October 15, 2024

bowling after so long

 



hi guys. tadi i sempat teman my husband pergi main bowling. fyi this month i kerja night shift. and last night i kerja sampai 7 pagi. 

so after that i tidur for a few hours. bila i bangun husband i ajak keluar. i kesian tengok muka dia gigih atur offday sama dengan i. 

so dia cakap dia nak main bowling. i sebenarnya lebih prefer tengok movie dari main bowling. 

dulu masa zaman college i dah selalu pergi. tapi sumpah sis memang tak pandai main. i baling mostly ke longkang.


tapiiiii kalau u suruh main badminton .... hehehe i can beat u up. *tiup kuku*

taklah . i think my smash dah rusty dah. i dah lama tak main badminton. dulu selalu main badminton dengan arwah abah, atuk, pakngah . miss them :')



lunch at seoul garden before bowling session


back to the story. i setuju la teman dia main bowling. baiklah i yang teman dari perempuan lain yang teman hihi.


oh entry lepas kan  ada la org comment for some reason i didnt  approve that comment .


tapi comment tu berbunyi begini " you cerita flashback ni, husband you tak marah ke? "


no .. no at all.  sebab he knows me well enough.  kami pun  dulu kenal as kawan. he knew everything. 

i respect him as my husband . janganlah ingat kita flashback ada tersebut pasal ex tu kita teringat or rindu orang tu.oh tidak sama sekali. past is past. sebab flashback tu pasal pengalaman kena buli dengan faci masa orientasi kan. sebab dia ada kena mengena je. kalau tak tak kuasa jugak sis nak sebut. 


berbalik pada my husband ,  guys even i cakap dia nonchalant tapi he is sweet in his own way.


i sebenarnya risau nak cerita hal rumah tangga lebih lebih.  sebab i dengan husband i ni dua dua ada rbf 

(resting bitch face). so dekat my tiktok kan muka dia kalau i record if dia tak aware i record dia memang rbf habis.


if dia aware i record dia nanti i pulak annoyed . tahu sebab apa? dia suka buat goofy face. 






i rasa i kena banyak buat husband i happy. sebab lepas je i teman dia keluar buat benda dia suka. 

i balik tadi i rasa banyak energy. i dapat siapkan my mandarin assignment and submit!!!


i love to see him happy. i can feel his inner kid happy. i hope Allah izin i kaya so i can buy the present that he deserve .

semoga rumahtangga kami sentiasa dirahmati Allah. 




k guys. i dah mengantuk. i need to sleep



till then 


ttyl


 una mn






October 12, 2024

flashback kenangan zaman orientasi and punca blog ini wujud



hi guys..

lately kan lalu lah fyp sis pasal budak budak orientasi . ramailah suarakan pendapat orientasi ni patutnya fasi fasi layan student macam orang dewasa bukan kanak kanak. i completely agree with that!!


dulu masa diploma i belajar di private college. budaya orientasi merepek ni tetap ada guys.  i ingat lagi kitorang punya orientasi lama ye!!! almost a month. 


memang buat duit betullah . oh btw masa i study sana i study sekali dengan my ex. kami bercinta dari zaman sekolah kan and we chose to study tempat sama . so obviously la masa zaman college kami selalu sama sama. tapi tak tahulah kakak fasi dekat situ  otak tak berapa cerdik . i siap kena perli.

kakak m (bukan nama sebenar) :amboi dik, baru minggu pertama belajar dah ada boyfriend?  :/

me : (cuba reply dgn sopan santun even my face says everything) kenal dari sekolah la kak.  

kakak m: oh... 



i thought kan benda tu settle sampai situ. masa orientasi kami tak duduk sebelah-sebelah. sebab i akan duduk dengan budak bilik i. dia akan duduk dengan  budak bilik dia. but for some reason. zaman cinta monyet kata kan. he always try to sit kalau tak sebaris mesti depan i.  he try to win me back . cerita panjang. pendekkan cerita lepas spm dia pernah la curang dengan kawan sekolah dia.


dalam masa yang sama taknak lepaskan i. ah gitu kenapa pulak i bodoh terima balik. tiba tiba nak study tempat sama kan.  i didnt know dia mengaku i tunang dia. sayang punya pasal, i pun iyakan jelah apa yang dia cakap tu.




