July 29, 2023

Setia city mall with mama & unifi yang menyakitkan hati

 


Hi guys..

So few days ago i balik lagi ke rumah mama. Saja balik sebab this week my brother tak balik so untuk elakkan dia sunyi sis pun balik la. I balik pada rabu lepas . I actually kerja that day . Mujur masih hybrid jadi rabu lepas i wfh. Pagi pagi lagi i dah balik. I sampai rumah 10 ke 11 pagi. 

Sampai sana i rest and tidur dulu . Pukul 1 mama kejut untuk lunch sebab pukul 2 i kena kerja dah.  Lepas  lunch solat apa semua i buat kerja  dekat bilik i.

Khamis 

Mama ajak pergi jpj ada urusan tukar nama motor satu lagi. Rupanya motor tu tak buat e batal lagi. Mujur motor yang ni kedai dia masih beroperasi bukan bankrup. I pergi kedai mintak diorang buatkan . So agenda dah tergendala. 






I ajak mama pergi setia city mall tengok movie. I tahu memang jauh tapi i tak kisah. As long as mama happy. Kami tengok mission impossible . Ni kali kedua la i tengok sebab i dah tengok movie ni dengan husband i haritu. 



Sampai setia city mall sebelum movie kami lunch dekat ah cheng laksa sebab mama nak nasi. Lepastu kami solat dulu and jalan jalan. Movie start at 3.50 pm. Lepas movie kami solat asar and tunggu terus untuk maghrib. Habis solat kami dinner dekat boat noodle.Lepas dinner kami pergi jalan jalan cuci mata. Hahaha actually banyak je kedai kitorang masuk.i malas nak cerita detail. Korang tengok je dekat tiktok i 😛.Lepas puas berjalan kami pun balik . Sebelum sampai rumah kami drive thru mcd untuk adik i aiman. Dia tak ikut. Sampai rumah.. i pun dah barai dot com. Hahaha. Mandi siap siap  nak tidur i call la husband i. 

Kesian dia .. actually dia tak ikut i balik sebab kerja. Tapi masa pergi setia city mall tu dia cuti. Plan nak ajak dia ikut tapi wifi rumah kitorang buat hal. Unifi janji nak send technician datang. Hmm penat dia tunggu tak datang datang. Teka siapa dia mengamuk dekat twitter sebab prolong issue ni?




Mesti la saya!! HAHAHA

 penat weh kita bayar diorang macam hmm malas cakap la. 



Jumaat




Harini saya dah kena balik tapi tu la ye. Pagi pergi jpj dulu since e batal dah settle. Kami submit form la apa benda entah. Lepastu i teman mama ambik ubat dekat hospital. Setengah jam gak la i tunggu. Sebab dia kena tahan dengan kawan kawan dia yang kerja situ. Ye la my mom dulu kan nurse. So bila abah meninggal semua tumpang simpati tanya khabar. Settle urusan tu kami pergi kedai beli lauk sebab mama tak larat masak. I pulak bungkus cake dekat bakery fav i sebab husband kirim.


Plan asal nak balik petang tapi i dapat call dari unifi beritahu kenapa jadi macam tu. Explaination la sebab katanya dekat apartment i ada migration. So kalau nak cepat kena pergi tm point.  Akhirnya lepas makan. 1 lebih macam tu i gerak balik sana.



I sampai damansara utama dalam 3 lebih . Banyak kereta atas jalan. Jem sana sini. Selepas settle urusan orang tu kata ambik masa 3 ke 7 hari. Buat hal la unifi. Ni macam mana la nak wfh ni? 


Sabtu




Harini i join class mandarin i guna hotspot mujur digi tak buat hal. Settle class i nap kejap. Pukul 1 i gerak pergi kerja. Before ke office i drive thru starbucks sebab i sedar i barai kalau i tak dapat coffe habislah this entire day.


Sekarang i menaip sambil minum limau ais dari pantry office i.

K dah la i nak maghrib dulu . Kejap lagi habis break


Till then 

Ttyl


Una mn


No comments: