December 9, 2013
Bukan macam dulu :)
Bertemu kita di blog kudus ini lagi
dengan ini aku nak berkongsi rasa syukur aku kepadaNya yang buka jalan depan mata aku. Apa -apa jadi lepas ni adalah kerana kelemahan aku sendiri. DIA dah bukak jalan seluas luasnya buat aku alhamdulillah for everything Ya Allah .
Oleh sebab benda ni belum pasti aku rasa aku taknak reveal dulu , akan tetapi aku akan cash out nuffnang aku malam nanti jadi selepas ini mungkin blog ni takkan sama macam dulu . tapi kenangan dalam ni aku akan simpan sampai ke mati . Aku tak mungkin delete post post lama aku dengan kawan-kawan di sana sebab itu jelah kenangan yang aku ada sekarang. Aku di uji agak hebat selepas aku tamat diploma tak lama dulu , sebagai seorang manusia yang cetek akalnya, nipis imannya adakalanya aku mempersoalkan segalanya pada DIA . Tapi tuntas . aku yang buta, aku yang dangkal . Pengalaman dan masa yag berjalan benar benar mematangkan manusia seperti aku.
Aku pun akan cuba menjadi sedikit perahsia sebab bukan semua benda kita perlu cerita , baru aku faham kata kata orang . Entahlah walau jiwa meronta ronta nak bercerita (dasar makcik kepoci) tapi aku rasa biarlah benda ni aku simpan sahaja
tak macam dulu
bukan macam selalu :)
November 22, 2013
cerita perempuan gila tetapi "comel" serta manusia berlagak bos
perempuan dan mengumpat adalah satu perkara yang tak dapat dipisahkan.
Kini aku amat memahami perasaan kak tijah (bukan nama sebenar) dan kak tipah (juga bukan nama sebenar) bila mereka sering mengumpat golongan atasan di pejabat mereka
nota : kak tijah dan kak tipah tidak wujud di pejabat aku bekerja tapi mereka sering dilihat di drama drama swasta mengenai situasi di pejabat . Kini aku dan aktiviti mengumpat tidak dapat dipisahkan lagi..
Tapi aku lebih kepada luahan perasaan sebenarnya , ada jelah aku tak puas hati kan. Yelah kena marah selalu gila kau tak stress? Alhamdulillah aku tak menangis macam dulu, gelabah sikit sikit tu ada.
Begini ceritanya....
pukul 8:30 pagi
sally sampai dari site membawa segala information ke office , macam biasa dia akan bagi la "bahagian" aku dan pipah . Oleh sebab tugas aku memang tengah banyak minggu ni sebab format report dah di tukar so aku letak tepi dulu. Tiba tiba farid call ajak minum kedai mamak tepi jalan besar sekali tu nak pass shop drawing pada kami so dengan tergesa gesa aku , pipah dan sally pergi ke kedai mamak tu. Aku tertinggal phone sebab aku tengah charge phone tu so aku fikir tak apalah sebab segala information yang aku patut pass kepada botak (bukan nama sebenar) aku belum terima lagi dari mr liew . FYI botak ni adalah salah seorang project manager kami yang TERAMATLAH cerewet, mengada-ngada, baran tak bertempat .
Aku dengan pipah dan seluruh warga kerja site di kawasan itu teramatlah benci pada dia.
Ngam kami sampai je kedai mamak tu , dia call pipah marah marah sebab aku tak angkat call dia. "adui ... ape lagi dia nak ni? " muka aku memang tegang habis la tadi. Orang baru nak ambik mood kerja baru pukul 8 lebih kot . oh tolonglah jangan hancurkan mood kerja aku......
" dia nak kau take over kerja yang dia suruh sally buat tu .. dia kata kau kena settlekan" ujar pipah dengan dahi berkerut . Sally sabarkan aku, dia suruh aku buat tak reti je. So aku pun bertenang.
Lepas farid sampai kami minum-minum sekejap dan masing masing balik office.
pukul 10 pagi
Botak sampai dengan muka toya dia. ya toya tuan tuan dan puan puan , Seperti tak ada apa apa berlaku. Aku dalam hati memang angin. Tadi cari aku sangat... ni dah depan mata tak ada pulak kau nak cakap apa-apa?Pipah kata dia nak aku cari apa status breaker semalam kat area mana dia kerja. Siapa guna bla bla bla. Okay.. mencari tu bukan susah, aku boleh call je tanya supervisor kat site tapi kenapa perlu last minute dan anggap aku boleh pergi investigate dalam sekelip mata. HAPE DIA INGAT AKU NI CHARLIES ANGEL?dahla semalam suka suka nak suruh aku jaga site dekat labu .