itulah benda yang menyebabkan i kena buli agak teruk  . i dont deserved that  :')

mujur zaman tu bukan zaman social media. kalau tak entahlahhhhhhh.


ok bila dia pergi mengaku i dengan dia bertunangkan. kakak faci situ lagilah kuat membuli i. 

asal ada je apa challenge bodoh yang faci selalu buat tu nama i mesti kena panggil. MESTI!


korang tahu tak kitorang ni orientasi ramai even private college.  hal tu maybe beratus orang tau tak.

salah satu sebab lagi ialah  ada one of my friend panggil i YUNA. even i dah banyak kali betulkan nama i  una. unaaaaa. dia nak jugak sebut yuna. 


okay masa tu 2009. i masa form 4 form 5 kan 2 tahun belajar duduk hostel. i literally macam baru keluar gua. i dont keep up with 

media sangat. i dont know siapa penyanyi baru. masa tu Yuna baru naik and i didnt know that.


guess siapa kena panggil ke depan oleh faci kena suruh nyanyi lagu Yuna?


for one thing.... i cannot sing at all. i know bakat i bukan pada nyanyian. kalau u suruh i masak ke i can .

i takdelah puji diri sendiri ke but i really can cook. i membesar dengan opah i kot kemon ah.


ni masih kakak m lagi tau. i memang benci dia sampai habis semester . 

kakak m : okay kita ada  Yuna tau guys kat sini. meh kita panggil dia nyanyi.

me : taknak but dipaksa ke depan.  kak, saya tak tahu lagu yuna


kakak m: takde takde awak kena nyanyi jugak. oh maybe dia malu guys. meh kita tarik her fiance


me : (me dalam hati : eh babi bunoh je la aku) 


him: sebab dia kena tarik jugak . dia pun nyanyi. dia tahu that song. 


i just want to be frank here. suara dia pun tak sedap langsung. so yeah korang rasa apa jadi lepas tu?


:/

i kena ejek sebab pakai nama YUNA  which i never claim nama i YUNA but because of one person that refused to call me anything else but Yuna i kena buli teruk. 


and that baru orientasi guys. :/ 

lepastu,  i ni kan baru start belajar of course kita nak melawa. i bring my perfume and make up with me.


ada 1 hari ni kakak fasi yang lain yang sama annoying jugak macam kakak m tu selongkar beg i. 

kita bagu nama dia kakak L la eah.


kakak L : meh sini Yuna beg awak. kita tengok dia bawak apa.

me : belum sempat cakap apa apa beg dah ditarik. 

Kakak L : (sambil keluarkan barang barang dari bag i) oh bawak make up, perfume. buku tak ada ke dik?


me : (because i get enough of her shit already) ni orientasi kak, jangan lupa bongkar beg orang lain sekali tengok jumpa buku ke tak?


Kakak L : ala gurau sikit tak boleh . (lepastu pulangkan beg i)


tbh i was livid. i memang rasa nak hempuk muka dia dengan batu lesung. i  sampai rasa and terfikir nak jadi fasilitator ni memang kena ada perangai annoying eah?



oh btw the only kenangan manis i rasa masa orientasi ialah ada this one guy yang sama sama junior macam i suka kat i even dia tahu konon i dah "bertunang" . 


kenapa i rasa kenangan manis sebab i tak payah susah susah nak revenge dekat my ex . 

hahaha macam bangang but this is cute little backstory. i even told this story to my husband.

dia  gelak je.



i remember his name tapi better i kita bagi nama dia N.  ingat i cakap my ex use to sit kalau tak sebaris mesti depan i. and dia kalau duduk depan i mesti pandang belakang. Dia pun sama. i dont know la the guy name N ni kena cabar dengan kawan kawan dia ke apa sebab  guys ni kadang kadang bukan suka pun cuma test water je. 


dia dengan selamba depan my ex pusing ke belakang. i masa tu fikir dia nak try my friend wani. 

sebab okay masa college masa orientasi i rapat dengan eva and wani. dua dua ni prettier than me. 

eva budak johor ada lesung pipit.  wani budak terengganu. dua dua ni memang cantik . i ni kira level level biasa je nyah. sebab i tak la kurus sangat. berisi sikit. 


i start tahu dia suka i sebab  1 aktiviti ni. fasi buat acara larian. i kebetulan tak sihat so i ditugaskan jaga checkpoint terakhir sebelum sampai college. i kena pegang getah warna warni. masa tu dengan wani jaga sekali sebab dia pun tak berapa sihat. 


so masa budak N ni sampai checkpoint i dia ambik getah dari I.  and sepatutnya dia kena lari terus ke college untuk menang larian tu. tahu dia buat apa.


