecurities. When i see your post it just boost my spirit untuk be better in life . Untuk overcome my insecurities. I tak pernah harap  anything from you. Sikit pun tak pernah because i know my place . It just i look up to you. I takkan invade your personal space . I respect your decision. I hope you tak marah kalau you baca . This is me trying to regulate my emotions.


March 25, 2026

Hilang 1 beban fikiran

 

Hi all

So i finally did benda paling susah i nak buat.



Syukurnya i rasa hilang satu beban fikiran. Sebab i banyak open tab dekat kepala. So hilang 1 i lega. Call me stupid i dont mind  I know i have to bear the consequences every action i buat. So let's be it. Jujurnya sedih bukan sebab the answer . Sedih sebab i hilang kawan. 

 Faham tak?  Tapi takpelah apa yang dah jadi dah pun jadi. Korang doakan i sihat i happy and dapat capai target i . Amin. This year macam tak ada apa sangat. Most likely untuk rumah i la. 


Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Amin!!!

March 22, 2026

Diary 2026, una love language and fav online motivator?

 



hello everyone

selamat hari raya maaf zahir batin. first of all i nak ucapkan sorry pada semua yang i pernah sakiti secara sengaja atau tidak. Semalam i dah personally minta maaf  to my friend sorang sorang i dm. Ya sorang sorang i dm.  I happy sebab  i tak suka ada bottle up feelings. Biarlah kita hidup ni hati kita tenang. Jangan cari musuh . Orang  benci kat belakang tu bukan urusan kita dah kan? Yang penting you buat salah u kena minta maaf. 


Oh fyi...  raya tahun ni  i tak dapat cuti. memandangkan i punya batch pun tak cuti juga and dia duduk bilik sewa tak boleh masak i jadi kesian. I mean mesti dia rindu nak makan rendang. my love language towards people i care about kan i rasa semua.(words of affirmation + action + physical touch ) Sebab saya memang tamak. If i care for you . you will know. one of it i akan masaklah kalau kita duduk dekat. Love ni tak semestinya partner tau. Love can be for friends too kan? I tak ramai kawan . i ramai kenalan. Very few yang rapat. Yang kat tempat kerja ni i taklah rapat jugak tapi i selesa jadi diri sendiri dengan diorang. So sehari before raya habis je kerja i pergi beli barang nak buat rendang and kuah kacang.


21/3/2026

Pagi pagi sampai je office i dah suruh Ash try my food. She love it and tambah banyak kali . lepastu i sambil sambil tunggu call i letak dalam mangkuk plastic bagi manager yang ada dekat floor . i bagi isaac, brian and then ada one of the oic i tak kenal tapi dia melayu kesian dia tak raya so kita bagi dia jugak.  I  cakap jujur i tak suka sangat rendang ayam . tak ada rendang ayam pun okay sebab i pagi raya suka nasi impit and kuah kacang je. Tapi sebab i nak raya tahun ni tak suram i buat jugak for my friends. I am so happy everyone love it. Especially my indian friend ; S 

S: irisssss you should leave this office now and buka kedai makan

me: you puji i betul betul ke ni?

S: i undertands kalau u fikir i sengaja puji tapi u tengok berapa kali i dah tambah . 

me : aww thank you

benda macam ni pun dah made my day dah! HAHAHA. even tahun ni i tak dapat balik ziarah kubur arwah abah, opah atuk, pakngah dan makngah tapi doa i inshaAllah sampai kan?

lately kan i macam tak cukup rest sebab i overthinking about my future. if korang nampak i sedih sedih tu that might be the reason. if personal life tu iykyk i dah totally over it. Otak i ni sentiasa fikir how to make money? how can i be a best version of myself? physically mentally especially career la. so untuk counter that feelings i banyak la tengok video video motivate i . I divert my mind macam tu la. 




so i suka tengok video from hadi luqman.  video dia best and dia punya tagline 

" Never  waste your potential , go be great!" Ahhh i sukaa. i mean dia macam boost my spirit . I rasa betullah orang cakap  kita kena protect our energy and choose your circle wisely. Kalau kita kawan dengan orang yang jual minyak wangi inshaAllah kita akan wangi sekali.


