December 19, 2020

activity seminggu lebih dan atuk sakit?

 

hai korang 

dah lebih seminggu I tak update blog kan. dalam masa seminggu ni macam macam benda jadi. jadi untuk mengabadikan memori so i compile je la aah apa yang jadi di Hari Hari penting . 


12 December 2020

harini I keluar dengan my cousin Bella and fadhilah. kitorang pergi Sunway Pyramid je sebab senang dekat dengan rumah bella. i fetch them and kita terus pergi cari tempat makan. we decided to try jinjia chicken. sebenarnya I je tak pernah makan . diorang dua dah try pun. okay la not bad . I ambik chicken dengan cheese tu. cuma honestly I'd prefer fry sebab cheese dia ni macam terlebih letak susu. korang tahukan Kalau nak buat cheese fondue kena letak susu? yang ni susu dia macam terlebih.





14 December 2020

I dapat call dari my cousin beritahu atuk sakit dan dimasukkan ke dalam hospital. hati ni sedih campur risau. orang yang rapat dengan i tahu yang atuk dan opah jaga i dari baby sampai i 12 tahun. atuk sesak nafas and bergantung pada alat pernafasan. doctor letakkan atuk dekat isolation ward. tak ada orang boleh masuk dalam .cuma boleh lawat atuk dari luar bilik je . mama cuma dapat tengok atuk dari luar kaca.




15 December 2020

hati ni berbelah bagi nak balik ke tak. mama nasihatkan jangan balik dulu Sebab atuk memang tak boleh terima pelawat sekarang. orang yang nak melawat disuruh balik. 



16 December 2020

Makuda cuba nasib untuk Melihat dan dibenarkan Melawat selama 10 minit saja. keadaan atuk nampak semakin segar. haziq my cousin ambik tugas jaga atuk sepanjang di wad. sepatutnya atuk dah boleh keluar tapi Oleh Sebab pernafasan atuk masih belum okay, dia tak dibenarkan balik. kami cucu cucu, dan makcik pakcik hanya mampu video call atuk. dalam masa yang sama, fadhilah and i decide nak jenguk atuk on friday . i ajak fadhilah balik petang khamis selepas I habis kerja.






17 December 2020

habis kerja.. fadhilah pick me up dekat rumah  Sebab I wfh and husband pulak tak dapat join balik sebab last minute plan. kami bermalam di rumah my mom. I tak mampu nak drive Sebab hati terlalu risau. 




untuk mengurangkan risau dan mengisi perut yang lapar dari pagi tak makan. on the way balik ke rumah
mama kami singgah makan di satay hut. kami bungkus satay untuk my parents and cepat cepat balik sebab dah lewat .

18 December 2020

kami sempat drive thru mcd  belikan  bubur untuk atuk. kami minta bubur kosong je. sampai hospital  amir dengan kak lynn pun sampai. kami guna pas penjaga untuk naik orang demi sorang. mula mula amir, lepastu kaklynn, lepastu fadhilah  and then my turn. atuk banyak berbual cuma suaranya perlahan. nampak uzur tapi tenang. sebagai cucu yang membesar dengan atuk tipulah tak risau. cuma mampu Kuatkan diri depan atuk. kebetulan ada nurse hantar makanan dengan air untuk atuk. atuk diberi minum secawan kecil milo dan sebungkus roti kecil. atuk jamah roti sampai habis. condition atuk agak membimbangkan kami sebenarnya. sebab doktor kata ada air bertakung di paru paru atuk. atuk tak boleh minum air terlalu banyak. hanya boleh minum 500 ml sehari. i hanya mampu cerita tentang progress hidup di kl. atuk layan sama macam waktu kecik dulu.


atuk : ijat alihkan.. (dia minta mejanya di kedepankan untuk memudahkan dia makan)

me: amir ada beli buah anggur atuk nak? 

atuk : (angguk sambil tunjuk jari 2) dia nak 2 biji anggur.

me : atuk nak apa apa lagi tak? (jujur i dah tak tahan nak duduk situ lama lama. i tak mampu nak tahan menangis dekat situ. terpaksa pergi sebelum air mata mengalir. i need to be strong infront of him so he will be strong too. 


dia minta wet tissue untuk lap tangan dan bibir dia. dia nampak gembira  tetapi lemah. the same old man yang accident berapa kali ketika tua tapi tetap kuat. the same old man that taking care of me since I was little . I can't imagine my life without him. he taught me to do almost everything. I membesar di rumah opah atuk. my siblings duduk dengan mama. masa I tak ada kawan nak main atuk akan teman I main badminton Sebab my cousin which are also my bff dah pindah duduk Taman perumahan. diorang cuma balik waktu cuti sekolah.or sabtu ahad kalau tak ada hal.  atuk buatkan senapang kayu . sebab I tak pandai seni atuk always do my art homework. kerja sekolah lain semua okay. cuma seni I tak suka. I dulu top student and to maintain that I kena dapat semua A even on art. to achieve that... atuk dan opah yang buatkan sampai I dapat A.I membesar jadi budak kampung yang tahu serba serbi kehidupan kampung.  atuk ajar tanam pokok, kait kelapa, semuanyaa. sampai memandu pun atuk yang ajar. atuk pernah accident lepas hantar I tuisyen. dia accident masa nak pergi belikan my fav kebab and air soya di pekan rabu batu batu 20.  masa tu i was just 12. tengah percubaan upsr tahun 2003. Tulang dekat paru paru pernah patah tapi Alhamdulillah atuk Selamat. 


2015 atuk pernah accident lagi. kereta total lost Alhamdulillah Allah masih panjangkan nyawa. atuk tak ada secalit luka pun. hard to accept that minum banyak air would do so much to him now . I hope he will getting better. May Allah ease everything. semoga Allah tabahkan hati kami  untuk terima apa jua takdirNya.


lepas balik dari hospital kami sempat balik jumpa Opah di kampung. kami belikan Opah anggur yang sama macam atuk dapat. dalam sakit sakit atuk masih ingatkan opah. opah sempat video call dengan atuk.

muka opah nampak risau sedih. pasangan hidup kan mana mungkin tak sedih. selepas 2 jam kami mintak diri . singgah ke rumah mama untuk bersalam sebelum balik ke Damansara. 


basically this is what happened In a week. I don't know what to think. I just serah semua pada Allah.

I jarang nak tulis post sedih dalam blog... tapi atuk Sangat special dalam hati i. he is like my father. he raised me. he know me too well...orang sayang atuk. 


okay Korang idk what to write anymore


doakan my atuk  razali bin tahir semoga dipermudahkan segalanya


amin







No comments: