December 2, 2025

Fevertts my happy pills and bucketlist una

 



Hai guys..

harini alhamdulillah kerja i okay compared to yesterday. semalam i rasa sangat teruk. I dah menangis dah pun. semua sebab kes hari jumaat. i nak explain pun tak boleh sebab benda privacy . I was not in right mind on friday. so semalam i menangis lagi.  Tapi sabtu i happy. I jumpa my fav celebrity and my other family iaitu fevertts. I suka tau stalk ig fevertts ni selain i stalk our starboy .  mochi, farah, ijan, dewi, adlina, tiqa , sha. syarul. Diorang rajin tau tak pergi event. Diorang supportive gila. I dapat rasa vibe and energy positive diorang tu. Eh tapi stalk yang baiklah bukan stalk yang tak baik. 



Sekarang kan bulan 12. so dalam sebulan ni i harap la dapat jumpa diorang lagi sebab bulan 1 i tak tahu shift apa and cuti bila. Setakat 3 kali jumpa ni kebanyakannya hari sabtu. Kalau  boleh kan ada event bagitahu la awal sis boleh arrange untuk join. i mean kalau tak ada aral i memang nak join sebab koranglah my happy pill hahaha. 

oh ni random jela i tiba tiba teringat sebab i read something he post tadi. i feel bad for him. I tak tahu la related ke tak dengan yang dia pernah tercerita dekat kitorang masa jumpa dekat air terjun last month 

evertts  cakap dia pernah kena fitnah .  kesian dia.  dia tak cerita lebih la tapi hmmm that's sad.  sebab artis ni kan diorang nak cakap lebih karang esok keluar artikel la . sekali lagi sis cakap ni... dia tak cerita detail i pun tak tahu siapa fitnah dia, dimana bagaimana sebab  as much as i like him sebab dia celebrity fav i .i faham  dia manusia biasa . Siapa je tak sedih kena fitnah kan? . Walaupun dia tak mungkin la baca post ni tapi i hope he know that he have nothing to worry about. Sebab orang yang nak percaya you tetap akan percaya you so focus pada orang yang percaya you je. Fevertts akan sentiasa support you inshaAllah.

At least i know that i will support you. even maybe lepas bulan 1 shift tak menentu i mungkin tak dapat nak join sangat event i will still support you by watching whatever  cerita yang you berlakon. 

tapi i will try to make time to join la sebab macam i cakap i love fevertts family . Korang add colours in my life. Kita kan bila stuck in routine kadang kadang  rasa alaaa benda sama je kita buat.


i taknak spend hidup i in a loop. So yeah this is fun.  Oh antara benda lain yang fun kan i rasa i teringin nak buat tapi  kena tunggu i kurus dululah. I teringin nak horse riding and archery . Bestnyaaaa !!!

lepastu i nak pergi hiking. Tunggulah when i berjaya nanti buang semua lemak degil ni. I nak buat semua benda ni. Dia macam "bucketlist" una sebelum mati. Kenapa lain macam sangat tajuk dia . Tak tak ..

i taknak mati lagi. I tak rushing lagi nak mati tapi umur tu rahsia Allah kan?


I nak belajar diving, i nak belajar memanah, berkuda, diving. I suka belajar . So hmm semua ni perlukan duit. Semoga Allah izinkan i capai semua benda ni.  Untuk badan sekarang ni i tak boleh buatlah. That's why i kena kurus supaya semua benda ni tak jadi sekadar impian je.  Anyway korang i sebenarnya ada je turun berat cuma tak nampak sangatlah. I takutlah nak jumpa doctor bulan 2 ni. Marilah kita berdoa i tak payah repeat procedure haritu. 


Oh anyway semalam i beli buku tau. I suka betul book store dekat intermark tu.  I tertarik dengan pen ada kat situ jugak. teringat arwah atuk bila tengok pen tu. Atuk i dulu ada pen macam ni and i suka pinjam. 

Pen dia mahal jugak cuma tak semahal i tengok tsutaya semalam. Nak tahu ke buku apa i beli? 



cerita ni kan macam  vibe cerita loki sebab tu i beli.
nanti i dah habis baca i review okay?






okaylah korang i nak tidur dulu. doakan i berjaya kurus, cantik, sihat okay? 


tu je la for now


ttyl


 una mn




November 30, 2025

Event sooka : streaming challenge and meeting my fevertts family

 





Hello fellow lifeform,

semalam kan i berkesempatan join 1 event from sooka . Sooka streaming challenge. I join event ni sebab hadiah best best korang and of course atas pengaruh rakan tak sebaya  sooka ambassador iaitu evertts gomes. I nampak dia post pastu i fikir hmm macam menarik je.  I pun daftar and join. Sayangnya i tersingkir di challenge  ke 3 around pukul 5 lebih nak ke pukul 6 petang dah weh. tapi takpela bukan rezeki. Anyway i happy sangat dapat jumpa fevertts family and of course our starboy  Evertts gomes!!! masa turn i ambik gambar  i suruh dia buat wish for final exam i. thanks evertts melayan permintaan sis.

anyway korang dont forget to vote for evertts for abpb tau. every votes count!! sis nak dengar dia  cover 1 lagu je tolonglah hahaha.  Masa selfie tadi tangan dia shaky maybe penat sangat kot. Kalau i jadi dia pun i  penat. semalam  dekat dewi remaja, harini sooka event pulak. Kalini i dapat jumpa fevertts yang lain. Happy to see familiar faces. Sebab tadi ramai beratur nak bergambar and video tak dapatlah borak borak  tanya soalan dekat evertts macam haritu . 