selain hadi luqman  i suka tengok video ustazah ni dari singapore. nama dia hidayah and she is actually dae's sister. One thing i suka about her video ialah her soothing voice and sangat soft to me. i kan tak suka my current workplace so i selalu down because of that tapi tu la life gonna be so hard kalau you asyik asyik ulang ulang benda negative dalam kepala you. You suka ke you tak suka ke this is your life. Make most of it kan? Mana ada orang hidup tak ada masalah .  

Oh btw haritu masa dae's live dia ada promote ada event tak silap i next month . Ada launching buku. kalau korang free nak pergi singapore boleh la join event tu nanti ada bunga juga from flowernap. I pun nak buku tu cuma i suruh dae post jela. korang nak tahu more pergi la page hidayah ni tau. 

so these two i selalu tengok. Ada jugak yang lain. Hadi impactful dari segi motivation dia bagi untuk kejar impian i . Hidayah dari segi spiritual. And my friend dae i think dia secara tak langsung motivate i nak lose weight sebab dia selalu share video dia pergi gym. Being consistent is hard especially foodie like me. Ni pun raya i dah risau dah . Mujur i tak balik rumah mama lagi. Setakat ni i cuba kalau tak boleh everyday 3 times a week. Tapi saya nak cuba everyday and see how. 


btw korang tadi i cuba live and sorfee masuk live i . I tanya dia 


me : sorfee ... you nak tak jadi my sample? 

sorfee : nakkkkk

i happy betul. btw sorfee ni budak sg jugak i rasa dia early 20's i pun lupa umur dia berapa tapi 20's . so i akan buat one tiktok account post about that story. i dah ada idea dah pun sebab sorfee remind me masa i 20's .  muka i tak samalah macam dia. obviously she's prettier i ni kentang je. Tapi rambut i  panjang soooo i guess kita akan cuba kejap lagi. 

korang nak tahu tak i ni nak final exam tau tapi otak i ni memerlukan ketenangan . masa i menaip blog ni i dekat one utama. i beli bunga tadi. nak tengok?



i beli 2 sebab i saja nak support small business.
this remind me of my arwah opah. Kalau dia nampak ni mesti dia suka
kalau i boleh jujur i tak kenal bunga sangat
i maybe cam a few la yang common. 
Macam sunflower, rose, daisy.
i even pernah confuse bunga tulip dengan rose.
Satu lagi sebab kenapa i beli sebab seller ni cakap bunga ni senang jaga. 
seminggu sekali je siram.  

oh pasal cerita i nak tulis tu i belum ada title dia apa tapi i dah ada jalan cerita i nak buat. sorfee will be sophia. Lead dia siapa?
hmmm i tengah cari nama . Sample main lead dia ambik dekat pinterest je .
jangan risau cerita i slowburn. i tak suka cerita yang tiba tiba terus khawin.
uh uh no.


muka dia hmm i tak tahu. HAHAHA 
i tulis suka suka je. kalau ada orang baca i publish .
tak baca pun takpe . 


okay tu je la korang

till then


ttyl 

 una mn







March 16, 2026

Finally Feel Like Me Again

 





Hi korang... 

harini finally i settlekan benda yang agak penting dalam hidup i iaitu bayar kepada malton for my home. 

Jujur nya masa i call houzkey tadi kannnn i try to cancel tapi tak boleh . So i suka tak suka for 5 years i kena duduk la situ even i hate that location. Korang doakan rezeki i mewah ya. I mampu bayar and jujurnya hidup i ni hari hari fikir hmmm sempat ke aku hidup sampai tua ni?  i bersyukur i dilahirkan as someone tak suka berhutang sebab i akan susah hati cuma the downsidenya inilah.


