June 24, 2013

cara memilih kerja bagi fresh graduated bidang engineering *HOT TOPIC*

Hai..



 
aku tergerak hati nak kongsi sikit pengalaman aku yang sebesar zarah ni kepada kalian semua. khusunya buat lepasan lepasan kolej / ipt yang dah ada diploma dalam bidang kejuruteraan awam. 


ceh berlagak. baru berapa bulan kerja dah ada hati nak kongsi pengalaman. -..-


Bagi korang yang rasa bingung tak tahu nak kerja apa. meh sini aku jelaskan satu persatu.



jika korang seorang yang minat melukis dan nak beralih ke bidang architecture 


apply jdi draugtman . okay draughtman ni usually dari syarikat konsultan bukan jadi syarikat kontraktor . so bila nak apply tu tengok betul betul kang tersilap apply tiba-tiba termasuk kilang pulak.


jika korang seorang yang suka mengira dan malas nak lukis lukis, malas nak berpanas.

sila apply jadi QS (quantity surveyor)
Banyak peluang jadi qs ni.. cuma kadang kadang experience tu yang melampau lampau diorang mintak ;p

jika korang jenis suka jual jual tapi masih nak stick kepada bidang pembangunan
korang join je la company developer. contoh company developer: Sime darby. Ada sale mahsyukkkk.. ^^


Jika korang jenis suka buat paperwork.

tolong smbung bidang SHO (kursus 6 bulan kalau tak silap)
ambik exam untuk dapatkan kelulusan , kerja sebagai saftey supervisor selama 3 tahun untuk lengkapkan menjdi green book. Bila dah dapat greenbook nescaya gaji korang akan dapat 4k -6k macam tu. ini serious , aku tak bohong. dekat Malaysia ni tak ramai yang ada green book. Aku rasa macam nk buat tapi tengok dulu macam mana. korang nak? gi amik kelas cepat cepat! ;)



jika korang rasa nak start from bottom dan banyak belajar

sila apply kerja yang memerlukan korang berada di site .
inilah kerja aku sekarang dan biasanya syarikat ni adalah dari syarikat jenis kontraktor.
Tapi bila dah apply syarikat jenis ini, sila hapuskan gambaran yang korang akan mempunyai table sendiri, bilik selesa atau tandas yang cantik sebab duduk dekat site bukan macam duduk dekat bangunan pejabat. 
Orang yang terlalu demand tak dinasihatkan mohon kerja macam ni. But on the bright sight, korang tak perlu la nak pakai tali leher, kemeja , seluar slack  dan perempuan pula tak payah nak pening nak pakai apa. kalau macam aku ni , jeans dengan t-shirt pun dah okay sangat la tu.

oleh sebab aku kerja macam ni aku boleh cerita lebih la. Jarang kaum hawa kerja kat site, jadi bila ada tersesat yang duduk site, haruslah kerja kami lebih banyak dari kaum adam (kena buli). Yang bestnya kalu korang kerja macam ni, korang akan involve dengan dunia civil yang sebenar. aku selalu kena pergi meeting dan dari situ aku banyak belajar. Aku di exposed dengan benda benda ni semua setiap hari , kalau dulu belajar kosong ape pun tak faham. Alhamdulillah berkat doa ibu bapa saya memahaminya , terima kasih kepada lecturer kt IKIP !(puan afzan, puan gee, puan wani, puan puteri and mr james)! *tetiba*


setakat ni yang aku tahu 3 yang kat bawah ni akan selalu  bergaduh, klien dengan konsultant jarang bergaduh, biasanya orang orang dari kontraktor ni la yang kena. 