N : yuna kan?

me : no.. una . yuna tu kawan panggil.  

N : free tak kejap lagi?

me : ha? why?

N : nak jumpa jap . ada hal penting.

me : (tak cakap tak tak cakap ya. sebab sumpah i blur)


dia continue lari sebab masa tu my ex dah sampai checkpoint tu.  masa tu wani pun tanya i why.


me : wani. nanti teman eah.

wani : pergi mana?

me : tahlah  budak tu tadi kata nak jumpa jap. ada hal penting

wani : kau biar betul na. dia suka kau tak ni?

me: eh taklah .. dia kan suka kau. aku rasa dia nak mintak no kau kot segan.


okay kat sini nak bagitahu sampai sekarang tak pernah hilang rasa bersalah tu dekat wani even dia okay je.

sebab sis memandai mandai  mujur member tak catch feeling lagi.


settle pulangkan getah dekat dalam hall . keluar je hall  N dah tunggu kat depan.


N : sebenarnya serba salah nak cakap. tapi this is my only chance nak cakap

me : cakap apa eah? oh nak no phone wani eh? 

N : eh tak bukan. no awak la.

me : ha? no saya buat apa? . 

N : because i like you? kita kawan dulu la . 


me : (blur tak tahu nak respond apa)  sebab ni kali pertama orang cakap depan depan suka. sebab my ex pun text me je bukan cakap face to face suka tu.


me : i am so sorry i cant. but sure we can still be friend. tegur jela if terjumpa.


N : ( senyum) oh okay. i respect that.



lepas je jumpa N tetiba my ex datang. cuba teka siapa  jealous. i told him not to cari N.  i said we cant control others feeling. he likes me  but still respect me .


wani : kan aku dah cakap dia suka kau.

me : mana la aku tahu. sorry -_-



tapi N hanya sempat orientasi je kat situ lepastu dia belajar tempat lain sebab dapat better offer. i tak berapa ingat dia dapat mana.   i tahu pun sebab  masa last day orientasi kawan i ajak main bowling ramai ramai and i pergi . 


masa diorang semua dah sampai tempat bowling i pergi atm nak cucuk duit. so masa que tu dia belakang i. sempatlah sembang kejap. 


n : awak nanti tak nampak lah saya dah kat college.

me: eh kenapa?

n : i dapat better offer . i need to go 

me : oh congrats!!! happy for you.

n : still cant get your number?

me : i am sorry no. but add je dekat myspace nanti saya approved.


dulu masa zaman myspace i macam tak kisah orang add sebab myspace kita boleh hid macam macam . HAHAHA.


to N thank you for being part of sweet memory untuk orientation i. sebab benda lain semua tak happy untuk dikenang. 



kakak fasi yang baik tak ada ke una? ada sorang. tapi perasan tau yang baik ni mesti yang cantik. yang muka hauk tu evil macam mak tiri cinderella. i guess the face catch the bad vibe?



tapi serious sebab kes orientasi tu buat i dikenali .  kena perli sesama junior pun pernah. tapi bersyukur diri i yang masa tu banyak hidup dalam dunia sendiri. 

kita tahu je orang tak suka, perli kita tapi kita buat bodoh jela.



inilah titik tolak kenapa blog ni wujud!!! HAHAHA.  kalau baca balik kenangan zaman dulu ni sumpah kelakar. i mean ughh  . kadang i baca je balik sebab kadang i suka baca apa stalker i baca. asal tangkap cintan teruk sangat ni.


sumpah rasa nak delete tapi kenangan tu mahal. i anggap ni macam hiburan untuk i. bila baca balik dia zup flashback tu datang.   tapi of course la i rasa jelik. 


i sampai judge diri sendiri  :') . i even questioned my taste in man. dia macam eee bodohnya kau ni.