Btw i nak cuba menikmati hidup and cuba fokus pada benda yang i boleh ubah sahaja. Stress  dan anxiety ni macam lari setempat. Penat tapi you tak pergi mana mana. I taknak terlalu risau sebab i yakin Allah akan bantu kalau i usaha . 

so kalau i buat business apa apa kan sambil i kerja support la tau. If you guys tak beli spread the word pun okay!  I sekarang tengah cuba nak keluar dari kepompong introvert chronic i ni. Yer i post selalu dekat social media tapi insecurities i tebal macam kamu dewan!  Jadi mungkin kalau i fix dulu benda benda yang buat i insecure , my face , my body, my looks everything will get better? I dont know tapi kita cuba ya.

I teringin nak belajar buat video aesthetics tu . takpe kita cuba una kita boleh kita boleh una! 

Anyway  i rasa bersalah dengan my mom sebab i tak balik berpuasa langsung dengan dia. She must be sad. I am sorry mama anak mu busy.  i plan sehari selepas my birthday i nak balik rumah mama sebab birthday tu i kena jawab final exam.  Btw  tadi i tanya pendapat my friend , dae career advise la sebab dulu dia content moderator jugak cuma dia dekat sg la. sekarang dia different position . I  rasa stuck dengan career i tapi masa yang sama i taknak stress.  dengan adanya Ai ni kan banyak jawatan at risk la.  Company cutting cost tak fikir langsung kan impact dia. Yang use your product human. Purchasing power akan turun kalau semua nak rely pada AI. Ai should be helping human untuk make task easier bukannya buat orang ramai jobless! eh una emosi pulak


i dont know i sekadar meluahkan pendapat.  I dah kena start fikir ni kitchen cabinet apa i nak. I mean kalau i nak jimat maybe Ikea . itu semua kita tengok dulu ya! Mana tahu nanti korang tengok una  tiba tiba buat content masak pulak kan? HAHAHA. I sekarang dah lama tak masak sebabnya i masak sedap. I bukan nak berlagak tapi memang sedap untuk tekak sendiri. I tengah cuba cut calorie and sis jenis tak reti masak sikit sikit. Soooo untuk mencapai hasrat saya tak masaklah! tapi macam nak cuba tak masak nasi kita prep ayam je tengok boleh ke tak. 


Okaylah korang doakan una dan segala usaha una berjayaaaa . Kita ni nak happy macam macam effort kena buat. daripada bazir effort pada orang lain . Baik guna extra effort untuk improve diri sendiri kan?


i happy sikit harini sebab even i nervous sejak semalam sepanjang puasa i dah turun 5 kg! Yihh i am so happy! Banyak kena turun lagi ni. Mana mana kawan ajak jumpa tu berilah saya rasa confident dulu ya. Buat masa ni i dont want to meet anyone . Bukan sombong . Hopefully fahami saya lah tiba!

HAHAHA. 

nantila ada la cakap tu.. oh jumpa evertts nak ha.. jumpa kawan tak nak! Evertts lain la dia artis . Dia supportive and even tak tahu dia ingat lagi ke tak muka i sebab fan dia ramai . Tapi sekurang kurangnya sis tak kena emotional damage la jumpa dia. ni pun lama tak jumpa ni. komen komen jelah.


kawan ni lain sikit. kejap lagi adalah soalan una telan peti ais ke? menyampah! Lagi lagi yang kuat mengusik tu. sis sentap tau! Jadi untuk mengelakkan hati ku terluka biarlah kita jumpa masa saya dah confident okay?



okay saya dah penat bebel sini

saya nak execise dulu! doakan saya dapat 5km tonight


till then


ttyl 

 una mn



March 14, 2026

Bittersweet March

 








Hi,

actually i  sebenarnya dalam process berfikir. dengan jadinya perang semakin rasa macam risau. I know rezeki Allah janji dah tapi sebagai manusia biasa risau tu tetap ada. Dengan segala kos meningkat kan. Dan i kena tanggung semuanya seorang diri i dont know the right thing to do. Rumah tu dah siap. I kena ambik kunci. Kena check defect. Kena start cari mover . Kena start pack barang yang penting dan so many thing . Tbh i suka kalau dapat pindah rumah sendiri. Dapat swimming dapat pergi gym hari hari . tapi kan i tengah tak suka my current job. Korang doakan ye i dapat kerja yang i boleh work from everyday or hybrid pun tak pe. I dont have energy to actually commute to work everyday. So exhausting and dengan naiknya harga minyak nanti i think it's not possible.


I sedar masalah i mungkin tak sebesar masalah orang lain . I masih ada kerja masih boleh makan. untuk itu syukur alhamdulillah. I nak mentally prepare for the worst. Kadang kadang i rasa macam elok mati je awal tapi dosa aku banyak pulak HAHAHAHA


dunia ni penat ....sangat penat . Tapi tu la sebab sedar diri sendiri ni banyak dosa tak tentu masuk syurga lagi so hadap jela kan penat dunia ni.  I nak hadapi semua ni dengan tenang, dengan ceria . tak mahu mengeluh macam ni. Sebab bila i mengeluh i rasa i tak bersyukur dengan Allah. faham tak apa i rasa?


banyak kali i pujuk hati sendiri . sabarlah una sabar. Ni semua dunia .


btw here the sweet part

dekat office kan i dah beritahu my batch mate decision i nak resign. Even i belum dapat kerja lagi .  I cakap once i dapat i nak berhenti. diorang sedih tapi  diorang supportive


S terutamanya. S indian guy yang i rapat dekat tempat kerja. 10 years younger than me tapi sangat mature compared to me. Everytime i stare dekat screen kalau dia duduk sebelah dia ketuk cermin tanya i okay ke tak. I rasa kan tempat kerja ni rezeki i kawan kawan baik. Even i tua dari diorang . diorang layan i macam baby . I will miss you guys kalau i resign nanti . Sayanggggg korang.


few days ago  kan i burn out gila i ambik flexi 2 jam balik awal siapkan assignment. Before balik tu ada 1 pending case (which i cant disclose case apa) i kena follow up that case. Ada this one manager first impression i kat dia .. dia garang maybe suara dia kot.  Tapi semalam i tak ada choice . tak ada orang lain i boleh tanya.  


me : K can i ask you something?

K :  (pandang i ) yes iris? 

me: (explain about the situation) i dah email semalam tapi tak dapat reply la. kalau ignore ni mesti kena marah nanti

i ingat dia akan annoyed or marah. tapi tak. somehow orang yang muka garang ni la yang baik korang. dia senyum . 

K : iris .. come here jauh sangat tu kenapa. come here i show you. 

i gerak dekat sikit and he show me everything. weh benda ni kan korang i tanya another manager diorang tak layan i tau. Diorang suruh i cari sendiri. Tapi dia tak dia tunjuk satu satu. I have so much respect for team manager macam dia.  yang tak belittle orang. Yang tak buat i macam orang bodoh even mungkinlah i i bodoh tapi he just show me that he deserved to be leader.


K : faham dah ? 

masa dia explain tu a bit laju... i faham tapi tak ingat  sebab laju sangat and angguk angguk padahal tak ingat.dia terus taip dekat email step one by one and send me email. I sumpah rasa nak sujud syukur. Nikmat tuhan manakah yang kau dustakan una?


Me: thanks k**** !  (mata sis dah berair terharu  sebab case tu pending 2 hari tak ada orang ajar tiba tiba ada orang ajar. i cakap thank you dekat dia banyak banyak )

K : it's okay iris. anything tak tahu tanya je.  


K ni bukan nama sebenar dia obviously just like iris is not my real name. K ni bukan trainer i yang initial K tau. Ni one of manager situ. I think dia gen z . Sebab ni la saya sayang gen z. work life balance ada and even i millenial i suka orang yang tak buat i rasa i bodoh. Oh i rasa kan dia kesian dekat i kot. sebabnya sehari sebelumnya i menangis nangis kena marah dengan my own manager. 


