hi guys...
i rasa this year kami sambut anniversary terlalu awal but that is fine sebab bagi i celebration ni sangat special. instead of kami pergi makan makan je i think why not kita pergi short trip?
kebetulan 27 november tu i ada final exam untuk level hsk 3 ni . jadi i rasa 28 tu i nak terus pergi cuti. siapa tak suka baca tulisan panjang2 skip jela sebab i will provide full itinerary .
persediaan ke jakarta
i tak tukar banyak. cuma rm604 = idr 2.1 juta.
sebelum ke jakarta kami kena isi 3 benda. benda ni air asia akan remind la. for now 3 benda ni je. in future i dont know.
1) satu sehat
2) bea cukai
3) Visa On arrival
28 November 2024
my flight pukul 11:50 pagi. my husband insist untuk i try naik erl ke sana sebab i tak pernah cuba. tak pernah cuba sebab grab ke airport cost me rm70++ je kalau naik erl cost erl berdua je rm90++ tak termasuk grab dari rumah ke kl sentral. tapi yelah sebab ni nak sambut anniversary kan i tunaikanlah hajat husband i tu.
i faham kenapa dia suka erl. sebab tak jam .
cuma tula tak cost effective. kalau sorang maybe lah okay.
kalau berdua better naik grab haha.
korang jangan pelik kenapa setiap kali i naik flight view i mesti sama. ya i pick the same seat every time. cuma scenery kat luar je membezakan.
my seat is 5A. i think next time i nak tukar la duduk lain tempat untuk view berbeza, but still window seat la.
kitorang tak pre book meal tau. tapi dekat atas we did order 2 drinks and satu chips yang ada dip guacamole yang sedap!!
sedap wehhhh. ni ha dip dia
kami sampai airport soekarno-Hatta je actually agak terkejut. hmmm masa ni i dah terus rasa nak nyanyi negaraku. rasa bangga jadi rakyat Malaysia. HAHAHA.
hmm airport system dia tak autogate . outdated sikit la. and crowd masa turun flight tu sumpah tak ramai. tapi kami sangkut imigration dekat sejam . sebab ada pelancong dari china ni bahasa indo tak faham english tak faham. tak tahu apa masalah dekat document diorang ni tapi sangkut lama kat situ. basically ada la benda berkaitan document. kenapa i tak tolong translate?
i tak kerja situ . i datang sana kan nak cuti. kalau setakat translate biasa tu inshaallah la. tapi kalau benda berkaitan rules, regulation, masuk negara orang i mana tahu nak cakap apa. so i patiently waited dekat belakang diorang. sampai imigration sana arah diorang ketepi bagi laluan kat kami masuk.
settle je kami keluar terus cari transportation nak ke hotel. husband i sempat singgah indomaret nak pecah duit kecik. ni tips siapa nak ke indonesia ya. kalau korang jenis tak kisah every transaction kena bagi tips or halalkan baki sila skip tips ni.
masa tukar duit dekat money exchange diorang cuma bagi duit note 100 ribu dan 50 ribu.
100 ribu = +- rm28
50 ribu = = +- rm14
so nak kecik macam 10 ribu, 5 ribu, 20 ribu kenalah pergi beli something untuk pecahkan duit.
and take note benda ni jugak ya. kami sampai airport kami macam terpecaya jugaklah. i percaya setiap tempat ada good and bad people. i tak anggap budak tu orang jahat i anggap dia orang yang cari sales.
kami naik byd (electric car) untuk sampai hotel . mulanya i nak naik grab but since dia tunjuk dekat i katanya grab charge tu tak termasuk airport tax and toll and kena tunggu 20 min. sebab sis percaya cakap dia and penat dekat imigration tadi sis pun setuju je naik kereta byd tu. sepanjang perjalanan memang sis berzikir je. sebab indonesian driver = saudi. reaction yang sama macam sis pergi jeddah last year . bella hire personal driver and dia drive memang buat sis rasa nak cari siapa yang luluskan lesen memandu dia ni
💀
kami sampai hotel je driver mintak tips. mujur kawan sis dah bagi tips pecah duit kecik awal2 untuk elakkan rasa ralat nak bagi duit besar.