I sebenarnya kalau orang tanya kenapa minat evertts i susah nak cakap. Sebab i jenis takkan minat orang hanya sebab handsome. sebab jujurnya  orang handsome ni ramai.   Maybe sebab i rasa macam kawan kot? dia humble so tak rasa gap jauh sangat. I  ni kalau i rasa orang tu macam ada knowledge pasal benda i tak tahu i akan suka tanya soalan. Evertts kan artis so dunia macam ni dekat siapa lagi kita nak tanya kalau bukan dengan artis sendiri. I mengamalkan konsep ask dont assume .Tapi of course still respect his privacy and boundaries la. setakat ni i cuma tanya benda pasal project terbaru dia, or christmas balik ke tak je. Benda privacy sis taknak tanya. Kalau dia cerita kita dengar. tanya tu taklah nanti  tak pasal pasal i kena cop fan annoying . Lepastu dia menyampah tengok muka aku HAHAHAHA.

 Bila jumpa  semalam i  tiba tiba teringat masa i jumpa dia awal bulan. Kan i ada suruh dia wish untuk i kurus kan. Takut la kalau dia ingat dia fikir hmm una ni suruh wish tak kurus kurus pun!! HAHAHA. Ya Allah apa ni fikir bukan bukan una. Entah entah dia tak ingat pun hahaha. i rasa dia tak ingat kot nama i. Fans dia ramai kot . Kitorang baru jumpa 3 kali. So normallah kalau tak cam muka tak ingat tu kan. Hopefully when we meet again inshaaAllah kalau i panjang umur  boleh sembang and tanya soalan lagi.  Oh anyway...tadi i jumpa si cantik tu lagi. nama betul dia aaliyah dekat ig nataaliyah. Kesian dia tak sihat. Anyway aaliyah nanti berlakon sujud syaitan i tak sabar nak tengok. dengan aaliyah i borak borang panjang. Dengan dia pun i comfortable nak sembang lama lama. I tak tahu aaliyah baca ke tak blog i ni tapi kalau dia baca i will support  you girl sama macam i support evertts.


love to see familar faces. Kalini sha tak ada. and i ada jumpa yang lain jugak. i think
i la kot yang baru . yang lain semua macam dah mesra sesama sendiri. Sis je yang masih awkward 
hahaha


korang nak tahu tak apa benda i baru discover harini? evertts  boleh beatbox. 
tak tahulah dia pro ke tak tapi memang ada la bunyi beatbox. 
Memandangkan  ramai je fans evertts yang baca blog i sekali lagi i minta tolonglah undi hari hari eah for abpbh. maaf sis menekan nekan. 

sumpah evertts tak suruh i buat post ni. ni atas inisiatif and memandai mandai sendiri.
macam i pernah cakap i bukan admin. i cuma normal fan yang supportive  gila.
i memang camni guys. sebab i rasa selagi kita hidup ni kalau boleh kita buat lah orang sekeliling kita gembira. No need pun kita bagi hadiah mahal mahal.  i kan kalau orang ingat i, layan i baik
beribu kali ganda i nak balas balik kebaikan orang tu . 
maklumlah kita kan masih "comel". Selain kena bodyshaming dapat different treatment tu biasa.
So i appreciate whoever yang layan i baik lah betul tak?

tapi tidaklah juga saya nak stay dalam this "Form" forever doakan yang baik baik untuk sis .
so fevertts yang baca blog i ni wajib doakan i. 

sila repeat doa 

Ya Allah ya tuhanku kuruskan  nur izzati husna binti mohd nasir supaya dia sihat dan cantik

come on kita kan fevertts jangan kedekut sangat nak doa tu  :'D
 
btw korang i ni tengah nervous nak jawab final exam ni. 
i letak gambar jela untuk event semalam

ni number i guys


ni lunch dari bask bear.
sebenarnya i suka tau join event ni. ni sekadar feedback la. 
rest 25 minit for prayer tak cukup. Tak semua orang jalan laju.
Kalau muatan berat macam sis selalu ikut kiri so lambat sikitlah
faham tak? ke tak faham ni?