I tak suka la menangis ni. I rasa dia nampak sebab masa i tengah menangis tu sebab memang dia lalu lalang masa i kena marah tu. Maybelah dia rasa ala kesiannya doraemon ni kena marah.

HAHAHAHA  kla korang i nak naik treadmill ni. doakan i cepat kurus. I nak jadi wanita kurus cantik berjaya kaya raya walaupun dunia dah nak perang. senang sikit nak lari . Kalau gemuk susah nak sorok kan? Buat masa ni i masih gemuk dan jangan risau tak ada niat nak riak . kalau kurus minta mintak saya humble.  i baru lose 24 kg long wayyyyy to go. Buat masa ni lemak dekat pipi saya masih mahu stay.

tak mengapa . apa pun saya doakan semua silent reader happy baca blog saya! 

sekian


yang ingin kurus cantik macam siti khadijah halim


una mn









March 9, 2026

I wish you well and sambung menulis?

 







Hi..

it's me again . i just want to say how grateful i am because even after what happened i still have someone that genuinely care.  thank you for checking up on me. Dont worry i read room and i wont overboard. I memang supportive and i dont expect anything from you. I takut kalau you rasa terbeban dekat kepala. I know  all you want is peace . So may Allah bless you with wealth , good health and happiness.  I will continue support you and wish you well for your business sebab i memang suka tengok orang ada passion, ada discipline and you have that quality. Business is hard especially when you still have your 9-5 and jual bunga pulak.but i believe everything we do semua susah in the beginning.  Sebab i percaya kita melayu islam kena kaya. Kena ada business . tak kisah business apa pun janji halal.


By the way i am quite terharu because someone just told me that something that i need to hear. He asked for my blog link and i bagi. Like a brother i never had. I wish you happiness too. Thank you for being  my sunshine .  Quite respectful and even dia non muslim dia siap pesan suruh iftar.  When i talk to him i felt like macam i tengah cakap depan depan.  Friendly macam evertts. Thank you dany. Thank you doakan i boleh touch snow. InshaAllah kalau Allah izinkan i akan pergi next year amin !


oh talking about evertts right i saw his tweets few days ago. I rasa kesian dekat dia. He must be busy. Sebab emotionally dia pun macam tak okay. I tak rasa evertts baca ni but i just wanna say  i wish you well too everts. I understand that you need time. Take as much time as you want to heal. I dont know exactly what happened tapi  knowing you and pernah sembang dengan you and tahu you actually an introvert  i get you.  Recharged la okay . 


I sebenarnya  tak sabar nak tukar kerja. i nak join event macam yang lain. seronok tau i tengok budak budak fevertts ni almost everyday ada je event diorang pergi .  Sometimes everyweek. I love their energy  so much.  especially tiqa punya supportive tu.  I need to get back on track la guys. I cant be sad like this forever. I think being sad makes me jadi into low vibration .


Lepasni i nak ajar diri sendiri supaya lower my expectations, dont get too comfortable,  to avoid heartbreak macam ni. Dah jadi macam ni siapa susah? and most importantly  just own up to your mistakes and apologize . Which i dah buat dah.I said my peace.  Disclaimer dulu incase anyone baca. I dont blame any of you sincerely  i know puncanya i. salahnya i bukan you guys. So it's okay . I hope we are even now. 


oh i tak buat lagi ni e filing kejap lagi i nak buat. And i read somewhere dekat thread about tips turun berat. 5km eah each day. saya cuba. sekarang ni maximum 3km je i boleh buat. Haruslah saya buat kejap lagi.  Tadi i  dah beli warna rambut my psiorisis macam better dah sikit but still i nak warna rambut i jugak. cuba teka warna apa? Warna deep purple! Idk i felt pretty when my rambut colour ni. I rasa macam brand new person. 


okaylah itu je kot i nak cerita. I think  i bersyukur Allah bagi i rasa suka menulis. I can do some other crazy shit  tapi naluri i .. i menulis. Oh btw i think i nak tulis balik novel of course no sample to avoid benda macam ni berulang. Apa eah i patut tulis?  I tak suka cerita sedih sebab hidup dah cukup sedih,


I nak benda happy je. I guesssss i might start  tonight after my 5km . We see how. Nama pena i?

rahsia mana boleh bagitahu! HAHAHA. 


k lah 


yang taknak lagi sedih sedih

ttyl


 una mn



Bro drank magic potion? Quiz dapat full mark!