hotel kami pilih ni sebelah je dengan grand indonesia. memang boleh jalan kaki je pergi mall. sangat dekat. dalam gambar ni bukan grand indonesia ya. grand indonesia tu. keluar lobby hotel je nampak dah.
untuk orang yang jenis tak kisah sangat boleh duduk hotel ni.
kalau tanya sis actually hotel ni okay je.
sebab kami pergi pun last minute.
plan awal nak pergi batam.
tapi sebab sekarang musim banjir kami elakkan la.
banyak drama nak bercuti kali ni.
drama tersilap book hotel .
hotel yang i book tu no refund.
masalahnya diorang tak charge pun i lagi i just nak cancel je. sebab i request cancel pun awal .
2 hari lepas i book.
siap kena hadap customer service agoda yang rude.
end up....
sis tukar card credit sis. kebetulan card tu pun dah tak berapa senonoh keadaan dia.
kita request je new card terus.
new card, new number.
they cant charge me :p
lepastu i asked my husband je book new hotel.
he picked this one.
i okay jelah even this one tak ada swimming pool.
tak ada iron.
korang kalau nak iron baju kena iron baju tu dekat lobby ya.
sis dah cakap. kalau sis spill
sis spill sampai habis.
sis suggest if korang nak datang and ada budget banyakkkk sikit
pergi la duduk mandarin oriental.
kami sampai kami rest kejap sebab badan berpeluh peluh macam apa kan.
sis mandi tukar baju and kami keluar ke grand indonesia.
sis bawak sandal tak tahu la sis ni salah beli . dia getah yang tenggelam and melekat buat sis sakit kaki.
aneh ya .
dah masuk grand la nak sakitnya . kalau masih dekat hotel takpelah boleh patah balik pakai flat shoes.
sis ajak husband masuk mango.
staff mango indonesia sangat welcoming.
sis suka ya staff yang baik ramah and i just have to buy one.
cute ke tak? kasut ni leather and i rasa berbaloi. warna dia tu buat jatuh cinta.
price rm301. untuk brand macam ni i think malaysia much more cheaper.
harga asal kasut ni rm400+ after sale rm301.
tapi mango malaysia somehow kalau sale lebih gila gila lagi.
lepas tu kami pergi dinner dekat remboelan. ni sebab i tengok youtube cupcake aisyah makan.
sedappppp. i suka
i will definitely makan dekat remboelan lagi.
tempat dia cantik , aesthetic . and menu dia macam story book.
dua buku menu ni beza beza yang 1 tu menu untuk air kalau tak silap.
lepas dinner kami pergi sociolla. cousin i pesan suruh baukan perfume alchemist.
masa kami google katanya dekat sociolla ada jual. rupanya tak ada guys.
after tanya orang yang kerja situ dia kata alchemist ada own booth tapi di plaza indonesia.
kami putuskan untuk balik hotel sebab kepenatan. grand indonesia ni mall dia besar gila. dia ada 2 wing macam ou jugak. tapi dia besar dari ou. i jalan kat ou pun i tak sakit kaki tau.
masa on the way keluar mall kami sempat la sesat sampai ke bar. HAHAHA
adoi gila betul. dah la sis pakai tudung.
terkejut jap orang yang tengah minum minum. apa perempuan ni buat kat sini.
oh btw satu benda yang uniknya pasal grand indonesia ni. nak masuk mall dia security dia macam kat airport.siap ada scan barang, body scanner. gila betul.
i mean i get it la korang ada jual barang luxury dalam tu. kat Malaysia pun ada tapi kita tak ada pulak body scanner and bag scanner macam tu hihi.
i datang jakarta i tak bawak skincare pun sebab i tahu i akan beli dari sana.
make up pun tahu tak i bawak apa?
colour corrector, concealer and lip cream.
ya i memang tahu i takkan focus make up pun.
i berniat nak beli make up dari jakarta.
tapi end up i beli skincare je guys.
sebab i fikir balik hmmm foundation i banyak tak habis lagi.
bazir pulak.
