February 24, 2022

Uncharted Movie & my recent purchase at dior!


hi guys..
semalam kan  macam biasa i dengan husband decide untuk keluar tengok movie.
kami pergi tengok uncharted lakonan tom holland and mark wahlberg. 
cerita ni pasal cari harta karun guys best la jugak korang kena tengok. 
plan asal nak lepak ou je sebab senang dekat. tapi tiba tiba kitorang teringin nak try jolibee.
kan jolibee ada bukak dekat sunway pyramid. 

tapi bila sampai sana guys mashallah beratur . waiting time dia 1 hour. oleh sebab kitorang dah lapar sebab tak breakfast lagi so kitorang akhirnya makan dekat ayam penyet sahaja. 

sebab makanan lain dah selalu sangat  makan order. so why not?
actually i rindu nak makan empal penyet dekat warong leko the curve. tapi warong leko dah tutup.
kebetulan dekat ayam penyet tu ada jual empal penyet . 
okaylah rasa dia sedap jugak cuma empal penyet warong leko tetap di hati.


lepas makan kami jalan jalan. i pulak memang mood nak shopping tu ada.
masuk jd sports tapi tak ada yang berkenan di hati. 
masuk bath and body works lotion yang i nak dah habis.

lepas penat pusing tengok masih ada masa lagi sebelum showtime. so kitorang lepak dekat costa coffee. 
kenapa tak lepak dekat starbucks? sebab starbucks senang je nak pergi.
dekat dengan rumah i ada yang drive thru lagi. kadang kadang i order grab.
costa coffee ni i susah nak jumpa haha .
air dia pun sedap sedap jugak.


i lupa nama air ni apa. tapi dua dua air ni sedap.
i punya strawberry la senang cerita. hahaha


okay lepas tu kami pun masuk tengok uncharted. 
movie end around 6pm macam tu
kami sambung jalan jalan lagi sebab macam i cakap kan i memang
ada mood nak shopping cuma tak tahu nak beli apa.
actually bukan tak tahu. tahu tapi berkira.

i kan tahun ni kena simpan banyak duit
tapi kan dikala fikiran confused tak tahu nak apa kaki i lebih dulu sampai hahahhaha.
husband i sampai boleh agak. 
nak apa? beli jela jangan kedekut dengan diri sendiri.

i fikir betul jugak kan?

kenapa i tak mintak duit husband?

sebab i faham ekonomi sekarang macam mana.
kami berdua pernah susah awal khawin seboleh bolehnya nak elak la susah lagi.

so kaki i bawak i pergi dior hahaha!!



sampai dior i dah tahu dah i nak apa sebenarnya. i nak lip tatto tapi habis. 
bukan buat tatoo tau nama lipcreme tu lip tatto.
so i beli liquid lipstick rouge dengan lip maximizer tu.
as free gift i dapat sample perfume dior, foundation and serum .


beauty consultant tu pujuk i beli diorang punya limited bb cushion
i kan wfh so i rasa rugi pulak nak beli. kenapa? sebab currently i pakai 
too faced foundation (born this way ) and estee lauder.  
kalau ikutkan memang cantik tapi i jenis sayang duit hahaha.
tbh i ada duit cuma bukan untuk kegunaan itu.
tu sebab i cakap kalau korang kenal i lama sikit korang tahu i jenis berjimat.

i rasa bila dah meningkat usia ni i minat make up simple simple je kot.
clean make up look. inshallah i cubaaaa tak membazir beli pallete eyeshadow banyak banyak dah.

semalam i habis tak banyak pun. 
rm308 je dekat dior. 
rm158 for liquid lipstick rouge tu and rm150 for lip maximizer tu.

secara jujur mood nak shopping still tak hilang maybe i beli sikit sangat so rasa tak puas . tapi kalau beli banyak banyak karang terusik saving pulak.

oh ya nak tegur sikit my contact.
i know you read this.

if you see me thriving and cant be happy for me just do me a favour
shut your mouth.


please dont assume orang tu tak simpan duit hanya sebab dia suka shopping.
keep your unwanted life advices to yourself.

let me live in peace.




sekian bebelan saya



till then 


ttyl

una mn














 

February 20, 2022

Lepak jibby by the park with cousins and teman bella beli her apple watch series 7





 


hi guys..

tadikan lepas i habis kerja shift malam i sempat tidur beberapa jam sebelum keluar with cousins. 

bella and fadhilah ajak i lepak makan dekat jibby by the park. semua sebab diorang teringin lepas tengok i makan dekat sini haritu. so yeah.. fadhilah pick me up sebab kebetulan jibby by the park dekat je dengan rumah i. so we went there and que about 5 minit macam tu dah boleh masuk dalam. this time around agak ramai sebab weekend so we had to naik second floor. 




i ordered pan fried salmon fried, air pulak i try butterscotch and for dessert i ambik pavlova ice cream.bella pick seafood marinara, dia minum orange juice and for dessert dia try very berry waffle. fadhilah pulak ambik sphagetti aglio olio , air pulak dia ambik air nutella and for dessert dia ambik croissant chochlate.

semua sangat sedap ye. sebab i dah third time datang sini so yeah what can i say? even ramai orang pun serving time dia super quick. only 15-20 min dah dapat makanan dah semua makanan guys. 

kalau korang nak try boleh la datang. termasuk tax tadi kitorang kena dalam rm285++ . sorang ready la rm100 per person untuk makan. lepas makan kebetulan depan jibby tu ada outlet machines so bella ajak teman pergi cari her apple watch series 7. dia cakap sebelum ni dia cari dekat area sunway kebanyakan no stock and tinggal size 45mm je. too big for her wrist.  sales advisor tu suggest pergi cari dekat ikano (ipc). so tanpa berlengah kitorang pergilah machines ipc. sampai sana punnnn tak ada  jugak. sebenarnya bella saja nak twinning dengan i and fadhilah since kitorang sama sama pakai iphone 12 pro. so i watch pun nak pakai sama sama series 7. 