HAHAHA. bila i baca kisah awal awal i kenal husband pun i rasa cringe. okay he is a great man still. tapi my husband ni dia sumpah tak romantic langsung.


he is nonchalant guy. korang bayangkan in our 6 month talking stage we only talk dekat tempat kerja balik rumah tak ada message message ke apa. talking stage kitorang involving us cerita our life experiences and heart break. sebab we are each other rebound .


tapi ni kalau suka orang i clingy nak mampus. so after that  stage adalah message  but not intense la. we prefer to hang out je almost everyday jumpa pergi makan ke apa ke masa dah tak kerja tempat sama. 



cut to now i dah almost 6 years khawin! nilah sebab i masih je blogging. i hope i can blog sampai i tua. i created this blog for me. tapi kalau ada orang enjoy baca silakan. cuma i nak pesan i wont delete any entry from my blog. 


i know you read this entry too. i faham je maybe you jeles A. tapi dia tu part of my past . and you pun dah baca kan how cringe i felt bila i baca balik post post lama tu.


reason i baca balik? sebab you keep reading it over and over again. 


yup i know :)


i cant change the past sorry. if i can for sure i nak khawin je terus dengan husband i . nobody wants to bazir masa and tenaga with a wrong person.


anyway guys.. i busy nak siapkan kerja.


talk to you guys later.


bye 











 

October 10, 2024

uncertainty of life.

 




hi guys.. 

sebenarnya i tak tahu nak tulis ke tak entry ni. tapi sebab i rindukan diri i yang dulu. banyak jugak benda yang i simpan and tak tulis dekat blog ni. lately kan  banyak gila kes orang bercerai. i avoid to discuss about their problem.  for me nobody wants to experience that . jadi biarkanlah mereka yang selesaikan sendiri.



and semalam i got the news about company layoff.   if you know you know company mana i kerja. my company is too big so i tak mungkin kenal semua. for now i belum kena layoff. in future i didnt know. 


takut ? risau? i manusia of course la . kita ada commitment. tapi sejak i cuba belajar dekatkan diri dengan Allah i rasa lebih tenang.


konsep rezeki ni macam ni. kalau Allah takdirkan current company ni bukan terbaik untuk i lagi. nothing i can do untuk pertahankan. 


i rasa sejak i train myself untuk practice cara berfikir macam ni i lebih tenang. 


of course i rasa sedih to those affected. i doakan yang terlibat diberikan ketenangan emosi dan dapat kerja baru secepat mungkin.




i know maybe ada yang baca blog i maybe fikir. "kau senanglah cakap una... kau tak pernah rasa"

siapa cakap?


itulah sebenarnya orang yang suka share benda benda gembira ni tak semestinya hidup dia sentiasa happy. 


untuk pengetahuan semua i pernah hadapi bermacam macam episod rejection, failure u name it.


buat pertama kalinya meh la i cerita.


dulu kan lepas i belajar  i nak mula kerja macam macam benda i kena hadap. i maybe tak pernah tulis. 

my family kan tak susah tak senang . mama abah dua dua kerja as gov servant tapi i anak sulung. my siblings bawah i ada 4. as first born kan bila i complete my diploma i sengaja tak sambung degree sebab i know my parents tak mungkin boleh tanggung serentak 4 orang di uni. 

i kerja  la dekat site. tapi memang company lama i tu low ball gila dah i pun masa tu tak ada experience. 

i buat kerja untuk 3,4 orang.  gaji ?  tak sampai 2k. ini serious. tapi company i masa tu claim dekat client kata gaji i 8k. menyirap tapi sis sabar jelah. 


after 2 years i decided untuk berhenti. i tinggalkan dunia engineering. i masuk f&b.   4 bulan jadi manager for 1 kedai cupcake di midvalley tiba tiba that company pun nak tutup di malaysia.  

lepastu i i job hunt lagi. jawatan dia kata sales. okaylah kita cubalah sales tu. sekali sis kena tipu. 

ya kena tipu. kena masuk satu company  biarlah dirahsiakan namanya tapi i kerja sekejap je.tak sampai sebulan i rasa. korang bayangkan jawatan dia sales. tapi dia tak allign dengan my prinsip . sebab i rasa macam tipu orang.


kerja dia kena dapatkan orang untuk donate for charity. orang yang donate kena pakai credit card  or debit card not cash. dia macam yearly subscription. 


i masa tu macam eh ni donate jenis apa ni paksa paksa orang subscribe pulak ?


i rasa korang boleh teka kot. so kalau i dapat orang i will get rm90 for credit card user. rm30 for debit card user.

terkejut? yah.. sebab i tak pernah cerita kan. so orang pun tak tahu . orang ingat hidup i smooth as butter.