DIA INGAT AKU TAK ADA KERJA LAIN?????
Pukul 11 dan ke atas
aku dan pipah bertungkus lumus buat kerja masing masing. pipah ajar aku buat calculation . Alhamdulillah aku dapat belajar sikit dan itu satu perkara yang aku syukuri hari ini. Kerana aku baru sempat nak belajar benda tu selama ni mr neo yang buat . So aku pun baru nak gembira dan nak hantar segala detail temasuk calculation tadi kat second floor (bilik mr neo yang dikongsi bersama botak dan mr ho) Bila aku sampai atas mr neo suruh aku hold dulu .Tak lama kemudian aku dengar dia kena marah dengan mr neo . Dengan sepantas kilat aku turun ke bawah . aku pandang pipah , pipah pandang aku. Muka masing masing dah cuak.
"weh una kau siapkan kerja kau cepat, aku call sally.. kita kena keluar makan cepat ni" pipah dah start cuak sebab kat atas bunyi meja diterbalikkan.
"Ah sudah korang wrestling ke kat atas tu?"aku ni pun dah masa masa macam tu masih sempat mengomel pipah buat muka geram. "Weh cepatlah weh.....!"
aku pun try secepat mungkin siapkan kerja yang itu dan secara tiba tiba si botak turun tanya satu soalan dekat kami. "Ciskek muka nak cari gaduh dah kenapa dia ni?" tapi aku berani cakap dalam hati je la.. " You orang ada apahal? ada masalah?" Aku macam terheran sekejap dia ni bela jin ke? takkan umpat dalam hati pun dengar ? " Aku tak pandang muka dia .. ah tak kuasa!
pipah cakap " tak ada Mr C*** ni you check dulu arr.. Lepas si gila tu naik atas aku dengan pipah dengan jayanya keluar makan awal . TAKUT PUNYA PASAL!
dan oleh sebab kami keluar makan awal dan segela keserabutan dan masa yang kami curi kami dengan jayanya balik pukul 7 harini 2 jam stayback pun belum cukup nak siapkan report untuk meeting minggu depan. Aku cuma mampu berdoa je lah semoga kerja kerja aku tu cepat siap yelah esok nak kena compile dah , nak bagi Clerk of work sign dan verified segala kerja yang berjalan dekat site tu . Clerk of work pulak jenis banyak songeh gatal pun boleh tahan, itu yang stress terlebih lebih tu .
Sebenarnya banyak benda aku belajar sejak aku kerja dekat sini . ada yang baik ada yang memang tak tahu nak cakap macam mana. Hehehe aku tak boleh nak tulis semua kat sini sebab banyak P&C . Cuma aku nasihatkan kepada mereka mereka yang belum bekerja dan ada hati nak kerja kat site. Be well prepared dari segi mental dan fizikal sudah tentu. Tapi mental adalah perkara utama sebab kadang kadang bukan kerja yang buat kita stress tapi perangai manusia. Dan jangan terlalu ambil serius untuk semua perkara, take time untuk relaks dan balik kerja tulis dalam blog macam aku . Hahaha! kalau tak tulis pun try luahkan segala perasaan benda sepak terajang kat tempat kerja ni jangan terlalu diingat lepaskan je semua. Dan bersedia untuk esoknya punya makian pula.
aku teringat satu pepatah mat mat motor punya lingo
"hidup memang palat , tapi hari esok masih ada"
Tapi aku ada pepatah baru untuk korang
well tak adalah macam pepatah sangat
"kenapa perlu sedih jika boleh gembira?"
kenapa perlu tertekan hanya kerana kerja
hidup cuma sekali, habis waktu kerja pergi joli
jap bukan joli mabuk mabuk tau
joli cara saya : makan tidur selamanya
sekian ,
salam penuh keterujaan
Una Mn
October 5, 2013
Keinginan melempang dengan kelajuan cahaya. Anak dato versus Cucu Datok siapa lagi terer?
semalam masa aku on the way balik dari kerja, aku dengan bahagia telah memandu pulang ke rumah. Dan ada satu kejadian berlaku yang membuatkan aku rasa trauma, marah , geram dan sevagainya , Opss lupa pula nak cerita.. kawasan tempat kerja sekarang dah tak macam dulu, kalau dulu aku duduk dekat site cabin .. sekarang project manager kami sewa satu rumah lot tepi dekat setia impian 3 dan dijadikan office . Kawasan dia agak tenang dan mendamaikan , memang dreamhouse aku,ada 24hours guard , kawasan hijau sekeliling, jogging track dan tasik . Memang green habis laa.. GO GREEN! *tetiba*
ok aku dah melalut.. sebenarnya bukan pasal tu aku nak cerita, yang aku nak cerita ialah pasal kejadian itulah. Oleh sebab kawasan laluan balik dan pergi ke tempat kerja aku kawasan perumahan terancang, maka kawasan situ memang tak sesibuk jalan besar. jadi petang semalam ketika angin bersepoi sepoi bahasa, aku lihat dari kejauhan ada 2 buah kereta meluncur laju ibarat tiada hari esok mahupun lusa. Kedua dua buah kereta tu lagaknya macam jalan tu jalan abah dia . Tapi aku buat tak tahu saja sebab jalan tu bukan jalan aku, dan mereka dari arah bertentangan . Kereta pertama ialan bmw dan belakangnya mercedes . Dan secara tiba tiba kereta bmw itu membuat pusingan U dengan lajunya.
