December 27, 2014

Jalan jalan the curve di hari christmas






hai .
2 hari lepas aku telah kantoi dengan mama bangun lewat . Mama call dalam pukul 7.00 pagi.


"mama : kakak dah bangun? mama teringin nak makan lontong klang . mama dah otw ni "

maka terkinja kinjalah perempuan sewel disini mandi. lepas mandi cepat cepat aku tonyoh bedak cover apa yang patut. Yelah aku ni dah nak meningkat usia . Eyebag bawah mata kena cover nanti orang ingat aku baru lepas kena tumbuk pulak. Ngam ngam aku siap mama sampai. Otak aku ligat pusing cari akal nak ajak diorang jalan jalan kejap menghilangkan boring. kepada sesiapa yang tak berpeluang mengenali aku di dunia nyata , ketahuilah bahawa mall dan aku berpisah tiada. tak kiralah poket tebal atau nipis aku memang suka cuci mata dekat sana. Part of my weekly routine . kalau boleh nak jadikan daily routine, tapi apakan daya masa mencemburui kita. ;p 


dalam kes ini bukan masa sahaja mencemburui kita, poket juga mencemburui kita  . sigh =-='


jujurlah, aku ni bukan sport person. Tak rajin jogging. setahun sekali pun payah. Pergi ke gym pun seumur hidup tak sampai 10 kali. Dulu je masa nak kurus rajin. sekarang tak payah. cakap. sepanjang aku dah kerja ni adalah sekali dua aku pergi jogging. gym kat sini tak pernah cuba lagi. So, aktiviti beriadah di mall ini part of my exercise ... i supposed " HAHAHA 


mama cakap mama datang sini nak beli kain langsir kat nagoya. ohh okay .. eleh dalam hati aku sajalah tu.. 
nak tinjau balik kawasan penuh memori. mama abah dulu pernah duduk shah alam, tak ingat berapa tahun duduk sana. agak lama jugaklah. so ada 1 tempat yang wajib diorang pergi kalau nak jumpa aku, atau bila bila diorang free diorang akan pergi situ. Lontong klang. tempat tu sekarang taklah berapa bersih. bangunan nampak buruk, majlis perbandaran tak reti nak jaga agaknya. Tapi tokey kedai tu alhamdulillah pembersih . Abah dah kenal lama tokey kedai tu. aku suka makan nasi lemak dia. sedap .. memang A! 

okay enough with nasi lemak. lepas makan aku cakap dekat mama, lepas pergi nagoya kita pergi the curve nak? ada sale best gila. kebetulan mama pun tengah cari kasut kerja dia. So mama pun iakan walaupun abah tak berapa setuju. Aku tahu dia tak suka jem hehe. tapi bila wife dah kata yes, husband mana mampu membantah u olzz? Nampak tak betapa dominan dan berpengaruhnya mama aku dalam bab ni?


terrer kan?

Water Fountain . Lovely! 


cantik kan view the curve masa ni? eventhough aku tak sambut, tak salah kalau kita minat decoration dia kan? hehe





Ni aiman adik bongsu aku . tahun depan dia form 1 dah. ahhh sedihnya bila dia dah besar. nanti aku nak sakat siapa tak tahulah. sejak kecik dia memang rapat dengan aku walaupun aku selalu buli dia muehehehe





Seiring sejalan di depan. abah tak suka tempat crowded sebenarnya, tapi aku , mama dengan aiman suka. Hahaha berkorban sikitlah abah ekekeke ;p


mama tengah pilih kasut kerja dia. ini adalah last outlet kami masuk
aku tak sangka mama aku punya tahap cerewet kalah aku.Dia cakap dia nak yang selesa.
yang memuaskan hati dia adalah scholl. Tak apalah mama asalkan mama bahagia :)

Proses cari kasut dalam lot metrojaya. 


Part of my family. siblings lain tak ikut. ammar dekat matrik, aqilah kerja sementara tunggu result stpm, fauzi tengah cuti sem dia kat rumah lepak dengan member . so kami berempat jelah keluar. yang dari rumah diorang bertiga.
hehe mama sanggup pick aku kat rumah sewa sebab dia tahu aku memang kaki jalan. cakap je nak jalan kat mana. The curve?the mines? pyramid?
paradigm? you name it. Aku gerenti takkan tolak punya. 


Basically kami tak shopping apa sangat pun adalah sikit sikit. Aiman dapat pineng powerbank. Kalau dekat rumah orang jual seratus lebih, dekat the curve dapatlah dalam rm80 . Original kata seller tu. 
Keluar dari the curve pukul 3 lebih . Jalan jem tak ingat dunia .Biasalah jalan  bawah  bridge tu ada traffic light. sejam jugaklah dekat situ.Ingatkan balik tu nak ajak mama singgah butik sbu kejap,tapi esoknya abah mama kerja. Demi taknak kasi diorang penat. Terpaksa redha jelah balik awal. Hehehe.

lepas ni aku plan nak ajak diorang naik train je keluar, gi midvalley ke , ts ke, the mines ke. Senang. Taklah jammed. Fyi kami jarang sangat sangat keluar pergi mall macam ni sekali . abah kalau nak pergi pun waktu orang kerja. means bukan hari cuti umum atau hari ahad. Dia akan ajak mama off , then waktu tu baru keluar. Bila waktu macam tu semestinya aku tak dapat follow sebab kerja. hehe .kiranya hari krismas tu aku ambik kesempatan dalam kesempitan la .



Itu jugak mungkin kali terakhir kami berjumpa untuk tahun ni. jadilah buat penutup tahun 2014. 
awal tahun  2015 aku plan nak balik berehat sekejap sebabnya aku dah jobless. Aku malas nak plan secara terperinci sebab plan selalunya tak menjadi . Hahaha 






P/S: DOAKAN AKU YANG JOBLESS NI SUPAYA MUDAH DAPAT KERJA, TAK NAK TANAM ANGGUR LAMA LAMA WOI! :"D





December 26, 2014

Kisah hidup seorang penganggur

hai korang..

lama rasanya tak update perkembangan diri sendiri.

aku disini baik baik sahaja cuma sekarang tengah count down sebelum status bertukar...
kalau khawin yang korang fikir itu adalah salah sama sekali! Status disini adalah status pekerjaan.
Setelah hampir 2 tahun berkhidmat dengan syarikat ehem ehem sdn bhd. (Nama dirahsiakan)
aku akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi sign contract dengan syarikat tersebut atas sebab sebab tertentu. so sekarang aku tengah gigih mencari kerja baru. Rasa macam baru semalam je aku masuk kerja dekat company ni . Banyak kenangan pahit manis sepanjang bekerja disini. Terima kasih diucapkan kepada mereka mereka yang sentiasa bersama dengan aku waktu susah senang. Tak perlu mention kot, anda tahu siapa diri anda .

amboi nampak scripted sangat ayat !

 sebenarnya  banyak sangat running thought dalam kepala ni.
eh betul ke tak lama lagi aku jadi penganggur ni? oh my god! oh my god ! oh my god!
matilah i macam mana nak bayar itu ini?takkan nak mintak duit mama abah lagi?????!!!


Jawapannya tidak. inshaallah, aku percaya pada takdir ALLAH.


project ni pun sepatutnya dah habis bulan APRIL lepas tapi sebab ada extension of time so drag sampai hujung tahun. Aku rasa macam nak bertukar bidang, cuma hati tu rasa takut, nervous tak kena tempat.

NAK APPLY KERJA JE PUN!! YANG KAU NAK NERVOUS NERVOUS SANGAT NI APAHAL?? BUKAN ADA ANAK RAJA NAK MASUK MEMINANG KAU PUN!


BUKANNYA INTERVIEWER TU PSIKO KAU LEBIH LEBIH. PALING TERUK PUN DIA PSIKO BAB GAJI JE MACAMLAH TAK BIASA!





itulah jeritan bergema dalam sanubari aku sekarang ni. Berdebar debar bukan main lagi.
rasa nak je baca surah al insyirah kasi slow balik rentak jantung ni.


aku ada survey market kerja  sejak dua menjak ni. dan market kerja untuk bidang aku belum memberangsangkan. dengan taraf hidup sekarang aku memang tak boleh nak ambik job tu melainkan  rumah mak aku sebelah dengan office tu atau berdekatan dengan  kawasan kerja dipohon. Kos hidup sekarang..

korang pun tahu macam mana kan?


so bulan 1 ni bermulalah kisah hidup seorang penganggur . wish me luck korang.

banyak benda aku nak cerita sebenarnya tapi lain kali jelah aku sambung.



till the next entry









December 21, 2014

Movie Review : The Hobbit And The battle of the Five Army


Sinopsis

the hobbit and the battle of the five army merupakan sambungan dan pelengkap siri the hobbit.
Seperti semua orang tahu the hobbit mempunyai banyak cast members dimana agak mustahil untuk aku ingat semua. Pada part 1 ceritanya lebih simple, melibatkan bilbo baggins , the dwarf (kelompok atau sekumpulan orang kerdil yang berasal dari erebor diketuai thorin dan disertai oleh seorang ahli sihir bernama gandalf).
Dward mempunyai rancangan untuk menakluk semula erebor yang ditawan seekor naga bernama smaug. 
dalam part 2 mereka telah berjaya membuka pintu masuk erebor , dan permulaan awal part 3 adalah babak babak dimana the smaug telah ke laketown dan menyembur api ke seluruh pelusuk kota itu.Ramai yang terkorban .The smaug akhirnya dibunuh bart (yang dulunya berketurunan raja dari dale) dengan panah hitam.

bard and legolas. Both were dashing in the movie.. i just cant even! :"D

setelah kematian smaug, bart dan penduduk laketown datang ke erobor untuk menuntut janji daripada thorin.
Thorin menjanjikan emas pada seluruh penduduk laketown jika mereka sudi menolong the dwarf untuk masuk ke erebor. Thorin yang dirasuk semangat naga yang taksubkan emas dan menjadi tamak. Dia mengerahkan dward lainnya termasuk bilbo mencari arkenstone.arkenstone kemudiannya ditemui oleh bilbo namun tidak diserahkannya pada thorin kerana ketamakan thorin .

di scene lain gandalf yang di tangkap oleh orcs telah di selamatkan oleh saruman, lady of galadriel dan satu lagi watak yang aku tak ingat namanya ( elf).Gandalf mengambil keputusan untuk ke erobor untuk memberitahu thorin bahawa orc dan bala tenteranya akan datang menyerang mereka. Sementara thorin dengan kedegilannya yang menolak perjanjian damai dengan raja elf dan bart , Tauriel dan  legolas pula menemui kubu lama orcs yang bertempat di gundabad



keadaan semakin meruncing, seluruh erebor dan dale ditumpahi darah. Adakah thorin masih dengan sikap tamaknya? mampukan bilbo menyelamatkan rakan-rakanya dari dibunuh orcs?
siapakah yang akhirnya memiliki arkenstone? Mampukah legolas mencuri hati tauriel?


kena tengok sendiri. Actually banyak aku tak ulas. Cerita ni boleh diperbaiki sebenarnya. 
anyway cerita ni tetap woww!

1 of the epic movies i watched in 2014.

well done peter jackson.

Legolas and tauriel. They should be together in real life.
T_T







Indirect Message To My Friend; D