June 3, 2021

crossing wishlist no 6 on june XD

 




Hai korang .. 

apa khabar korang semua... i just nak share dengan korang my journey to complete this small wishlist.

number 6 ni pun i forwardkan because of circumstances. okay  so this  wishlist pun considered small jugak.

i rasa dalam banyak banyak wishlist yang ini yang paling small and yet i letak agak jauh kebelakang.


nak tahu ke wishlist i apa??!!


i ambik medical card korang!! medical card ni ada saving and also waiver. i think i harus share dengan korang sebab i know not everyone ada opportunity nak ambik medical card even gaji banyak. 

sebab ada tanggungan lain and komitmen lain.  biasanya what holding our back from taking medical card ialah premium bulanan (bayaran bulanan) yang meningkat  every 5 years and tak ada cash value kan?

i ambik medical card from great eastern dari contact i di instagram. actually i kenal dia way back before instagram tapi tak pernah jumpa. cuma i selalu beli barang dengan dia. so long story short i haritu ternampak story dia share pasal insurance yang tak meningkat ikut umur and boleh cover 45 jenis penyakit and very affordable . jangan tanya i berapa premium i sebabnya dia ikut your background. kerja you jenis apa, umur you berapa so kalau you guys minat kejap lagi i letak link instagram dia. so korang boleh pm dia dekat sana 

yang best insurance ni .. dia ada waiver and simpanan. lepas 6 tahun nak keluarkan pun boleh or kalau you nak tunggu umur 61 pun boleh keluarkan and boleh dapat dalam 12k-19 saving ye.(saving ni ikut plan u ambik and class you) dan plan ni dia cover both private and government hospital . 




for me plan ni sesuai untuk rakyat marhaen macam i yang nak medical card and the same time tak ada allocation yang banyak untuk bayar medical card.   oh bestnya medical card ni ada apps jugak , and ada khairat kematian, hibah dan saving. i tak reti nak cerita panjang panjang untuk maklumat lebih lanjut boleh tanya advisor dia sendiri . wani(greast eastern advisor). klik kat nama dia tu k. boleh mintak quotation dulu. kenapa i tak share her number? i didnt ask her permission yet so tak apa korang ada instagram kan dm dia kat sana ya.


i dengan husband baru buat bayaran tadi . so doakan approve eah. sebab both of us tak pernah warded so inshallah la approved (amin sejuta kali) 


ni bukan paid review sebab i tak famous. jadi siapa tak ada medical card silalah buat jika nak. i pun umur 30 baru nak buat sebelum ni rasa cukup je dengan medical company. tapi tu la company cover apa je kan. so better be safe than sorry. 




k korang tu je for now.. nanti kalau i dah dapat medical card i will update you guys. :D

till then 

ttyl 


una mn 




June 1, 2021

FULL PKP AND DISNEY PLUS COMING TO MALAYSIA

 



hi guys.....

harini macam korang tahu adalah hari pertama full lockdown macam pkp 1 tahun lepas and harini juga adalah hari dimana disney plus dah avalaible dekat malaysia. so pagi pagi tadi i dah subscribe terus untuk 3 bulan. disney plus + hotstar ni sangat murah ye. compare to netflix. i bayar rm54.90 je for 3 months.

apa yang buat i excited?

sebab mostly series dari marvel available dekat disney plus je. macam wanda vision haritu cuma ada dekat disney plus . falcon x winter soldier and yang akan datang ni. LOKI!!! sumpah i tak sabar nak tunggu 9 june. tengah pkp ni kan tak banyak movie baru keluar . jadi dengan adanya disney plus tak adalah sendu sangat hari i hehehe.




kebetulan pulak start esok i dah masuk kerja malam guys. so siang kalau lepas tidur tu.. mesti ada rasa nak tengok series ke movie ke. yang kenal i lama tahu i suka tengok movie . english movie to be exact. melayu adalah tapi yang berkualiti sahaja. macam red film , kru punya ke i suka la.. orang lain punya movie i kurang.


oh ya macam tak sangka next month kereta i dah setahun. sekejap je kan masa berlalu. sekejap je dah setahun kereta i keluar. i rasa pkp ni maybe lama. sebab nak kurangkan angka yang beribu2 ni kan. 

i  tengah work on wishlist yang agak besar or i can say the biggest wishlist for this year? maybe. 

so korang doakan i kuat semangat  ya. sebab selalu wishlist i .. i kumpul duit sebulan or 2 bulan je dah settle. yang ini ambik masa lama sikit sebab amount dia agak besar ye. i manusia biasa kerja bukan duit datang dari langit. nak mintak husband dia pun belum kaya lagi. so kita kenalah pandai manage .. begitu.


k la korang i nak sambung tengok disney plus ni


bye bye :3


ttyl 


una mn


May 15, 2021

Aktiviti raya pertama 2021 dan crossing another wishlist?



