December 31, 2015

Review: The Best Korean Cuisine In Kuala Lumpur



Assalamualaikum, selamat malam warga dunia!
seperti korang tahu aku ni bukanlah penggemar kpop, korean food semua tu. Namun begitu sebagai universal food lover aku pun mesti terasa nak try korean food ni.
oleh sebab cousin cousin aku semua memang penggemar kpop and suka makanan korea
haruslah aku terjebak sekali. 


ahad lepas, satu rumah aku demam termasuk aku sekali. 
aku ni seorang manusia yang memang kecik kecik duduk kampung kalau demam mestilah teringin bubur nasi, ikan bilis goreng rangup dengan kicap. Tapi sepupu aku yang kaki korea ni teringin nak makan bibimbap la sup rumpai laut la. 

beginilah conversation sebelum pergi tu

bella : jat ... aku teringin nak sup rumpai laut dengan kimchi. sedapnyaaa 
aku : haa? menatang benda tu weh?
bella : makanan korea la...
aku : hahaha pelik pelik la ko ni bella. makan je la bubur nasi weh.
bella : tapi aku nak sup....

lepastu aku pun bersiap siap la, dah orang offer nak belanja kan. 
sampai sana kau . haaa ambik! memang aku rasa macam kat seoul terus..


location : sebelah starbucks bahagian luar level G di Nu Sentral.
kalau dari dalam bangunan  tu sila cari cotton on. sebelah kiri cotton on tu ada lorong .perasan sebelah tu ada starbucks kan? okay sila jalan keluar terus je boleh nampak dah kedai ni.








ini makanan yang aku pesan hari tu. serious sedap gila bi bimbap beef ni.
dah la panas panas. aku tengah taip ni pun kecur air liur guyss T_T






sorry aku tak pandai sangat ambik gambar dari atas ni . tapi inilah rupanya 
makanan yang kitorang makan haritu. yang warna putih nama dia 
jjin mandu. ye betul korang tak salah baca memang ejaan dia macam tu 

aku tahu korang mesti pelik macam mana cara nak sebut dia. 

aku sebut camni "jijin mandu"

HAHAHAHA actually aku pun tak tau cara sebut dia. asal ada bunyi sudah.

jangan pulang engko pergi sebut JIN JIN MANDUL.
sampai ke sudah tak dapat makanan tu.

JJIN MANDU ni sejenis dumpling . tepung macam kuew teow tu tapi lebar dalam dia ada isi .
isi dia isi ikan + ayam + sayur. rasa dia?


sedap guys. korang mesti kena cuba. aku tahu ada sejenis makhluk kat dunia ni yang skeptikal
fikir makanan tu semua tak halal. Guys. seriously makanan dia HALAL. tak ada sekelumit perasaan ragu ragu pun masa  aku makan kat sana. actually aku dah pergi makan 2 kali minggu ni.

second visit aku pergi dengan dia. aku sengaja pengaruh dia  try benda benda ni
sebab sebelum ni aku sama je skeptikal macam orang lain.

for the second visit aku makan benda ni .



korean abc ataupun fruit bingsoo.
harga dia rm11 je. murah kan? sebab fresh fruit dia 
dengan ice dia yang creamy tapi tak manis. buat aku rasa ketagih
ni kalau bubuh 14 mangkuk depan aku ni pun tak ada hal lah aku nak habiskan! haha

lepastu aku ada gak ambik bibimbap beef.kalini aku mintak yang tak hot punya sebab aku ada ulcer.
susah pulak nak makan kalau panas sangat. 




dia ambik rameon beef. ni la rupanya kalau bukan hot plate tau guys. hot plate bermaksud 
keadaan makanan korang adalah panas. dah biasanya hot plate warna hitam.
dia makan ramoen tu sampai sepatah perkataan pun tak keluar.tu kira sedap sangat la tu. Harga untuk bi bimbap beef ni adalah rm21 termasuk gst (kalau tak silap). Untuk rameon harganya adalah rm18 kalau tak silaplah. kalau silap maafkan saya.  huhuhu



oh ya kalau korang nak baca review pelanggan setia diorang boleh ke website zomato.com.my
cuma perlu type di search bar nama outlet ni sure jumpa punya.


selain di nu sentral  b.bap ni juga beroperasi di ioi mall puchong. so orang puchong tak payah susah susah nak datang nu sentral .




akhir kata selamat menjamu selera dan selamat tengah malam guys! :)



p/s: lepasni apa akan jadi? tuhan je tahu. esok aku last day. sedih pulak nak say bye bye kat diorang







December 24, 2015

Tutorial online shopping di Zalora (Entry Bergambar)



Assalamualaikum,
selamat tengahari korang dan salam maulidur rasul. Hari ni ahkak nak "Payung" sikit
tutorial pembelian dari zalora. Meskipun kaki shopping sekalian dah biasa beli dari zalora namun janganlah anda begitu angkuh . bagilah daku chance nak buat entry ni untuk rujukan mereka mereka yang nak beli tapi tak yakin. nak beli tapi takut atau tak reti. 

okay cut the crap, mari terus kepada tutorial shall we?







first step, sila pergi ke laman web zalora dan daftar akaun korang. free je sign up silap silap boleh dapat discount voucher lagi. sekarang  kan tengah YES(year end sale) so sure banyak barang barang murah gila korang boleh dapat. kalau dah sign up proceed kepada login. 


