November 23, 2014

Movie Review : Big Hero 6






Sinopsis 

Big hero 6  Mengisahkan tentang seorang remaja genius berusia 14 tahun bernama Hiro . Dia gemar menghabiskan masa menyertai perlawanan robot untuk mengisi masa lapang. Ini kerana dia tidak perlu ke sekolah lagi setelah graduate ketika berumur 13 tahun.Dia merupakan anak yatim piatu dan tinggal bersama makcik dan abangnya setelah kematian ibu bapa mereka ketika dia berumur 3 tahun. Cerita bermula dengan scene Hiro menyertai sebuah perlawanan robot yang secara undang undangnya haram untuk disertai bagi remaja bawah umur kerana ianya melibatkan pertaruhan wang . Dia yang berjaya menumpaskan juara bertahan itu kemudiannya dicekup pihak berkuasa namun kemudian dia dibebaskan dengan ikat jamin oleh makciknya.
Hiro mempunyai seorang abang bernama tadashi yang belajar di sebuah universiti . Tadashi mahu Hiro mengikuti jejak langkahnya untuk belajar di universiti tersebut . Namun Hiro menolak. Dia merasakan dia tak perlu ke universiti lagi kerana dia tidak mahu mempelajari perkara yang telah dia ketahui. Tadashi mencari helah untuk menarik minat Hiro , maka dia mengajak hiro ke kampusnya dan menunjukkannya  makmal sains universiti tersebut. Dia tidak menyangka makmal sains yang disangka hanya untuk golongan nerd itu rupanya sebuah makmal penciptaan robot yang sangat "cool" . Hiro diperkenalkan dengan rakan rakan abangnya dan rekaan mereka. Kemudian Abangnya "memperkenalkan" Baymax sebuah 
robot nurse yang direka khas olehnya untuk merawat Hiro. Hiro yang begitu teruja setelah melawat makmal tersebut kemudian membatalkan hasratnya untuk menyertai perlawanan robot. Dia benar benar ingin diterima masuk ke universiti tersebut. Dia berusaha setiap hari untuk menghasilkan sesuatu yang hebat. Dan akhirnya dia berjaya mencipta mikrobot dan dia  membentangkan hasil kerjanya di atas pentas ketika hari terbuka universiti .
Hasil kerjanya di kagumi krei, seorang saintis yang ingin membeli ciptaannya namun di halang professor kepada tadashi. Setelah menerima surat tawaran masuk ke universiti tersebut hiro dan tadashi segera pulang untuk meraikan kejayaan hiro. sewaktu melangkah keluar kebakaran telah berlaku dan tadashi meluru masuk ke dalam untuk menyelamatkan professornya. Perbuatannya itu akhirnya meragut nyawanya sendiri.
Hiro yang terlalu sedih kerana kehilangan abangnya tidak mahu keluar dari biliknya selama berminggu minggu. Pada suatu hari ketika termenung dibilik dia tak sengaja mencederakan kakinya dan mengaduh kesakitan. Ketika itu muncullah Baymax robot besar yang rupa rupanya telah dibawa pulang oleh tadashi 
sebelum kejadian kebakaran itu. Baymax kemudiannya menjadi kesayangan dan sahabat Hiro ketika dia merindui abangnya. Satu kejadian aneh berlaku apabila dia menemui  sebahagian partikel mikrobot yang diciptanya dahulu yang disangkanya telah musnah dimamah api.Partikel tersebut membawa Hiro dan Baymax kesebuah gudang lama. Disana dia menemui kesemua mikrobotnya dan sebahagian besar lain yang telah dicipta oleh seseorang yang tak dikenali yang memakai topeng. Hiro dan baymax menghadapi ancaman besar setelah diketahui kehadiran mereka ke gudang itu. Apakah yang berlaku kepada mereka ketika itu?
Bagaimanakah dia ingin mendapatkan kembali mikrobotnya? Apakah niat sebenar si pencuri mikrobot tersebut?


Nak tahu ? kenalah tengok sendiri. Karang cerita lebih lebih
tak syok plak.


Movie rate : 5 Star
Plot Cerita : Sangat sangat bagus tak puas tengok
Genre : Kelakar 90% sedih 10%


Highly suggested 


Baymax si robot nurse yang comel bersama Hiro si genius cilik

Makcik Hiro yang sangat kelakar. Serious.. makcik dia kelakar ;)



Bagi korang yang tak suka beratur ketika line terlalu panjang bolehlah dowload application GSC di smartphone masing masing .