29 November 2024
agenda hari ini ialah makan di pagi sore. okay guys ni i nak cerita sikit benda yang buat i terkejut.
as korang tahu kan indonesia lewat sejam dari malaysia kan.
tapi .... i tak sangka pulak subuh Jakarta 4.04 pagi.
sekarang Malaysia pun subuh awal tapi tak la awal sangat . dalam 5:50 pagi macam tu kan.
so expect kalau jakarta subuh pun maybe 4:50 la or 5 pagi.
and pukul 5:30 pagi dekat jakarta macam dah pukul 10 pagi.
jap i ada gambar.
ni pagi sore cawangan soharjo
antara menu yang ada.
husband i sangat sangat suka lauk lauk ni.
i suggest korang cuba makan ayam pop (warna putih ada kuah warna oren),
daging batokok, satu lagi i tak ingat nama apa daging jugak dengan sambal.
dessert dia i makan mango sticky rice.
i bayangkan dalam kepala sama macam thai punya tu
rupanya salah.
rupa dia macam ni
and rasa dia...
sedap!!!
i ada try keropok bangek di siram tu.
tapi i tak berapa suka.
lepas makan kami berdua naik taxi blue bird ke thamrin city.
thamrin city ni ada aircond tapi tak semua bahagian kena aircond. central aircond dia tak kuat.
dinasihatkan korang nak datang sini bawak je kipas kecik electronic tu
baju sini memang cantik cantik and harga sangat affordable
ni kedai yang boleh custom made baju ikut ukuran badan kita boleh siap dalam masa 2,3 jam.
cool kan?
sis beli tudung untuk my team leader, my mom and my mother in law.
sis lupa nak beli tudung untuk diri sendiri.
i think if ada masa i might come back untuk shopping je! HAHAHA
after shopping . i punya kaki tak tahulah sakit betul. i ajak husband cari spa
kebetulan dekat level atas ada spa.
spa dia korang jangan bayangkan spa i selalu pergi.
dia memang tak aesthetic tapiiiii
i tetap happy sebab i get to do all
husband i tak buat pun dia teman i je.
kesian dia kena tunggu i 3 jam lebih.
i ambik full body massage + totok muka
1 jam setengah = idr 130 ribu.
ya korang tak salah baca....
tapi include tips i bagi idr 175 ribu = rm49
i urut kat krabi haritu pun sejam rm50 tau.
ni sejam setengah siap urut muka sekali
dia urut bukan manja2. urut dia memang dia betulkan urat i.
memang mula mula dia urut tu i sakit gila.
lama lama lega.
lepas urut i buat mani pedi .
dia sebenarnya salon sama cuma different room . so tukang urut tu tadi hantar i ke room mani pedi.
tengah buat mani pedi i tanya. sini ada tak gunting rambut?
dia cakap ada kak? buat sekali la.
so i buat la mani pedi sekali hairwash, cut and blow rambut bagi kering.
total mani pedi, foot scrub , cut ,wash and blow rambut = idr 275 ribu je
i bagi idr 300 ribu = rm84.
so haritu i cuma spend rm133 je korang. kat malaysia nak urut badan pun tak lepas :')
i was so happy.
habis berurut i dengan husband ke plaza indonesia.kami naik bluebird jugak eventhough dekat.
memang sis manja sikit tak kuasa jalan
HAHAHA
sampai plaza indonesia kami cari alchemist.
masa kami sampai banyak yang out of stock and perfume yang bella nak i ciumkan bau dia tu
habis dah. ada stock pun next week. niat hati i nak beli la bagi dia hadiah birthday dia next year.
apakan daya
since dekat plaza indonesia ni tak ada apa sangat kami decide balik hotel.
i pun baru lepas urut kan. even dah lega i rasa macam nak rest.
so kami balik hotel.
for dinner kami order delivery je .
we ordered wingstop!
husband i sangat happy dapat wingstop.
dulu dekat Malaysia ada dekat the curve.
then pandemic hit diorang tak dapat sustained agaknya .diorang tutup
i dengan husband dulu selalu makan situ.
kami order indomaret jugak. actually kalau jalan kaki sampai je indomaret tu . dia tak jauh sangat.
tapi sebab kami betul2 letih seharian kat luar.
jadi manja sikitlah semua benda nak delivery HAHAHA
nilah dia bila umur dah over 30's
sari roti tu sedap. eh everything dalam dalam gambar ni sedap ya.
uht milk tu satu satunya susu yang i minum tak buat i sakit perut and i dont know why.