dah sign up? dah log in. sila jangan lupa ya letak alamat korang. better letak alamat rumah yang berpenghuni la. jangan la pulak korang duduk universiti, parents pergi travel ko letak alamat rumah . lepastu kau nak expect barang kau sampai cepat. =-=' sila lah logik sikit. lepastu alamat tu biar jelas, janganlah tulis short form. ko ingat posmen tu semua ada masa nak cari maksud shortform kau?
kau ingat diorang tak ada kerja lain? *eh emosi tiba tiba*




lepastu korang scroll la carilah baju mana yang korang berkenan. oleh sebab aku minat baju 
ni . nampak macam kewl gila kan ( read : cool). nak order tu kau click la add to bag.
jangan pulak click add to wishlist. memang masa checkout tak adalah benda tu keluar. 
ingat tau. add to bag tau. lepastu jangan lupa  pilih size yang betul. korang boleh check ukur lilit sekali so tak adalah sampai sampai size tu terlalu besar or terlalu kecik untuk korang.


okay ni adala payment method. so korang kalau prefer cod. boleh la click cod. tapi aku prefer by post je. so aku proceed dekat online banking. siapa ada credit card pun boleh jugak.online banking korang boleh guna maybank2u, RHBnow,CimbClick,Ambank,Hong Leong dan Pbe Bank sahaja.



after check out, buat payment semua dia akan keluar macam ni. 
ni tandanya order korang dah confirm. nanti korang boleh track barang korang tu dekat mana.
mudah gila kan?




nanti barang aku dah sampai aku update lagi. ni honest review tau.  kalau aku rajin aku pergi la posing dekat mana mana dinding macam remaja hipster dekat luar sana. ekekeke



p/s: k guys aku nak pergi kerja ni. 


December 23, 2015

3 PUMA SHOES FASHION LOOKS



hello, assalamualaikum selamat pagi warga dunia
eceh macam satu dunia pulak baca blog kau una. pagi ni aku nak buat review sikit satu jenama kasut kesayangan ramai. apa lagi kalau bukan PUMA?


Puma ini dia sejenis kasut yang ada banyak varieties tau guys. berbagai bentuk yang boleh fit lifestyle kita. Kalau korang dah bosan nak pakai high heels,flat shoes atau sandal korang kena try puma ni sebabnya korang bukan je boleh nampak stylish tapi korang membahagiakan tapak kaki korang! comfort is the key guys! tak guna jugak kalau beli kasut harga beribu ribu tapi end up dalam kotak je betul tak betul tak?Haaaa... so apa apa pun cari yang selesa. Oh ya lupa nak bagi tahu sekarang zalora ada menawarkan harga special tau so sila click link ini Puma shoes collection (click la click la mesti tak menyesal) 


sebenarnya ada banyak cara korang boleh mix and match pemakaian kasut puma ni dengan outfit korang. antaranya dekat bawah ni. 

without a further a do. let get's started! 


1.    Casual




 okay girls, ini adalah contoh cara korang boleh gayakan puma shoes ni dengan outfit korang.style gila kan? berdarah hidung member member korang tengok korang bergaya macam ni. haruslah berebut rebut rakyat jelata nak beli kasut ni selepas ini. (sesungguhnya aku pun dah tergoda dengan design kasut ni) ko tengok tapak pun dah tahu selesa guys. dah la selesa, cantik plak tu . nampak tak colour dia yang super bright tu? aku tahu korang dah terkinja kinja dah tu. sabar sabar habiskan bacaan korang dulu macam mana pun hehe.




2.    Sophisticated


ramai orang berpendapat kalau nak nampak sophisticated je kea pakai high heels. sebenarnya boleh je kalau nak pakai sport shoes dan nampak elegan. key dia ialah pemilihan baju yang sesuai, colour dan style dia. contohnya macam dekat atas nilah. korang boleh nampak macam seorang perempuan yang lembut dalam masa yang sama stylish dengan kasut puma ni. Nampak tak colour dia yang lembut tu boleh match dengan banyak outfit korang. korang bukan je boleh pakai pergi kerja. pergi mall pun boleh guys. sure nampak memukau gila.


3.    Feminine



siapa kata pakai sport shoes tak boleh nampak feminine? korang tengok model dekat atas ni.
dia gayakan kasut puma ni dengan  dress . still ada feminine look kan?
tahun 2015 ni menyaksikan banyak perubahan fashion dekat dunia ni. Dan Puma antara leading shoes brand yang aware dengan perubahan fashion dekat dunia. korang boleh jumpa ke sport shoes yang stylish macam ni dekat luar? kebanyakannya design sama je. Okay untuk try this look korang boleh padankan dengan apa apa dress or midi dress. kalau nak pakai dengan skirt labuh pun boleh .
yang penting kena confident. lagi lagi bagi  hijabista dekat luar tu. jangan takut nak bergaya. tak adanya orang pandang pelik. nampak lebih elegan and feminine adalah. Kasut kasut dari  Puma ni boleh serlahkan gaya feminine korang tau. Tengoklah dengan dia punya tapak macam heels tapi selesa tu. aishh takkan tak teringin kot?


hahaha aku tahu korang teringin sebab aku pun sama. dah teringin jugak! 

So apa lagi?

bila lagi nak ber PUMA?




tak tahu nak beli dekat mana? beli jelah dekat zalora!  dijamin murah, berkualiti dan original.


p/s: phewww tak sabarnya nak tunggu duit gaji masuk! aku nak beli satulah! 

Pindah Rumah & Valuable Life lessons