lepasty i join satu company f&b as manager jugak. i kerja situ hidup macam slave. pergi pagi balik tengah malam. sebab staffing issue. staff tak cukup manager kena cover. duit short semua jangan cerita lah. belum cerita layan complain lagi.


tugas hakiki i masa tu kena control cost kedai, hire orang , submit sale je sepatutnya. tapi tula fikir balik kenapalah eah i bertahan kat situ setahun lebih jugaklah.


lepastu i masuk company f&b yang lagi satu. company ni okay dari segi gaji . cuma tak tahulah maybe dugaan i. sebab i nak khawin that year. adalah this one manager ni dengki sikit. sebab baru join dah naik jadi leader. dia kira dah lama in that company.  long story short she made everybody in the new outlet to go against me. 

i dengan staff outlet sebelum sebelum tu tak ada problem.  cuma tu la jealousy . i walk away from that toxic environment.

kenapa i mengalah and blah? for me la... any job that cost me my inner peace i let go je. lagipun i busy fikir nak khawin. bayangkan i nak khawin bulan 12. i berhenti around may. 


tapi tak lama i menganggur i terus secure a new job.lepastu i masuk company yang ni sales jugak. i kerja as tsr agent. buat cold call. promote product. 

basically insurans. i tak perform langsung. kadang ok kadang tak. tahu kenapa? 


no offense to non muslim kalau ada yang baca.  masa tu i pun tak tahu . to whoever  takaful agent yang i call masa tu i nak berterima kasih dekat dia.


i masih ingat masa i promote the product that agent cakap baik baik dengan i.


miss x : dik  , maaf sis tanya awak islam ke?

me: ya kak. saya islam.

miss x : product awak ni bagus tapi maaf akak cakap kita muslim sayang. jangan promote lagi ya. kalau ni takaful tadi memang sis ambik. tapi ni bukan islamic product.  


me: in denial pada mulanya.


lepastu balik i cari. rupanya apa dia cakap betul. okay i tak tahulah korang tahu ke tak. kita kan kat malaysia. kalau muslim kita memang dapat islamic loan kalau beli kereta ke rumah ke. 


as muslim kita tak boleh terlibat dengan riba. so i masa tu macam buka matalah. 


then kebetulan masa tu kan kena renew contract . Allah bantu i . sebab i pun tak perform . i diberhentikan kerja. 



okay dah berapa dah dugaan tu?  jap ada lagi.

i berhenti on september on october time tu i dapat kerja baru.  i dapat kerja as customer service for grab sg.


masa ni my life slowly getting better.  tapi tulah hidup ni tak sunyi dengan ujian .  siapa siapa yang pernah kerja handle customer from singapore korang fahamlah. 


i faham je fussy . bagi i fussy tu biasa. customer negara mana tak fussy. cuma ada this one incident yang membuatkan i jadi jobless.  ya i tak pernah cerita sebelum ni.  


ceritanya begini... if korang nak tahu customer service ni kena buat pengesahan maklumat la and can only reveal alamat ke, apa apa benda peribadi kepada orang itu sahaja.


contohnya : abu nak check benda berkaitan dia.. dia tak boleh suruh ali yang cakap dengan customer service. memang kena abu jugak yang cakap.


since this happened in early 2020 i ceritalah ya.  satu malam i dapat call dari this one guy dia nak check which club his wife pergi sebab dia cakap  wife dia hilang handphone. as husband dia nak pergi cari.


so i cakap macam ni " sorry sir, i cant disclosed that. i need to speak to your wife"

then he put his wife on the phone. masa tu i kan tanyalah pengesahan diri macam biasa. then okay i bagi lah tahu club mana dekat his wife sebab soalan i tanya semua wife dia jawab dengan betul.tapi dia buat loudspeaker if i am not mistaken.


esok tu masa i dah sampai tempat kerja i dimaklumkan i kena gantung kerja sebab reveal pii. 

pii ni short form untuk personal identifiable information. i defend diri i but of course customer always right. 


turns out the wife went out to the club jumpa scandal dia ke apa ntah. the wife was livid sebab how did her  husband find out  club mana dia pergi. dia pun tak berapa cerdik curang tapi balik rumah dalam keadaan mabuk :/


maybe dia geram scandal dia kena tibai kot. 


so i jobless again. then i pergi interview. maybe Allah nak tolong i. masa interview tu i sorang je dapat result on the spot yang i dapat kerja tu.

