April 3, 2025

Diary Raya 2025

 




hi guys kembali lagi ke episode diary raya 2025.  tahun ni sepatutnya sis kena beraya belah sarawak 

tapi apakan daya sis tak dapat cuti raya pertama. hanya dapat cuti sehari sebelum raya , raya kedua dan ketiga. jadi this time kami masih beraya di sabak bernam.

adik i ammar kebetulan beraya belah kami tahun ni. so dapatlah kami beraya dengan baby aleesa.

my niece dah nak masuk setahun bulan 5 ni. sekejap je masa berlalu.  raya tahun ni even macam tak ada aktiviti sangat tapi happy sebab ada my niece. 

sebelum balik i sempat belikan dia toys phone sebab dia suka campak campak phone daddy dia.


lepas solat raya i ambik gambar dekat depan rumah dulu. 

ni kita panggil posing orang "fluffy" 
lantak kau la nyah janji i slay.
kalau tak sis nak pakai shawl putih shimmer shimmer
tapi nampak gelap pulak
lepastu kita pakai la this colour lah kena cc cream tak perasan
as usual sis  rasa malas nak fikir sangat
belasah je lah.
janji dalam gambar sis nampak 
cantik

mata you nampak tak cantik u punya pasal.
mata i nampak cantik.
oh btw untuk gambar ni nampak sharp sis pakai remini.
tapi tu la kemain pink bibir husband i dibuatnya.



sekali lagi posing sorok lemak.
yang penting confident ya.

ni la sis baru nak reveal baju raya sis.
sis suka baju kurung bunga kecik
dia nampak auto ayu gitu.

haritu actually teringin nak beli bayu somerset tapi sebabkan kita dah beli 3 taknaklah membazir.
tunggulah tahun depan pulak.



i hate this picture sebab sis mendongak. not my best angle. 
susah kan tembam tembam ni. kau sabar jap nanti kurus.
sis ada satu masalah. jenis mata hooded eyes. bila ambik gambar jauh macam ni kalau tak terpejam
dia mesti macam nak tidur. yihhh
tapi demi secebis kenangan.


my brother ammar  and his wife . 
geram tengok my niece. dia pandang tepi tengok her grandma



mama with her one and only cucu.




salam raya 

lepas raya kami bergerak ke kubur abah

 subur pokok pokok ni kan atas kubur abah.
rindu sangat sangat.


lepas ke kubur abah kami bergerak ke kampung
untu melawat kubur opah, atuk, pakngah dan makngah










lepas balik dari kubur kami pun balik semula ke sabak bernam
kami order zus and back home.

i kena rest sebab malam tu i kena kerja.

raya kedua

ammar, erin dan aleesa pergi beraya belah erin di perak tapi malam dia akan balik tidur di rumah mama

kami pulak agendanya lepas mak uda balik ziarah kubur opah atuk akan ke tg malim
memandangkan i perlu tidur sebab yelah malam tadinya i kerja malam
so i tidur la

around 1:30 pm i pun bangun siap siap nak ke rumah maklong

btw paklog i sakit dari last year jadi kami datang nak ziarah dia sebenarnya
mama pun rindu kakak dia.
maklong dengan mama ni hari hari bergayut
so kami pergi satu kereta je

only me , my husband, aiman and mama

i yang drive husband  tengok waze
sambil tu i ask him untuk order je pizza 

kami order tak banyak cuma 6 box

sebab yelah maklong dah masak


we also bring along air kami beli dekat speedmart

tak lupa jugak stock mercun berlambak .

tu pun kami tak bawak banyak
niatnya nak main la mercun sampai malam

tapi tahlah my mom
sejak dia tua ni dia tak boleh rumah terlalu ramai

ramai orang datang ziarah paklong
dia ajak i balik

kesian jugak tengok maklong 
i know she is sad
mama cakap dia takut termarah paklong
sebab  paklong sejak sakit dia macam keanak anakan sikit
taknak berenggang dengan maklong

i faham jelah orang sakit memang macam tu
i pun kesian jugak tengok my cousin ika, maklong penat mengurus 
 
semoga Allah beri kesembuhan pada paklong

paklong ni i dah anggap macam my own father
sama macam pakngah

i rapat dengan dua orang ni dari kecik

 i guess i dah hilang figure seorang ayah dalam hidup i forever.

mula mula pakngah

lepastu arwah atuk tersayang

lepastu my own dad

lepastu  paklong

he is there but not there faham tak

dia ada dementia . he lost his memory

entahlah hanya tuhan yang mampu menyembuhkan

so kami balik tapi stuck jem 4 jam .
sampai je di teluk intan kami tapau la makanan
then we headed home

mama suruhkan habis stock mercun yang ada


yang kotak besar tu bunga api yang orang biasa pasang kat dataran  tu
battery but besar

my husband dengan my brother main
mama suruh main before cucu kesayangan dia balik

sebab haritu kami ada je main bunga api and mercun malam raya
aleesa takut sangat

alahai kesian dia.
sampai dipeluknya daddy dia.


sorry sayangku hahaha auntie suka main mercun

oh lupa nak cakap i memang cuti raya kedua dengan ketiga


raya ketiga

pagi pagi lagi ammar , erin aleesa dah bertolak balik ke kl.
i pulak bertolak lepas makan tengahari.
kesian pulak my mom dah masak.

so we eat lunch dekat rumah mama

kami bergerak around 2 pm

tapi ya Allah sangkut jem lagi guys.

literally jem yang sangat teruk sampai kena masuk jalan kampung dekat tg karang tu

after 4 hours kami sampai rumah

kalau tak memang plan kami nak tengok movie harini but tak sempat and penat.

kami sampai perut dah lapar we just order pizza .

raya ke empat which is today.

harini husband i ajak tengok cerita "a working man"
lakonan jason statham
we went to to tgv ambik showtime 1:30pm

sementara tunggu movie start kami sempat la makan lao lao
husband i nak.

tbh i penat and malas nak keluar sebab malam ni kena kerja
tapi  kesian plak

i pun ada movie money belum guna
so movie money i guna beli ticket
we just pay for popcorn set and big dipper set

i bagi rating 9/10.
dia best but lagi best kalau ada humour sikit.


balik dari movie we went to the curve
kami mula mula nak makan sukiya tapi ramai ye and i nak cepat
i nak kena tidur before work tonight

so we ate dekat serai instead.


thai fried rice dia sedap
salmon dia okay but dekat jibby lagi sedap



lepastu kami balik  and i rest la 


begitu

sekian sahaja entry raya edisi kali ni

next time raya kita travel jela

hahaha

till then

ttyl

 una mn





















Diary Raya 2025