 





Hey..

to my silent readers please jangan terkejut kalau ada banyak entry . I tengah go through something yang i kena process the feelings cepat cepat. The only thing i can do ialah menulis. I think i nak tulis novel tanpa sampling anyone dah . So i will get over this heavy feelings cepat cepat. by the way  i harini kena daftar muet.  now i tengah siapkan indvidual assignment which is think and share for both subjects.  I ingatkan midterm dah bukak . if possible i nak siapkan semua  harini. maybe later i nak keluar jugak. I think being stuck at home will make everything worse. 


I kinda surprised i dapat full marks quiz yesterday for both subjects . quiz dia 40 question for each tau. adakah ini bermakna saya function properly ketika stress? because when stress take over there are no enough space for me to even doubt  about my answer?  tapi kalau boleh ya Allah .. biarlah i dapat full marks even i tengah happy. I mean i want to enjoy this learning process. 

can i enjoy it ? I guess with whatever happened yesterday it seems like i dont have a choice. and to those that checking up one despite of being farrrrr away... and the time difference i would like to thank you. she asked her sister to text me. You are so sweet.


And dany.. all this time  i sumpah ingat dia muda dari i. T_T bro drank magic potion i guess.  He  is 7 years older . Weh gilaaa.  Is it because of the air quality in singapore is different? idk. We both aries only that he is april aries and i march aries.  and  think i that's why we clicked. i told him because we both feelers !


lah feelers?  empath i mean.  I infj-T and aries march. What a good combination  HAHAHAHA. 


btw i tengah shoot my shoots (cari kerja baru) I think one of the reason i  am such miserable person now because i hate my job. I dah buat conclusion. Why? masa i dekat bytedance i was soooo much happier. I mean  kerja tu kena banyak baca sometimes masa cuti pun i buat kerja tapiiiiiiii  never ever i feel pressured like this. I even consider to (switch off) yesterday. No worries i am okay now.. it just that yesterday i cant process things.   I am sinner i sin a lot . but i know that no matter how  bad you are you still kena solat. 

This place tak ada designated area untuk i solat. I feel bad. 


okay? now marilah kita fix benda yang paling crucial ini dulu then later we can focus on  any other things .


i harap midterm bukak la harini because esok i masuk office and malam esok i ada class jugak. Mesti tak sempat nak  buat apa apa. Mari kita berdoa i dapat siapkan assignment harini jugak so i can  go out later and have fun



see yall



ttyl

una mn







March 8, 2026

Losing my safe space

 



Hi,

its me again . since i cant keep kacau orang lain. I already  apologize to D personally. I cant cerita in detail what happened . He seems too  chill like it's nothing.He said it's not that bad. But deep down i felt terrible. i cried dari pukul 12 lebih tadi sampai sekarang. 

dany advise me jangan buat benda bodoh. because istg i  almost buat benda bodoh  harini. With what happened in my life past few months ... i think this is like a final straw. 


i already deleted "my work" out of my respect to him. i dont think he read this. But if you do i mean no harm. I'm just writing  to divert my mind. I tak tahu lah kenapa i rasa bodoh sangat sebab this simple mistake cost me  a safe space yang i sangat comfortable.  I think i cant be selfish. I cant be there. it's gonna be awkward if i am still there even my initial reason masuk pun because i nak support my fav gamer je but along the way i made girl friends yang suka sangat bercakap dengan diorang hari hari. But good things akan berakhir jugak i just dont expect it's gonna be so soon. 


Hmmmm okaylah  ini adalah fresh start maybe a lesson for me to not "sample" anyone without their consent.  Okay i nak siapakan assignment. From now on my focus is on me . and only me



till then


ttyl


 una mn




Friendship break up?