30 November 2024
masa ni kami bermalas malasan dekat hotel . agenda dia kami nak cuba tengok wayang di indonesia.
sajalah nak experience movie hall dia macam mana.
untuk lunch kami nak pagi sore lagi tapi malas nak ke sana. so instead of meredah macet kami order delivery.
kami ingatkan nasi dia sikit kami buat silap order nasi 4.
probably the most expensive nasi bungkus kami pernah makan HAHAHA
365 080 = rm102.43
ni kami tak order air tau.
lepas lunch kami rest sekejap lepastu kami pergi grand indonesia .
husband ajak try satu kedai cookies .
nama dia dough lab.
i suka gila ice cream ni and cookies yang i beli untuk this ice cream sangat sedap. dia tak manis sangat
dia just nice.
ice cream and cookie dough ni pun sedap.
harga dia memang agak pricy tapi you guys kena try even sekali.
kami pergi masuk century jugak and ada la beli hair mask , acne patch.
cute cute tau korang
lepastu we went to alun alun sebab sis nak beli fridge magnet and postcard.
untuk kenangan . every country i pergi i mesti beli.
alun alun ni actually a. bit pricy la . banyak souvenier
yang best best but harga dia korang tak yahlah expect dapat murah.
i manusia yang adil.
i tak beli untuk my friends pun.
sorang pun tak dapat.
cuma tl i je dapat tudung. tu pun sebab she helped me a lot pasal kerja semua.
and dia yang approved cuti i even time tu dia tengah annual leave.
thanks to her i dapat cuti.
HAHAHA
hujung2 tahun ramai ya nak cuti.
antara yang dijual di alun alun
susah jugak nak cari fridge magnet yang tak ada gambar or muka makhluk bernyawa.
sis cuba la sebab benda ni kan kita nak lekat kat fridge.
postcard tak pe ni i letak dekat my journal.
dalam ni ada banyak card. sis ambik 2 je.
lain sis letak dalam gift box yang sis bagi orang.
\
lepas habis shopping sikit we went to cgv.
cgv ni dekat level 8.
korang bayangkan betapa tingginya mall dia.
lift dia pulak ada 3 je setiap sisi and lift dia sentiasa penuh.
tempat tunggu lift tu tak ada aircond guys. agak surprised jugaklah sebab this mall adalah mall yang kira high end la.
kitorang tunggu lift lebih setengah jam tak dapat dapat.
give up akhirnya kami naik escalator je la.
okay ni satu lagi benda yang i agak bingung.
cgv ni dia ada apps . i ingat nak beli ticket online je sebab i dah biasa beli ticket movie dekat Malaysia online
tapi tak boleh sebab i tak ada nombor indonesia.
so end up my husband beli dekat self service dia kiosk dia je
husband i cakap kiosk dia not user friendly.
and pop corn dia tak ada selection .
bila dapat i tak dapat caramel popcorn. i dapat popcorn yang salted.
:/
air dia pun tak besar kecik je.
sistem movie kat sini agak pelik for me sebab nak masuk hall dia tak ada orang jaga.
tak ada autogate
tak ada scan
tak ada orang check tiket.
literally anyone can enter the hall.
oh lupa nak bagitahu kami tengok moana.
love the movie. terasa macam budak budak balik.
habis movie kami ingat nak pergi makan.
tapi Ya Allah warga jakarta ni ramai betul.
almost every place kami pergi ramai orang.
i nak duduk and coffee coffee
sudahnya i nampak satu kedai jual pastry and cakes and i try
lepas makan cakes and minum this drink kami balik hotel.
kami order alpha mart this time sebab i nak bawak balik pikopi gula aren
ni gara gara terpengaruh tengok nadia omara.
selalu tengok video dia , and dia ada promote pikopi gula aren.
kami ada order benda lain jugak untuk bawak balik Malaysia
1 December 2024
harini kami nak balik Malaysia dah.untuk breakfast husband i beli wingstop .and i tak ada mood nak makan wingstop i makan sari roti je
.