November 15, 2014

Travel Diary : Short getaway in Langkawi with Family

Hai assalamualaikum..


Bulan ni merupakan bulan paling busy bagi aku, macam macam benda berlaku. Boleh dikatakan hidup aku agak sibuk sejak 2 menjak ni. Sekarang alhamdulillah kembali stabil. 2 minggu lepas aku sibuk meeting, siapkan report , konflik dengan manusia garang itu. takpe itu kita dah settlekan . kemudian, aku kena menghadiri majlis persandingan abang sepupu aku pulak. sentiasa bergegas ke sana ke mari. kemudian  minggu lepas pulak aku sibuk nak bercuti. Kemain lagi buat checklist nak beli apa . Padahal bukan jauh pun. pergi langkawi je .( tak jauh la sangat .. padahal naik kereta nak sampai ke kuala perlis tu pun dah makan 6 jam T_T)


Biasalah nak buat macam mana aku punya annual leave pun dah habis. Banyak sangat cuti raya haritu, kemudian awal tahun dah habiskan 4 hari cuti sebab nak tolong maklong masa cousin aku ila khawin. kami tak naik flight sebab nak singgah ambik adik lelaki aku kat matrik arau, perlis , so dengan redha kami pun tahan pening dalam kereta. Adik aku habis exam muet dia terus kami bergerak ke jeti kuala perlis. sampai disana beli tiket feri jugak. Sampai sana dalam pukul 3 lebih dapat tiket feri pukul 4 lebih. Aku pun call lah resort yang aku panggil hotel tu (aku memang pelik) 
nak kasi tahu aku sampai lambat sikit. sebab aku yang booking hotel tu. hehehe kalau nak ikutkan ayah aku nak tinggal kat resort kawan dia. tapi aku taknak, aku kan diva (diva ke? ). taklah sebenarnya ... aku  dah tertarik dekat satu resort ni. sebab tu aku tekad nak bercuti dekat situ jugak! :)
Resort apa?resort apa lagi kalau bukan debaron resort  yang terletak di kuah.





 Dari jeti kuah tu 5 minit je kalau naik kereta. Kalau korang nak datang sini sekadar nak makan angin, naik bot pulau ke pulau, tak ada rasa nak shopping sangat. Tak perlu nak sewa kereta pun. tak berbaloi. Lebih baik naik je teksi dekat sana. Murah pun murah. kami selalu naik avanza . rm15 je  sekali hantar untuk ke mana mana. kalau sewa kereta dah rm90 sehari. tak berbaloi kan? minyak lagi nak isi. Kami tak pergi naik kereta kabel pun sebabnya musim ribut macam ni, Aku dengan mama aku takut nak naik masa musim hujan dan petir tu . Kami paranoid kami sedar. T_T . island hopping pun tak dapat sebab ombak yang agak ganas di musim ini agak menyeramkan ye tuan tuan dan puan puan. maka aktiviti kami disini tak lain tak bukan.... swimming, shopping, tidur dan makan! hahaha


Newleyweds  nak honeymoon pun boleh datang sini. tak payah la pergi tempat mahal mahal tak praktikal.  Datang sini je okay?

Second Pool . ini untuk dewasa sahaja. 


First Pool Untuk kanak kanak + dewasa 

part swimming aku paling suka. Masih terasa seperti di dalam kolam. dah la pemandangan heaven gila. kolam renang tepi pantai. Harga hotel pulak taklah mahal mana. Staff semua mesra  pelanggan! what not to like? Kolam pun ada 2 . satu kolam untuk dewasa sahaja.. satu lagi  kolam campur untuk dewasa dan kanak kanak. ada 1 tali untuk  seperate kolam campur ni. so budak budak pendek, kanak kanak riang di larang melepasi tali tersebut. Bahagian kolam kanak kanak ada 2 gelongsor air(kalau dalam gambar ni tak nampak gelongsor sebab gelongsor dia belah kanan sikit), so budak budak boleh feeling macam mandi kat taman tema air. Nice kan?


aku tak ingat kat mana, masa ni kami semua jalan kaki ambik angin.Ni adik 
aku ammar selfie dengan phone aku. suka benor dia dengan front camera 
aku. Ye, aku pun suka itu pasallah aku gigih beli phone ni ;D


ini pintu laluan nak keluar

Ini plak laluan luar sebelum nak sampai ke kolam renang . Tempat ni bagus, pemandangannya hijau je tenang je rasa hati.
Oksigen pun bersepah sana sini. eh...