 






I finally accept that i am not meant to have friends.

I made a huge mistake today. That cost me a friendship. 

She was part of my daily routine yang i selalu cakap sepanjang 2 bulan ni. I tak boleh cerita in detail but my heart hurts like hell. I text her she didnt reply.


It's okay since thing cant be undone and i have to respect her decision to walk away. Maybe she's too dissapointed with me. I guess no more raya in discord dah. I will spend my raya at work. I dah buang link blog ni dari my instagram and  tiktok. I will miss talking to you guys daily.

There is no one to be blame but me. And i already say my goodbye to them. And entahlah my gut feelings rasa they seems happier without me?

Thank you for making me happy in this short period.

Ttyl


Una mn

March 5, 2026

Processing Thoughts And Dunia Dah Nak Kiamat ke?

 





Hi everyone 

korang buat apa? okay tak payah jawab. Ini bukan discussion. Okay hmm sebenarnyakan i tengah cuba process perasaan yang dikala ini ada banyak benda i kena buat. I tulis ni untuk regulate emosi i.


secara jujur i panik. I dah nak masuk rumah baru tahun ni. sebelah hati cakap una teruskan je jangan jual. sebelah lagi i takut. Yang rapat yang tahu cerita i tahulah kenapa i takut.  Jadi adult with commitment ni bukan mudah.  lagi lagi kalau semua benda you kena fikir and settle sendiri. Impian i dari dulu nak ada bussiness sendiri tapi i stuck 2 things. Duit and concrete plan. I tahu yang sebenarnya kita tak boleh cerita impian kita dekat orang tapi i dont care la dunia ni macam dah nak kiamat dah pun soooooo...

at least netizen harus tahu apa plan saya HAHAHAHAHA

okay korang i ni kan walaupun nampak macam orang tak serious tapi i think far beyond this  time sampai kadang kadang i lupa nak enjoy the present. 


Korang tahu kan dengan apa yang berlaku kat dunia sekarang you tak boleh pencen. Kenapa i cakap macam tu? okay inflation ni every year berlaku tak kisah la kau duduk negara mana pun. 


So kalau you government servant ke, you banyak duit dalam account ke itu tak menjanjikan apa apa. Sebab duit makin hari makin hilang nilai sebab tu cuma paper. So yeahh simpan la emas ye.


ni i sumpah i bukan agent ke dealer emas ke bukan . selain simpan emas i rasa the best thing to do ialah buat business yang akan kekal relevant tak kisah macam mana pun dunia berubah. Sebab money tak boleh sit money kena berputar. duit yang duduk diam tak bantu you apa apa


okay disclaimer lagi i bukan manusia yang suruh you masuk saham ke apa ke no.  I am a  firm believer benda macam tu semua boleh exploits. So  sekarang ni i kan  makin hari makin tua. even i tak tahu hidup i berapa lama lagi tapi i ada 1 goals yang i harap Allah tunaikan iaitu sebelum i mati biarlah hutang i semua selesai. itu menjadi punca kenapa i stress . Sebab rumah i mahal. I kinda regret  that i bought that house. 

Kenapa? sebab kan perasaan berhutang ni tak seronok hati tak tenang. faham tak? i dah fikir macam orang tua. I nak peace of mind. I want land of my own . Build my own house.  The only thing yang buat i excited untuk rumah tu ialah ada gym and swimming pool tu je. Other than that tak ada benda i excited sangat. 


Korang doakan apa pun pilihan i lepas ni biarlah tepat dan semoga impian i nak ada business sendiri terlaksana. I cant do this forever. I kan walaupun dah nak masuk 35 this year i  masih rasa banyak benda i nak explore dalam dunia ni. So itulah bila jiwa kita macam kanak kanak lepastu kita stuck dengan responsiliblities sebagai adult with commitment inner kid kita menjerit jerit 


apa pun una.. i am doing this for you. Little una. I hope i make you proud. I hope walaupun nanti i dah berkedut dah tua little una inside will be proud of me.





okay la korang i nak study ni malam ni ada  2 class until 12.

see you when i see you 


ttyl

Una Mn



p/s: Una is my name Mn is my father name Mohd Nasir . Bukan Una Man eah.