kemudian kami lepak starbucks sekejap hilangkan penat berjalan. lepas minum minum lepak lepak bella ajak teman dia pergi machines outlet dekat the curve. so betullah pepatah orang putih "third times a charm!" finally she got the apple watch series 7. she wanted the stainless steel one like me tapi habis .

so dia beli je yang biasa tapi ada cellular la. gps+ cellullar size 41mm nasib baik ada.






yay twinning 3 orang hihi

my phone dekat tengah di apit phone fadhilah and bella.
we're still using iphone 12 pro guys jangan risau. tak ada makna tiap tiap tahun tukar phone baru.

lepas settle set up  her iwatch kami pergi drive thru burger king and they send me home.
kalau cuti ni maybe kitorang dah keluar lepak tengok movie tapi sebab malam ni sis kena kerja kan. 


cant wait until our next lepak sesh. this is basically our first lepak sesh for 2022 la .
next time i hope ika and wawa can join us. 


k la korang i nak dinner dulu


till then

ttyl
una mn












February 18, 2022

sembang kosong february

 


hi guysss..


lama tak menaip. dekat 3 minggu tak ada entry baru dekat blog ni kan?

bukan sengaja menyepi cuma life sedikit busy . i ada new policy training, ada jugak company updates, meetings , townhall, test yada yada yada. i tak main main bila i cakap i busy sebabnya i pun jarang keluar rumah this month. korang pun tahu i wfh since early 2020 kan. so yeah inilah kehidupan.

bila menyepi ada jugak yang tanya eah una kenapa lama tak tulis blog? tak sangka eah ramai jugak my friends yang baca blog sendu i ni hahaha. selain silent readers rupanya my friends baca jugak.

ada jugak yang tanya wishlist tahun ni. sebenarnya macam i cakap wishlist i takkan dedahkan sampai complete baru i exposed. tapi tbh tahun ni tak banyak pun wishlist sebab i dah kejar banyak benda 2020 dan 2021. syukur alhamdulillah tu semua rezeki kan. this year  banyaknya self development dan tak pakai banyak sangat duit macam last year.  kalau i sebut last year i habis berapa mesti korang terkejut

takpelah i rahsiakan figure kalau korang kira sendiri korang boleh agak rasanya . so this year i nak topup saving and beberapa benda lain tettt rahsia hahahaha. 


i know semakin lama semakin mencabar nak simpan duit sebabnya inflasi berlaku. sebagai rakyat marhaen selain protest apa kita boleh buat adalah usaha tambah income . doa banyak banyak pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan. hidup i sama je sebenarnya macam korang. i bukan t20. duduk damansara ni kan korang gaji 9k 10k pun kira middle income ye.


kadang kadang benda benda macam ni banyak mengajar kita untuk keluar dari our comfort zone.

and kebanyakan orang sekarang banyak yang jadi content creator: youtuber, tiktoker influencer .

apa pun jalan korang pilih untuk tambah income i hope korang boleh added good value to society.

ingat sebaik baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.


kalau korang tanya i memang bias la. i suka youtube and tiktok and of course my precious blog. ada jugak orang salahkan tiktok sebab yelah content content menari semua. sebenarnya platform taksalah. yang salah user. kalau korang cuma ada facebook pun apa yang ada dekat sana?

kebanyakannya gossip orang yang kita tak kenal. orang ni putus orang ni curang mudah je terkenal satu malaysia or negara negara jiran semua boleh tahu. kisah rumah tangga orang pun kita sekali masuk campur. ya guys... we sin differently. semua dosa. how to convert jadi pahala?


as a community and user korang hasilkan content yang baik. boleh berdakwah secara halus. 

how? bukan pergi spam comment dekat semua user lain   kecam suruh pakai tudung or kafirkan orang sesuka hati ye. bukan. instead of doing that korang boleh cuba share kisah kisah nabi ke. manusia nalurinya suka dengar cerita. everyone ada inner kid yang suka dengar cerita. so korang boleh sampaikan cerita nabi secara berhikmah. just imagine if ada non muslim tertarik masuk islam because of your content?pahalanya mashaallah.



selingan this is me versi cartoon from prequel app . cantikkan? haha sila puji


sometimes kita kan terlalu tercari cari good circle or positive friend tanpa kita sedar sebenarnya kita sendiri pun boleh jadi positive. you attract the vibe that you radiate.dont be too busy fixing others sampai terlupa to fix yourself. Whatever opinion you ada tentang orang lain tu maybe you can put aside and try cari apa yang you boleh buat untuk improve diri you dulu. 


sebenarnya hidup ni bila kita fokus pada diri sendiri kita akan sedar yang kita tak ada banyak masa. and kalau kita fully utilize masa kita, kita takkan ada masa untuk ambik tahu pun pasal orang lain. please cuba kalau belum cuba trust me you'll see the difference. and ya there will people yang akan ganggu you. whatever things they say to you adalah reflection diri mereka sendiri. Dont be bother by it. 



if you dont know where to start. i bagi you idea. make a list benda benda you nak capai. tulis pakai pen. diulangi pakai pen. tampal la dekat mana mana tempat you selalu tengok. be realistic . small goals pun tak pe tapi kena specific. selalu revise your goals okay?


akhir sekali... jangan lupa tuhan. goals goals jugak. tuhan jangan lupa. for whatever you have now belong to Allah.


k guys tu je for now. i menulis entry ni masa i kerja night shift kebetulan task tengah tak banyak


till then


ttyl


una mn












🎁New Year 2025 Gift Box