May 7, 2012

kenangan mencuit hati , menggeletek jantung dan limpa ;P

okay harini adalah hari pertama una memegang stereng dalam erti kata sebenar dan lainnnya ialah memandu. 
susah jugak kalau tak tokmaninah dalam berkata-kata . senang ceritalah  hari ini hari pertama saya belajar memandu  dan saya amat gembira sekali. *sambil bertepuk amai-amai dengan jiran tetangga*
so di pagi-pagi hari dengan semangat preve *sepatutnya waja tapi tak best asyik2 waja sekarang zaman preve kan? * 


preve yang comel :)

tapi secomel-comel preve  saya tetap menyukai  yang bawah ini :)

oh my toyota ngeh3 :P


una bersiap-siap dengan ala kadarnya pun . siap punya siap abah pun hantar la una ke tempat ambil lesen. kat tempat ambik lesen tersebut pulak ade orang bawak una ke tempat sebenar latihan kereta. tiba-tiba una baru sedar una tak pakai kasut bertutup . mampos la jugak ye sedara sedari sekalian? tempat tu agak strict sikit. kalau dia kata pakai kasut bertutup maka bertutupla jua kiranya yang dikehendakinya. tak  kiralah pakai kasut vern ke,vincii ke, nose ke,jimmy choo ke, kalau udah dia hendak bertutup maka tiada siapa jua pun boleh membantah . *cewah2 melebih nampak?* TAPI memang betul pun. mujur dekat situ ade kasut sarung spare. maka una pun dengan gedik alahai menyarung kasut terbabit.so mula-mula pakcik tu dia bawak una keluar dari sekolah memandu menunjukkan jalan A dan jalan B. sambil potpet potpet terangkan pasal cara-cara bawak kereta. una yang zero dalam bab memandu ni cuma mampu dengar. padahal  satu benda pun tak ku faham HAHAHA. bebis punya anak murid. -..-


so dia pun tengok una tak ada respond  senyap aje dia bawak balik masuk sekolah memandu , dia suruh una bawak.hahaha nasib la kau pakcik . mula2 okay belajar gear. so una pun bawakla kereta terbabit. alahai terujanya hati rasa nak jerit kat 1 dunia yang una dah pandai bawak kereta. tapi macam tak relevan sebab jiran sebelah punya cucu umur baru tahun 6 dah pandai bawak kereta curi2 bawak kereta bapak dia . una yang boleh kata muda lagi comel   dah tua  sebab dah 21 baru tergedik-gedik nak belajar kereta. so dengan bahagianya una pusinglah 1 bawak kereta sampai kat atas bukit, mula-mula biasa je tak ada apa. tak tahu kenapa masa kali ke 5 una naik bukit una nak tekan brek sebenarnya, tiba2 tertekan minyak. maybe letih sangat kot. hahaha tak terkejut kata kau kereta tu? bau hangit terus . haha dalam hati dah doa-doa janganlah rosak wahai kereta viva. mujur tak ada apa-apa. pastu turun bukit una kena buat 3 point turn. 
pakcik tu cakap una bawak laju. dia nasihat kat una yang ini bukan litar sepang, so jangan tekan minyak kuat-kuat.ini pengaruh kuat main game, main game tekan pedal minyak sampai ranap takpe bukan accident pun.





btw una tak sabar nak master memandu ni. biasalah mula2 rasa syok je macam masa tahun 5 dulu mula-mula pandai bawak motor kan ke teruja seoalah -olah menang 1 juta? haiz -.- . test jpj lambat lagi. 21 june lambat kan?
latihan seterusnya pun lambat sebabnya lambat booking, sekolah memandu tu ramai student berdaftar setiap hari maka latihan 10 jam una start 30 may ni. satu hari 2 jam . so sementara tu memang ingat nak membodek mama mintak ajar  tapi mama busy kerja kerja. so mama tak boleh tak apa atuk ada kan atuk?



p/s: tak sabar menanti ;)

May 6, 2012

hey, consideratelah sikit! ;) *you can make a difference*

hi  semua ! hari ini una nak kupas sikit topik ni, sebabnya amat penting kita mengingatkan satu sama lain.
kadangkala kita bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain .  bak kata orang  tak mengamalkan  sikap cakap siang pandang2, cakap malam dengar2. sekarang kita ni tak boleh nak ikut sangat tajuk filem 
jangan pandang belakang, atau jangan pandang belakang congkak ataupun filem jangan pandang-pandang. kalau boleh pandanglah sampai tertoleh2 360 darjah kepala tu, jangan miss 1 tempat pun mahu pun pasu bunga opah atau pasu bunga jiran . pandanglah... =-=' 

tuntasnya disini , tak semua orang boleh menerima pandangan kita,pendapat kita, cara kita, tak kiralah kita bergurau ke serius ke harus ada adab ye . walaupun kita bergurau dengan saudara mara, anak-anak, datuk nenek, jiran tetangga ataupun jiran lift, sahabat handai, semualahhh senang cerita. CONSIDERATE lah sikit perasaan mereka . sebagai contoh una akan ulas di bawah ini.