March 4, 2026

Good News In My Birth Month, Hello March!

 






Hi guys

updata kalini simple je . i tak nak cakap apa i rasa happy syukur pada Allah. Tak sia sia tak cukup tidur. Menangis buat assignment . terima kasih ya Allah. i know semua ni Allah bagi pinjam je







i dapat 4 flat guys!!! 

i paling tak sangka accounting tu la. sis paling tak suka subject tu. tapi  ini namanya rezeki tuhan. tetaplah gembira walaupun dunia tengah di ambang perang dunia ke 3.  tak ada apa i nak cakap sangat cuma i wish i can share this happiness with my arwah abah, opah atuk. tapi diorang tahu dah kot kan?

rindulah. i share this result dengan my colleague. They are so supportive sayang korang.  Ada kawan office reach out to me bila tahu i buat degree.  I tak sangka korang looking up for me. I pernah rasa down . pernah rasa tertinggal sebab i buat degree lambat. Tapi bila i fikir balik why una? why you nak fikir macam tu? i  guess apa orang cakap pada i tu betul. I terlalu  inginkan kesempurnaan sedangkan kita mana yang ada yang sempurna kan?


Ada hikmah Allah bagi i belajar umur macam ni. dengan apa yang jadi belajar ni a great distraction for me. Dengan i tak suka tempat kerja sekarang i nak sedih pun kena buat schedule. Okay harini aku kena sedih 10 minit.  so 10 minit aku kena cry. 


HAHAHA


i tak tipu i memang camtu. i guess tak adalah unik pun . Adult memang macam tu kot.  Haritu kan masa i mc sebab i period pain i overthinking, i nak balik tu i cakap dengan. manager  sambil menangis menangis.


Cuba teka berita apa i dengar dekat office sekarang? orang cakap i manja. Korang tak tahu ke menangis tu bagus untuk kesihatan otak. I tak peduli korang nak annoyed ke apa. i need to cry.


kadang kadang adalah i risau jugak tapi mehhh nobody care about you that much kan?

no matter how close we are semua orang ada struggle masing masing. So you do you . Hmmm kebetulan i dah order bunga dari dae for my birthday. I rasa i nak hadiah extra untuk diri sendiri. Apa eah?

should i get a new ring? ring i pun dah patah.  I told my friend S about it . she said itu bad omen.

i was like ( tell about it girl) . I nak cincin emas putih weh. I ada satu i suka gila tapi astaghfirullahalazim. 

this one i minat dari i masih bercinta dengan ex. I tak pernah la harap sesiapa bagi cincin ni. If one day i kaya i will buy one.


it's blue sapphire ring . Blue dia cantik gila. i try cari yang murah tak jumpa. masa i tengok tu around 2014 i guess. Harga dia rm40k. I told my cousin about it. She said i have expensive taste.  Nak buat macam mana dah lawa HAHAHA. tapi i tak memaksa la. ada rezeki beli tak ada rezeki nanti kat syurga kita minta Allah.


oh kita berbalik kepada result sem 1 tadi. Korang doakan i yang tengah banyak benda difikiran ni diberi ketenangan.  I rasa masa i semester 2 ni banyakkkkk gila benda yang tak terluah tapi i bersyukur ada orang orang yang mungkin tak sedar kerenah diorang , sembang dengan diorang buat i happy. I know thatcircle kita ni temporary je. Kita akan jumpa banyak temporary people dalam hidup kita  and please know that if one day kita semua caught up with life and korang semua dah khawin busy dengan family you guys pernah buat seorang una , a millenial yang maybe jarak umur 7,8, 9 tahun dari korang happy. I wish happiness to each and everyone of you. 




okaylah ,

tiba tiba sebak 


till then


ttyl


 una mn



Closure