Makan dekat sini best, bayangkan tengah hi tea sorang sorang mat saleh mata biru tegur kau, hi beautiful..
may i join you? Tidakkah anda perasan lawa secara tiba tiba? tidakkah ? HAHAHA!

haritu masa aku pergi  kapal kapal havoc dekat sini. kemain banyak. Amboi  ramai betul macam tahu tahu je aku ada kat sini? perasan! hahaha! 



Worth every penny you spend . Tahukah anda hotel 5 bintang tak semestinya mempunyai view yang cantik begini? Aku  amat berpuas hati dengan pemandangan yang disajikan disini. Ni kalau seminggu aku tinggal sini mahu banyak jugak sajak dan syair tercipta. Kalah sasterawan negara nanti. Mesti beliau terpegun melihat karya-karya agung aku . *berangan lagi*


k k, i digress ni nak sambung cerita tempat menarik plak.



tempat nak beli coklat? jalan kaki je sampai dah. Hotel aku duduk ni bukan hotel 5 bintang tau.. dalam 3 , 4 bintang je . Tapi itu pun dah cukup.  katil selesa, selimut gebu, bilik ada flat tv siap ada astro, ada security box, fridge, kettle, free 3 in 1 powder drink (nescafe, milo, and etc)


Hari pertama sampai, dapat mandi sekejap je sebabnya pool close pukul 7, kami sampai 6 setengah. Malam tu hujan agak lebat, kami makan dekat luar, dan terjumpa sebuah kedai yang  amat syurga di mata kami. Kedai COKLAT! dalam tu bukan setakat coklat je, kuali, periuk, pinggan mangkuk, beg tarik. semua dijual murah. Rasa tak percaya pun ada. Coklat berbagai jenama dari jenama familiar sampai jenama yang kau tak pernah dengar .. you name it! semua ada.  Tengah syok syok tengok periuk dan kuali, tetiba member office whatsapp nak coklat . Maka operasi membeli coklat pun bermula. aku tengok mama abah dan adik adik masing masing teruja dah. Yelah, segalanya murah kot! aku pun tak faham kenapa di langkawi segalanya murah! Rasa taknak balik terus! :') 

waktu kejadian. Muka terpaksa je masing masing, Adik adik dipaksa bergambar sedangkan mereka sedang
excited mengisi coklat di troli masing masing. 



ini keesokan harinya...kami makan di kenny rogers sebab waktu itu aku nampak ayamnya agak menyelerakan. Punah diet aku. 



Ingat  aku kata segalanya murah? bila aku kata segalanya murah i really mean it. That's why abah dan aiman adik bongsu aku berjaya membeli phone baru di langkawi. Adik bongsu aku tertarik dengan satu smartphone samsung yang aku lupa jenis apa, Sebab samsung ada terlalu banyak keluaran kan. Abah pulak, tertarik dengan oppo. Mula mula dia nak belikan untuk aiman je , tiba tiba dia sekali sangkut nak beli jugak. diorang beli dekat langkawi parade. Kemudian dari langkawi parade kami pergi jetty point sambung shopping. Hari kedua tu aktiviti kami shopping semata mata. Bukan sekadar coklat, baju baju sekali diorang shopping. Balik shopping semua orang penat dan mengambil keputusan untuk tidur saja petang tu.Tapi oleh kerana aku
bosan yang amat sangat tak boleh tidur, adik aku si aqilah pun dah nyenyak tidur , aku pun ajak aiman turun bawah mandi kolam lagi. Hahaha! 

aku pulak sebagai kakak yang prihatin, mengajar adik aku berenang. ceh prihatin ke? ;p . 





Senja di tepi pantai yang berada betul betul di depan hotel.



kami disana 3 hari 2 malam je. Balik rumah hari isnin hari selasa mama ajak kami pergi shopping lagi kemudian sekali hantar aku balik . Sekarang aku masih dalam mood cuti.