Allah maha baik guys . dan sekarang dah 4 tahun lebih i kerja di company yang sama.  


now... with the current situation am i afraid? a little because i believe  Allah akan tolong i.

i serahkan semua pada Allah.   when i heard the news i sad for others .

i cant comprehend how people can be  so cruel .  adalah i terbaca ada yang suka pulak bila tengok orang di timpa musibah.


it's funny how people celebrate others struggles, forgetting life always comes full circle. 


dunia nak akhir zaman ni . bawak bawak la berubah okay.


akhir kata i harap semua orang murah rezeki and semoga sentiasa dalam lindungan Allah.



till then 


ttyl


 una mn



October 3, 2024

plan vs actual . super chaotic wednesday day out.

 



hi guys..  actually kan if you guy know me well korang tahu yang i dengan husband kaki movie. boleh kata every week kami akan tengok movie. well things have changed since my father passed away last year. sebab last year boleh kata every week i busy dengan urusan itu ini. jadi makin lama kami jadi makin kurang tengok movie. kalau dulu we will pick just any movie to watch but now we will watch movie yang kita betul betul nak tengok sahaja.


so yesterday plan asal kami nak tengok beetlejuice  but show time tinggal malam je sebab dah nak habis dah masa tayangan dia. and tempat pulak dekat central i city. kebetulan i memang ada class last night so yeah tak boleh. so kami plan tengok kang mak. siapa pernah tengok cerita horror comedy pee mak dari thailand tu. yang ni version indonesia dia.  


plan awal.... nak pergi makan dekat jaring , lepastu tengok movie dekat sunway lepastu balik sebelum maghrib sebab i ada class malam.


tiba tiba i terfikir kononnya la kami ni nak diet. kononnya kita nak makan dulu la benda benda kita suka before kita diet .so dalam banyak banyak benda adalah 1 yang husband and i nak try tapi tak pergi lagi.


kami nak try cookies dough  suka dessert. i pernah pergi tau dengan my cousin bella and fadhilah tapi in 2021. that was 3 years ago. masa tu cookie dough tu tak ada lagi.  so i ajak husband i .  b jom pergi.



sampai sana.... ya Allah beraturnya panjang. 1 hour ++ jugak la baru kami dapat makan. sebab dia campur take away dengan nak makan situ. tapi memang sedap la suka dessert. i cakap dengan husband

"me : b i nak suka dessert cookies dought and i want to try yang u try haritu je"

"him : hmm yelah"

 sebab haritu masa event love food fest dekat the curve i belikan untuk dia and dia makan cakap sedap sedap.

 lepastu i ada la ambik croissant sebab dia tak manis dengan hot chochlate dia. hot chochlate dia jenis pahit pahit gitu. so balance.


sekali husband i beli cookie dough tu dua. dia taknak share dengan i . sebab susu dia tu sikit dia cakap.


:/ . i tak tahu macam mana nak habiskan sebab i nak rasa je cookie dough tu guys. end up dia habiskan i punya and yang dia punya tu kami bungkus bawak balik.

i sebenarnya nak bungkus benda tu bawak balik hantar rumah dulu baru pergi jalan. oh my husband taknak. dia memilih nak buatkan itu sebagai sarapan.



so oleh sebab habis makan around 12 tak dapatlah kami ke jaring. tahu sebab apa? dari selayang ke restorang jaring yang terletak di sunway tu bukannya dekat. + jem dia lagi. sana kan kalau lambat memang tak ada dah la lauk best best. 

so kami pergi la ou . sebabkan kami punya monthly tradition ada 1 kali makan mahal (jangan tiru tradisi merepek ni , susah nak buang) so kami ke yakiniku kuro.   as usual i ambik 200gram husband ambik 200gram. we add on rice. tengah tengah makan i pun fikir eh. why not i book terus movie. sebab dekat apps movie 2:30.



okay kat sinilah mula chaos nya. i book guna my tgv apps. i ni tengok movie money i ada banyak so i claim my points la kan. kebetulan rabu pun ada discount movie ticket murah sikit. i book macam biasa. tapi sebab apps tgv yang baru ni dia tak friendly user macam yang lama. i pelik kenapa masa nak payment tu macam glitch sikit  and tak ada keluar macam dulu , ada double confirm movie hall mana, yada yada. 