lepas breakfast kami tidur kejap. rest and check out 10:30 am
actually kami ingat nak check out 11:15 am .
sebab i dah prebook grab untuk ke airport.
tapi oleh sebab grab tu datang awal kami fikir takpelah alang2 dah siap.
takutlah macet ke apa kan.
sampai airport kami pergi makan dulu dekat
imperial kitchen & dimsum
i makan bubur and husband makan nasi goreng.
for drink husband minum es teh manis and i makan abc.
sebab i tak faham kenapa airport diorang panas gila.
like please la pasang aircond.
:/
masa dalam flight balik i order secret recipe cake and cafe latte.
as promised this is my total cost untuk the whole trip. i kira everything so korang boleh la tahu and my future self tahu berapa i spend.
Accommodation
Grand Thamrin Hotel( 4 days 3 nights) : RM 529.08
Transportations
Flight returned : Shyafiq + 7kg extra hand carry = RM 665 ; Una (me) = RM 590
Total for flight = RM 1255
Grab car Home -> KL sentral = RM 25.50
Erl kl sentral -> KLIA 2 for 2 pax = RM 96.80
Halo BCA Airport Soekarno-Hatta -> Grand Thamrin Hotel (include toll & Airport Charge) = RM 102.48
Grab car Hotel -> Pagi Sore = RM 11.51
Taxi Blue bird Pagi Sore Soharto -> Thamrin City = RM 16
Grab car Hotel -> Airport Soekarno-Hatta = RM 41.25
Taxi Blue bird Thamrin city -> Plaza indonesia = RM 14 (include tips) Actual idr 41 ribu
Taxi Blue bird Plaza indonesia -> Hotel : RM 5.6 (include tips) Actual idr 11 ribu
Grab Car Klia 2-> Home = Rm 72.26
Total Cost For Transportations = RM 1640.40
Food
Indomaret (Masa pecah duit & last shopping before balik My) = - Idr 250k = RM 70
Remboelan : RM 153.68
Pagi sore Soharjo: RM 124.17
Pagi sore (Delivery Grab -> Hotel): RM 104.64
Dough lab : RM 74.52
Tous Les Jours : RM 36.11
Wingstop (night) : RM 58.76
Wingstop (breakfast) : RM 25.55
Alphamart (Delivery Grab-> Hotel): RM 40
Indomaret (Delivery Grab-> Hotel): RM 57.53
In Flight Meal (KL -> Jakarta) : RM 51
in Flight Meal (Jakarta- KL) = RM 24
Hotel Lobby = (drinks+ jajan) =- 150 ribu = RM42
Imperial Kitchen & Dimsum Airport = RM 66.04
Food Total Cost = RM 928
Shopping
Sociolla : RM42.95
Mango : RM 301
Thamrin city : RM 42
Alun Alun = =- RM45
Century = =- RM 30
Total Shopping= RM 460.95
Others
Cgv = RM 69.36
Spa (Full body Massage 1hour 30 min + Manicure Pedicure + Wash , Cut & Blow) = RM133
Total Others =RM 202.36
Grand Total : RM 3760.79
method Pembayaran i banyak guna credit card. sebab kebanyakan tempat prefer credit card. untuk elak overspend dekat tips (sebab diorang kebanyakan even tak semuala jenis tak ada baki duit kecik) and ada jugak straight to the point mintak tips. so win win situation bayar je guna card.
baki dekat sis ada 30 ribu . 20 ribu tu duit koyak. btw diorang tak macam Malaysia. duit koyak ke plaster ke diorang taknak. tak tahu kenapa. bank diorang tak terima ke macam mana. kat sini bank kita okay je kan. bersalotep pun bank kita ambik je.
budget ikut masing masing la ya. kalau korang jenis atas atas sikit maybe budget lebih dari ni la. kitorang banyak spend dekat makan. kami prefer makan dekat mall . actually kalau perasan jalan jalan kalini memang tak banyak ambik gambar. we truly enjoy our stay dekat sana.
nanti la next visit nak ambik gambar dekat mana mana.
sekian itu saja
till then
ttyl
una mn