Aku yang gabra dan trauma (sebab sebulan yang lepas aku accident) cuba mengelak. Dan aku berjaya! Aku kira aku sudah boleh lega.. ternyata aku silap sebab kereta mercedes di belakang kereta bmw itu tadi turut membuat pusingan U tanpa rasa bersalah mahupun teragak agak. Sipi sipi lagi aku nak kena langgar kat situ. Hati dah panas ..
emosi dah tak tentu hala dah time tu lebih kurang camni la muka aku time tu? Apa korang ingat aku ni ayam ke korang nak langgar ikut suka hati korang?!!!!
(Sila baca dengar intonasi marah)
aku toleh ke kereta terbabit , muka dah bukan merah merah delima dah, ni muka merah merah bola api.
Oh lelaki, pakai shades muka berlagak habis. Aku potong dia sebab dia memang dah saja nak makan jalan aku ni, memang nak kasi accident la ni.. pastu dia hon aku .. Ya tuhan.. Allah je tahu perasaan aku masa tu ."ape masalah ko ni syaiton?!! kalau kereta ko calar aku taknak bayar lah!!! * aku menjerit tanda bengang*.
Memang kalau boleh aku nak paksa kedua dua makhluk yang"spoiled" tu turun dari kereta lalu melempang mereka berdua dengan kelajuan cahaya. Aku pun hon dia balik , ni kira memang berani mati la nak cari gaduh. Dahlah aku sorang, aku pun lupa kemungkinan diorang ni anak orang kaya, dan mungkin juga ada bodyguard bersepah area setia alam . Aku toleh aku nampak lelaki tu bukak shades dia.. Muka memang sombong gila. Eh ko mintak penampar ke apa? aku tengah panas ni.." Mulut aku time tu nauzubillah, sumpah seranah tu memang takyah cakap. Biasalah iman pun sinipis kulit bawang... Dia tengok aku taknak mengalah dia hon lagi dan asak lagi aku supaya aku kedepan...
Eh dia buat lagi.. "Dasar jenglot!" kataku lagi.. Aku sumpah kau jadi mandul la S**L #$@%$%
kemudian aku sedar aku tengah buat benda bodoh masa tu, kalau dia dah bodoh kenapa aku nak ikut sekali? Aku pun dah penat nak gaduh, walau hati tengah panas, aku kena fikir gak minyak dah naik sekarang, kalau aku degil camtu gak aku sendiri yang susah.....
So aku pun potong kereta BMW yang mula mula cari pasal dengan aku tadi. . Aku hon hon banyak kali , dia taknak pandang. nampak rambut ! lah perempuan! . Ni mesti kes bf gf gaduh ni. Apesal korang gaduh mesti babitkan aku dan nyawa aku? Mengapaaa??? jerit aku dalam hati.
eh pasal bf gf tu aku memandai je, tapi yelah rasa macam yer, dah buat apa pulak lelaki tu nak kejar sangat perempuan tu kalau tak ada hal kan? .
Kesimpulannya disini, jika anda tak sayang nyawa anda, orang lain sayang nyawa diorang. So please stoplah bawak kereta laju laju tu. Laju laju nak kemana ? Nak ke kubur?
P/S: Aku tak tahu kenapa orang suka sangat nak langgar aku, kat muka aku ni ada cop "SILA LANGGAR SAYA" ke ? =-='
P/S LAGI : lama dah aku tak update kan..sorry yer busy nanti aku blogwalking :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
haa.. pelik2 jer mood una pagi ni kan? haha ok.. una memang sukakan cabaran kalau xde cabaran bukan hidup namanya allright let's start.....
-
Aku blogging sejak 2010 . 2009 aku ada blog tapi aku dah lupa password. HEHEHE Dulu masa aku mula mula blogging aku agak blur pasal istila...
-
sebenarnya ramai perempuan suka make up tapi tak ramai yang tahu mengaplikasikannya dengan betul. Make up can make or break your face. ...