Hai korang.. selamat hari raya maaf zahir batin.
raya tahun ni seperti mana kita tahu ... rakyat malaysia kena pkp lagi. yang sedihnya last year raya masih boleh rentas daerah untuk raya pertama untuk raya tahun ni. jangankan rentas daerah.. ke rumah jiran pun tak boleh.  jadi selepas baca sop dari gov sis mendapati tiada larangan ke mall. jadi agenda hari ini adalah ke shopping mall. oh ye tahun ni sis raya bertiga. my sister yang tak dapat balik  kampung beraya dengan sis . 2 hari sebelum raya i ambik dia bawak ke rumah sebab kesian . yelah takkan dia nak raya sorang kan. 
theme tahun ni? purple!!! hahaha dia macam pinkish tone sikit . 
pagi raya i bertukar juadah dengan aishah kawan dari blok sebelah. andddd dia bagi i bag guys hadiah birthday haritu . tak sangka jugak dah bulan 5 masih dapat hadiah.




cantikkan ??? 






okay ni lah gambar raya pertama kami. settle bergambar kami keluar ke  sri damansara.
sebab nak ootd. ni  i belanja gambar husband and adik i.


husband i . penat jugak ambik gambar dia ni. active sangat.


ni adik i aqilah. dia ni memang boyish sikit. semoga satu hari masuk hidayah kat hati kau eah .



yeap ni dekat uniqlo first yang ada building  sendiri dekat malaysia. bukan dalam mall
best spot untuk ambik ootd HAHAHA.





selepas tu kami pergi the curve sebab bosan. and nampak spot ambik gambar raya. 
so i layankan jela perangai husband i. actually banyak lagi gambar dia suruh i ambik.
ni sebahagiannya.


acah bakar lemang




kesian dah 2 tahun tak balik raya sarawak. kalau next year covid dah tak ada kita balik
raya sana eah.


selepas itu kami pergi ikea memandangkan raya ikea tak ramai orang jadi rasanya ia masa terbaik nak shopping. selalunya penuh je kan. so i beli dua wardrobe one for me one for husband. 
3 sets wooden hanger, frying pan , scented candle, duvet, bedsheet, quilt cover and etc yang tu je i ingat.
wardrobe tu i beli rakkestad je. sebab bilik i punya theme black. so rakkestad ada black colour.
i ada gak minat satu jenis wardrobe yang besar sikit tapi oleh sebab dia jenis slide i tak jadi beli
yelah common issue wardrobe jenis slide kan dia cepat tertanggal so untuk elak benda tu i beli ni. actually i plan nak beli rakkestad yang besar sikit tapi yang saiz ni je tinggal 

abaikan  benda bersepah tu. haha bilik agak disaster sikit sebab husband i install dia dalam bilik
so memang sepah. tapi dah kemas dah.


haaa i beli jenis ni. murah je. sebenarnya i nak je tunggu rakkestad yang besar tu restocked  memandangkan almari dekat rumah sekarang tak boleh tampung kapasiti baju kitorang and almari lama tu quality dia tak seberapa so i decided beli yang ikea punya.
tak adalah nak kena tukar banyak kali kan.
beli wardrobe from ikea ni one of my wishlist jugak. so guys.... i crossed my 4th wishlist :D
 






semua baru hehehe . kalau korang kenal i lama sikit korang tahu i jenis pantang bedsheet comot sikit. kalau dah basuh2 tak mahu hilang alamatnya ke tong sampah.
nanti tunggu cadar lain restocked nak kena beli lagi sebab cadar ni seeloknya2 ditukar seminggu sekali .

sebelum balik i belikan present untuk aishah. i got her jacket jeans from uniqlo. glad that she like it. 

okay tu jelah my raya activity.

i rasa shopping is my coping mechanism.
rasanya orang lain sama jugak.


tapi alhamdulillah syukur masih beraya jugak. 

kalau ada yang baca ni nak pesan sikit mari kita sama sama baca qunut nazilah selepas solat dan doakan rakyat palestin diselamatkan. Allah amin .


k tu je lah setakat ni dulu

till then ttyl

una mn




















Pindah Rumah & Valuable Life lessons