yer nak kurus.. ye tahu kena diet. sis cuba cuma baru turun sikit so memang takkan nampak jelaslah
turunnya korang. Next time kalau buat event  bagi la rest makan sejam .
Sis kehausan :'D cari my news tak jumpa 
last last i jumpa air mineral dekat  paris baguatte.


okaylah korang tu je for now


yang penat tapi slay

una mn



















November 22, 2025

what is wrong with iris 101, kembali ke zona tenang

 




Hi guys macam biasa i memang tapau semua sekali dalam satu entry.  Sebenarnya kan i tahu je ramai tak suka i tapi i tak kisah sangat sebab orang yang tak suka i tu pun tak penting dalam hidup i.  ada a few people yang i notice la reach out to me when they know about my retrenchment. I can read room .  I can feel the vibe. Kadang kadang i pelik jugak.  I ni sangat menghargai every little i ada . dia camnilah konsep dia ya. aku beli air boost pun aku gembira kau faham tak? 

some people find it annoying. Macam mana i tahu? i agak ke? taklah macam i cakap tadi. i kena retrenched tapi ada la a few reach out sebab concern. ada reach out because genuinely nak tahu. ada yang i know memang nak add salt to the pain.  Tapi sebab i ni nak keep my inner peace malas la aku nak layan. 


kita nak ke arah mood mood bertenang. kita nak positive je.  oh btw i kan cubalah minta tukar nama dekat department i. i taknak guna nama iris dah.  tahu tak semalam ada satu kejadian yang i kira aneh la. sumpah benda ni pelik.  At this point takpelah kalau kejadian tu jadi sebab manusia nak sabotage aku instead of benda lain yang nak sabotage aku.


haaa aneh kan?


okay macam ni. i kerja call centre. ada hardphone. every hardphone ada extension number berbeza. 

so pagi pagi before call taking i set up my pc. ada 1 software ni  i sorang je tak boleh masuk and guess what? my phone extension status tengah call orang. Tapi sebenarnya tak ada call siapa siapa pun.benda ni buat my manager pelik.  I pandang s.. s pandang i.


me: s .. at this point i dont surprised already. am i cursed? (muka letih)

s: weh what is wrong with you . kesian la youuu everyday ada je kan 

me: what is wrong with iris 101.  (senyum pasrah)


okay then they switch hard phone. i get another number.  i start lewat so i keluar break lewat dari team i. 

i habis rehat kan.. the hard phone switched back. dia pergi tempat asal dia.


me : f.. hmmm you changed the hardphone?

f: eh siapa tukar?

me: no i tak tukar.. i baru habis break

f: dia ambik and tukar balik


kalau kannnn  orang tukar sebab nak guna i faham tau. ni tempat tu kosong. cubicle tu kosong. 

it  was odd korang faham tak? tapi tulah i dah merayu nak tukar nama tak boleh. mari kita berdoa kepada tuhan yang maha esa supaya urusan hidup i di permudahkan.


lepas tu harini i supposed to submit my assignment. i tidur 4 pagi siapkan my part. i gave them time to buat lah. guess who buat hal lagi? the same person as last month. I terpaksa la menekan nekan sikit. I rasa kan semua orang yang decide nak sambung belajar ni kena ada disiplin dulu. You tak ada disiplin tak guna you belajar tinggi.  Sometimes it is not about certificate. Ada je orang yang chose to not sambung belajar tapi sangat berjaya dalam hidup. macam contohnya dato alif syukri.  Dia kalau nak malas tak effect orang lain takpe. I harini ingat nak pergi tengok movie tau. I terpaksa cancel sebab i nak tunggu dia siapkan assignment.  Me in my 30's i tak nak gaduh. i nak di fasa tenang.


i ada tengok video pasal hidup ni. Kita nak positive kena selalu pilih perkataan positive . Baiklah mulai harini i nak jadi positive kali sejuta.  bukan toxic positivity la. kalau sedih kenalah sedih. maksud i..

i nak bersangka baik je dengan setiap masalah.   I perasan kan makin banyak silent reader. 

i happy cuma korang kalau baca blog i masa i remaja jangan la judge. i sendiri baca macam cringe. But for some reason time i macam tu la i happy . ada banyak kakak abang blog rajin layan i.   rindu jugak dekat diorang.   Ada yang follow i dekat twitter. Masing masing dah khawin kan so maybe tak ada yang blogging sangat macam i. I suka blogging sebab i rasa  bukan semua orang good listener.  blog ni kalau dia manusia dia pun malas nak dengar cerita i. bayangkan dari umur i 19 dia kena dengar cerita i mesti dia dah muak. dari i bercinta putus, ada crush lepastu heartbreak. Dia macam bestfriend i . 15 years dia dengar masalah sis. Kalau dia manusia i mesti dah kena siku hahahaha


okay la korang .. i rasa sampai sini dulu kot.  Nanti i akan meluahkan kat sini lagi. I tengah study week ni. 

wish me luck korang


ttyl


 una mn