January 25, 2011

tips make up untuk mereka berkulit gelap

hye everyone!
ok seperti tajuk di atas
cik teddyuna nak kongsi tips2
make up untuk mereka yang berkulit gelap
sebab ade seorang dua kawan una tanya
macam mana nak make up
so una yang tak berapa nak ada ilmunya
mampu kongsi sikit2 la ye
siapa kata orang berkulit gelap tak boleh bergaya?
cheryl samad berkulit gelap/hitam manis
tapi tetap cantik
jadi jom kita lihat tips2 untuk kulit seperti ini

1)foundation: pilih foundation yang berasaskan air,water based foundation dan warna yang paling mendekati warna asal kulit (natural beige).ini kerana foundation jenis ini meresap kedalam kulit dan membuatkan kulit nampak sekata dan lebih natural.


2)Bedak: Kulit gelap selalunya kelihatan berminyak kerana pantulan pada kulit tersebut,jadi untuk melindungi kesan kulit berminyak sapukan sedikit bedak bayi ke atas kulit muka secara sekata dan nipis setelah memakai foundation(jangan tempek terlalu banyak jika mahu make up kelihatan soft dan semula jadi). kemudian sapukan secara sekata bedak flawless supaya dapat menutup kesan bedak bayi tadi. kulit muka akan kelihatan fresh dan natural.

3)eyeshadow:elakkan memakai warna yang terang(striking) cubalah warna seperti grey,brown,silver,bronze,gold,

4)maskara:jangan lupa memakai maskara supaya mata tidak kelihatan layu.

5)eyeliner: eyeliner adelah salah satu alat make up yang terpenting.gunakan colour yang sesuai supaya mata anda lebih menyerlah.

6)fake eyelash: untuk memberikan kesan mata yang menawan pemakaian fake eyelash sangat penting,jangan terlalu tebal pula,pilih yang sesuai dengan bentuk mata anda .jika bulu mata anda semula jadi lebat sperti rozita che wan tak perlulah memakainya.

7)contact lens:ok sekali lagi dingatkan,mata itu sangat penting.jika anda inginkan kelainan bolehlah memakai contact lens dimata.barbie eye lens  bersaiz 16 mm digalakkan.

8)Blusher:untuk mereka yang mempunyai kulit yang tersangat gelap:Pilih warna deep rose, apricot, coral & deep orange.

untuk kulit yang sedang2 gelap/ hitam manis:boleh gunakan warna rose pink untuk siang hari dan bronze ,plum and wine untuk malam hari.


9)Lipstik:elakkan warna2 yang pucat(nude colour) sebaiknya cubalah warna seperti warna apricot, blackberry, caramel, serta red

warna2 lain yang mungkin sesuai ialah: copper,coral,bronze,wine,burgundy, chestnut ataupun maroon.


10)highlighter:fungsinya untuk memberi kesan kulit cerah gunakan sekitar mata,hidung,sekitar tulang pipi dan sekeliling bibir.



additional tips berdasarkan balancing rules

jika anda rasakan bibir anda cantik dan mahu fokus diberikan kepada bibir,
lebih baik warna eyeshadow lebih redup dari warna bibir.(maksudnya warna bibir lebih menyerlah dari warna eyeshadow)elakkan memakai kedua-duanya dalam warna yang striking.anda akan kelihatan seperti badut.


berkulit gelap bukanlah alasan untuk anda terlalu merendah diri ,chill XD


p/s: kecantikan itu milik setiap insan






January 24, 2011

pengalaman best sepanjang hayat .. !!(versi gedik-jahat)

ok sebenarnya una di tag oleh seorang kawan blogger cik ira
suruh ceritakanlah serba sedikit tentang pengalaman best
una akan ceritakan sikit dengan versi yang berbeza


masa kecik-kecik dulu
zaman kanak-kanak adalah zaman paling indah bagi una.. hari-hari adalah pengalaman paling best
dari kecik una ni jenis tak reti duduk diam.jadi korang paham-pahamlah ape budak kecik selalu buat kalau tengok tv.pasti dia akan ... PRAKTIKkannya di luar.

1)1 hari lepas una tengok satu cerita yang menunjukkan seorang perempuan tengah membasuh rambutnya di salon.nampak comel je banyak buih kan?una pun start lah
bancuh klorok+ubat gigi+sabun basuh+syampu+sabun mandi= larutan berbuih yang comel..
lepas tu una pun aim subject.. una nampak opah una tengah tidur dengan rambutnya yang panjang..
una pun  memulakan tugas una yang sememangnya ibarat mendajalkan kepala opah una  sendiri.
sila bayangkan la ape jadi kat rambut tu kalau kene bancuhan yang ....=-='
opah una pun terbangun..
dan kejar una keliling rumah..itulah pengalaman yang best bagi una.lari-lari keliling rumah sebab kena kejar dengan opah macam satu hobby.. hahaha

2) masa kecik-kecik una suka bela kucing.biasalah kecik-kecik duduk dengan opah kan..
 tak ade hobi lain la
selain bela kucing.masa tu nak jumpa mama susah sikit la..
una kat perak mama dengan abah kat shah alam.
so kadang-kadang mama balik.. mama bawakkan frieskies untuk kucing una.
una pun simpan dalam satu bekas.
 1 hari abang  sepupu una balik kampung.una main lah dengan dia.
masa tu opah tengah tidur.tiba-tiba dia lapar.
teringin nak makan biskut . dia panggil una ijat.. hehe name manja waktu dulu :)

abang sepupu: ijat .. mana biskut?
una:dalam bekas pink kat dapur
abang sepupu: biskut ape ni? tak pernah tengok pun...*dia jerit dari dapur*
una: makan jela .. mane aku tahu...

tiba2 una rasa haus .. una pegi la dapur,tengok dia tengah makan ''biskut''.una tahan gelak.

una:amir sedap ke biskut tu? *sambil tergelak-gelak*
amir : tahlah.. aku rasa lemau semacam.. pastu masin-masin sikit
una: memanglah masin tu kan friskies..

dekat situ jugak dia muntah.. kurang asam kan? bila ingat balik terfikir ape la dia rasa sebab makan frieskies?
masa una sampai tu dah separuh tupperware dah dia makan..


opah cakap una nakal dalam diam .muka nampak baik.. tapi masyaallah nakalnye... tuhan je yang tahu



banyak lagi sebenarnya pengalaman best /nakal tahap devil una
tapi cukuplah sampai situ je una cerita.karang lepas ni ade yang muntah plak
hehe


p/s: dulu-dulu una nakal sekarang mane ade nakal dah.. tak nakal dah.. (muka baik) haha

January 18, 2011

i love it.. i love it!!!

makanan dah banyak dah kumpul
macam2 kek ade
cuma tak bestnya baru level 7
hmmm

ni yang letih ni

kenapa la tak main dari dulu lagi

gila dari pagi tak breakfsat semata2 game ni

kan best kalau semangat study macam ni =-='
i love frontierville so much!







Pindah Rumah & Valuable Life lessons