KLIEN -----> KONSULTANT----->KONTRAKTOR 





opss lupa nak cerita , aku kerja dekat company buat earthworks which is suitable for fresh grduated untuk menimba ilmu dan pengalaman. (compny high risk mana nak ambik fresh graduate weh!) Sebab earthwork ni bidang dia ringan sikit dari building. Building tu orang panggil high risk. Aku ingat lepas setahun aku nak try high risk pulak .;)



next time aku cerita lagi. semoga info ni bermanfaat buat adik adik di luar sana. ceh adik adik sangat *flipshair*

 

June 9, 2013

i've changed

hai.
aku datang bawak vacum . nak sedut habuk habuk kat blog ni.
dah lama kan aku tak update? lama sangat aku rasa.
dan semakin hari apa yang aku tulis pun aku dah tak dapat rasa . dah tak macam dulu.
kerja aku yang memerlukan aku untuk selalu serious buat aku lupa cara nak menulis. 
sukar.sangat sukar .



baru baru ni aku terbaca post redza minat . 
bila aku baca post dia, aku rasa aku tengah mengalami apa yang dia alami.
dulu aku seorang yang tak beapa nak serious. suka tulis benda mengarut .
 blog pun kalau jenguk macam blog budak tadika. warna warni sekeliling .
tulisn pun. kalau atas hijau, bawah biru. kuning la hijau la.
lagu pun ada. aku enjoy menulis macam dulu. 
sekarang penulisan aku pun heavy je .heavy dan straight . sangat bosan.
aku nak diri aku yang dulu balik.


korang ada cadangan ?








May 25, 2013

Jom safi Manggis! (berkesan tahap maksima)

aku bersyukur dilahirkan dengan kulit muka yang tiada masalah jerawat . Aku rasa pelik juga kenapa jerawat segan nak singgah muka aku tapi..
 
 
hmm mari berhenti riak seketika, susah betul kalau bercakap dengan manusia bernama una ni selalu nak keluar tajuk bual bicara bagaimana hendak bercakap depan khalayak ramai nanti? -..-'
(khalayak ke?)
 
 
maaf.
 
 
sebenarnya tuan-tuan dan puan puan nak jaga kulit ni tak susah pon . benda benda ni bergantung pada diri kita sendiri  dan cara pemakanan kita. Kalau nak aku listkan memang panjang la temah kalah galah panjang *eh ?*. aku rasa korang sendiri pun dah hafal dah kalau untuk kulit makan banyak makanan yang tinggi vitamin c. Contohnya : Manggis!
 
macam mana kalau korang tak makan manggis? dan tak suka manggis macam aku?
 
 
kini segala-galanya lebih mudah!  sebab  safi telah memperkenalkan produk baru berasaskan manggis! hebat bukan? hebatttttt !!!!  lepas ni tak payah la korang sumbat manggis kat mulut sambil menangis . tak payah! beli je safi manggis, murah pun murah. hebak pun hebak  ;D
 
tadaaaaa!!!!
 


safi manggis ni sesuai sangatlah korang guna, dahlah murah kesan effektif pulak tu, comel pun comel. warna purple pulak. ;D
 
kalau korang masih meragui keberkesanan produk safi ni sila get ready tengok gambar 2 blogger hebat dan cun kat bawah ni. aku pasti korang pun teruja nak guna macam aku.. ready eahhhh ready tau .. pakai seat belt *tetiba*


tengok nisa kay siap demo lagi . perghh mulusssss!


yuyu zulaikha menikmati bau harumnya safi manggis. rasa nak makan  katanya. :") *apesal comel sangat makhluk ni? *


dan gambar atas ni gambar duta safi yang sangat cute miut yang kalau aku tak silap juga seorang blogger . amirah filzah nama dia.  eh susah betullah safi manggis ni! menggoda betul !


opsss ya safi manggis boleh didapati di kedai kedai berhampiran dengan harga serendah rm9.90!


murah kannn????!!!!!

yer murah sangat berbaloi dengan kebaikan yang terkandung di dalamnya . eh senang citer nak tahu beli dan pakailah sendiri . citer banyak pun tak guna jugak ye dak? ;D



p/s: okay good night, sebelum tidur jom safi manggis! ;D

Pindah Rumah & Valuable Life lessons