Inshaallah tahun depan kalau ada rezeki, holiday aku pulak belanja. nak kemana?


 mungkin ke sini?








siapa tahu? ada rezeki lebih inshaallah :)











October 26, 2014

Tahniah Amir and Get Well Soon Pakngah!

2014 has been the toughest year of our family and most likely the happiest too.
Dugaan dan kegembiraan adalah sama banyak . Mula mula aku nak ucapkan tahniah kepada newleyweds 
Amir my lovely brother(cousin) and his wife kak lynn yang cantik jelita (ni puji ni harap harap dapat duit raya tahun depan ekekeke :D) . Sorry tak dapat hadir. sepatutnya aku hadir semalam tapi ada halangan pulak. takpelah tak perlu aku ceritakan panjang lebar dekat sini. dah jenuh 2 hari dah aku buat dosa memberi carutan tanpa henti kepada beliau di dalam hati. Beliau adalah Project Manager kami. 
Dia adalah punca kenapa aku tak dapat hadir semalam. okay enough with the makian. tak elok maki maki ni una. kata sempena maal hijrah nak berubah ? macam mana nak jadi perempuan melayu terakhir macam ni?





okay , melalut.

begini ceritanya ..

tahun ni dah dua sepupu aku bertukar status, seorang sepupu perempuan yang dah khawin awal mac haritu dan seorang lagi sepupu lelaki yang baru bertukar status semalam. Dua dua sepupu ni aku sangat rapat waktu kecik kecik dulu. diorang la kawan kawan aku pun aku mana ada kawan lain *nangis dalam gua*
Ada sesetengah orang tak berapa rapat dengan sepupu kan? tapi family kami tak sepupu adalah manusia yang paling rapat dengan kami. ikatan kami ni sangat sangat kuat . dah macam unbreakable vow dah. ala unbreakable vow yang snape dengan mak draco malfoy buat dalam cerita harry potter tu. ekekeke melampau sangat pun. taklah actually memang kami rapat.Mungkin sebab mak ayah kami semua dah rapat jadi kami pun turut sama rapat. Aku rasa aku pernah cerita dalam entry entry sebelum ni kot, amir ni adalah satu satunya abang sepupu aku. aku anggap macam abang kandung dah. Rahsia dia masa kecik kecik dulu ada dalam poket tau! jadi bila tak datang semalam mestilah aku sedih. Jujur la aku nangis. nangis gembira tu ada nangis sedih tak dapat join sepupu yang lain pun ada gak.Dalam gembira semalam ada jugak sedihnya. 
Pakngah dan makngah  aku iaitu ayah amir (anak atuk aku merangkap abang kepada mama aku) dan mak amir tak dapat menyaksikan anak pertama mereka bertukar status. sedih kan ? sebab pakngah sakit kena admitted dekat ward so makngah kena jaga dia . dia sedar cuma belum boleh dibenarkan keluar lagi.So menurut cerita atuk aku yang pergi waktu amir akad nikah semalam, ada salah seorang sepupu aku call la makngah dengan pakngah nak bagitahu bahawa sekejap lagi amir dah nak akad nikah dah. Atuk aku cakap makngah dengan pakngah menangis. bila aku dengar cerita tu aku pun nangis.cengeng kan aku?  korang jangan tak tahu disebalik muka pembunuh bersiri aku ni, ada hati yang lembut selembut kapas ececey. Apa apa pun tahniah kepada amir dan kak lynn.  Dan kalau ada makcik pakcik yang terbaca entry ni, mohon jangan nak tanya soalan . kau bila lagi? hahahaha! aku tak mau khawin lagi oiii! 


Alhamdulillah i'm happy for both of you :D



gambar ni pecah pecah tapi aku tetap nak letak jugak eventhough aku tak ada dalam gambar. hehehe. tak pe minggu depan iollss datang k? mih mih mih! :D


my beloved pakngah. Get well soon pakngah! kami doakan pakngah cepat sihat ye ye ye?
dalam gambar ni mungkin hassan tengah tunjuk video atau gambar akad nikah amir.



khabarnya maklong paklong pun tengah tak berapa sihat.semoga semuanya dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

The greatest gift of all is my family..


" No matter where YOU go"
I won't be very far 
cause in my head i'll be right there
where you are 
Love has no distance baby love
Love has no distance baby , NO
not when it comes to YOU and me :) 



P/s : We will remain strong! :)


Pindah Rumah & Valuable Life lessons