i continue payment sebab i dah biasa beli guys . infact i siap favourite kan tgv one utama.  tiba tiba dah settle payment i punyalah terkejut.


dia punya location dekat sunway pyramid!!!


kami ni baru makan tau. apa lagi kami pun makan laju laju. i dalam hati tak tahu la rasa nak mencarut semua ada. i try contact tgv messanger di fb sebab diorang ni tak ada hotline. i prefer call sebab email entah  lagi berapa lama lagi diorang akan reply.

as i expected tak ada reply. so makan laju laju was the only option. lepas makan nak keluar parking kan.

ticket pulak buat guys . dia macam malang bertimpa timpa. sebab semalam i yang drive kan. husband i tahu kalau situation macam ni i mesti akan naik angin punya dia ambik that card contact orang mall tu. sebab dah bayar tapi ticket dia fail. tak boleh keluar. kita pulak nak cepat.


keluar parking kan korang rasa apa jadi? i buat jalan ldp tu macam litar lumba. jem pun magically kami tadi dah bazir masa beberapa minute. damansara ke sunway waktu peak biasanya 40 minute sebab jem. 

kami sampai semalam dalam masa 15 minute. habis segala zikir keluar dari mulut husband i.


i rasa macam kena rasuk setan kejap.


i punya life motto sejak belajar mandarin ni " taknak rugi" . HAHAHAHA

keluar dari kereta husband i suruh i istigfar dan banyak bersabar  dimana saranan tersebut i balas dengan jelingan maut. kesian member ... i yang salah , dia yang kena. biasalah sis tengah (Allah bagi cuti)

jadi emosi tu agak meluap luap. lepas habis movie i pergi sephora.  as usual i cuci mata je. sebab i punya make up banyak je lagi. and banyak tak terpakai. i dah janji dengan diri sendiri taknak beli eyeshadow dah. sebab i nak clean make up je sekarang.  


i rasa my focus lebih pada kulit.  i suka perfume  . tapi i dah kirim perfume dari mecca from bella so... yeah i tahan sabar je la.

i rasa la for now. perfume yang berbaloi beli yang i masih suka bau dia ialah chloe edp and jo malone peony and petal je. 

tapi takhta tertinggi tetap al musbah beauty musk.  sebab murah  and bau dia sedap gila.  i ada blind nose tau. lepas pakai dalam sejam  i tak bau dah even orang lain still boleh bau.


tapi al musbah beauty musk the whole day i masih boleh bau dia lagi. 

okay lepas jalan jalan  sephora kami pergi ke  macam booth la  ada event jaya grocer kot kat bawah. i beli zus coffee dalam tin tu. i beli 6  lepastu i tambah 1 coffee tin yang sparkling punya and 1  box yang caramel.  for me jimat sikit la sebab kalau macam tiba tiba i need coffee i usually pagi pagi beli dekat bask bear or zus. yang tin ni kira murah asalkan kami minum 1 tin je sehari .  yang box tu punya ada 5 sachet je. i join lucky draw dapat extra 2 sachet lagi.  so boleh la tahan beberapa hari this zus coffee ni. i will try not to drink it everyday sebab i tak suka jadi coffee dependant. 


lepas itu kami pergi ke jolli bee untuk bungkus our dinner. i ajak husband makan je dekat situ tapi sebab dia masih kenyang then takpelah kami tapau. on the way balik kami stuck dalam jem 2 jam setengah.


ya ANDA TAK SALAH BACA


2  HOURS +++

first time dari sunway ke damansara  2 jam guys. sebab hujan lebat ++ peak hours. i sampai rumah around 8 setengah. setengah jam i join class sambil drive. nasib loashi i memahami.


sampai rumah i pun join la class. then laoshi notice i dah sampai dia pun mintak i baca  a few sentence. habis je giliran i membaca i tutup camera and makan sambil join class.



oh btw kami dah dapat assignment baru. we need to submit in 2 weeks time. 


plannya harini i nak cuba settlekan. plannya harini i nak pergi hero market beli barang masak and masa lunch juga. husband i rindu masakan i . kesian jugak dengan dia.  sekarang  ni dia yang banyak masak dekat rumah.


k la guys. i nak rest jap and decide whether i keluar beli barang or i order barang masak dari jaya grocer je.  



till then


ttyl


una mn

bowling after so long