KEADAAN 1 : CITARASA

mat : leman duit gaji bulan nanti kau nak beli ape?
leman : urmm aku ingat duit gaji bulan ni aku nak simpan sikit, insyaallah bulan depan nak beli kereta .
mat : oh yeke? kereta apa?
leman : aku nak beli myvi.
mat: huh?? myvi? ape class myvi kau beli la honda city ke , myvi tu orang gaji aku je pakai tau. 
leman :  *diam seribu bahasa*

KEADAAN 2 : FIZIKAL

nora : tijah cuba kau tengok perempuan gemuk tu , eee geli aku 
       tengok lemak sana sini, masuk gym bukan boleh kurus2 pun.
tijah : *terdiam sambil pandang badan sendiri yang lebih kurang 
        sama dengan perempuan tadi*


KEADAAN 3 : GRADE 

faiz : weh,kau tengok tu si nerd azman tu harap je tempek buku 
      24 jam tak dapat 100% pun calculus.
meor: oh tak ada rezeki la kot,kenapa teruk sangat ke markah 
      dia?
faiz: teruk la dapat 80 je, aku yang tak belajar ni pun dapat 
      98%

meor : oh ya? *sambil tengok kertas markah 78. kalau 80 dia kata     
       teruk apa lagi markah aku kan? *


KEADAAN 4 : STATUS 

nabila : weh ko tahu rumah si melah tu, ape pun tak ada , bilik dia tak ada aircond pun.harap melawa je lebih, ingat anak orang kaya . 


pikah : oh biarlah dia, mungkin dia memang jenis suka bergaya.
nabila :pikah minggu ni jadikan aku ikut kau balik ye?
pikah  :*rumah aku ni rumah kampung je, entah apalah pulak dia
                 cakap nanti* 






at the end of story kita dapat tahu , leman tu sebenarnya lebih kaya dari mat siap ade lamborghini dekat rumah, manakala tijah pula telah memasang azam untuk langsing,setelah itu dia 3 kali ganda lebih cantik dari nora, manakala faiz pula mendapat skor tinggi hanya kerana dibantu meor sehingga meor tak cukup masa untuk menjawab test , dan pikah walaupun pada zahir nampak miskin dia mempunyai tanah  berekar-ekar peninggalan arwah ayahnya.



jangan nilai manusia begitu begini, 
memilih kawan nak yang sedarjat sahaja, 
mana tahu yang anda rendah-rendahkan tu akan lebih berjaya dari anda.

p/s: bertimbang rasalah, jagalah hati orang sekeliling, tak susah kan?


May 2, 2012

jadi ini saya buat beberapa hari ini

hai korang! buat apa harini? dah makan? dah minum? sihat ke?
amboi banyaknye soalan una ye bajet ahli pilihan raya lettew .
okay sekarang ni bukan nak cakap politik ye temah. nak cakap pasal aktiviti semenjak 2,3 menjak berkecimpung dalam arena tanam anggur secara beramai-ramai dengan kawan-kawan sekalian.


TANAM ANGGUR = PENGANGGUR 

diingatkan disini bahawa penganggur/menganggur tiada kena mengena dengan anggur ataupun ladang-ladang.
samaada ladang anggur pak seman atau ladang meon. -,-

dah dah cukup sampai sini mengarut pasal ladang, eh ku pang budak ni kang. ujar meon .


senyum sinis kepada meon. ini bukan saya yang buat ye meon. sila lempang dia. :P



okay seperti yang semua maklong   maklum una kan tengah ambik lesen kereta ferrari kan kan.
so una baru je habis jalani latihan ujian komputer. hah pelik ke? ujian komputer  pun ade latihan?
biar benar... YA!
ianya benar belaka . di Asia Driving Institute , mereka menyediakan tempat berlatih sampai lebam untuk mereka yang ingin mengambil ujian komputer . una dah menjalani latihan sebanyak 6 kali pada hari isnin. dah 5 ujian pertama una gagal dengan skor 38 konsisten.
dan harini una buat 3 kali ujian dan ketiga2 ujian una lulus dengan jayanya. ujian pertama 43/50. ujian ke3 47/50, ujian ke 3 48/50

 nampak tak betapa _______ una. *isi tempat kosong sendiri

a)comel
b)cantik
c)rupawan
d)jelita


DILARANG MENGISI JAWAPAN YANG LAIN DI TEMPAT KOSONG TERBABIT.
INI ADALAH UGUTAN

HAHAHAHAHA *KETAWA KEJI*

konon2 ini sayalah konon2 je :P




so lusa *mungkin* una akan menduduki ujian yang sebenar2nya , dan jika itu terjadi hari sabtu ini pula una akan pergi belajar teori 3 jam dan memandu 3 jam hoyeahhh! :)


p/s: mari mendoakan saya lulus.mari ?





Pindah Rumah & Valuable Life lessons